dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan Haris Safeyullah,permataku, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Thursday, June 19, 2014

Semoga ayah bersemadi dengan tenang di sana

8 comments

Assalammualaikum wbt.. pada yang belum tahu, ayah kesayangan saya, Muhammad Rasul Low bin Abdullah telah pulang ke Rahmatullah pada Sabtu yang lepas (14 jun 2014) pukul 10:45 am di rumah Putrajaya..

Video simple ini saya buat semasa saya rindukan ayah..
Al-Fatihah..


video


Monday, March 24, 2014

Fraser's Hill

7 comments
Salam semua.

hari ni nak luangkan masa siket nak cerita pasal percutian ke Bukit Fraser baru2 ni dengan keluarga tersayang.




haha permulaan gambar dah tunjuk gambar wajib kalau sampai Fraser's Hill. x lain x bukan gambar jam ni la hew hew.

kitorang bertolak dari rumah lain2 dan kereta lain2. ma ayah abang sume dari umah gombak la kan. kitorang dari rumah putrajaya. kuar sarapan dalam 9 lebih mcm tu itu ini itu ini, ikut Kuala Kubu Bharu, sampai Fraser's Hill dlm tghari macam tu. x lama kemudian kereta abg pun sampai. yey. sampai2 je terus check in. oh kitorang tidur mana?


harus laaa klu aku yg merancang aku akan cari yang murah2 je dan selesa hew hew hew. percutian bajet gitu. kitorang tidur kat sini je. taraaaa~~



Rumah Peranginan Persekutuan. 
yeyyy book dari januari hari tu hari2 duk depan pc tunggu jadual 2014 dibuka kat website bph. 
ada satu hari tu aku bukak dah ada kalendar dahhhh tapiii cepatt je kann dah penuh. ramai lg yg lagi pantas dari aku rupenye. huk huk huk. cek kalendar punye cek, ok lah weekdays pun weekdays la. itu je pun yg masih available. hee xkesah la. terus laju2 contact suamiku untuk meneruskan proses tempahan dan bayaran. 

kitorang xde laa booking 1 banglo terus. tempah 3 bilik je sebab kitorang ada 3 keluarga je hihi.
kitorang tempah 2 bilik besar dan 1 bilik kecil. 
total harga Rm 140 jek. (bilik besar = Rm50, bilik kecil = RM40)
setiap bilik dilengkapi dengan bilik air sendiri, balkoni sendiri, TV sendiri. mcm bilik hotel laa tapi dalam banglo besar. gitu.

bilik kecil kitorang yang amik, kitorang bertiga memang suke tidur rapat2 hew hew.eh.

inilah bilik kecil kitorang. kecil la sangat kan. padahal haris siap boleh berlari dengan kapal terbang dia. cantik memang cantik. selesa. bilik air pun besar sangat sampai aku rasa x perlu la kot besar2 macam tu uhuk uhuk aku ni dah la penakut, lagi besar ruang tu lagi takut aku fefeeling~ gitew. ;p


beza bilik kecil dan bilik besar adalah bilik besar ada 2 katil.( 1 besar 1 kecik). contoh kat bawah ni. bilik abang.


kat luar memang berkabus gile. sejuk. dah la hujan. brrrr menggigil sejuk.

oh ye, kitorang sume duk bilik atas. bilik memang depan2 jek. tengokla ni haris lari2 ke bilik nekma dia.


dapur pun ada tau. tapi kitorang xguna pun, makan luar je.



Hall nye cantik dan besar. kalau family besar datang sini booking laa 1 banglo, boleh lepak2 tgk TV sama2 kat hall bawah ni. hehe. kitorang amik2 gamba kejap je. 



abang dah buat macam umah sendiri dah. hihi.

hehe so uols yg keje gomen ni sila lah guna peluang yang ada. hew hew


eh tapiiiii tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~ baru teringattt~~~ nak bgtau dulu awal2 tau. rumah peranginan ni kannn jauhhhhhh sgt surprise jln liku2 smpi ke hujung dunia. hujungggg sgt rumah ni surprise kalau korang xkesah xpe laaa :O macam kitorang kesahh kott crying, lepas ni kalau konon2 nak naik Fraser Hill ni lagi kitorang cari hotel kat tengah2 kottt senang nak jalan2 mcm Puncak Inn Hotel tu. uhuk2. 

kalau nak juga duduk rumah ni boleh tapi kene keluar awal2 pastu balik petang nanti tapau mknn siap2. keluar skali je, xyah ulang alik ulang alik tau, jauh bebeno. tu nasihat dari saya la hihi. kitorang ada experience keluar malam nak cari makan, and it was the scariest moment jln liku2 turun bukit di tempat sunyi dan xde lampu jln kiri kanan area rumah2 banglo ni.

hew hew hew. 

tapi kannn rumah2 banglo kat sini cantik2 tau. cuci mata sangat. semua rumah/bangunan bercirikan Scottish/English. sukeeee.



ehhh dah panjang dah entry ni tapi cume cakap pasal penginapan je??
hehe. ok ok jom sambung lagi.

hari pertama sampai tu, kitorang check in dulu, Solat dulu itu ini itu ini dan kitorang pun keluar lah cari makan tengahari. disebabkan aku dah study, so aku just bgtau je laa diorang nak makan kat mana. mule2 kitorang makan kat Mimi's Strawberry.


makan berpemandangan kan Golf view.


oh Haris ku~~ kenapa sayang~~ 

tgh2 makan hujan da. so sambung masuk dalam ;p

Love of My life big hug


lepas hujan dah gerimis siket, kitorang just jalan2 sekitar jam besar tu, amik2 gambar.

disebabkan cuaca hujan dan dah petang byk aktiviti dah tutup, kitorang pun xleh nak buat apa la. kitorang pergi kedai runcit beli brg siket, ayah pun beli makanan siket.

lepas tu jom ler pulang rumah dulu. malam nanti keluar balik masa makan. hihi


lepas Maghrib, kitorang keluar dan cuaca sangatla sejuk. brrrr.


saling berpegangan tangan sebab sejuk sangat ;p

kitorang makan kat Food Garden je. Food Garden ni adalah food court.
western ada, x western pun ada.


ayah kool gile x pakai baju sejuk.

lepas tu pulang, lepak2 di bilik aje. 

esok pagi kitorang keluar awal. janji 745 am tapi kul 8 baru betul2 bawak turun beg sume. hehe check out terus laa senang, jauh kot nak patah balik patah balik. hari ni nak buat sume aktiviti yey..

kitorang sarapan nasik lemak sedap dan roti canai kat Hamzah's Restaurant.

lepas tu aktiviti pertama adalah teman Danish gi cari strawberry. kat flora garden. gambar x amik sebab x menarik kot tempat tu. sedihhh gile tempat die hehe. 

lepas tu kitorang pergi Allan's Water. sebelah je.
kitorang pengunjung pertama tau. hehe segar sangat awal2 pagi dah kuar.

ayah, ma, syira dan Danish.

kat Allan's Water, Danish seronok bagi ikan makan.


haris cam biasa~ takut~ kekeke

lepas tu aku teringin sangat nak naik bot tu. kuku kene laa layan~~ hik2. tapi kurang syok sebab haris x dibenarkan naik, kecik lg kan. kalau x, mesti lg bes kan.

Rm 8 jek sekali naik 15 minit.

(^_^)


masuk ke alam kabus. takut x ;p 
tapi kejap je kabus ni dah berlalu pergi.


hei suami saya. saya sangat sayang awak, u know that? love struck kurniaan Allah swt untuk saya. suami yg x cerewet dan baik, sgt memudahkan sy untuk jadi isteri yang baik blushing heee heeeeeeeeeeeeee InsyaAllah


ok lepas dah abis main kat Allan's Water ni, kitorang brooom broom pergi ke The Paddock pulak. Alhamdulillah cuaca sangat baik untuk kitorang buat aktiviti.


amboi kemain kan diorang naik kuda. iols tukang amik gamba je. haris pula bersungguh2 die tak nak naik kuda tu. adehh.

naik kuda dewasa RM 8, kanak2 RM 6, pakej ayah + anak = RM 10

orang yg jaga kuda tu akan pegang je kuda tu sepanjang perjalanan. so xyah takut2 k. tgk mak iols, ok je die naik hehe.

lepas dah main kuda, memanah pulak. tapi kuku dan abg je la. kitorang tgk dari tepi je. gambar memanah sila rujuk gambar atas ;p

nah gambar lain2 pulak ^_^

tetibe rasa perut lapar untuk bercerita. so letak gamba laju2 nak tamatkan entry ni laju2 bole?? laparrrrr 

my little family ^^




tengokla haris tu dengan nekma ajee~~ x dipandang dah mama ni haa kalau nekma die ada.

happy~~~~



ok dah. tu je. memang kitorang je pun yg conquer The Paddock pagi tu. wakakaka. kesimpulannye Fraser's Hill ni memang x hidup sangat masa weekdays. kedai makan kat foodcourt pun xbanyak bukak.mungkin kalau weekend dan cuti sekolah hidup kot.

tapi kat sini memang ramai omputih. sebab kat sini ada trail untuk pejalan kaki untuk menikmati pemandangan Flora dan Fauna yg cantik. lepas tu diorang suke amik gambar burung kat sini. 

kat sini memang x banyak aktiviti. xleh nak bandingkan dengan Cameron yg macam2 ada. tapi kedamaian die tu cukup dah untuk orang2 yg suke ketenangan, cam aku ewahhh.

sebenarnye campak je aku kat mana2, asalkan dengan family tersayang aku enjoy dah berjalan2 kat mana2 pun. heee heeeeeeeeee

tapi seriusly, jalan nak naik Bukit Fraser ni buat aku terdiam dalam kereta sebab tahan nak muntah.

ok bye.



Wednesday, February 26, 2014

Rajin

3 comments
nak cite.

hari2 aku ke tempat kerja akan lalu satu gerai nasi lemak tu. dalam tahun lepas jugak laa diorang bukak gerai tu. penjualnye adalah 3 orang gadis umur mcm 20an. byk jugak yg diorang jual termasuk nasi lemak, megi goreng, mee goreng, nasi goreng, kue teow goreng dan kuih-muih.

kadang2 aku ada la jugak singgah untuk tapau, dan setiap kali singgah mesti hati aku terdetik mcm ni ;p 'lawonyee diorang pakai untuk jual nasik lemak' ;p

sebab diorang pakai baju kurung, tudung kemas2 mmg x macam penjual nasi lemak yang lain la.. dan yang paling menangkap mata aku adalah 3 henbeg yang tersusun di belakang diorang batting eyelashes walaweh jual nasik lemak bawak henbeg. tapi aku xde nak kutuk ke apa sbb aku rasa kiut je situasi tu. cume aku lebih kesah kepada rasa bahaya laa ada henbeg mcm tu kat gerai nasik lemak, takut orang jahat ambil kesempatan je.


dan..

pada hari ni kesahnye aku keluar dari umah lambat sebab ada hal siket, so aku lalu gerai tu dalam pukul 8:45 am, waktu orang sume dah masuk keje pun. aku singgah la nak tapau siket. tapi aku pelik penjual nye adalah wanita tua dan lelaki tua. aku pun tanya la dulu "ni gerai yang sama yang 3 org gadis jual tu ke??"

pastu makcik tu pun jawab

"ha ahh. tu anak2 makcik. diorang dah pegi keje dah waktu ni, so makcik ganti laa"..

surprise


laaa hamik kau. diorang bekerja rupe2nye. patutlaa pakai cantik2 dan bertudung kemas jual nasik lemak siap ada henbeg bagai. big grin diorang bekerja mcm kite juga rupenye, bezanyee mereka bangun awal pagi untuk masak, setup gerai dan jual sarapan dulu sebelum pergi ke ofis.

koff koff kofff kagumnya. rajin kannn winking




Tuesday, January 21, 2014

movie korea yang kena tengok!

1 comments

tadi masa lunch gugel korean movie must watch, lepas tu keluar laa senarai2 kan.. dalam byk2 sinopsis yang aku baca, tergerak hati nak layan cerita 3-iron.

cerita ni tahun 2004, so korang mungkin dah ada yang tengok kot cerita ni. hero die adalah mon ryong~~ haha bukan nama sebenar. tapi dalam cite dolu2 die jadi Mon ryong~~ terus lekat nama tu.

omg. sangat best cerita dia. unik sangat2. dari mula sampai ke sudah hero tu x bercakap pun ngan heroin..xde dialog langsung antara diorang tu. tapi mata ni x lepas nak pandang untuk tau lepas ni apa lepas ni apa..


lepas tu banyak part yang aku gelak sorang2 sambil cakap "woiii cerita apa yang aku tengok ni hahahahha" hahaha . lawak2.. sweet jugak cite ni.. sukenyee sukenyeee.. 

cerita ni pasal ada sorang laki tu die suke pecah masuk rumah orang yang pergi travel dari satu rumah ke rumah lepas tu buat mcm rumah sendiri, tapi bukan sebab nak mencuri, dia homeless. kat rumah tu dia siap mengemas rumah tu, basuh baju orang tu dan masak hahahhaha. lepas tu siap repair barang yang rosak lagi kuikui. pastu ada sekali tu rumah yang die pecah masuk tu die xperasan ada sorang perempuan. perempuan tu bini orang, kene dera. pmpuan tu diam jek masa nampak laki tu dalam rumah die. pastu slow2 die tgk je laki tu buat apa. tapi laki tu x mencuri tau. die buat mcm rumah sendiri je. even dia baca magazine sampai basah kena air pun die gosok balik majalah tu hahahahaha. lama-lama die tengok laki tu, die macam percaya kat laki tu. lepas tu laki tu terkantoi. lepas tu haa korang tengok laa sendiri. serius bes sangat cerita ni bg aku. hew hew hew

ok siapa nak tengok meh la tengok kat sini ---> http://www.youtube.com/watch?v=7NDBENM6_O8



Thursday, January 2, 2014

Memori percutian di Kundasang, Sabah

49 comments


Assalammualaikum semua. 

nah nak bagi gambar teaser dulu sebelum meneruskan coretan ini. wah gitu ;p



Subhanallah. indah sungguh ciptaanMu Ya Allah.

panjang tau entry ni. kalau belum solat p solat dulu. 
lepas tu bawak jajan/kacang sekali ;p


inilah dia entry mengenai memori percutian kami di Kundasang, Sabah yang akan dikenang sampai bila2.


Day 1

percutian ni pergi bersama2 kuku, haris, ezzan, ros dan izuan aka GENG BFF. hehe

kitorang bertolak pada 25 Disember 2013. Krismas day uolsss. flight pada pukul 8:30 am menaiki pesawat MAS.



bes betul percutian kali ni bile nak amik gambar sebab izuan bawak die punye stick tu. xtau laa apa nama die, aku panggil stick je hahaha so bile nak amik gambar senang, semua orang bole masuk hik hik big grin
menarik kan.


kitorang sampai airport KK dalam pukul 11 pagi mcm tu. baru kutahu airport dekat je ngan laut. cam dekat sangat. hihi nice. sampai2 kitorang jln2 sekitar bandar KK dulu untuk lunch dan beli bekalan2 makanan untuk kehidupan di Kundasang karang. beli kat Giant je. bekalan seperti Maggie, roti, biskut, jajan dan air hot chocolate. dah tau Kundasang mesti sejuk, so bekalan maggie malam2 perlu ada klu sejuk sangat nak keluar tongue

dekat KK aku sempat beli casing baru untuk iphoneku. motip sangat kan. aku kann xtau laa memang hantu casing. suke tgk casing2 lawa2. tapi yg flip punye laaa yg aku suke.

ok dah habes membeli belah, kitorang pun gerak laa ke Kundasang. perjalanan dianggarkan 2 jam. nway kitorang sepatutnye dapat kereta sewa Avanza, tapi pemilik kereta sewa yang kami dah hubungi awal2 bagi kitorang Exora dengan alasan orang sebelum yg pakai Avanza tu extend percutian die. choi. jangan harap la kitorang nak rekomen si kak M ni pada sesape yg nak pakai kereta sewa kat sana sebab servis terukkk. selalu x reply wasap ezan. ceh.

dalam perjalanan ke Kundasang yang berbukit bukau tu nak dijadikan cerita, kereta Exora tu sekali temperature tinggi, habis bauuu hangit. tersadai lah kami di tepi rumah yg ada seorang pakcik tua dan ada anjing, ayam.



dah macam cerita seram ala2 cerita 'Wrong Turn' atau ala2 'The Mist' pun ada dengan rumah ala2 misteri ni, kabus yang menyelubungi kami, dan dah hampir senja. kat sana malam cepat tau, pukul 6 petang dah gelap. 

tapi dalam gambar di atas, walaupun kereta tersadai kami tetap ceria, ahakkk. lama jugaklaa tersadai dan cube jln jugak selepas temp dah ok tapi still sangkut2 lagi. mmg x bole nak teruskan. lama jugak nak tunggu kereta baru sampai. kereta baru yang kami dapat adalah Hilux. adehh.. dah la bonet togel macam tu xde penutup. terpaksa cover dengan plastik2. last2 kitorang sampai Kundasang dah malam. wuwuwuwuwu. kalau sampai petang bole gak la jalan2.


Day 2

hari kedua adalah hari pendakian Kuku dan izuan ke Gunung Kinabalu. uwaaaaa nak join jugakk crying tapi xmo la tinggalkan haris. biar sorang je yang naik dulu. pendakian diorang ni diorang dah booked 3 months earlier.pagi2 kitorang bangun awal dan sarapan di Restoran Penataran dan pi hantar diorang kat Kinabalu Park.





omg! tingginya Gunung Kinabalu!! tengok live sangat terkejut ok. pastu rasa cantik sangattt. selalu nampak gunung hijau2, sekali nampak gunung ni kat puncak die adalah batu. lepas tu di saluti siket2 dengan awan. wahh very nice~



cantik. Subhanallah.

lepas tu, salam2 ngan kuku dan melepaskan dia pergi crying tapi sempat amik gambar bertiga seblum die berkumpul ;p


our little family!


disebabkan Gunung Kinabalu ni banyak benoo sejarah pendaki die, so mmg agak riso laa kat kuku ni. sayang suami kann, harus hati asyik x tenteram je selagi xde apa2 berita die di atas.
lepas tu klu uols nak tau, kuku ni x training apa2 pun sebelum mai sini. bole?? 

perjalanan kuku dan izuan pada hari pertama adalah 6km sehingga ke Laban Rata, dan bermalam 1 malam di Laban Rata. pastu kul 2:30 pagi kot gerak lagi 2 km ke puncak.


ok sepanjang tiada mereka di sisi, kitorang teruskan cuti2 dengan berjalan2. girls day out percuma haris. hehe

mule2 menikmati keindahan Kundasang ni.

tenang jek~


lepas tu kitorang gi Dairy Farm. bawak haris tengok lembu.


 moo moo~~



 comel je rossa perut dah 5 bulan, nampak dah hehe.

kat Dairy farm jugak, kitorang p bagi kambing makan rumput. pastu makan aiskem susu yang segar. sedap woihh.. memang x sempat laa nak amik gambar dengan dukung haris lagi pegang aiskem lg hehe.dappp dappp. segarnye~~~~ 

susu aku x beli sebab aku x suke susu putih hahaha. ros ada beli.




gambar wajib kalau tiba di Dairy Farm ni.
sori gambar x clear, yg ni print screen dari instagram.

ok lepas tu kitorang pusing2 lagi Kundasang tu, pastu saja2 berjalan di Kiram's Village. Kiram's Village ni asalnye umah yang kitorang nak booked hari tu tapi x jadi, sebab apa xingat daa..

nama rumah dia comel2 macam carrot, cabbage, hihi kiut love struck

ezzan dan ros di Kiram's Village. sooooo garden garden kan.



omma dan Haris-xperasan-pulak-baju-dan-seluar-terangkat di hadapan cottage yang soooooo lovely di Kiram's Village~~~~  
love struck

apakata kalau korang gi Kundasang korang try menginap di Kiram's Village ni pastu cite kat iols best ke tak duk sini. iols teringin la nak duduk hihi sebab kiut sangat.


sempat haris tembak bunga kan. penggg!! 


ok next~~~ kitorang pergi Pekan Kundasang. lunch Nasi Ayam di satu kedai melayu tu, dan pergi kedai runcit beli mangkuk, pisau, sudu, telur, bawang. hihi motip?

lepas tu kitorang terus jalan2 lagi saje2 nak tengok Kinabalu's Pine Resort. resort ni agak glemer jugakla di kalangan pelancong2 yg nak menginap di Kundasang, sebab scenery die yang cantik. lagipun ia dikelilingi pokok2 pine. kalau dapat Blok P paling indah, balkoni mengadap baik punye scenery. tengoklaa gambar2 kat bawah ni, kite lafaz Subhanallah k.







bunga merah ni pun cantik sangat hingga haris terpesona.




aku sayang anak ini, kasih sayang kami akan kubawa kemana2 jua ku pergi. happy






breathtaking view~



gamba belah kanan atas ni, yang gamba ros dengan ezan adalah berlatarbelakangkan gambar blok P Kinabalu's Pine Resort


lama jugak la kitorang lepak kat atas ni sampai Haris bole 'yak' dengan tenangnye. dah habis yak die bgtau la mama kan. menapak laa mama ni pergi cari toilet bedekatan hik2. dukung haris turun bukit naik bukit. 
xpe, mama suke je haris yak hari-hari. jangan x yak. yg tu mama riso. love u son. 

ok dah lepak lama ni, kitorang pun turun laa. oh ye lupe nak cite, since kuku dah panjat kinabalu kan, cer teke siapa yang bawak Hilux tu? aku? xmungkin haha. ezan laa~~ kool seh~~

kat bawah tu dalam perjalanan, kitorang beli sayur yang da siap2 potong, konon2nye nak buat sup sayur la malam karang hehe. pastu beli jugak buah-buahan. lepas tu kitorang tapau KFC siap2 untuk malam. malam2 xnk kuar dah. 

dalam perjalanan pulang ke penginapan, kitorang singgah balik Kinabalu Park tempat yang hantar kuku izuan pagi tadi, saja2 nak ronda2 lagi. ronda punye ronda naik atas hujan laa pulak, telepas nak tgk scene yang cantik2. tapi kiotrang jln sampai Timpohon Gate jugakla hihi.

lepas tu balik rumah untuk solat, berehat. mlm tu just mkn KFC sama2. cuaca malam tu adalah sangat sejuk sampai klu bercakap pun keluar asap. hadoi x tahan betol. lepas makan2, tidokan haris, pastu layan movie bertiga pastu tido. hehe percutian yg sangat relax. x kejar2 masa.


Day 3

Day 3 ni kitorang duk umah je menunggu mereka yg mendaki tu pulang.

oh ye kuku dan izuan selamat sampai di puncak dalam pukul 7 pagi macam tu. i'm proud of u suamiku. tahniah sangat2. jom nak share ngan korang gambar yang diorang snap di puncak. indah sangat. mari lafaz Subhanallah.


cube bayangkan kite duduk atas awan. bes x? wuwuuwuw bes sangat2 kalau benar2 terjadi pada diriku.

tahniah kamu berdua. 


kat bwah ni pulak gmbar2 yang diorang snap sepanjang perjalanan.

awan depan mata. boleh kalau nak sentuh. pehh~~~ nak juga~






ok berbalik pada kami bertiga yang duduk dirumah ni ;p kitorang duduk umah jek, lepak2, layan haris. lagipun hujan sepanjang hari. rasa lega sangat sebab dah berjalan semalam amik gamba2 yg cantik sebab hari ni bile hujan, satu apa pun xnampak ;p hanya kabus semata2. gunung kinabalu pun x nampak langsung. hoho naseb baikkkkkkkkkk  dah berjalan2 semalam dan cuaca baik smlm.









dah tengahari tu lapar, berjalan lah kaki weols ke restoran berdekatan.


mama x larat nak dukung haris, so haris kene kerah tenaga sendiri panjat tangga yang sangat curam dan byk. haris adalah sangat happy~~ hihi


nway, mengenai penginapan, kitorang kali ni nak relax2 kan, so amik penginapan yang sangat nature gitu. kitorang pilih JResidence Hotel.

dikelilingi dengan alam semulajadi yang menghijau, malam2 dengar bunyi cengkerik dan unggas. kupu2 dan serangga berterbangan buat haris ketakutan kekeke. tngah mandi pun kupu2 terbang sekeliling ok hihi hee hee

pengalaman yang sangat menarik, kecuali part curam sangat nak naik jln besar dari hotel ni. curam sangat2.



inilah dia penginapan kami. yang hujunggg belah kanan sekali tu rumah ros. yang belah kiri tu umah ezan, lepas tu umah ku. share satu balcony untuk makan2 dan juga share dapur. dapur yg palinggg belah kiri. perfect place to us. sesuai sangat dah. hehe.

haaa ni pulak bukan rumah weols, dulu nak book la rumah ni tapi da fully booked da~~ umah ni scenery die paaalingggg cantik. boleh nampak gunung2 dan juga matahari terbit. serius sangat cantik. nak tau camne scenery die meh tgk gambar bawah. mari lafaz Subhanallah dulu.


waaa cantiknyee pemandangan~~



ok dalam waktu Maghrib macam tu baru laa mereka yang mendaki tu sampai ke bawah. muke masing2 penat jek dan jalan terjengket2. hehehe. lepas tu siap beratur kat KFC bole? nway perjalanan diorang sangat mencabar sebab hujan turun jek, so trek adalah licin, basah.


motip 2 malam makan KFC? lepas tu kitorang trauma dah nak tengok ayam. bile balik semenanjung asyik cari ikan jek skang haha.

malam2 tu makan KFC sambil mendengar pengalaman kuku dan izuan di gunung kinabalu. sangat seronok~



memori~ (^_^)

Day 4


say bye bye to JResidence. hehe nak bertolak ke KK kembali.






our mist house. kami x kan lupe kan rumah yang sentiasa berkabus ini.


kitorang singgah sarapan di Pekan Kundasang, ada satu kedai melayu tu x ingat la nama.

ingat nak ajak diorang gi Poring, tapi macam x sempat hihi sebab ingat nak jlan2 kat KK jugak. so Poring tu kalau korang gi Kundasang singgah2 la ye, cantek juga tempat tu. tmpat air panas dan ada canopy walk.

dalam perjalanan ke KK, kitorang singgah di Tamparuli nak tengok la Rumah Terbalik.
tapi kene bayar rm10 sorang la, kosser nak bayar, bole? ;p kedekut x. 

hehehe so amik gambar dari restoran sebelah je. boleh nak amik gambar rumah terbalik dari restoran tu, janji korang adalah customer restoran tu hehe.






kereta pun terbalik


inilah restoran sebelah rumah terbalik. iols minum mango smoothy dengan kek cheese kuku punye. dap dap.
amik gambar dari luar rumah jek ;p tauu dahhh dalam rumah macam mana, kan slalu je org share gambar ;p hehehehheeheheh



dah sampai KK, kitorang check in Hotel Gaya City Centre yang di tempah tru agoda. 


ok sangat2 hotel ni. harga masih rate kitorang ;p , pastu bilik ok shower ok, toilet ok, pastu betul2 lah depan suria shooping komplex, pastu x jauh dari Pasar Filipina, pastu x jauh jugak dari Jesselton Point tempat naik2 bot. cafe die pun dah gugel, halal. hehe nice nice. suke suke.

nway kitorang dah sampai KK tu petang sangat, nak berIsland Hopping pun xsempat. kalau nak Island Hopping bes kalau 1 hari atau setengah hari. lagipun diorang gelap cepat sangat, so klu kul 4 baru g jeti mmg x sempat la hihi.

melihat laut sambil layan haris tunjuk2 bot 


great friends untuk bercuti2!!!! x pernah ada masalah ngan diorang ni hehe sekepala gitu.
Us at Jesseltoin Point
lepas tu kitorang laparrrr, gi pasar filipina makan seafood. udang besarrrrrrrr tapi x amik gamba pun sebab keadaan masa tu sgt x sesuai dengan tempias2 hujan masuk, lagipun henbeg kuku yg pegangkan, henpon sume dlm tu. huhu. mmg x amik gambar ar. lepas makan seafood jalan2 cari cenderamata, pastu pulangkan kereta sewa, lepas tu masuk Suria shopping kejap teman ezan cari panadol, lepas tu berehat di bilik.
malam ni malam terakhir di Sabah.


Day 5

pagi2 turun sarapan di Cafe hotel. betul2 la haii mengadap laut. nice~~~



sarapan borak2, erm nak jalan2 takut xsempat, naik bilik kemas2 packing2 dan dalam kul 11 naik mpv yg hotel panggil ke airport. 


lepas tu tunggu laaa untuk flight pukul 1:40 pm.





isi minyak haris dulu sebelum naik ;p

sepanjang penerbangan haris adalah tido. penat agaknye. mama dan abi layan mp3 yang disediakan. layan habis~~ hohohoho.

sampai KLIA, kitorang naik erl je untuk pulang ke rumah.
habis sudah percutian kami di Kundasang yang meninggalkan seribu memori untuk dikenang. terlalu banyak pengalaman manis, kelakar, dan paling x bole lupe adalah setiap kali nak berjalan kitorang kene naik tangga yg sangat curam dari JResidence sebab Hilux xlepas kalau ada penumpang kuh kuh kuh jalan tu terlalu curam. Driver je yg lepas. 

makanan2 yang kitorang jumpe kat Kundasang jugak byk yang berunsur kicap. kuh kuh kuh memang begitu ya??? teringat set lunch di Restoran Penataran. Terung masak kicap, fish fillet masak kicap dan ayam masak kicap. motip??

;p



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez