dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

wedding comel

2 comments

dari zaman aku bujang2 dulu kan, aku suke tengok blog Diana Rikasari yang fashion die macam2 color tu. suka laa tengok kann, sampai terfikir nanti dia kawen macam mana laa baju dia. mesti bukan baju2 biasa punyaaa, mesti baju tu akan ada signature dia, yang menggambarkan she is diana rikasari.

dan bile tengok gamba baju kawen dia beberapa minggu yang lepas, aku puas hati sangat. yeh, she is diana rikasari. Soooo~~ diana rikasari~~~~~


aku suke giler babeng. full stop ;P

arghhhh
at wits' endstress sebab comel giler at wits' end




lepas tu kan.. suka sangat tengok gambar2 wedding Tina/Siput. comel-comel belaka. suka la ;)

kiutnyewwrr


comel sangat2 color combination diorang ni. baju putih, calit siket hijau lembut. pelamin suci bersih, ada calit2 pink lembut siket. comelnyeeeeeeee

yang penting riben hijau kat belakang baju tu. kiutnyeee!!!





fikir negatif

4 comments

aku ni suke fikir negatif ke eh?

yo yo je kelmarin aku risau kemain takut bos marah sebab keje x banyak progres kan. alih-alih semalam lepas present, bos kata ok. aikkkkkkk.

aku ni yang suke fikir negatif ke eh??
hew hew hew

ok jek rupanya.



nway semalam masa Bengkel tu, bos kitorang buat banyak kuiz untuk kasi kitorang lebih memahami tentang sistem yang kitorang tengah develop ni. Kuiz tu macam bos bagi banyak kes laa, dan setiap kes tu setiap dari kitorang kene jawab tulis kat papan putih kat depan. aku jawab semua betul. hebat tak?? mimpi lah kau. ko jawab hampir semua salah semalam.

hee hee
hampir semua salah ok. huduh betul, padahal aku juga yang terlibat dengan sistem tu hee hee

sampaikan bos cakap lingkup duit UKM ni kalau sistem tu ikut jawapan2 aku, kui kui kui. contohnyee iklan kekosongan jawatan ukm sebenarnye ada 10 kosong, tapi yang aku kira2 by kes semalam aku jawab 20 kekosongan, giteww. orang lain jawab betul jek 10 laughing out of the box sangat aku ni, sampai melimpah ruah, kikiki.


memang kelakar.


lagi satu cerita pasal fikir negatif.

malam kelmarin perasan badan haris kejap panas kejap sejuk, kejap panas kejap sejuk. tp kalau tengok haris x rupa demam pun, xde nanges2, xde merengek2, xde melepek2. ceria jekk cam biasa. tapi tu laa, takut haris jenis demam x nak bgtau.
riso sangat kejap panas kejap sejuk. terus bawak gi klinik. tapi sebab malam kan, xde laa bawak gi klinik panel(bangi), bawak gi klinik biasa2 yang dekat2 jek(aku kat gombak). gi poliklinik zazali, dekat area uptown danau kota tu.
doktor tu ok sangat. sebelum check haris, die main2 ngan haris dulu, agah2 dulu, hehe comel. haris suke la tewww org main ngan dia.


doktor check2, ermm ok je sebenanye. xde demam pun, hihi. legaaaaaaaaaa~~~

masa dah selesai tu nak tunggu bayar, nurse kata doktor kata x charge apa2.. Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki doktor ;) dah bawak banyak duit dahhh sebab xleh bayangkann klinik swasta akan charge berapa. rupe2nyee percuma jek ;p *hari tu pernah kat tol x cukup duit tunai dan touch n go dah habes, kakak tol tu bagi lepas macam tu jekk selepas nampak ada bayi(haris) dalam kereta.so suwit kakak tol. bertuah haris
* ata cakap, ellehh aku pun pernahh


sebenarnye sampai sekarang aku xtau camne nak check demam melalui sentuhan. termometer lak tinggal kat putrajaya. xpelaa, elok laa fikir negatif,tak demam tapi sangka demam,daripada demam tapi sangka xdemam :)

rasanya ramai je ibu2 yang kalau rasa anak panas siket terussssss bawak gi klinik, betul tak ;P


Wednesday, December 28, 2011

ngantuk giler

4 comments

Ya Allah, ngantuknyeee...
mata ni macam ada gam..
xmolaa macam ni..

ada keje nak kena buat ni.. huhu
byk kali x sedar dah terlelap ni depan pc..
aduhhh mampus aku esokk, kene tunjuk progress kat bos

malam tadi memang berjaga sebab haris xmo tido, nak main.. comelnye..
bila haris dah berjaya ditidurkan,
tepuk2 haris, tetibe perasan bau mashamm.. laa yak yak rupenye..
tukar pampers die, die berjaga la balik.. kene layan jap n tidokan balik
bila dia dah tidur, kite busy mengepam pulak..

ahuk ahuk


cik mengantuk~~ tolonglah pergi. saya x nak kena marah dengan bos esok. saya sekarang mana ada balik lewat dah, memang balik awal semenjak ada anak ni. huhu


ngantuk2 pun, maintain rindu kat Haris, hehe.

muke mamai haris nak tido



toingg~~ da tidowww

aduhhh berserah diri je lah untuk esok.. tunggu je la eyy aku buat entry sedih2 esok lepas kene marah.. xpernah lagi kena marah sepanjang hidup berkerjaya ni.. esok pecah rekod kot




sang doo

0 comments

sejak dari cuti berpantang hari tu, aku isi masa aku dengan layan cite korea dalam laptop terutamanya sewaktu mengepam susu. so x de lah boring sangat ngepam hee hee ralit tengok cerita, alih2 dah penuh botol. hehe

sekarang pun kat rumah masa ngepam aku layan korea gak, dan sekarang aku tengah layan cerita Sang Doo Let's go to school. bess cite ni. alaa cite lama, rata2 aku rasa ramai dah tengok kann.


kesian sang doo :(
Sang Doo :(

Sang Doo :(


tapi bila dah episod hujung2 ni banyak pulak part sedih.
agak huduh menanges sok sek sok sek sambil mengepam... hik2



sayang, jom teman mama pegi beli tudung

9 comments


Ni cerita minggu lepas.
Butik tudung Ratu ada sale. dia jual 10 ringgit 15 ringgit macam tu. murah. tudung rm75 yang aku pernah beli dulu pun betul2 die jual 15 ringgit. wah aku tergoda. nak gi nak gi. tapi kuku xde masa tu, tengah busy gi pasar kat kampung, hehe.

Sayangku Haris, jom teman mama dan Nek Ma pergi beli tudung. jom sayanggg~

*redha dalam paksa "bosannyee kene ikut beli tudung. saya ni lelaki mama. bosannye. tido lagi bes"



"adehh, kena paksa tengok pemandangan luar pulak.. mama, saya nak tido la, lagi bess"



"ape2 je lah mama"



sayang, tolong pijak henbrek tu kejap sayang hee hee




dah sampaii Ratu


kitorang gilir2 pegang.
mula2, haris layanlaahh pemandangan tudung, orang try2 tudung tu. lama kelamaan haris pun tidoooo, hik hik


mmuahx, terima kasih sayangg temankan mama

mama hepi sangattt ada haris sentiasa di sisi ;)



Tuesday, December 27, 2011

sayangku dah botak

5 comments


seperti yang sedia maklum, sayangku yang pertama (kuku) memang sentiasa botak.

kali ni sayangku junior pun dah ikut papa die botak. pu~

ahad (25 disember 2011) ada majlis akikah untuk Haris, secara kecil-kecilan je di kampung banting. buaian berendoi pun iols x pasang okayy~~ hehe so not me ;P

masa berzanji, kuku bawak haris mengelililingi jemputan yang berzanji. Ya Allah,. touching sangat masa tu. rasa nak menanges. team Marhaban wanita xdapat datang, yang datangnye team lelaki, so bukan iols laa yang kene bawak
Haris mengelilingi mereka. aku skodeng je dari tepi langsir dapur, serius bergenang air mata. syahdu nye Selawat... yang si Haris lak, aku tengok dia terkebil2.. terkebil2 hehe... seb baik x nanges ;P mungkin dia pelik siket je la ;P

Haris yang terkebil2. hehe so kiut

gambar gegar gile :( masa ni aku mintak tulung sepupu lelaki kuku yang kecik lagi untuk amikkan gambar.
dapatlaa gambar gegar ni wuwuwuwuwu sedihnye xde gambar momen ni




esok nyee papanye cukur rambut haris, kasi botak ;)

cukur sendiri2 je ;p Bismillahirrahmanirrahim..


gambar sebelum botak

"apa tengok2? nak botakkan gua, botakkan je lah"


amboi anak hee hee


haris x nanges pun.. kool je kene cukur, kekeke
cume nampak laa die geli2 siket, bile geli die akan goyang2kan badan haha kelakar



tengah2 cukur, haris yak yak pulakkk laughing *muke x bersalah pulak tu

baikk punyaa melepas atas riba papa diaa. kui2 kene laa salin pampers dulu


pastu sambung...
punyelah lama, sampai nak tertidur haris hee hee



akhirnyee siapp.. dah siap cukur, mamanye bawaklaa gi mandi.. padahal haris dah ngantuk giler2 dah hik2



dann inilahh hasilnyeee... taraa~~

*muke redha "apa pasal gua rasa kepala gua berangin? apa2 je lahh mama papa ni. gua ngantuk ni, boleh x gua nak tido sekarang"

hee hee



maafkanlah gaya bebas haris tidur ni ye. memang over siket hee hee

comelnye kepala. kuku kate macam mentol da ;P




jom balik gombak. kepala kasi pakai topi ;)

sayang, lenanye tido. ada rasa ringan2 siket x kepala hee hee



mmuahxxx


OOO MM GGGG.. haris daa botakkkkk (sebut dengan gaya Brian Master Chef Malaysia.. leh bayangkan x?)

sian Brian sebab mak aku tak __ __ __ __ kat dia ;P
*isilah tempat kosong sendiri, keke




devote myself to..

1 comments


Haris Haris Haris..

huhu nak buat kerja tapi asik teringat2kan haris... asik telek2 gambar haris kat kamera.. padahal ada keje ni, huhu cane nii

rasa sangat menyayangi haris sampai rasa nak menanges.. bole?

tak pernah membayangkan begini rupenye rasa seorang ibu pada anak..

perasaan ingin memprotect, melindungi dan menjaga haris sangatlaah kuat.. walaupun hinggapan nyamuk, x akan ku benarkan..

aku selesa memeluknya, dan aku tahu haris juga selesa berada dalam dakapan maknye..


adoii dd, keje laa oiii, kejee kejee!!


permataku yang tidak ternilai harganya.. :'


keje woiii keje kejeee!!! ko nak kene fired? :O





Friday, December 23, 2011

macam macam

5 comments


1) tengah dengar bunyi kreokk kreookkkk kertas dikonyok2 dari partition belakang. tengah 5S la tu ;P aku? malas laa nak 5S. ok jekkk meja aku ni aku tengok. haha cepatnye berpuas hati.


2) aku ada ofismet, nama dia rina. xpaham betol aku ngan dia. dia tu kan slalu jugaklaa pagi2 sms aku tanye "ko kat ofis da ke" atau apa2 soalan lain lah.
bila aku nak reply je tiba-tiba nampak kepala dia lalu kat partition aku. so motippp sms?? perlu ke sms aku padahal ko dah sekangkang kera dah pun dengan tempat aku.


puk


kadang2 aku dah reply dah pun tiba-tiba nampak kepala dia lalu kat partition ku. uh ganti balik kedit sms aku tadi. hehe motip berkira


3) selain rina, orang yang suke jawab "biasa je" adalah suamiku sendiri, kuku. hehe. kalau tak "biasa je", dia akan jawab "ok jee..".. antara 2 tu la..
"penat x wakk?"..
"biasa je"..

"cantik x waaak?" ..
"biasa je"..

sabar je lahh kan.. aku dikelilingi dengan jawapan "biasa je" sampai ke tua la nampaknya
hee hee
memang susah kuku nak puji satu2 mende tu la..

semalam aku bawak kuku try makan mee rebus sedap kat fakulti kejut..

dah makan sedap2 sume, tanyelah kuku "sedap x mee rebus die"..

kuku jawab "biasa je..".. xsure kuku jawab "biasa je" atau "ok jee.."

antara dua tu la kan..

cerita kat rina, pastu rina risau nanti haris bile dah besar, kalau haris dapat nombor 1 ke atau apa2 cemerlang, bila balik bawak report kad tunjuk kat papanye.. adakah papanye akan jawab "biasa je.."
laughing

berani papa jawab macam tu? konfem merundum motivasi anak weols. hehehe.

elleh rina. ko pun suke cakap "biasa je.." ..
ko pun akan jawab "biasa je" kat anak ko nanti kahh ;P aku pulak yang risau
hee hee


4) ma baru tepon aku semata2 nak bagi dengar suara haris. sukenyeeeeeee dengar suara halus hariss sedang berlari atas tilam, sangatt bole bayangkannnnn haris sedang berlari atas tilam secara terlentang, kekekeke


yahh yahhh, happynyee berlariii


makasih imani (anak lisa yang sama baya tapi senior siket dari haris) bagi baju pink ni kat haris
hehe



Thursday, December 22, 2011

rindunye nak mandikan haris. sob sob

5 comments


dah tiga hari bekerja, maksudnye dah tiga hari aku x mandikan haris sendiri. Nek Ma kat rumah la yang mandikan haris. haishhh rindulaa nak mandikan haris.

xtau kenapa, part mandi adalah part yang aku paling tunggu2 bile kat rumah. aku suke tengok muke haris bile mandiiiii

muke happy tendang2 kaki dalam air.
muke rimas bile aku lap2 muka dia, korek2 taik mata siket.
muke rela bile aku gosok2 badan die dengan sabun.
lepas tu muke macam terkebil2 bila aku agah2 nak tenggelamkan dia. hehe

harisss.. mama rinduuuuuu... sabtu ni baru mama mandikan sayangg yeeee



kerinduan~~
tak akan menghilang~
kan selalu ku rasa~


sob sob.

nanti haris dah besar siket, mama nak ngayat papa beli kolam tuk haris mandi. hik hik

nway, semalam punye entry 2 bulan ada sambungan. tetiba teringat point yang x tulis..

- bila dukung haris secara menegak, tumit kaki dia atas peha kite terasa kekuatan kaki die tekan, gigih nak berdiri hehe, kadang2 sampai sakit peha kite sebab kaki die macam tekan kuat2. ah x reti nak cakap


- sekarang bila haris nak susu die x nanges *kadang2 je nanges bile dah lapar sangat, tapi die buat mulut yang gulung lidah pastu gaya menghisap sambil bunyi2. bile dah dengar tu tahulaa die nak susu, hihi.. sesiapa yang datang umah melawat sebelum ni tengok haris mesti gelak bile tengok mulut haris macam tu. lama jugaklaa haris akan buat macam tu sampai kite bagi susu kat dia. hihi

camni laa mulut haris bila minta susu
hee hee


Wednesday, December 21, 2011

haris 2 bulan ;)

2 comments


hari ni haris dah 2 bulan. Alhamdulillah Ya Allah, rasa gembira dan terharu sangat.

aku ni ibu yang masih kekok2 segalanya tau. nak pegang haris dengan cara yang betul atau nak ambil haris dari pegangan orang lain dengan cara yang betul pun aku x lulus lagi sebenanye tau. banyak lagi kekurangan. jadi sebagai ibu, aku bersyukur sangat sebab dah berjaya MEMBESARKAN HARIS SEHINGGA 2 BULAN. walaupun 2 BULAN angka yang masih kecil, jauh lagi perjalanan, tapi sangat besar maknanya.

happynye. hihi. so ini adalah update sempena usia haris 2 bulan.

yukkkk

- happy sangat selama 2 bulan haris minum susu ibu je. ekslusif. cume sekali je minum susu formula, masa malam pertama selepas bersalin, sbb susu xkuar/xbyk. lepas tu, susu ibu sahaja. rezeki haris. harap2 bertahan ke bulan depan, bulan2 akan dtg, tahun depan, huhu.


- berat hari ni xtau berapa. nex checkup minggu depan. tapi masa umur haris 1 bulan setengah, berat haris dah 5.11 kg. hehe

- haris memang dah boleh tengok orang dan cari orang. kalau kite tengah main2 ngan die, pastu kite lesap gi duduk kat sofa kat belakang die tuk tengok tv ke makan ke apa, nanti nampak haris dongak2 ke belakang cari kite. hehe kesepian ke sayang. kadang2 dia akan "huii~ huiii~" panggil orang kat belakang. kelaka gilerrrrrrr


- sambungan point tadi. ada sekali tu aku tengah ngepam susu, kuku main ngn haris, kul 5 pagi macam tu la.. sekali kuku pi tido lak. haris yang masih berjaga toleh je muke ngadap papa die kat sebelah sambil panggil "huiii~ huiiii~".......
hee hee
lucu ok. lama gile pulak tu die panggil, hik2. xsakit kepala ke sayang toleh lama2. hehe

bile kuku bangun, aku cite ar. saje nak buat kuku rasa bersalah ;P


- kalau dibiarkan kesorangan, haris akan mengeluh. bunyi ngeluh die kelakaaaa, hik, macam bunyi kite yg dewasa ni ngeluh laaa tp versi comel

- penah 2x haris menjerit "aaaaaaaaaahh!" sebab dibiarkan kesorangan.. hahahaha gelak kitorang. motip suke tarik perhatian?


- haris belum boleh meniarap sendiri. tapi macam yg aku ckp kat entry lepas, klu kite tiarapkan die, die dah gigih nak seret ke depan. kaki die laju2 kuak ke belakang, kepala angkat2, sambil gigih bunyi 'uhhh uhhh'.. tapi sebab umur nyee awal lagi, nek ma akan angkat haris takut dada dan perut haris x kuat lg untuk jalan gitu. hehe usaha haris terbantut. pernah berjaya sekali jek. kalau dibiarkan, dah sampai mana ye haris jalan ;p


- haris tido lasak haha. hari ni bangun tido aku celik mata tengok2 muke haris jarak beberapa cm je dari muke aku. motip mama dah sediakan tilam untuk haris tido tp haris tergolek keluar dari tilam dan landing baik punyeee kat sebelah mama?? (dah bersentuhan pun. bukan aku yg himpap haris tp haris yang ala2 himpap aku, bole? ;p) mesti haris pun terkejut celik2 mata tengok muka besar mak dia.

kui kui kui



- kalau nyusu sekali 3oz. 4oz pun penah kalau lapar sangat. pastu terdampar kekenyangan. dah kenyang perut senang hati, kite bole buat apa saja pada haris ;P


hik


- haris makin suke borak, tapi bahasa die la. hik2 kite buat2 paham je laa apa die cakap, angguk2. pastu lagi galak haris bunyi2, pastu tetibe gelak... apa yang die cerita eh ;) hanya baby yang paham bahasa baby kot ;)


- kalau keluar jalan, konfem tido. lebih2 lagi dalam kereta. konsep haris ni, klu kite peluk/dakap/dukung die, die akan tido. selesa kot. buat masa ni kalau jalan x pakai stroller lg sbb stroller tinggal kat umah putrajaya ;p so dukung aje lahh.. haris tido ajelahh... bunyi biseng camne pun, tetap kooolll .. hari tu gi wedding pae.. kitorang duk meja baik punye sebelah speaker, xleh nak borak sangat sebab x dengar.. tapi haris maintain tido.. motip? mama dah naik pekak telinga ni dengar speaker kuat sangat.
hee hee


siu siu siu



- dah makin nampak panjang. ikut ketinggian papa die lah tu. mamanye x tinggi ;P


motip ulang tayang gambar yang sama?

hehe belum trasnfer gambar dari kamera lagi laa




paste mengepaste

3 comments

ceritanya macam ni.

aku haus giler ok. bawak laa botol air ke pantry.

sekali... dangg!!!!!! tong air biru tu kosong.
tong yang penuh air adalah berderet kat bawahhh. selalunye tu keje dak laki yang angkat tukarkan tong air.

aku pun kembali ke partition dengan jiwa yang meruntun sebab haus.

pastu aku pun ym laa wewe.

diana atsukuru: wewe ade air minum yg byk x. ke dah nak abes
wawa: knp kt pantry dh hbs ek
diana atsukuru: ha ahhh
diana atsukuru: nak angkat x larat tongue
wawa: jap


aku pun tutuplah window ym tu. habeslah conversation kan. ingatkan wewe nak check la die ada air ke x kan.


tak lama kemudian, dapat ym pulak. tapi dari ata. ini ym nye

ata: wawa: diana atsukuru: wewe ade air minum yg byk x. ke dah nak abes
wawa: knp kt pantry dh hbs ek
diana atsukuru: ha ahhh
diana atsukuru: nak angkat x larat

wawa is typing...
wawa: sian didi

greenrose_dd: motip paste balik kat aku

motip wewe paste ym aku kat ata? dan motip ata paste balik ym tu kat aku?

ata: wawa: nk mintk tlog ko angkatkan sbnrnye

haha. comelnye cara wewe nak suruh ata gi angkat tong air tu hee hee siap ada ayat "sian didi.." hee hee

ata: aku tgh dgr psl pencen ni
ata: nnt la


yelah. aku x suruh pun ;p (monolog dalam hati)


x lama kemudian, nampak fird lalu depan partition aku laju2 menuju ke arah pantry.
rupe2nyee die pegi tukarkan tong air.

aik???

nak tau kenapa?

rupe2nyee..


ata pegi paste ym tadi tu ke fird. (katenye, paste semata2, xde ckp apa2 pun. fird pun xreply pape)


motippp?????


hahahhahahahaha

perbualan paste mengepasteee tanpa bicara
hee hee


ok dah berjaya minum air. Alhamdulillah. tq wewe, ata dan fird.



Tuesday, December 20, 2011

kerinduan

6 comments


Kerinduan~~
tak akan menghilang~~
kan selalu ku rasa~~


uhuk2. berlegar2 lagu sheila majid ni dalam otak aku.

hari2 aku melekat dengan haris. bile dah berjauhan ni, asik teringat2 pulak. ahh stereotaip nyee akuuu (macam entry ibu2 yang lain masa hari pertama bekerja ;P)

muke haris, aksi haris, bunyi2 haris, suara haris, asik berlegar2 di anak mata ku ini.



tangan kecil haris pun aku rindu.. ahuk ahuk



rindu nak mandikan haris. nak simpan rekod haris xpernah nanges sepanjang mama mandikan dia. haris suka mandi.

lepas tu bile niarapkan dia tuk pakai bedak, haris suka tendang2 kaki ke belakang, tangan dah nak jalan ke depan, macam dah nak mula mengesot. kepala angkat2.

ma kata awal sangat haris ni dah buat macam ni, risau dada dan perut die x kuat lagi,umur baru 1 bulan lebih kan, so kitorang angkat. tapi malam tadi haris dah berjaya dah 1 langkah, kekekekeke




rindu nak tengok muke haris tidoooo

cium pipi, wangiiiiiiiii



rindu nak agah2 haris pastu die macam bercakap dengan kite, so layankan je die borak





rindu dengan gaya tido haris walaupun macam x senonoh siket. berkali2 mama dan papa betulkan posisi die mesti die kembali pada posisi x cantek gak. ahuk


tido tegak macam mana pun, bila kitorang sedar mesti haris dah terkeluar dari tilam. kalau bukan kaki yang keluar, muka yang keluar. sabar je lah T_T
mama x ajar haris tido macam ni yee



tengoklahh sampai tercabut2 sarung tangan dia. lawa sangatlah tu tido macam tu sayang ;P

kadang2 sarung kaki pun tercabut.



tido sampai terangkat2 siku. ni mama capture sebelum gi keje pagi tadi. alahai anak, tido laa elok siket ;P


banyak lagi rupe haris tido. hehehe klu upload sume takut haris marah ;P




rindu nak tengok muke redha/rela haris.

"ape je lahh orang ni buat kat aku" *redha redha


rinduuuu rinduuu



feveret port haris atas riba papa dia. memang dia akan layan perasaan ah kalau duk kat riba papa die. besar kottt riba tu, hehee *kaki kuku panjang




sekarang haris dalam jagaan nek ma. nek ma yang sayang sangat kat haris. kadang2 kitorang berebut nak pegang/dukung haris ;p hiikkk hikkk



balik dari keje ni mesti berebut dengan kuku lak siapa nak gomol haris dulu. (haris mesti buat muka redha redha) hehe



rindu nak dakappppp harisssss uwaaaaaaaaaaaaa

percume muke ja dan adam ;p


haris
haris
haris
haris
haris
haris
haris
haris
haris
haris


wuwuwuwuwu




note : tadi staf yang tumpang partition aku tanye ata "betul ke dd tu garang?".. tu laa korang, tipu dia lagi. dia dah nampak aku depan2 mesti x percaya punye lahh ;P hahaha



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez