dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

kursus yang best

7 comments
Salam.
ok iols baru je masuk opis hari ni. sebab 2 hari semalam pergi kursus. nama kursus tu Kursus Pengurusan Masa, tapi banyak sangat aktiviti dan dapat hadiah2.

 penceramah kitorang kann laki tau, Encik A, tapi dia bahasakan diri dia "ahkaaakk" .. hee hee 
kau ada? crying

kusus tu memang bes, sebab die dengan isteri dia suke cerita pengalaman masing2, org dah byk makan garam kan, so banyaklaah cerita2 kehidupan ni...pastu "ahkakkk" sangat suke buat lawak.

aku memang xde tertido pun, hiu2.

yang paling penting banyak sangat ilmu dan pengajaran yang aku dapat dari kursus ni. ada yang aku muhasabah diri dan nak ikut nasihat diorang. memang terpengaruh jugakla dengan kursus ni. paling aku ingat adalah pasal tido. contoh klu kite sehari tido 8 jam kan. let say kite hidup untuk 60 tahun. cube kira berapa lama kite dah tido? 20 tahun uolssss semata2 untuk tido jek. haishhh.
so kurang2kan laa tido ye. buat perkara yg lebih bermanfaat. lagipun dalam Islam xdepun cakap kene tido 8 jam sehari. omputih je cakap cam gitu. tido 5 6 jam ok daa. tapi terpulang laa pada masing2 kan. kalau xmampu xyahlah. tapi bg aku 20 tahun tido tu lamaaaaaaaaaaaaaaa nyeeeee.



muka ceria pegi kusus. eh nape lengan dd nampak besar? ooo sebab duduk sebelah kak yanti yg kurus kotcrying (monolog jaga hati sendiri ;p)



alice dan kak ain
makanan

kitorang ada 4 aktiviti. dan setiap aktiviti tu kalau menang dapat hadiah. hadiah ada banyakk sgt kat meja diorang sediakan, kitorang cume pilih je nak hadiah apa hehe.



aktiviti pertama dia bagi kain felt, suruh setiap kumpulan buat apa2 menggunakan kain felt. kumpulan kitorang buat henbeg kecik ni. dapat hadiah untuk rekaan paling berseri dan kreatif.. berseri dan kretip kewwrr? ;p tddmka ;p

masa presentation adalah sangat lawak sebab setiap kumpulan die punye presenter lawak abes. kebetulan 3 lagi kumpulan pun buat henbeg tauuu, motip sgt. so masing2 cakap laa henbeg masing2 paling bes sebab anti-peluru laa, anti-ragut laaa, henbeg bole cas henpon laaahttp://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/20.gif

 nak nanges aku sebab kelaka sangat, siu siu.



masa amik hadiah, nampak ada kereta mainan, so aku amik keta mainan laa untuk haris. xnampak dah hadiah2 lain ;p hehehe


aktiviti kedua kene buat sandwich dan plating. disebabkan aku ni kaki tengok masterchef memang aku bagi idea masterchef abesssss katttt  kumpulan aku. dengan sandwich bertingkat2, pastu balut roll sandiwch pakai kulit timun, hehe sume pun aku dpt idea dari masterchef. 


last2 kalah sebab kulinari sngat2 ;p skemaa kowttt cam serius2 gitu hidangan kitorg. yang menang tu yg comel2 ada gelas dlm pinggan, ada payung haha mcm2.


aktiviti ketiga buat menara menggunakan kad manila. yeyy menang dapat no. 2 walaupun x cantek sgt menara kitorang. sebab menang? sebab menara kitorang ada penunjuk kiblat kat puncak menara, pastu letak mesin air gedegang kat tingkat bawah menara, hahaa kau ada? ;p pastu ada pokok ada kereta. cume xletak org jek, penceramah kata kalau dlm bidang arkitek klu kite buat rekaan kalau xletak orang boleh dpt markah kosong, gitu.

 aktiviti terakhir kena buat bakul menggunakan suratkabar. kumpulan kitorang menang dapat no. 1 heee


gubahan2 bunga menggunakan tisu sebabkan markah lebih ;p alaaa kitorang gugel ngan youtube je, ekeke.

 untuk hadiah2, aku amik lori ngan bas mainan pulak.

 



motip sume hadiah pun amik untuk haris? hehehee xde amik untuk mama pun


kelaka, bile balik rumah je ada je aku muncul ngan hadiah mainan haris. semalam bawak balik kereta mainan, hari ni lori dengan bas pulak.


terus kuku tanya "awak ni pergi kusus apa sebenanye?" hee hee




note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? 2 botol RM 120 je surprise klik sini ;)

Tuesday, September 25, 2012

kursus seminggu di INTAN

4 comments

salam uols.. x update blog seminggu tau sebab tgh kursus di INTAN. kursus OOAD bersama2 ata dan bad. 

skang ni seminggu duk umah ma kat gombak sebab dekat siket nak gi intan.. tapi motip kuku yang kena ulang alik putrajaya-gombak. hua hua hua gelak sorok2. hehe kuku siap naik bas dari greenwood lg, comelnye naik bas, x drive kereta.hee hee gelak tutup mulut lagi hee hee 

masuk kelas pukul 9am, so pagi2 leh main2 dengan haris dulu kat umah, hik2 bes2 kehidupan macam ni. lalu duke ngan sprint ke bukit kiara, sekejap je, setengah jam pun xsampai patutnya tapi aku ada salah2 masuk jalan siket, jadila lebih setengah jam ;p siu siu dd dan salah jalan memang x boleh dipisahkan ;p

eh hari ni gaji kan. haris nak apa ekk ;)



motip amik gamba. mule2 dah terposing macam blogger dot dot dah, pastu cepat2 berdiri normal. kosser ;p ehem, lisa dan kuku paham kot ;p
 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez