dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan Haris Safeyullah,permataku, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Friday, December 23, 2011

macam macam




1) tengah dengar bunyi kreokk kreookkkk kertas dikonyok2 dari partition belakang. tengah 5S la tu ;P aku? malas laa nak 5S. ok jekkk meja aku ni aku tengok. haha cepatnye berpuas hati.


2) aku ada ofismet, nama dia rina. xpaham betol aku ngan dia. dia tu kan slalu jugaklaa pagi2 sms aku tanye "ko kat ofis da ke" atau apa2 soalan lain lah.
bila aku nak reply je tiba-tiba nampak kepala dia lalu kat partition aku. so motippp sms?? perlu ke sms aku padahal ko dah sekangkang kera dah pun dengan tempat aku.


puk


kadang2 aku dah reply dah pun tiba-tiba nampak kepala dia lalu kat partition ku. uh ganti balik kedit sms aku tadi. hehe motip berkira


3) selain rina, orang yang suke jawab "biasa je" adalah suamiku sendiri, kuku. hehe. kalau tak "biasa je", dia akan jawab "ok jee..".. antara 2 tu la..
"penat x wakk?"..
"biasa je"..

"cantik x waaak?" ..
"biasa je"..

sabar je lahh kan.. aku dikelilingi dengan jawapan "biasa je" sampai ke tua la nampaknya
hee hee
memang susah kuku nak puji satu2 mende tu la..

semalam aku bawak kuku try makan mee rebus sedap kat fakulti kejut..

dah makan sedap2 sume, tanyelah kuku "sedap x mee rebus die"..

kuku jawab "biasa je..".. xsure kuku jawab "biasa je" atau "ok jee.."

antara dua tu la kan..

cerita kat rina, pastu rina risau nanti haris bile dah besar, kalau haris dapat nombor 1 ke atau apa2 cemerlang, bila balik bawak report kad tunjuk kat papanye.. adakah papanye akan jawab "biasa je.."
laughing

berani papa jawab macam tu? konfem merundum motivasi anak weols. hehehe.

elleh rina. ko pun suke cakap "biasa je.." ..
ko pun akan jawab "biasa je" kat anak ko nanti kahh ;P aku pulak yang risau
hee hee


4) ma baru tepon aku semata2 nak bagi dengar suara haris. sukenyeeeeeee dengar suara halus hariss sedang berlari atas tilam, sangatt bole bayangkannnnn haris sedang berlari atas tilam secara terlentang, kekekeke


yahh yahhh, happynyee berlariii


makasih imani (anak lisa yang sama baya tapi senior siket dari haris) bagi baju pink ni kat haris
hehe



5 comments on "macam macam"

ameris on December 23, 2011 at 11:21 AM said...

laju betol hariss berlari...

rosealley on December 23, 2011 at 11:23 AM said...

hihi, comelnya dia lari2, kuikui, idzuan pulak kalau aku tanya mesti dia akan jawab 'ok laaaa' ;p

dd dudu on December 23, 2011 at 11:30 AM said...

{kak ameris}

hehe nak jadi pelumba lari kah ;p


{rosealley}
tapi lari setempat je laa muahahah sampai ke sudah situ jugak haris berlari, ekekekek lucunya.


yekeee, kene train diorang ni supaya pandai puji2 siket hehehehe

Mama Gee on December 23, 2011 at 1:08 PM said...

hehehe baik lari tu harris..kang jatuh tergulingg plak....

esok2 harris plak mewarisi jawap :biasa je mama" heheeee

Cimas Tc on December 28, 2011 at 1:21 PM said...

Jawapan yang sama bila tanya suami "cantik tak purse baru (pink)saya?"..hihi..kene berbual ttg perkara yang mereka minat biasanya baru jadi komunikasi berkesan :p

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez