dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kuku dudu. Show all posts
Showing posts with label kuku dudu. Show all posts

Monday, December 10, 2012

rambutan dan dialog

2 comments

- skang musim rambutan eh? aku rasa aku sangat bahagia sebab hampir hari2 ada ofismet bawak seplastik besar rambutan dan letak atas meja depan. aku ni hantu rambutan, so aku suke sangat2 makan. hari ni punye rambutan yang dibawa oleh H adalah yg terbaik. sebab air die x meleleh masa kupas, pastu die kenyal2 x lembik, manis, pastu xde jumpe buruk2 pun masa makan. ah mmg nikmat.

byk gile kot aku mkn. kejap2 makan kat meja depan dengan alice dan ana, kejap2 bawak 5 6 biji ke meja sendiri, kejap2 makan dengan rina, pastu kejap2 mengadap sorang2 kat meja depan balik. hoii xde keje ke ko asik makan rambutan? ;p 

keje keje, makan makan ;p

paling comel adalah apabila aku berbincang dengan si T tentang fail projek sekian2, sambil bincang si T ngunyah rambutan, dan bile habes rambutan dikunyah, die keluarkan rambutan dari poket seluar die dan kupas. kau mampu simpan byk rambutan dalam poket?
hee hee


- eh bes jugak kan lagu keajaiban cinta adira dengan aliff aziz tu. suke suke.

- dah lama x buat entry pasal dialog kan. kite rojakkan entry ni dengan dialog2 baru.


1) sms

ma : "haris rindu kat nekma ke ni, nekma dpt byk msj kosong"
dd :  "ma, sori2 haris punye keje la tu, wuu"



ja : "dd, nape call tadi"
dd : "sori2, haris main tepon tadi, die tercall ko eh."


lisa : "motip ko sms kosong bertubi2?"
dd : "huk2 ko sms td, haris reply la tu bertubi2 wuwuwuwuw"



adoi, lepas ni siapa mangsa haris pulak ye T_T



2) masa ni kuku tengah nak masakkan nasi haris. selalunye aku yang masak.

kuku : "awaakkkkk~~~ nak masak nasi haris berapa pot?~" *laungan dari kuku didapur

dudu : "satu genggammm~~~~" *laungan dari dalam bilik

kuku : "saiz tangan kite x sama dengan saiz tangan awak~~"



dudu nak gelak bole takkkkk bole takkkkkk

mmg aku gelak sambil tukar pampers haris



3) haris dah lulus panggil mama. cume belum lulus panggil abi.

abi : "aaaa...bbiiiiiiiiiiii"

haris : "apakk"

abi : "aaaaa,,bbiiiiiiii"

haris : "apakk"

abi : "bukan apak la haris.. aaaa... bbiiii"

haris : "apakk"

abi : "apak pun apak laa haris"

hee hee

Tuesday, November 20, 2012

happy 2nd anniversary to me n kuku ;)

6 comments

our anniversary today.. tapi kuku tengah outstesen seminggu, bole? bole? bole????????

bulan 1 baru nak gi memane bercuti relax2, sebab nak elak cuti sekolah. 
ku pasrah, ekekeke.




2 tahun yang lepas ;)



ape ek ucapan nak bagi kat kuku untuk anniversary yang kedua tahun ni. ok2.

- awaak, terima kasih sebab buat kuih cheese hari tu, walaupun cheese tu jadi cair hee hee    

- awaak, terima kasih sebab buat puding roti yang akhirnya menjadi sarapan kite selama 3 hari hee hee   

- terima kasih sebab guntingkan rambut kite sebab harga kedai gunting mahal sekarang http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/20.gif

- terima kasih sebab selalu buat haris dengan kite gelak

- terima kasih sebab buat vade yang sedap hari tu  hee hee 

motip aku asyik fikir pasal mkn jek hee hee




note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? klik sini ;)

Monday, November 19, 2012

haris akan tido balik kalau tengok mama dan abi tido

6 comments


kalau terfikir kan pasal anak, memang boleh buat diri ini senyum sorang2. tapi ada satu perkara tu, aduhaii aku rasa kelakar laaa.

haris kan, die x bole tengok aku ngan kuku tido!!! dia x bole berjaga sesorang, die akan join tido balik selagi aku ngan kuku x bangun2, hew hew hewwwww bile die bangun, die akan duduk, pastu die pandang aku, pandang kuku. pastu die tepuk2 muka aku, x berjaya, die pegi panjat2 badan abi die, x berjaya jugak untuk kejutkan kitorang, *aku sedar la masa tu, dah bangun tapi buat2 tido lg, bukak mata siket2 skodeng je apa haris buat. lepas tu die korek2 hidung aku, x berjaya jugak. setelah macam2 aksi dia buat, tengok kitorang x gerak2 jugak, lalu haris pun baring semula dan tido balik http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif kelaka, x de nanges x de apa, bole tido balik pulak http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif omooo omooo mama sengih jap sebelum sambung tido balik.

selalunye hari keje bile die bangun pagi tu memang aku tengah siap2 nak gi keje dan hantar die taska.tapi masa cuti seminggu minggu lepas aku memang cuti betul2 lah. bangun pun lambat. haris pulak jenis bangun awal.so setiap kali pun macam tu. bangun, duduk, kaco abi kacau mama, x berjaya, booom tido balik. hew hew hew.

ada sekali tu aku perasan die dah bangun, die duduk, die pandang kiri (mama), pandang kanan (abi), tapi kitorang x gerak2. pastu die tido semula. alolololo cian dia http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif

petang semalam aku dan kuku ngantuk gile. haris pulak tengah aktif main tu main ini. aduhhh ngantuknyee mama. kitorang pun letak je haris atas katil bagi die main dengan si besar dan geng2 lain. aku dan kuku jadi pagar katil tu untuk mengelakkan haris turun dari katil *sila jangan bayangkan bagaimana rupa pagar itu. hahaha

aku cakap kat kuku "awakkk ngantuknye, jom buat2 tido. jap lagi kalau haris nampak kite dua tido mesti die tido"

http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif

kitorang pun buat2 tido. buat2 tidoo laa sangat kannnn. hahaha akhirnya krooohh kroooh  lena sangat tido. sebelum lena tu sempatlaa aku merasa tepukan2 tangan halus di mukaku. paappp pappp lama2 tu senyap..... tengok tengok haris dah tidoo sendiri daaa kat tengah2 kitorang http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif padahal sebelum tu die tengah aktif main sengsorang panjat2 kepala katil ;p

alololo cian die tido sendiri, tapi comel sangat watak begini, mama terhibur http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif hew hew haris memang tak bole keseorangan dan kesunyian kan ;p ikut perangai siapa la ni kan ;p tapi bagus juga, leh mama tido lama2 siket ;p



tetiba gambar hiasan


note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? klik sini ;)
 


Thursday, November 8, 2012

separuh diriku

5 comments

tajuk entry haruslah menggunakan tajuk lagu. ekeke motip?
 
Salam semua. huhu lewatnye update minggu ni, padahal nak cite pasal weekend hari tu. kan bes klu dapat update hari2, tapi apakan daya, tuntutan kerja lebih penting. * tapi Adam dan hawa online sempat pulak kau tgk kann hee hee masterchef pun sempat tgk gak, go che lah go! ;p


nak cite, weekend lepas adalah weekend penat haris. malam2 kene urut haris sebab siangnye die penat, ekekke. hari sabtu ada kenduri doa selamat kat rumah bibik (makcik kuku). oh korang biasakanlaa diri aku sebut bibik bibik ni ekk, sebab aku kan dah masuk keluarga jawa, mana panggil makcik ke maksu ke maklang ke makngah kee, panggil bibik ok.


bibik buat kenduri doa selamat sempena anak dia nak SPM, so jemput kawan2 sekolah mai datang laa baca Yassin, doa selamat, makan2. aku sebagai menantu mithali eceeee dan kuku memang jenis datang awal, kitorang duk umah bibik dari awal pagi untuk start tolong2. rewang2 gitu. hoh ini first time ni aku datang rewang bawak haris. pengalaman ni duk sepanjang hari kat rumah bibik. kire haris mandi pagi, mandi petang pun kat sana, dah siap2 bawak beg haris sume la kan. kalau ikut kan kategori gadis cam aku ni *gadis ke kau, xbole sebenanye, bukan x bole, x biasa.beberapa hari sebelum kenduri tu duk ngeluh kat kuku takut aku xpandai bawak diri nanti, yelaa tengah ramai2 org duk rewang tu kalau haris ngantuk nak tido, camnee.. nak tidokan kat manaa. kalau haris meragam, camnee, pastu nanti camne nak tulung2, xpe ke x tolong banyak sebab nak jaga haris, hehe byk betul kerisauan. maklumlah, x biasa. hihi.

tapi rupe2nye sumenye ok. lagi pun ni bibik feveret aku, bole? so selesa siketlaa berada kat rumah bibik feveret. x kekok sangat. dan yang pasti aku xde tulung banyak pun, hehe setakat tolong potong2 kuih je ;p xde tulung2 masak ke apa ke. dan jaga (read: kejar haris yang merangkak laju2 di rumah bibik panjat tangga turun tangga) haris pun kurang pun kurang, sebab banyak kuku yang jaga selepas tugas memotong ayam beliau selesai, ekekekeke.


haris memula je meragam sebab panas dan x biasa ramai orang kot. pastu lama2 ok dah, dah start enjin dah.


begitulah ceritanya, kitorang lepak umah bibik smpi malam. makan mmg banyak round, terutama laksa, terbaik! bibik suke buat menu laksa, aku ni dah laa hantu laksa. hehe mkn byk round padahal tulungnye siket ajetongue. ok, inilah pengalaman rewang aku, lain kali bole je nak datang lagi. heehee


haris pun gembira aja kat sana sebab ramai duk melayan. motip ramai main ngan haris x buat keje? ekekeke. cume penat siketlaa die. malam tido lena + merengek2 siket. penat kot.



lepas Maghrib balik dari umah bibik. singgah pulak rumah cousin, ayu kat bangi. ada housewarming. haris yang tido dalam keta kena bangun balik ;p terjaga dengan comelnye bile sampai umah ayu ;p hehe ok spageti di rumah ayu sangat sedapppp!! makan di kala hujan lebat diluar. ohh  nikmat, tapi perut dah sendat sebenanya. kata mkn byk round kan tadi.
ok xpe, dah mintak resipi dari ayu  hee hee


keesokkannye, hari ahad, mama dan abi plak nak bershopping. alahai bukan pee, sandal mama talinya tercabut, kasut keje abi pulak dah koyak. acaner tu johan, kene gak laaa beli baru.

gi mines, of course ada percume ezan. hehehehhe pastu gi plak alamanda. xpenat2 ke mama abi ni ;p haris da penat dan dah tido daa ;p


saya dah ngantuk sangat mama, saya tido dulu yeee



dimana ada mama saya, disitu ada auntie ezzan, kuh kuh kuh


ezzan nampak segar dengan cara pakai shawl+inner mcm ni. suke suke suke.

ok dah abes. sayang haris sangat2. walaupun haris penat, tapi mama suke je bawak haris jalan2, yang penting haris sentiasa dengan mama ok. xkesahla dimana2. sob sob. mama, abi dan haris perlu sentiasa bersama2 bertiga selalu ok, kerana kamu berdua adalah separuh diri mama.

ok nak buat keje. 


note : dah lama x tengok running man secara full episod, tapi hari tu tengok dengan kuku episod 115, yang kat lumpur, ada miss Moon tu. gelak sampai nanges ok. kelaka gile part lumpur tu. nih masa teringat pun nak gelak ni. aduhai, kwang soo, gary, sume2 laahh menghiburkan hati aku sangat!!!!



note :  teringin nak tengok balik cite Autumn in my heart lepas tengok Miss Moon. tapi nak tengok part masa kecik je laa sebab Miss Moon sangat comel, xnak tengok part dah besar sebab cite pasal sakit2.





Monday, August 27, 2012

Raya 2012 - gambar2 raya

2 comments



gembiranya haris bila dapat duit raya, lepas tu bawak masuk mulut. kof2. amboi penuh kocek dia.



our little family!



ayah, ma, dd+haris, kuku. haha kenapa gambar keluarga ni macam gambar x siap jek



alang2 beraya kat pasir puteh, jom kite pegi beraya umah rosa di Macang. dekat ajee


kerlass jumpe ros di hari raya pertama







hik2 baju melayu haris, nekma yang jahitkan tapi butang dah tertanggal. seksi haris i~


raya kedua =)


beraya di rumah seni @ Marang. masuk usia 10 bulan, haris makin x mau ngan orang lain.. nak melekat ngan mama dia je.. adehh


mama dan haris di rumah seni



haris duduk leklok2 ye di rumah org :)












Tuesday, August 14, 2012

cerita tentang raya

7 comments


1) untuk aku dan kuku memang sempoi habes. x de pening2 cari baju raya pun. kitorang pakai kain hantaran nikah 2 tahun lepas untuk dijadikan baju raya tahun ni ahak ahak ahak. motip x jahit tahun lepas baju tu? tahun lepas kan aku mak buyung, mana cukup kain, ekekeke.hee hee kain tu kain kosong je, so aku carik border lace tuk tampal kat lengan baju. comel! tapi kannn bapak mahalllllll border lace. aku ingtkan murah je, mahal rupenye. aku beli border lace yg paling simple dengan harga rm50 kat jakel, untuk lengan sahaja. xbeli yang lace berbeads2 laaaa, mahal! lagi pun nanti dukung haris, xmau laa haris x selesa kalau lengan ada batu2. memang simple baju raya, tapi aku memang suke plain yang simple winking xsuke yang sarat2 dengan banyak batu or manik. hihi. oh tudung pun dah lama beli untuk baju ni. x penah pakai tudung tu, memang beli tahun2 lepas sebab nampak matching ngan baju.


2) untuk haris, kitorang carik kain baju melayu je 1 meter yang sama color dengan baju kitorang pastu ma jahitkan, senang. hehehe


3) baju jalan haris dan kasut raya, ada yang aku beli online ada yang beli kat luar. kerana haris, setiap kali waktu lunch masa bulan puasa ni aku duk keluar2 gi kedai jee ushar baju baby. aktiviti sihat aku yang menggembirakan di bulan puasa ni hehe. tapi sebelum pukul 2 dah balik ofis la.


4) kasut raya. yabedabeduu sangat sweet wedges rayaku, aku suke sangat. xsabar nak pakai. di sponsor oleh kuku. alaa sebenanye kasut raya ni hadiah besday aku hari tu ahak ahak jadikkan kasut raya terus. henbeg(beg kecil tali panjang yang muat purse dan henset) tuk jalan2 raya pun kuku belanja. hehe beli kat alamanda jek.


5) t-shirt kuku setel 2 helai. tapi aku nak tambah lagi 1 yang nampak cantik dimata, die x bagi pulak. alaaaaa. frust sangat.


6) duit raya pun setel. gi bank kat unikeb kat ukm ni je. gi tengahari, ok je, xde pun duit habes. siu siu~


7) tahun ni giliran beraya dengan keluargaku. kitorang balik kelantan, terengganu dan kuantan. kerlas x? kuku nampak relaks je. risau aku kalau kuku bersedih di pagi raya sebab x pernah berpisah ngan keluarga dia sepanjang 28 tahun ni hehe. motip aku fikir lebih2? padahal tahun lepas pun aku ingat aku akan bersedih/menangis di hari raya sebab xde ma ayah, tapi last2 ok je aku hari raya, ceria dan makan banyak. kui kui kui


8) kuih raya beli dengan oto. setiap tahun pun beli ngan oto, ofismetku. kosser tongue patut mintak percuma 1 balang sebab setiap tahun beli kuih yang sama dengan dia tongue cuma tahun ni ada tambahan biskut stoberi lak.


9) ooh x sabar nak raya dan makan byk2.


10) kat bawah ni gambar haris masa jalan2 kat OU hari tu. jalan2 raya. merata rata sale 50% 70%.



haris duduk baik2 ye dalam stroller.



ok


ok ok


ni kipas ke makanan saya



ok die dah pusing.



xduk diam dah



hiyarkk!! ok fine. ending nye abi terpaksa hantar stroller ni balik ke bonet kereta. haris kitorang gilir2 dukung. saba je lah.


salesgirl yang bernama ezzan : "Encik haris, belikanla baju ni untuk mama kamu"




haris : "oh cantik juga kan"


haris : "baiklah. saya nak yang ini!"

hee hee

dan akhirnye si kecil ini tidur kepenatan semasa bershopping raya ;)


close-up siket. alololo comelnye nampak gigi bawah semasa tidur.

Wednesday, August 8, 2012

Aglio Olio

8 comments

ni aglio olio dudu buat kelmarin. letak udang n sotong je. xsedap dan pedas sangat sebab letak cili padi potong dan blackpepper. panas perut



ni Aglio kuku buat semalam. ada sotong udang dan fishball dan daun sup+daun bawang. letak cili kering yang potong2, so pedas like2 gitu. sedap sebab ada stok air udang, x aci sebab baru beli udang mestila ada air stok udang.


ok dudu tersingkir. hehe
so motip dua2 hari makan Aglio Olio hee hee
hasni meh laa datang lagi, makan Aglio Olio versi kuku pulak hihi


Haris suke makan mangga tauu, setiap malam pun makan mangga. haha mama pun suke makan mangga, abi pun.



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez