dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label coretan omma. Show all posts
Showing posts with label coretan omma. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

coretan omma dd part 3

3 comments
motip hari2 ada coretan omma?

- malam tadi kann, haris nanges dalam pukul 9 lebih camtu.. padahal sebelum tu elok jeee die main ngan ezan.. oh ezan datang umah semalam.. dah nanges camtu, pujuk laa pujuk pujuk... tangan pun bertukar, kejap omma dd kejap opakk kuku yang pujuk..

xtaulaa kenapa..

memang mencabar memahami kenapa sayangku menanges? ;P

lepas tu kann.. xlama kemudiaan, "pretttttt"... "prettt".. bunyik haris yak dengan banyak nyee.. lepas yak terus haris diam.. pastu suke2 ketawa2 dengan kitorang sampaii laahhh kul 12 tgh malam, pastu tido..


lerrr rupe2nyee haris sakit perut nak yakk kot sebab tu die nanges kot.. yelah, sebab lepas yakk terus ok... tapi selalunye xde pun macam tu, mungkin adalaa yg aku salah makan kot, ahuk ahuk ahuk..



- so far dah hampir sebulan aku duduk putrajaya ni kan, haris xpenah bangun malam ;p mmg aku leh tido dengan lenanye kecuali bangun tuk bagi minum susu jek.. lepas minum susu haris tido balik, xde nak main2 macam masa kat gombak, suke bangun malam.. hehee haris tido macam waktu org dewasa... kul 5 atau kul 6 bangun laa.. tapi pagi tadi terlajak kul 7 baru bangun.. itupun sebab aku dah nak keluar gi keje.. tengah2 dia tidur tu aku dukung dia.. alahai~~ dalam lif pun tidur je.. letak dalam car seat baru terjaga ;) terus sengih2 ngan Abi dia.. hehe

satu perkara tentang haris yang kitorang faham adalah mood haris adalah paling baik diwaktu pagi.. sebab tu buat masa ni perjalanan aku ke taska lancar.. sebab die x nanges waktu pagi.. duk tengok je langit kat luar dari dalam kereta, hihi. tapi buat masa ni lah, tengoklahh bulan2 akan mendatang, takut berubah jek
hee hee

di waktu malam pula, adalah mood haris xbaik. bad mood. dalam kul 8, 9, 10 mlm tu, haa waktu badmood die lah. sebab panas kot umah, entah laa.




ni gambar lama, masa umur satu bulan.
masa ni baring jeee heeeee


saje letak gambar lama, mengimbau kenangan waktu berpantang ;) ecee

Wednesday, January 11, 2012

coretan omma part 2

8 comments


- haris kalau menanges, then aku dukung die letak kat bahu mesti die senyap. walaupun tengah lapar macam mana pun, mesti senyap. kalau dukung secara versi lain dia xnak. suke kat bahu jugak.
dia suke aku jalan2 dan daripada bahu tu dia bole tengok semua pemandangan.

so kalau nak pujuk die, aku gunekan bahu aku jelah.
tapi dengan syarat dah letak kat bahu tu, kene berjalan la. kalau
statik/berhenti dia tahu, nanti nanges balik. motip kecik2 dah tau momentum bergerak ke x?


- kalau aku bawak haris gi tengok cermin, mesti die senyum depan cermin. hik2 adakah haris seronok tengok objek dalam cermin tu padahal objek tersebut adalah diri dia sendiri?

hee hee


- malam tadi berlaku moment aku kurang sabar sebab penat, pastu haris lak asyik nanges je. nak kasi diam mmg laa letak kat bahu, tp lama2 aku jadi xlarat ar ;P letak bawah je nanges letak je nanges. dodoi pun dia x mau, padahal dia dah gosok2 mata ngantuk gile.

"napee hariss ni... mama penat tau, x kesian kat mama keee" *volume naik siket sebab hampir hilang sabar


tapi haris masih menanges.
aku peluk dia kuat2 sebab rasa xpatut aku cakap dialog camtu tadi.

dalam tempoh tu ada beberapa kali kuar susu dari mulut die. dan yang final punye kuar susu dari mulut dia terus nampak dia lega. terussssssssssss senyummm main agah2 ngan aku. laaaa x selesa sebab kenyang sangat ye sayangg~~~. gitu rupa2nya.

hihi seronok nye bile dapat
tahu punca dia nanges. mmg lah dah burp2 kan die, tp aku ada bagi susu dalam tempoh yang agak dekat dengan tempoh die minum susu sebelum tu.
selalunye aku kawal xbg sbb mmg slalu klu bg lebih mesti susu tu kuar balik, tp mlm td aku bagi lak sbb sian die cam mencarik2 gak.

bile die dah selesa, dah senyum, dodoikan die terus dia tidur. senang jee :) kan bagus kalau haris leh bgtau yg die nanges sbb x selesa kenyang sangat ;P


memang mencabar nak memahami jiwa anak, tp seronok, hehe


- bila dah berjaya tidurkan haris, ku pandang mukenya yang tenang dan comel semasa tidur, sayunye. timbul rasa bersalah pulak sebab kurang sabar tadi... "Ya Allah, macam manaa aku bole jadi kurang sabar tadi.. anak ini xtau apa2, x bersalah apa2 pun"

sedih
sad

cium die yang tgh tidur... tapi masih rasa sedih dan rasa bersalah...
uhuk rasa nak pata balik jek dan hadapi situasi tu dengan penuh kesabaran.

maafkan mama :(

Ya Allah.. sayu nyee tengok haris tidur :(

mama mintak maaf sebab kurang sabar malam tadi :(

mama bersalah sangat..


haris crying janganlaa buat muke kesian crying

*penuh bedak kat muke haris
hee hee


chann~~ senyum daaa ;)

huhu motip sume gambar kat car seat?



- dah makin selesa dengan taska yang aku hantar haris ni. aku dah makin positif :) awal2, biasala kan, xbiasa lagi dengan taska, xkenal cikgu2. semalam ummu athiah bg good review pasal taska ni sebab kak ipar dia antar situ gak. terus rasa positif sangat dalam diri ini :)
kurangkan
ketidaktenangan yang melampau dalam diri ini :)


pagi ni cam biasa berhentikan kereta kat pagar umah taska, dan cikgu2 taska sedang menunggu dengan senyuman, sorang amik beg haris, dan sorang lagi menunggu tuk amik haris (yang ni kene tunggu lama siket sebab aku amik2 gamba haris dulu, gomol2 haris dulu hehe)

"Assalammualaikum.... terima kasih ye jaga haris"

hati rasa gembira bile x beratkan otak dengan fikir bukan2 :)


- tapi kalau kat umah, otak memang xleh bertenang sangat haha. kalau tengah dodoi kan haris atau pujuk haris, dan pada masa itu tengah clash tengah schedule yang patut aku ngepam. mesti nampak kat langit perkataan "pam pam pam pam pam pam".. hahaaa perkataan2 tu mengganggu aku sampai xkhusyuk nak dodoi haris.

bile ngepam pula, then akan ternampak perkataan lagi kat langit "packing beg haris packing beg haris packing beg haris"

see? betapa x tenangnyee saya semenjak busy2 ada anak. selagi x siap keje selagi tu perkataan2 tu bermain2 kat langit. hek2
sebab sentiasa kene bersedia, bile kite plan nak basuh pinggan contohnye, barus basuh sekeping pinggan tetibe dengar haris "eekkk ekkk"... dah terbengkalai ;P

so masa pujuk haris akan nampak word

"basuh pinggan basuh pinggan basuh pinggan basuh pinggan" kat langit.


selagi x setel selagi tu lah perkataan2 tu mengejar aku.
hee hee haha

dah setel sume kerja baru bole tidur dengan tenang. berani ko nak tidur dikalaaa byk perkataan kat langit?

hehe


- belum pernah makan pil untuk tambah susu lg. kalau kat gombak, ma masak sup sawi batang putih untuk bykkan susu. kalau kat sini, aku bykkan minum soya tuk bykkan susu, dan makan burger. eh burger pun terlibat ke? hahaha

tapi skg riso gak kalu2 x cukup susu, sebab stok susu aku cume nyawa2 hidup je tau, xde bekalan dalam tempat beku dah, bole? so hari2 kene buat stok la.
nanti aku tanya pendapat korg eyyy
pil mana yg elok ;P


- ezan cakap nak dtg umah petang ni nak main ngan haris. mesti auntie ezan akan terkejut tgk haris da besar ;P


- umah aku xde babytv. tp papanye, eh silap, abinye selalu bukak running man. siap ulang episod yg lama2 haha. nak tunggu episod 76 lama sgt kan. haris kecik2 lagi dah layan running man kan. terkebil2 tengok. haris minat siapa sayang. ji hyo ke joongki *tetibe haha


- skg kat umah, kuku kalau nak sendawa ke nak batuk ke kene slow2 takut
haris terkejut masa tidur. hehe comell


- skang dah ada anak ni kalau makan malam makan simpel2 je. xde daahhh macam dulu nasi putih lauk paprik kee lak tomyam ke, rajin bebeno dulu masak. skang kitorg makan yg simpel2 je, macam burger special kuku, hehe, sedapppppp kuku wat, siap balut daging ayam dgn telur lg. aku bantai sampai 2 burger sekali makan.

pastu malam tadi cume makan roti canai mak yang dipanaskan semula
hee hee

hik2


- ofismet selalu kata aku kuat makan. betul ke?? pagi tadi aku cume makan sebungkus nasi lemak, sebungkus bihun goreng, 3 ketul karipap dan 2 ketul kuih kasui je ;p

heeeeheeeeeeeeeeeeheeeeeeee

nak gune alasan ibu nyusu memang kuat makan, bole?
hik2 oklah bye





 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez