dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Friday, May 27, 2016

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - part 1

2 comments


Assalammualaikum semua, cak ;) bagi siket gambar teaser dulu hehe. so motip muncul di blog bila nak update pergi berjalan jek? ;p haha x la, aku memang suka update blog bila ada gambar lawa2 nak share, kalau kesah kehidupan hari2 tu aku update kat instagram jek ;) ig omma_dudu ;)

ok kesahnya pada 7 Mei hingga 10 Mei yang lepas, aku kuku haris hana dan geng travel ku pergi bercuti di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia. 4 hari 3 malam, InsyaAllah puas la jugak kecuali part shopping jek x puas ;p macam x cukup hari pulak ekekkeke

kitorang naik Air Asia. pergi balik total sorang dalam RM200++, x ingat berapa haha boleh? sebab dah beli lama dah dari tahun lepas. harga rm100++ je tapi bila campur itu ini jadi la RM200++. giteww. yang tukang2 beli ni Ros, mesti dia yang ingat details. hehe.

Flight pukul 7:50 am at KLIA2. first time sampai KLIA2. ok la not bad.


Abi and Hana.
Hana's first flight


mana haris? ada, tengah berlari2 dengan Ilyas.
Ilyas tu anak nye Ros. Last travel ngan gang travel ni 3 tahun lepas, Masa gi Kundasang Sabah. masa tu Ros tengah mengandungkan Ilyas 5 bulan. Haris pula masa tu baru umur 2 tahun macam tu. jap korek gambar lama.

-
-
-
taraaaa jumpa~
3 tahun lepas di Kundasang Sabah :) Ilyas masih dalam perut Ros ;D
3 tahun kemudian...


taraa~ Ahmad Ilyas sangat comel ok. sebijik muka Ros. berkawan la dengan Hyung Haris ni hehe, pakai baju pun sama2 baju nye, warna hitam from London ;D lepas tu berkepit je main sama2 ;) suka tengok. Hana pun tengok aje diorang main sambil sengih2, membayangkan satu masa nanti dia dapat join main jugak ;p

ok sambung cerita, KL ke Padang tersangatlah cepatnye sampai. tak sampai sejam pun. Sabah lagi jauh haha. x sempat nak tido ke nak apa. tiba2 da sampai. Haris pun baru nak start engine buat perangai, belum betul2 buat lagi tetiba da sampai ;p oh ye, Padang ni terletak dekat Kepulauan Sumatera . kalau tengok peta tu, memang dekat je la, kepulauan Sumatera ni kat Selat Melaka je, tapi Padang dekat belah barat, so kat belah2 Lautan Hindi sana. gitu. Medan pun kat Kepulauan Sumatera gak, silap tak plan awal2 betul2 kan, kalau terfikir dari awal, boleh stay lama siket kat sana dan plan dari Padang naik bas ke Medan. dalam 8-12 jam macam tu perjalanannye. dapat la tengok Danau Toba juga kan ;D haha xpe laa dah lepas, tapi kalau fikir2 kesian pula kat budak2 kalau buat macam tu. penat diorang nanti road trip lama2 macam tu kan :)

ok sambung cerita. bila sampai Padang, nampak laa airport dia rupa minangkabau sangat. tapi x ambil gambar pun.
ni amik kat wikipedia ;) Bandar Udara Internasional Minangkabau

kat sana kan lewat 1 jam. so bertolak pukul 7:50 am, sampai sana pukul 8:00 am waktu sana :'D sampa2, driver yang dah booked awal2 dah tunggu kitorang dah. kitorang asalnya book Aldi tapi Aldi sub kat kawan dia nama Zainal. pun bole~
kitorang lapar, so Zainal bawak kitorang gi sarapan dulu dekat Restoran Lamun Ombak. makan nasi goreng aje. 


motip datang Indonesia makan nasi goreng? hehe sebab kedai ni kedai masakan padang, awal lagi ni nak makan lauk lunch. hik2.



murtabak mesir. i cannot go. diorang suka je. aku ni suka je murtabak tapi murtabak ni rasa dia lain sangat, kuku kata banyak daun sup.

hehe lapar gila, padahal pagi tadi dah alas perut macam2 da ekekkekeke.

alamak dah pukul 2:45 pm. dah nak start office hour. ok sambung part 2 minggu depan la eh ;p tata

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 2

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 3

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 4



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez