dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

gambar di hari rabu

3 comments
 ni gambar semalam. haris jadi tuan besar tengok kitorang buat keje kat dapur. sorang masak, sorang lagi basuh pinggan kat sinki. haha cara senang kalau xnak tinggal anak kat hall, letak dalam stroller. 
tapi kejap je haris ok, xlama kemudian haris bosan duk dalam stroller, "ekkk ekkk" nak bebaskan diri dari stroller, hihi.



auuumm~~~

mama abi makan seoul garden, haris pulak makan bubur letak carrot ye sayang ;)


Tuesday, May 29, 2012

belum jadi ibu yang berjaya

2 comments


aku belum jadi ibu yang berjaya beli baju saiz yang betul untuk anak ;p



samada aku beli baju terlalu kecikkkkkk

motip baju umur 6-9 bulan x muat dgn haris?





atauuu terlaluuu besarrrrrrr

hip hop daa hariss sebab baju seluar besar gedebo, hik2





harisss, bagi peluang lagi kat mama ye untuk belajar beli saiz baju yg betul untuk sayang ;)

oh nway, wikend lepas kitorang makan kat Seoul Garden. bessss!!!! sedap betul kimchi chicken, black pepper chicken ngan curry chicken.  pastu makan panas2 dari bbq tu, memang macam korea2. hehehehe

bole baca blog ezzan untuk tgk gamba2 makanan.*ngelat skang, malas nak update sendiri. hew hew hew



Monday, May 28, 2012

gambar sebelum ada anak dan selepas ada anak

5 comments

1) sebelum ada anak.

kuku kupas bawang rilek2 depan tv, aku pun kopek ikan bilis rilek2




2) selepas ada anak
tu diaaaaa datang daaaaahhhh, hahaha. masih aktiviti yg sama, kupas bawang. mule2 haris main2 dengan aku kat satu sudut tu. tetibe dia buat u-turn pastu jalan macam duyung menuju ke arah kuku yang sedang kupas bawang. siap panjat2 riba lagi, kui2. dan akhirnya terpaksa laa kuku mengundurkan diri. hik2


note : sorang kawan baik aku dah pregnant. aku gembira sangat mendengarnye :') Alhamdulillah




Thursday, May 24, 2012

tagging tagging flirting flirting ahhhh stress aku!!!

5 comments



 - at wits' endaku tensi laa dengar lagu baru yg alif aziz nyanyi yang "tagging tagging flirting flirting" .. ahh pangg kang ;p

aku rasa aku ada masalah dengan sume lagu yg berunsurkan facebook. macam lagu cinta muka buku pun aku x suke. bermasalah betul aku ni.
aku rasa macam... hek elleee pasal facebook pun bole buat lagu ek? tah pape..



-eh korang, mana nak cari topi untuk bayi 7 bulan eh. aku rasa macam susah jekk nak jumpe topi untuk haris. aku suka pakaikan haris topi, tp tulaa asyik xnampak je kedai jual. new born punye topi byk la. korg tau x kat mana nak beli.

- eh bayi sangat comel kan. geramnyee dengan kecomelan bayi bile dah ada anak. hik2

kadang2 x paham kenapa bayi rasa kelakar sangat kat satu mende tu. contohnya haris. semalam aku golek2kan bola kat muke die je, tapi die punye gelak tu macam kelakar sangat lawak aku. aku golekkan bola aje okayyyyyyyyyy

hahahaha bayi sgt lucu dan comel.

teringat video yg bapak die cume koyakkan kertas, tapi bayi die gelak giler2 macam kelakar sangat adegan koyak kertas tu, haha.

indah sungguh dengar haris gelak. sukeeeeeeee

sebab kadang2 gelak dan senyum haris agak mahal. ekekeke. kadang2 bile aku buat lawak depan haris, haris senyum sinis je, kui2.

kelakar laa haris. suke berebut apa yang aku pegang. apa yang aku minum. dia paling suke dengan henset aku dan henset Abi dia. mungkin sebab dia selalu nampak aku pegang henset kot, so dia pun kena ada henset juga, mungkin itu fikiran haris. bila aku amik sorokkan henset, nanges. kecik hati pulak, hik2


hari tu dari dapur dengar haris "ekk ekk".. mula2 buat x layan je, sebab tahu haris nak perhatian aku la tu. tapi "ekk ekk" nya  xberhenti pula. terus aku keluar ke hall, tiba2 aku gelak sampai terduduk2. sebab apa tau?




tengok2 haris dah sangkut bawah meja ABC. die nak kejar laptop laa tu, pastu x perasan dah lalu bawah jejantas (meja ABC), pastu  x leh angkat kepala sbb sangkut bawah meja, tu yg "ekkk ekk".

haha comel sangat.

motip mak die gelak dulu baru selamatkan haris? ekekekee




Thursday, May 17, 2012

huhu masih terbayang

5 comments

aku kat ofis lg, skg dah pukul 7:05pm.
balik lambat sebab ada kerja nak selesaikan sambil2 tunggu kuku jemput.

kejap tadi, masih ada beberapa ofismet lagi yang masing2 khusyuk mengadap pc masing2.

and then.. something happened...

salah sorang ofismet ku tiba2 kejang x bole gerak depan PC :'(

rakan partition kat sebelah terdengar namanya disebut dengan lemah sayup2 beberapa kali..

rakan itu segera memberitahu rakan2 yang lain..

salah sorang rakan menghubungi Pusat Kesihatan..

dan beberapa orang cube menenangkan ofismet yang kekejangan x bole bergerak..


masa berlalu dalam setengah jam mungkin, ofismet yang bergelut dengan kekejangan diri mungkin terlalu berusaha, tiba2 batuk seperti ingin muntah..

aku menyaksikannye, dan air mata bergenang.. Ya Allah janganlah jadi apa2 pada ofismet ku ini..

setelah batuk+ bunyi muntah beberapa kali akhirnyaa terdengar ofismet ku itu menangis dan menyebut.. "Ya Allah.. kesianlahh anak aku Ya Allah... Ya Allah.. kesianlah kat anak aku Ya Allah.."  

 syukur dah bole gerak siket, cume bahagian tengkuk masih belum bole gerak. beliau akhirnya dibawa pergi oleh ambulan..

aku masih terngiang2 suara ofismet ku menanges "Ya Allah.. kesianlahh anak aku Ya Allah... Ya Allah.. kesianlah kat anak aku Ya Allah.."

sumpah aku sedih :'(

aku terbayangkan diri aku juga. sekiranya berlaku apa2 pada aku, memang Haris yang akan aku fikirkan.. bagaimana dengan masa hadapannya... :'( 
 Haris, mama rindu haris.. mama nak balik sekarang laa, tengah tunggu Abi, nanti sampai rumah mama peluk cium Haris ehh :'(



Wednesday, May 16, 2012

dialog biasa-biasa

2 comments


dialog 1 (di ofis)

note : RM = singkatan untuk Running Man kat ofis aku klu nak copy dari sape2

dd : oto, nak RM 92 ngan RM 93
oto : ko ingat aku cap duit ke. mintak kat keri la.

dd : (-_-")


dialog 2 (dalam kereta)

dd : "ayah dah lapar ke belum? nak gi makan sekarang x?"
ayah : "panas.." *buat2 dengar soalan dan jawab dengan yakin, padahal x dengar sebenarnye hee hee


dialog 3 (di ofis, partitionku)

kringgg kringgg~~

dd : "Hello....." *aku malas siket nak jawab skema yang penuh 'hello, PTM, boleh saya bantu'
caller : "Hello. bole saya cakap dengan Puan Ain?"
dd : "Puan Ain xde la. dia pergi kursus. boleh saya ambil pesanan?"
caller : "pesanan ye.. teh tarik 2"
dd : "........."
caller : *gelak gelak
dd : ........ 
caller : "ok, kalau macam tu bole x saya dapatkan no. telefon Puan Ain.. bla bla blaa.." *malu kot lawak xde org gelak
dd : "bla bla bla bla..." *jawab dengan serius
caller : "ok terima kasih"
dd : "sama2." *serius

(gagang diletak..)

sekian terima kasih. motip teh tarik? malas aku nak layan haha. tengah byk keje ok.



Klik sini, sini dan sini untuk himpunan dialog dd-dudu yg lama2 ^_^



Tuesday, May 15, 2012

lautan luas ku renangi

2 comments

sekarang haris kat gombak, ma jaga sebab  taska tutup seminggu.
kire sekarang aku dan kuku ulang alik gombak ke tempat kerja laa, x balik putrajaya.

tapi minggu ni kuku ada bengkel audit seminggu di UKM.
motip kitorang dua2 menyedut udara yang sama sekarang? haha
aku kat PTM, kuku kat Puri Pujangga. dekatnyewwr. sama2 menyedut udara UKM, cewaah. pangg~~

kuku disediakan bilik ar kat Puri Pujangga sebab ada aktiviti malam.
korang rasa aku join x untuk bermalam kat Puri Pujangga?

yelahh kalau tido kat Puri Pujangga, berapa tapak kaki je kot nak gi kerja hari2, haha.

korang rasa aku amik peluang tu tak?

harus laa tidakkk  crying *walaupun dengan kuku pun sebenarnye x sanggup berpisah ;p ngade2.

mau menggelupur aku merinduii harissssss crying aku tetap akan balik gombak hari2 crying aku tetap akan ulang alik 80km sehari demi haris crying haris tetap kene tido ngan omak die setiap malam, walau sesempit macammana pun katil, walau sebollywood mana pun gaya haris tido ;p


kuku pun bermalam kat Puri Pujangga bile ada aktiviti malam je. kalau tak, die balik gombak jugak, macam semalam, xtido kat Puri pun, tinggalkan bilik kosong pastu balik gombak hee hee rindu anak jugak le tewwww hee hee


manyakk sayangg wooo sama ini dua olang lalaki


note: rasa hubungan sangat erat bile kitorang ber3 berderet tido atas katil yang sama, wpun mama selalu jadi mangsa tido kat celah2 yang ada sebab haris suke guling2 bollywood masa tido.



Monday, May 14, 2012

maxi dress + blouse

5 comments

tengok trend skang macam ramai pulak pakai maxi dress kat dalam, lepas tu sarung blouse/apa2 top kat luar, then nampak macam pakai skirt, padahal maxi dress kat dalam tu.

hehe cam comel jek, aku pun nak cuba.

tapi xde koleksi top yang bes pulak, las2 pinjam ma punye. sebab tu nampak macam mak2. *eh bukan aku pun mak2 ke ;p

pastu nampak besar siket ah ;p size kitorang x sama ;p 

okla ni. layan~~ nanti beli top yang bes dan comel2 pulak, pastu tambah koleksi maxi lagi. ok, hehe.


gambar kat atas ni kat Kunang-kunang. celebrate hari ibu.


cayang mak kite, ahuk ahuk.



mama cayang haris, mmuahhhhxx



Thursday, May 10, 2012

masih entry sendu

3 comments

tadi bukak fb, dalam group mommies united, ada orang letak gambar baby 6 bulan yang mak ayah die meninggal dalam eksiden di Lebuhraya Pantai Timur semalam. dalam eksiden tu, bayi je yang terselamat, tapi ada luke kat dahi laa sebab melambung kan keluar dari kereta. kesian baby tu, mesti sakit mase melambung jatuh atas jalan :'(

bila tengok muke bayi tu, hati ni rasa sebak sangat. sebab dalam sekelip mata, dah xde parents. bayi tu mana tau apa2 lg :'( dan lebih menyedihkan aku ada laa baca kat satu surat yang saksi nampak kejadian tu, masa bayi tu nanges, saksi ni gi la geledah barang dalam kereta cari susu, tapi x jumpe susu. rupa2nyee bayi tu fully breastfeed la ngan mama dia :'( sedihnya sad 

mesti nanti baby tu cari2 mama dia. *alaaa aku tingat kat haris ni, terbayang aksi haris cari2 aku bile aku sampai rumah


ah sebaknya.


ada orang cakap, bayi malang tu, nenek dia jaga skg. huk


sebenarnye, inilah yang paling aku takut berlaku sekarang. kalau aku tengah drive, kalau aku ngantuk ke apa ke, aku cepat2 beristighfar ingat Allah dan cakap sorang2 "dd, ingat kat haris.. ingat kat haris.. x boleh berlaku apa2 pada kau melainkan dengan kehendakNya.."


aduh, sedih tengok video semalam pun x hilang lagi, tetiba dah rasa sedih hal yang lain pulak. aku kesian kat baby tu :'( 

dasatnye jadi orang dewasa mak mak ni. banyaknyeee yang aku fikir  at wits' end

aaaaaaaaaaa!

anakku terselamat, huhu

3 comments

minggu ni haris cuti tau, xpergi taska start dari isnin hari tu. sebab kuku outstesen ke Sabah, so macam biasa mama dan haris pulang ke gombak umah nekma. tapi kuku outstesen sampai hari selasa je, so patutnye hari rabu kelmarin kitorang pulang ke Putrajaya la dan haris akan dihantar ke taska seperti biasa la. sekalii tup2 haris x sehat, batuk+selesema, pastu merah kat hidung die makin terukkk, dah jadi macam kudis. bawak gi jumpe 2 doktor, doktor kate tu infection.

pastu kuku decide x jadi balik putrajaya hari rabu lah, buat masa ni biarlah nekma yang jaga Haris masa kite pegi keje. maksudnyeee, Haris sambung cuti laa, xyah gi taska.

tiba-tiba semalam (khamis), dapat msj dari cikgu taska, bagitau taska tutup sebab ada jangkitan HFMD.

what??!!!!!!!

msj cikgu tanya2, cikgu kata majoriti budak dalam taska tu sume kene. cikgu kata nak nanges tengok bebudak tu nanges lapar tapi x leh makan sebab sakit ulser dalam mulut. *salah satu simptom hfmd adalah ulser dalam mulut

Ya Allah, anak aku terselamat. terus peluk haris kuat2, rasa macam "begini aturan Tuhan untuk Haris. Dia beri anak aku sakit lain untuk elak HFMD." :'(

xleh bayangkan kalau haris salah sorang yang dijangkiti HFMD.. Haris :'(




note : entry aku masih sendu kan. aku masih mental mengenangkan video semalam. aku xleh lupe suara bayi yang tersedu2 nanges, suara bayi tu yang dah benti nanges tp papp kene pukul jugakk, dan aku xleh lupe part bayi tu mengesot2 menuju ke arah mak dia mintak dipujuk. arghh




Wednesday, May 9, 2012

video itu mengganggu fikiran aku hari ni :'(

13 comments

- masih bergenang air mata mengenangkan video si ira bangang tu pukul budak kecik yang alahaiii dah pandai merangkak kott :'( tapi kecil lg :'(

- aku x tengok sampai abes, tp yang awal2 tu dah cukup untuk buat hati aku terluka :'(

- apa sangatlah salah budak tu sampai ira bangang tu pukul macam dirasuk syaitan :'(

- aku nak ira bangang tu dihukum skg juga

- paling menyayat hati, budak kecil tu siap ngesot kedepan kedepan ke arah riba ira bangang tu tp ira bangang tu x peduli pun, tapi makin kuat pukul :'(

- x kesian ke dengar budak kecil tu nanges :'(

- ada budak yg berdiri tengok pulak tu. ada nampak kaki org dewasa gak, buat bodo je ke ;'( yg rakam tu pun, nape x selamatkan budak tu :'(

- aku xsanggup dahh nak terkenang.. tulunglaaaa pergii memori ini..

- haris, mama rindu haris.. mama akn lindungi haris sepenuh jiwa raga mama :'(

- tolong cepatttt tangkap ira niii.. aku benci diaaa :'( aku benci diaa sangatt2 :'(


harisss.. :''''( 
lambatnye pukul 5.
selalu sampai rumah haris akan nanges tengok aku selagi aku x dukung dia. tapi aku slalu pegi amik wudhu' dulu baru dukung dia. bila dukung dia baru haris x nanges, tapi berubah kepada sengih2. tapi jap lagi aku nak balik awal sharp kul 5, supaya aku sampai rumah gombak sebelum senja, dan terus boleh dukung haris bila sampai umah. senyuman haris lah penawar aku skg yang tengah xde mud, merundum mud lepas tengok video yg teruk tu.

oh memori video~ pls go away~~ xmo terkenang :'(


Monday, May 7, 2012

busynye haris weekend lepas

8 comments

sabtu ahad semalam adalah sangat full untuk haris! tapi xpe naseb baik haris yang jenis suke berjalan gak, hehe. kalau jalan2 kat jusco ke mana ke, mesti mata dia tengok je sekeliling, enjoy tengok pemandangan gitu.

1) sabtu hari tu pagi2 dah keluar pegi Alamanda untuk teman mama dan abi dia beli hadiah, dan berjumpa rakan2 tersayang iaitu auntie ros, auntie ezzan dan uncle izuan.

suka gambar dari instagram ros ni.


@ secret recipe. borak2 lama giler. brunch. abi makan mushroom soup, mama makan cheese choc cake + earl grey tea. terbaik ah.haris lak tidoowwww


hahaha Buy 2 Free 1. masa ni mama dan abi tengah busy pilih2 hadiah dekat Lovely Lace Baby. uncle izuan dan auntie ros tolong pegangkan haris (^__^)




2) lepas tu balik rumah jap. petang pukul 3 keluar pegi besday party anak kawan kuku, Azmil nama dia. alaaa kawan upm laaa. besday party kat kondominium mewah milik mertua, dan kat sana aku rasa segan nak makan, segan nak bergerak dari tempat duduk, segan nak tengok orang, segan sume2 ah! hehehe. 

gambar pun xde ar, segan aku nak keluarkan kamera. aku pegang je haris sambil tengok kuku borak dengan Azmil. haris nak ber'aksi atau "ekk ekkk" aku macam halang. bisik2 dalam hati "jangan malukan mama dekat umah org kaya ni ;p"

tema besday party adalah Mickey Mouse. sayang gak x amik gambar. hehe. anak 1st Azmil yang bernama Alia sangatlah comel, umur nak masuk 3 tahun daa. muke x de muke melayu, muke pan asia kot ;p anak kedua baru umur x sampai sebulan, comel gakk, wife Azmil  masih berpantang lg.


3) lepas tu laju2 gerak ke next bithday party. It's Hello Putri Day. Putri is turning 2! tema adalah Hello Kitty, sebab tu jadi Hello Putri Day big grin nanti kalau masa haris, nak buat tema apa ek. Donald Duck bole? ;p hello, jangan suruh buat tema sincan okayyy.... takat ni dah nak 10 org kot cakap muke haris macam sincan, haishhhh.

iza, sori datang lambat :( dah laa lambat, balik laju2 lak tu sebab hujan. takut haris kene hujan. sob sob kalau la bole lepak lama2 dari awal mesti bes kan =)

muke haris selsema. nampak x hidung haris merah? hidung haris luka+melecet masa aku amik dia dari taska jumaat lepas. luluh hati aku. kulit bayi kan halus lagi, cikgu janganlaa lap hingus haris kuat2 :'( mama nanges karang :'(



tema Hello Kitty. kiutnyeeeeeeeeee

Putri dan mama iza big grin comelnyeeeee heehee. gambar ni dan gambar atas curik dari fb kak shidot. kedit to fb kak shidot. kak, kite curi 2 keping gambar ey ;p xsmpt amik gamba sebab hujan dan nak balik cepat2. huk



4) malam, kuar makan dengan family sebab abang dari johor balik. makan chinese food kat d'Templer. tapi haris tido pulak, saba je lah heheee.

5) Keesokkan harinya adalah Ahad. lepak2 kat rumah dulu main2 ngan danish jap. pastu kul 10, diorang balik johor. tengahari tu kitorang pergi jusco jap beli hadiah, pastu pegi kenduri kawan upm, hafezan nama dia.

Haris bersama mama, auntie ros, auntie anum dan abang Faiq K-pop gile hensem oh. alaa haris ni mamam tangan dia pulak.


Haris yang rela je lahh pegi mana2 pun ;p

Alaaa, lupe amik gamba dengan kakyen :'(


6) selepas kenduri, kitorang plan nak melawat ja yang baru lepas bersalin. nak tengok bbbbbbbbbbb big grin


Nama saya Amni Hayyan. 
















Alahai comel sangattt. nanges pun suara halus je hehe. ikut muke ja kan ;) masa datang umah ja, ada ja ngan shah je. mak ja balik kampung. comel jek, mesti shah jaga ja berpantang kan ;p


petang tu Haris balik masuk keta terus tidooo. x sampai hati da nak kaco tido haris ^_^ busy betul Haris 2 hari ni. hik2


Friday, May 4, 2012

semalam aku takut

9 comments

semalam aku sms kuku cakap jangan balik lewat sangat (note : kuku keje luar kawasan semalam) 
sebab aku takut sorang2 dengan haris kat rumah kalau menjelang malam.

lepas tu masa ofis dah sunyi petang2, aku belum balik lagi, aku terbayang2, aku takut.

bila dah sampai rumah, masa naik lif, arghhh xde org naik lif sama2 lah pulakk!! jadi aku berdua2an dengan haris naik ke tingkat 13. takutnyee... aku berdiri kat penjuru belakang sekali. aku pandang je sebelah, janganlaa ada apa2 janganlaa ada apa2.


sume gara2 video yang lisa bagi semalam ni.


aku terbayang muka melati di mana2 crying 

harap2 hari ni aku ok. hehe

ye. tah2 gimik. tapi nak takut jugak, bole?


Thursday, May 3, 2012

Haris jalan-jalan melawat Adriana Syafiyah

7 comments

semenjak dari wewe bersalin bulan lepas, memang aku xsaba2 sangat nak gi tengok baby wewe, dan akhirnye masa cuti 1 mei baru lahh berkesempatan.

hik2 selain kuku dan haris, auntie ezan pun ikut sekali. tapi kite sume lupe amik gambar sesama sendiri pulak, haishh.




Haris dah pakai hensem2 nak gi melawat Adriana Syafiyah. hehe


hik hik


dah sampai rumah auntie wewe di Hulu Langat :D

wewe tetap kool ;) rilek jek pegang baby, memang macam ibu yang dah pro! batting eyelashes

 inilahhhh diaaaa Adriana Syafiyah~

alolololo comel dan tenangnyee tidooo ;)
 tunjuk Adriana kat Haris, haris gi duk capai2 nak pegang lak hik2, seb baik pegang je, xbuat pape xtarik pape ;p


Hariss~~~ mama pegang baby~~~ jangan jeless~~~







Haris x jeles pon, haha kool je beliau. pandang x de feeling. 

padahal sebelum ni masa aku melawat baby kat rumah sepupu kuku, aku pegang baby tu, haris "ekkk ekkk" sambil mata pandang tepat ke arah mata aku, nak suruh aku riba die jugak. xtau laa cemburu ke apa. hee hee

si budak kecik yang selamba buat macam2 aksi kat rumah orang. Haishhh. hehe
. ada satu kejadian, nak cite pun maluu. abi nye la yg malu ;p





ok lah baby Adriana, jadi anak yang solehah dan mendengar cakap mummy dan daddy ye. nanti kite jumpe lagi. 
to wewe, selamat berpantang ;n dan menjaga babylove struck


oh nak cite, haris sekarang dah kenal mama dia. jadi aku xbole tinggalkan dia sekejap pun. kalau nak tinggal dia nak gi dapur ke mandi ke, kene bagi dia fokus kat toy dia dulu atau tengah sonok2 main ngn abi dia, pastu aku kene blah lari laju2 sebelum dia nampak aku dan "ekkkk ekkk" ... 

kitorang perasan dia start kenal masa umur dia 5 bulan, tinggal lagi seminggu nak masuk 6 bulan. masa tu kat gombak, kuku outstation, aku duk ngan ma. masa tu aku baru balik dari kerja, sampai rumah malam, sampai2 terus aku capai haris nak dukung. haris pun senyum2 suke kat mama dia. lepas tu tetibe *zasssssssssssss aku teringat yang aku x amik wudhu' lagi. kuku selalu pesan kalau sampai rumah malam, kene amik wudhu' dulu baru bole sentuh bayi kecil. selepas zassssss teringat tuu, aku terus xjadi dukung haris, and pulang balik haris ke nekma. pastu aku blah ke toilet laju2.


tiba2, haris menanges "uwaaaaaaaaaaa!!!" kuat giler, sampai berjejeran air mata. sian gile hihi. lepas aku dukung balik, baru ok. 

pastu aku saje nak test lagi betul ke die dah kenal mama dia, aku pun main pulang balik pulang balik ke nekma ;p ;p

masa aku pulang balik, haris nanges la. masa aku amik haris x nanges la. so kejap nanges kejap x nanges. kui kui kui lucu pulak.


sehingga lah sekarang. ada waktu haris nak je dengan orang lain, kalau tengah berhibur ada main2 dia suka laa menempel dengan abi dia. ketawa sampai terkekek2. tapi kalau die tengah xde mud ke ape ke, dia mesti cari mama dia. so aku terpaksalah buat kerja guna sebelah tangan, sebelah tangan lagi dukung/pegang dia. *motip mama diperlukan di kala duka aje?


note 1 : akhirnya ada jugak baby yang nak kat aku ;p anak aku la tu hahaha. sebelum ni budak2 kecik mana berminat kat aku sangat ;p gitewww


note 2 : rasa manis sangat bila tengok haris main2 dengan abi dia pastu tetibe haris toleh kat kite pandang mata kite, macam nak tunjuk "mama tengoklaa saya tengah main ngan abi"

cairnyeeeee (^__________________________^)

uhuk sebak pun ada *tetibe





 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez