dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label gambar Haris. Show all posts
Showing posts with label gambar Haris. Show all posts

Friday, February 1, 2013

siannye blog ni

1 comments

Salam.

sian nye blog ni. 
macam hidup segan mati x mahu. eh macam salah je peribahasa aku ni

hidup sangat busy sekarang ni. aku tengah develop sistem yg banyak main dengan duit, so kena fokus. fokus ke ;p memang x berpeluang nak baca blog dan tengok blog. yang busy tu kat ofis laa kan. bile balik rumah, kul 7 busy tengok setia hujung nyawa pulak.motip. suke cite ni, lagi bes dari adam & hawa ;p sori soriii jgn maraaaaa ;p lg pun aku mmg bukan peminat aaron aziz dan nadiya nisaa ;p tp el dengan zain aku suke pulak ;p

lepas tengok setia hujung nyawa bagi haris makan. pastu bonding time dengan haris dan abi plak. hihi. bonding time adalah kitorang 3 selalu lepak2 dalam bilek lepas tu gelak sana gelak sini kaco haris, pastu mama pulak kene buli, pastu main cak2 disebalik baby cot haris, lepas tu saje2 buat haris nanges sebab suke kaco die, pastu gelak2 tengok haris usik abi. ermm lepas tu tidokan haris, pastu tengok tv. lepas tu buat kerja rumah itu ini, pastu gosok baju. sebelum kul 12 dah siap sume dah tp buat itu buat ini last2 tido lambat jugak ;p so memang dah xde rasa nak layan blog hihi.

tapi instagram rajin pulak kan upload. sian blog ni dah jadi anak tiri yang diabaikan.

nah 3 keping gamba haris dari instagram tuk sape2 yg lum tengok ;p

saje dah lama x tunjuk gambar haris kan, hihi.
untuk yang dah tengok tu, buat2 laa belum tengok ;p
siu siu siu



share dengan mama makan nasi goreng belacan


sedang berfikir kenapa daging tersebut liat sangat


haris tengah buatpe tu ;p

ok seriusly aku rindu sangat berblogging. rindu nak cerita coret2 itu ini. dadada (^^.)/





Monday, January 14, 2013

dilemma omma bile haris nak makan sendiri

8 comments
besar dah anak mama, sob sob haris da xnak makan.

bukan xnak makan, die nakkk maknnn, tapi xnak makan bersuap crying

haris nak makan sendiri.

dulu haris kuat makan, semangat betul aku tengok, sume bende kite suap die nganga mulut. memang seronok laa tengok.

tapi start masuk umur setahun 2 bulan, haris dah mula rebut mangkuk dan sudu yang aku pegang untuk suap.

ok fine, bile haris nak memiliki mangkuk dan sudu sendiri, aku pun kasi laa sorang satu, haris satu aku satu.

so masa die main2 tu, aku suap laa dari mangkuk aku, tapi kannn haris gi katup mulut die  sekuat2nyaa pula crying

dia xnak bersuap, die nak makan sendiri crying

tapi berapa biji nasi/pasta je kot yang berjaya masuk mulut die. hee hee

ok laa skg inisiatif aku, aku drive laa tangan die untuk berjaya masukkan sudu ke mulut, tapi mule2 je la haris rela, lepas tu die nak buat sendiri jugak crying

setiap kali nak makan, mesti ada drama aku ngan haris tau crying

motip kecik2 dah nak berdikaricrying

camne niiiii, ada idea x nak buat camne. kang riso haris kurus lak sebab x makan betul2 kan. makan main2 je. sepatutnye aku kena bertenang je laa, sebab haris ni slalu berubah2, esok2 mungkin die kembali normal. entahlaaa.  riso mak ni nakk~~



tengok~~ kecik2 dah angkut cerek nak masak air~ berdikari sangat ;n


haris jangan kurus tau, mama suke haris yg macam ni, hihi tangan bulat2

huhu tengah lunch ni. malas nak g makan nasi, tapau buah ngan kopok lekor je. sambil duk ulang2 lagu like this - wonder girls. nape tahh tetibe nak layan, hahaahaha suke suke

 aku ni asik lagu korea je kan. saba je laa 


nway dalam playlist aku skang, ada 2 lagu melayu feveret. itu sume dari drama punye lagu. 
1) lagu Sastera kupu-kupu dari cite setia hujung nyawa
2)  lagu Please forgive me dari cite putera rayyan

kerlas~~

ok bye.




Saturday, January 12, 2013

status : busy

4 comments

Salam sumee. sorii lama x update blog. motip nak sori? sori kat sape ntah aku ni hehehe.


hari ni sabtu, erm dtg keje. nak siapkan koding siket. hehe dah lama tau xdtg ofis masa weekend. tetibe je hari ni dtg lak. haris adalah dijaga oleh abinye kuku. 

dulu zaman berdua, kuku selalu teman dtg ofis klu weekend. aku buat keje, die layan running man kat pc belakang aku. tp skg xleh dah wat camtu, klu bawak haris konfem aku xleh wat keje. haris skg tgh musim suke berpaut kat kaki mama dia tau. alahai si manja ni~~~~~

muke terakhir haris yg ku capture sebelum ku masuk ofis td. haris, mama selalu rindukan haris tau. mama buat keje jap ey~~~


ni aku panggil cermin aku. haha sbb aku yg slalu menjangok depan cermin ofis ni.

 bye. berusaha yaa dd!!!


 note : sebenarnye hati tengah sedih selepas melihat post fb kejayaan seseorang :( gembira untuk beliau, tp sedih untuk diri sendiri kerana aku belum selesaikan satu perkara yg aku dah mulakan.. :( Ya Allah, aku inginkan kekuatan Ya Allah..


Thursday, December 27, 2012

pergi cameron kali ni sejuk sangat

8 comments


Salam sume.

ahad yang lepas, aku,kuku, haris, ma, ayah, abang, shira dan danish bercuti2 di cameron highland. tido 2 malam. tapi kali ni pegi sejukkkkk sangat. masa 2 tahun lepas pegi, xlah sesejuk kali ni. sebab skg bulan 12 musim tengkujuh kot, sebab tu sejukkkk sangat kat atas sana, kof kof.


@ladang teh sungai palas. cantek sangat view. 2 tahun lepas pegi ladang teh cameron valley je, x secantek yg sungai palas ni



happy belated anniversary ;p bole? 2 tahun lepas masa honeymoon g cameron, so motip kali ni gi cameron lg? hehe cakap kat kuku nak ganti balik sebab masa dulu pegi aku tgh pregnant, x ok sangat sebab aku ada rasa pening2, perut berangin sampai nak muntah. kali ni pegi memang sihat, cergas riang gembira. lepas tu sgt bermakna dengan adanya haris. dulu haris dalam perut ;p hihi

dulu masa pegi cameron (klikla klu nak baca),. kuku kool gile x pakai baju sejuk, malam2 pun selamba je xpakai. tapi kali ni die surrender ;p mmg sejuk yg amattttt. haris mule2 suke laa sejukk, riang je die, tapi last2 selsema. uhuk uhuk



xdapat pegi Swiss Alps, cameron highland pun jadila, ekekeke


bukan main kabus die


family bonding time. happy sangattt,. harap dapat selalu macam ni. abang dah keje kat sarawak tau sekarang. die kata nak amik experience kat sana, yg comelnye, abg kat sarawak duk umah setinggan, pakai motor g keje haha sangat comel kehidupan, lepas tu kehidupan die kat sana mmg untuk bekerja je. pegi awall2 pagi,. balik malam2. pastu 2 minggu sekali turun semenanjung tgk anak isteri. kire slalu balik jugakla. hihihi pengorbanan sementara untuk mencari rezeki



abang saya yang comel kat hujung kanan sekaliii


kat cameron kitorang sewa Rose Apartment. ok sangat. ada 3 bilik, siap ada 2 balkoni. haa mengadap laa angin sejuk sesejuknye. hehe. ni kat atas ayah tengah tengok sekelling


bunyi angin sentiasa menderu. sejuknyee~~~~~~~~ ni dari balkoni 1. leh nampak Kea Farm. pagi2 tengok ada amoi gigih pungut kubis kat bawah. dengan sejuknye, hujannye. aaa gigih sangat.




motip sempat bergambar. angin kuatt gilerr. ohhh dalam rumah ni siapa yg xpakai selipar mmg cari sakit laa. haha sejuk giler2 lantai die. naseb baik apartment ni die mmg ada sediakan selipar rumah yg banyak.



mama+ haris, shira+danish. danish panggil aku mak tu. bukan maksu tau tapi 'maktu' jadinya http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif




ni balkoni kedua kitorang. malam2 shira amik feel baca novel kat sini. haha x sanggup aku tahan sejuk. pintu balkoni ni kitorang slalu tutup. jarang bukak. seriau membayangkan kalu anak kecik terlepas ke sini. seriau gile~~ kalau dukung haris kat sini pun dukung ketat2, peluk ketat2.



our lil haris ^__^




ingat nak jadikan profile pic kat fb la. hehe



budak yang dah dapat kaki. berjalan ajela kejenyee. tapi bile berjalan suke bawak apa2 yang boleh diangkut skali hee hee


comel je tengok diorang main berdua. haris suke rampas bola danish. tsk tsk. sebab bola haris color pink, die nak jugak bola biru abg danish. bola pink tu maklong ngn ayahlong dia yg bagi. xsangka lak haris xsuke pink http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif



hollohh hollohhh


haris tunjuk ape tu syg~~


oh happy happy day~~~~~~ oh happy happy dayy~~ ^_^



@Big Red strawberry farm

kalau kat Big Red Strawberry farm ni memang terkenal dengan desert yg sangat sedap. tahun lepas aku makan waffle aiskem stoberi. tahun ni aku makan aiskem goreng, sundae stoberi, cheesecake with aiskem stoberi, stroberi celup coklat panas2, sume lah aku makan. sedap giler.





x amik gambar. so curi gugle pnye, aci x.




ni bukan gambar aku tau. tapi nak tunjuk sundae stoberi. sedapnyee~~~ tapi aku paling suke stoberi celup coklat panas2 tu. suke sangat..



ok dah. tu je. rasa terkenang2 je kat apartment cameron sana dengan family tercinta sejuk2. rasa nak hari2 macam tu.

sekarang ni tgh feeling2 nak benti jadi System Analyst pastu nak beli umah kat cameron pastu keje sendiri kat sana. ahhh what a happy life  big hug teehee berangan ko.





Monday, December 3, 2012

shawl, express dan haris hantar sms

6 comments

Salam.

lately ni aku dah beralih arah pada pakai shawl. xtaulaa angin apa haha. tapi semenjak dah jumpe cara pakai shawl yang xnampak muke bulat laa ;p ekeke. pastu reka2 lilit sendiri ;p cara pakai shawl skg kebanyakkannya tutup labuh depan tp xtutup belakang. perasan x? so masa aku reka2 lilit2 tu oklaa cover jugak belakang. so here i am~~ tddmka

hari ni gi ofis pakai camni. rina panggil Ainan tasnem. kosserrr~

 *sebenanye yg ekor belah kanan tu aku lepas kan je kat belakang tuk cover belakang, tp masa nak amik gambar ni aku saje tarik ke bahu depan ;p paham ke, xpela ;p

 tapi sebenanye comot2 lagi aku lilit ni, kene improve2 lagi. gitewww


hari ni je la kot pakai shawl camni haha, esok tudung express balik hahahaha. bukan pee, pakai camni gi ofis susah plak nak masukkan earfon dalam telinga. aku x suke pakai headfon, suke earfon. byk songeh kan ;p



tudung express



oklah bye. sekeping gamba haris menutup tirai

 
 haris buatpe tu~~ senyap2 hantar 4 msj kosong ke abi ye~~~ 
kuh kuh kuh ya, ia benar2 berlaku T_T

eh menu baru haris nasi putih ngan kuah ladna tau. haha haris suke. senang je, tumis bwg putih, masukkan ayam, masukkan air, carrot, garam dan last skali tepung jagung.

tetibe ckp pasal resipi kan hee hee



You are the best thing i ever had in my life

0 comments


- umur haris dah setahun sebulan. seronok tengok perkara2 baru yg dtg dari haris hari2. hihi.

- haris tgh tatih2 lagi. comel sangat. tp masa nak galakkan die tatih untuk sampai ke destinasi tu kene agah2 hulur tangan nak sambut atau umpan dengan henfon la hee hee

- berat haris 9.7kg. selagi normal, mama dan abi sangat hepi dan bersyukur. walaupun berat dan padat ;p

- haris suke makan. sukeee sangatt. dah jadi macam mama lak kadang2 kene ada kudap2 bile waktu bukan makan nasi.









suke nooo ngan biskut


lepas tu kalau tengah makan mesti nak suap mama jugak, nak mama makan sekali ye. biskut bolelaa laagi, tp kalau bile haris suakan botol susu die kat mulut aku masa die tgh nyusu pening aku camne nak tolak, haha. "xpe haris xpe2 haris minumlaa susu ni, mama xpee da kenyang"
hee hee





haris dan sebatang kentang. xleh byk2, ada msg. gambar lama ni, skg weols betul2 da boikot mcD huhu.

- haris suke menari dan menggoyangkan badan mengikut rentak lagu. paling dia suke lagu anak kampung dengan lagu cukup cukup suda (cite julia dulu). kadang2 dlm keta kalau lagu rancak, haris ala2 head banging kan kepala dia, adoi.


- Subhallah. Salah satu perkara yang membuat aku takjub dan tertunduk dengan kebesaran Allah adalah setiap kali azan berkumandang di TV, haris akan menghentikan aktiviti yang dia tengah lakukan dan bergerak ke TV untuk mendengar azan.


mainlah camane pun, tapi kalau dengar azan mesti Haris berhenti. :')


khusyuk tengok dan dengar Azan.




 macam semalam masa kat dapur, haris tengah seronok main2 sepahkan kabinet dapur. pastu azan berkumandang di TV 9, terus secara otomatiknye haris duduk dan merangkak ke riba aku. lalu aku dukung dia dan bawak pergi dan letakkan haris di depan tv. 

Allah Maha Besar. 



habes je azan, haris sambung main.giteww


check minyak kereta ke sayang hee hee


repair keta hee hee hehe gamba2 ni bercampur aduk ni, tetibe gambar botak kan. gambar atas ada rambut.hee hee


- aku pernah cite x yg haris xsuke minum air masak? dia suke susu je. tapi sekarang haris dah bole layan air masak semenjak ada botol air.



sebelum umur haris setahun, abi dia dah ajar haris minum sedut pakai straw. bila haris dah pandai, terus belikan die botol air ni untuk galakkan die minum air masak. hehe alang2 suke sedut air, haa sedut laa air masak tu ;p so skg dah jadi tabiat laa lepas makan nasik kena minum air masak dalam botol ni.




- perangai yang xdpt dibuang oleh aku dari zaman belajar dulu adalah suke agah2 muke org dengan ais/benda sejuk/tin sejuk/air sejuk. lepas tu pappppp lekap kat pipi org, pastu gelak2kan org tu ;p


ni contoh muke ayah sendiri jadi mangsa kene air sejuk anak die ;p
selain suke buat kat kuku (lepas tu kuku balas dendam lg teruk wuwuwuw), suke jugak buat kat haris walaupun haris kecil lg ;p

tapi serius comellll klu kenakan haris ;p tih tih

dan yang paling kelakar sekarang haris dah tauuuu aku nye tabiat tu.. so bile aku nak agah2 die dengan ais sejuk mesti die kebelakangkan muke dan mata kedip2 laju2 tanda takutttttttttt, ahahahah rolling on the floor leh bayangkan x rolling on the floor

huhu so kiuttt, memang terhibur sangat. memang xjadi nak buat kat haris bile tengok aksi mata die kedip laju2 tu ;p siap kebelakangkan muke tu yg xtahan tu ;p
naseb laa haris dapat mama camni ;p mama cam budak2 ;p acanerr tu johan


oklah panjang pulak update pasal haris hari ni.






anak mama yang dikasihi,
 I love you more than you will ever know...  :'|





 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez