minggu ni haris cuti tau, xpergi taska start dari isnin hari tu. sebab kuku outstesen ke Sabah, so macam biasa mama dan haris pulang ke gombak umah nekma. tapi kuku outstesen sampai hari selasa je, so patutnye hari rabu kelmarin kitorang pulang ke Putrajaya la dan haris akan dihantar ke taska seperti biasa la. sekalii tup2 haris x sehat, batuk+selesema, pastu merah kat hidung die makin terukkk, dah jadi macam kudis. bawak gi jumpe 2 doktor, doktor kate tu infection.
pastu kuku decide x jadi balik putrajaya hari rabu lah, buat masa ni biarlah nekma yang jaga Haris masa kite pegi keje. maksudnyeee, Haris sambung cuti laa, xyah gi taska.
tiba-tiba semalam (khamis), dapat msj dari cikgu taska, bagitau taska tutup sebab ada jangkitan HFMD.
what??!!!!!!!
msj cikgu tanya2, cikgu kata majoriti budak dalam taska tu sume kene. cikgu kata nak nanges tengok bebudak tu nanges lapar tapi x leh makan sebab sakit ulser dalam mulut. *salah satu simptom hfmd adalah ulser dalam mulut
Ya Allah, anak aku terselamat. terus peluk haris kuat2, rasa macam "begini aturan Tuhan untuk Haris. Dia beri anak aku sakit lain untuk elak HFMD." :'(
xleh bayangkan kalau haris salah sorang yang dijangkiti HFMD.. Haris :'(
note : entry aku masih sendu kan. aku masih mental mengenangkan video semalam. aku xleh lupe suara bayi yang tersedu2 nanges, suara bayi tu yang dah benti nanges tp papp kene pukul jugakk, dan aku xleh lupe part bayi tu mengesot2 menuju ke arah mak dia mintak dipujuk. arghh
3 comments on "anakku terselamat, huhu"
kuasa dan aturan Allah lebih cantik..sebab die MAHA mengetahui
{queen}
kan nik kan kan.
Subhanallah.
boleh tak saya nak email personnaly?
saya Dr Safiya , USM tgh buat kajian ttg kesusahan parents bila taska anak ditutup kerana hfmd.
saya berminat nak tau pengalaman puan
email saya:
safiya_amaran@hotmail.com
Post a Comment