dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 11, 2012

coretan omma part 2




- haris kalau menanges, then aku dukung die letak kat bahu mesti die senyap. walaupun tengah lapar macam mana pun, mesti senyap. kalau dukung secara versi lain dia xnak. suke kat bahu jugak.
dia suke aku jalan2 dan daripada bahu tu dia bole tengok semua pemandangan.

so kalau nak pujuk die, aku gunekan bahu aku jelah.
tapi dengan syarat dah letak kat bahu tu, kene berjalan la. kalau
statik/berhenti dia tahu, nanti nanges balik. motip kecik2 dah tau momentum bergerak ke x?


- kalau aku bawak haris gi tengok cermin, mesti die senyum depan cermin. hik2 adakah haris seronok tengok objek dalam cermin tu padahal objek tersebut adalah diri dia sendiri?

hee hee


- malam tadi berlaku moment aku kurang sabar sebab penat, pastu haris lak asyik nanges je. nak kasi diam mmg laa letak kat bahu, tp lama2 aku jadi xlarat ar ;P letak bawah je nanges letak je nanges. dodoi pun dia x mau, padahal dia dah gosok2 mata ngantuk gile.

"napee hariss ni... mama penat tau, x kesian kat mama keee" *volume naik siket sebab hampir hilang sabar


tapi haris masih menanges.
aku peluk dia kuat2 sebab rasa xpatut aku cakap dialog camtu tadi.

dalam tempoh tu ada beberapa kali kuar susu dari mulut die. dan yang final punye kuar susu dari mulut dia terus nampak dia lega. terussssssssssss senyummm main agah2 ngan aku. laaaa x selesa sebab kenyang sangat ye sayangg~~~. gitu rupa2nya.

hihi seronok nye bile dapat
tahu punca dia nanges. mmg lah dah burp2 kan die, tp aku ada bagi susu dalam tempoh yang agak dekat dengan tempoh die minum susu sebelum tu.
selalunye aku kawal xbg sbb mmg slalu klu bg lebih mesti susu tu kuar balik, tp mlm td aku bagi lak sbb sian die cam mencarik2 gak.

bile die dah selesa, dah senyum, dodoikan die terus dia tidur. senang jee :) kan bagus kalau haris leh bgtau yg die nanges sbb x selesa kenyang sangat ;P


memang mencabar nak memahami jiwa anak, tp seronok, hehe


- bila dah berjaya tidurkan haris, ku pandang mukenya yang tenang dan comel semasa tidur, sayunye. timbul rasa bersalah pulak sebab kurang sabar tadi... "Ya Allah, macam manaa aku bole jadi kurang sabar tadi.. anak ini xtau apa2, x bersalah apa2 pun"

sedih
sad

cium die yang tgh tidur... tapi masih rasa sedih dan rasa bersalah...
uhuk rasa nak pata balik jek dan hadapi situasi tu dengan penuh kesabaran.

maafkan mama :(

Ya Allah.. sayu nyee tengok haris tidur :(

mama mintak maaf sebab kurang sabar malam tadi :(

mama bersalah sangat..


haris crying janganlaa buat muke kesian crying

*penuh bedak kat muke haris
hee hee


chann~~ senyum daaa ;)

huhu motip sume gambar kat car seat?



- dah makin selesa dengan taska yang aku hantar haris ni. aku dah makin positif :) awal2, biasala kan, xbiasa lagi dengan taska, xkenal cikgu2. semalam ummu athiah bg good review pasal taska ni sebab kak ipar dia antar situ gak. terus rasa positif sangat dalam diri ini :)
kurangkan
ketidaktenangan yang melampau dalam diri ini :)


pagi ni cam biasa berhentikan kereta kat pagar umah taska, dan cikgu2 taska sedang menunggu dengan senyuman, sorang amik beg haris, dan sorang lagi menunggu tuk amik haris (yang ni kene tunggu lama siket sebab aku amik2 gamba haris dulu, gomol2 haris dulu hehe)

"Assalammualaikum.... terima kasih ye jaga haris"

hati rasa gembira bile x beratkan otak dengan fikir bukan2 :)


- tapi kalau kat umah, otak memang xleh bertenang sangat haha. kalau tengah dodoi kan haris atau pujuk haris, dan pada masa itu tengah clash tengah schedule yang patut aku ngepam. mesti nampak kat langit perkataan "pam pam pam pam pam pam".. hahaaa perkataan2 tu mengganggu aku sampai xkhusyuk nak dodoi haris.

bile ngepam pula, then akan ternampak perkataan lagi kat langit "packing beg haris packing beg haris packing beg haris"

see? betapa x tenangnyee saya semenjak busy2 ada anak. selagi x siap keje selagi tu perkataan2 tu bermain2 kat langit. hek2
sebab sentiasa kene bersedia, bile kite plan nak basuh pinggan contohnye, barus basuh sekeping pinggan tetibe dengar haris "eekkk ekkk"... dah terbengkalai ;P

so masa pujuk haris akan nampak word

"basuh pinggan basuh pinggan basuh pinggan basuh pinggan" kat langit.


selagi x setel selagi tu lah perkataan2 tu mengejar aku.
hee hee haha

dah setel sume kerja baru bole tidur dengan tenang. berani ko nak tidur dikalaaa byk perkataan kat langit?

hehe


- belum pernah makan pil untuk tambah susu lg. kalau kat gombak, ma masak sup sawi batang putih untuk bykkan susu. kalau kat sini, aku bykkan minum soya tuk bykkan susu, dan makan burger. eh burger pun terlibat ke? hahaha

tapi skg riso gak kalu2 x cukup susu, sebab stok susu aku cume nyawa2 hidup je tau, xde bekalan dalam tempat beku dah, bole? so hari2 kene buat stok la.
nanti aku tanya pendapat korg eyyy
pil mana yg elok ;P


- ezan cakap nak dtg umah petang ni nak main ngan haris. mesti auntie ezan akan terkejut tgk haris da besar ;P


- umah aku xde babytv. tp papanye, eh silap, abinye selalu bukak running man. siap ulang episod yg lama2 haha. nak tunggu episod 76 lama sgt kan. haris kecik2 lagi dah layan running man kan. terkebil2 tengok. haris minat siapa sayang. ji hyo ke joongki *tetibe haha


- skg kat umah, kuku kalau nak sendawa ke nak batuk ke kene slow2 takut
haris terkejut masa tidur. hehe comell


- skang dah ada anak ni kalau makan malam makan simpel2 je. xde daahhh macam dulu nasi putih lauk paprik kee lak tomyam ke, rajin bebeno dulu masak. skang kitorg makan yg simpel2 je, macam burger special kuku, hehe, sedapppppp kuku wat, siap balut daging ayam dgn telur lg. aku bantai sampai 2 burger sekali makan.

pastu malam tadi cume makan roti canai mak yang dipanaskan semula
hee hee

hik2


- ofismet selalu kata aku kuat makan. betul ke?? pagi tadi aku cume makan sebungkus nasi lemak, sebungkus bihun goreng, 3 ketul karipap dan 2 ketul kuih kasui je ;p

heeeeheeeeeeeeeeeeheeeeeeee

nak gune alasan ibu nyusu memang kuat makan, bole?
hik2 oklah bye





8 comments on "coretan omma part 2"

Zana Adieyza on January 11, 2012 at 2:14 PM said...

hihihi.. comel jer baca cerita dd ni..

mmg kalau ada perkataan yg kat langit tu, nak buat apa pun x tenang.. jgn kata dd jer, zana yg belum ada anak ni pun kadang2 rasa x tenang bila banyak perkataan kat langit tu tau.. hihi..

nieza rawi on January 11, 2012 at 2:18 PM said...

yeay,, guna alasan nyusu anak untuk makan byk2..ada ku kesah..

Queen on January 11, 2012 at 2:24 PM said...

skang nik banyak tak banyak perkataan kat langit tu..waktu menyusu die nik gunakan sbainya dgn TIDUR.. lepas tu akan terjaga dalam pukul 1 ke..pukul 11 ke (ikutla bila2 terjaga) untuk buat semua benda2 yang dilangit tu..hahaha


supplement bagus..tapi konsep suplly on demand lebih bagus.. cuma praktikkan ye.. =) semoga berjaya dd.. =)

ameris on January 11, 2012 at 2:28 PM said...

hehehe... suka alasan dd,
ibu nyusu mmg kaut mkn.

Ezzan Yusop on January 11, 2012 at 2:57 PM said...

meh nanti aunty ezzan dukung kat bahu laks...


dd..kuih kasui? ke kuih kaswi?
*ni soklan bukan sindiran ;p *

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. on January 11, 2012 at 3:43 PM said...

Life kita dua skrg ni memang hampir sama la dd.

- mama kuat makan..nak guna alasan sama, menyusu badan. *wink*

- selagi tak selesai semua keje memang akan nampak perkataan2 kat langit. Paling selalu nampak "pam pam pam pam" haha.

- keje lain semua tak jalan melainkan dodoikan anak, bagi susu, pam susu jek. Nasiblah skrg masih dalam pantang..huhu.

- Saya pun pernah tertinggi suara kat Aidi sebab terkurang sabar jugak. Pastu cepat-cepat cium Aidi sebab rasa bersalah teramat sangat. Sian baby kan?

Apapun sama-sama la kita tempuh alam baru.!

=)

Anonymous said...

sara pun sama pernah terhilang sabar dengan baby..(ish xmo kenangkan sedih kan..sobsob)..

dd dudu on January 12, 2012 at 1:38 PM said...

{zana}
hehe sungguh menggangu ketenangan otak giteww

{kak nieza}
yehh ;)

{queen}
oooh da tido leh bangun balik xpe ar, ekkekeke klu dd ni takut terlajak xbangun2 cane :'O


{kak ameris]
hehe leh pakai kan

{ezzan}
terus dd gugel. rupe2nye dua word tu pun dua2 leh pakai ekek


{yong nana}
kite ni mmg byk persamaan ar hihi

{sara}
sob sob sedey jugak

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez