dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ma. Show all posts
Showing posts with label ma. Show all posts

Monday, November 11, 2013

pasangan 23 tahun

4 comments

Salam. cak.

motip aku ada sign up Dayre?? padahal dah ada blog. kui kui tp x post apa2 lagi kat Dayre yang konon2nye aku nak try buat macam Diari harian gitu. lebih baik aku update blog ni.

semalam kannnn ma cite, anak2 ayah datang rumah dan bawak gi makan. diorang masa jumpe tu macam touching2 sangat asyik cakap terima kasih kat ma jek sebab jaga ayah selama ni. sebenarnye setiap kali jumpe pun macam tu, tapi kali ni lepas mendiang mak diorang dah xde baru2 ni, diorang lebih feeling2 gitu.

memang lepas ayah convert to Islam berpuluh2 tahun yang lepas, ayah memang duduk sendiri, sampai lah kawen dengan ma. duduk dengan ma sampai skg. anak2 ayah faham. xde pulak laa pernah pertikaikan pasal ayah punye convert tu macam kat dalam TV ngan paper. xde pulak laa berlaku penyisihan,adegan tarik menarik dan masuk berita ekekeke. even kalau kitorang datang rumah diorang sebab ayah nak jumpe anak pun diorang hidang air kotak. comel x? x hidang laa diorang punye cawan.

so dah 23 tahun ayah duduk dengan ma. walaupun ma gawanggg, ayah lagi gawwaang. so sama2 gawwang sesama sendiwii. hehe. ayah dah tua ni dan slalu lupa2 apa yang dah berlaku dan dah tak dengar, ma masih di sisi ayah. jadi aku paham kenapa anak2 ayah terlalu touching mengenangkan jasa2 ma. nway ermm orang Islam kan memang baik ^__^ hew hew.





malas nak edit gambar kasi tersusun siket ;p

ma xpernah lagi tinggal ayah walau 1 malam. tapi sebenarnye pernah je ma nak join trip jiran2 gi bandung ke thailand ke, tapi sebab ayah x ikut, ma x de lah nak tinggal ayah kan. 


p/s : masa mendiang bekas isteri cina ayah aka mak diorang meninggal dunia kan, ma ayah pergi lawat tau. ma cite ayah tahap lembik lutut x boleh berdiri. sedih x? walau apa yg terjadi pun, diorang kan pernah hidup bersama, mestilah akan rasa sesuatu bile salah sorang dah pergi dulu. ma cite diorang gi lawat kat Nirvana. bangunan yang tepi higway mex tu haaaa. ma cite bilek mayat besar gilerrrrrr, mewah gile macam masuk bilik hotel je. x rasa seram pun sebab bilek mayat x macam bilek mayat, siap ada buat makan2/jamuan lagi dalam bilik tu. woww. hehe.


ok sebelum saya menangguhkan tulisan ini, cewahh, dilampirkan beberapa keping gambar.


pejam celik pejam celik haris dah 2 tahun crying motip smiley nanges crying
makin lama haris makin ikut apa yg orang dewasa buat. kitorang mak pak ni kene jaga betol tingkahlaku kitorang, kalau x ada je yang dia ikut nye.




potong kek di hadapan keluarga. ma ayah dan mak sekeluarga datang umah. hehe


obses haris pada bas mendorong mama nye tempah kek ada bas



Arabian Bay Resort di Bukit Gambang Resort City. mama ada bengkel, haris diasuh oleh abi. keke




abis bengkel kul 430 petang, bawak haris naik trem. sebab haris asyik panggil "lowiiii lowiiii" jek.







frame dan kad untuk perpisahan rakan ofis, sha. sob sob sedih sgt die da pegi.





ini lak pasangan nak masuk 3 tahun lagi seminggu. wahihihi.
cinta gunung datuk giteww.

ok byeeeeeeeeeeeeee


Monday, May 14, 2012

maxi dress + blouse

5 comments

tengok trend skang macam ramai pulak pakai maxi dress kat dalam, lepas tu sarung blouse/apa2 top kat luar, then nampak macam pakai skirt, padahal maxi dress kat dalam tu.

hehe cam comel jek, aku pun nak cuba.

tapi xde koleksi top yang bes pulak, las2 pinjam ma punye. sebab tu nampak macam mak2. *eh bukan aku pun mak2 ke ;p

pastu nampak besar siket ah ;p size kitorang x sama ;p 

okla ni. layan~~ nanti beli top yang bes dan comel2 pulak, pastu tambah koleksi maxi lagi. ok, hehe.


gambar kat atas ni kat Kunang-kunang. celebrate hari ibu.


cayang mak kite, ahuk ahuk.



mama cayang haris, mmuahhhhxx



Wednesday, March 7, 2012

makin lupa

5 comments

ma : amik wudhu' nak solat apa
ayah : Zohor
ma : kan dah solat Zohor tadi
ayah : oo yaka



ma : nak gi mana tu
ayah : nak solat Zohor
ma : habis tadi masuk bilik solat apa?
ayah : ....


ma : masuk bilik nak solat apa
ayah : saya nak solat Zohor
ma : kan dah solat tadi
ayah : yaka, kalu macam tu saya nak solat Asar
ma : Asar belum masuk
ayah : kalu macam tu saya nak solat Zohor
ma : ....



uhuk. banyak kali berlaku. ada dialog tu yang aku dengar sendiri, dan ada yang ma cerita balik. ma cakap ayah pernah solat Zohor 3x sebab x caya ma cakap ayah dah solat.

huk. tapi ayah tetap comel.

Wednesday, January 25, 2012

ma

5 comments
hari tu cuti chinese new year, balik gombak, masa ma tengah main2 dengan haris, aku tengok ar muka ma. sebenarnye tertengok. lepas tu baru terperasan mata ma dah ke daalaamm sangatt... pastu banyak garisan2 laa, macam kedut2 gitu kat mata... terus dunia aku kaku kejap beberapa saat.. masa macam terhenti, aku terpaku...

"Ya Allah.. dah tua rupanya ma aku ni.."

.....

....


xtau camne nak explain kat korang.. bukan lah x pernah tengok muke ma kan.. tapi kali tu rasa lain sangat... selama ni aku asyik anggap ma muda je.. yelahh asyik ingat ayah je yang tua.. kalu cite kat entry pun asik cakap pasal ayah yang tua kan..

tapi yelah, ma pun memang nampak sehat memanjang, syukurrr Alhamdulillah ma diberi kesihatan yang baik... padahal ma xpernah pantang makan apa2 tau.. jadi sebab tu laa x nampak simptom2 dah tua.. nampak awet muda org kata...

tapi sekarang aku memang dah kena admit yang ma dah tua la.. umur 52 tahun..

tiba-tiba rasa sedey..
ma sangat baik..
menjaga aku dengan sangat baik..
nak marah aku memang jauh sama sekali..
lepas tu, never say no.. apa yang aku minta, akan ditunaikan.. bila aku perlukan ma, ma hadir di sisi..

xpasti aku dah beri kegembiraan yang cukup ke x pada ma..
kadang2 ma x harap apa2 pun, die selalu berharap aku dapat balik je jenguk dia..
sebab dia sunyi...
kadang2 aku dapat balik, kadang2 x.. tapi ma pahamlaa aku kan dah ada dua keluarga..

hati ini rasa sayu sangat.. betul2 nak ma hepi je.. tunggu haris dah besar siket, nak bawak ma jalan2 tempat yang special..
sian ma, selalu nak join kawan2 flat jalan2 ke bandung, thailand, situ, sini, tapi ayah selalu x bagi.. kadang2 hati ini rasa geram dengan ayah..

hmm..



ibu tersayang sempena sambutan ke 52tahun @ Fullhouse, Wangsa Walk














si kecik yang tidur memanjang ;P


ezan ada sekali. hehe











 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez