dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Friday, December 15, 2017

Melbourne Winter Trip - Day 3 (Melbourne CBD)


Salam semuaaa ;) semput2 update cerita Melbourne Trip ni kan ekekeke. End of 2018 kot baru habis cerita ;p

Ok Day 3. Hari ni plan nak pergi jalan2 kat bandar je. So hari ni tak sewa kereta pun. Kita naik train dan tram aje ;) Kenapa hari ni pergi bandar? Sebabbb bila google Queen Victoria Market Trading Hours, hari ni (Selasa) dia bukak sampai pukul 2 petang. So yeyyy. Kena tengok jadual dulu tau kalau korang nak plan pergi Queen Victoria Market ni. Kalau terpergi hari yang tutup buat naya je ;p Queen Victoria Market ni tempat wajib pergi kalau datang ke Melbourne ;)

Hari ni kitorang sarapan dulu kat rumah. Makan nasi lauk sardin, roti tuna, nasi impit, kuah kacang Brahim dan buah buahan. Bawang, minyak dan cili semua beli dekat Coles. Bahan2 lain macam sos ke perkakas ke banyak ada kat homestay, tuan rumah suruh pakai aje.

Pagi ni keluar tak ada lah seawal semalam. Tapi tu la hujan renyai2 la pulak. sejuuk je rasa.
dekat Springvale station, tengah tunggu train nak ke city (Melbourne Central Station).


nampak tak baju kuku kena hujan
Sila hadam ;p hehe x ingat sebenarnya abang aku capture gambar ni kat mana


Mood Hana sangat baik masa travel ni. Happy sangat mama tengok anak2 happy ^^ comel je semua. hehe.
apalaa yang Abang Haris dan Abang Danish main kat belakang ;)

Sampai ke Melbourne Central, kitorang duduk2 jap sebab hujan kat luar tu. Melbourne Central ni Train Station yang bersambung dengan Mall. Kat Mall ni kitorang sempat beli topup henpon ;p
awal2 dah tido Hana ni :'D cuaca sejuk sangat sampai sedap tidur

dengan abang abang pun tido sekali. sabo je la.
Bila hujan dah ala2 gerimis gitu, kitorang pun redah jalan kaki menuju ke Queen Victoria Market. Rujuk Google Map je untuk direction ke Queen Victoria Market.


Queen Victoria Market. Gambar google tau. sebab x amik gamba building pulak masa tu ;p


Gambar google juga. Queen Victoria Market ni besar. Ada bahagian souvenir, baju. Yang atas ni bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran.


Seronok giler kat sini beli souvenir. Murah2 ok. Aku bawak 100AUD untuk souvenir sahaja, memang puas hati. terus terang, ada banyak lagi soyvenir kat rumah sekarang tak habis :'D aku beli koala yang boleh sepit kat mana2 tu, pelbagai key chain, patung kangaroo, lepas tu beli shopping bag yang tulis Australia. Shopping bag yang tu pun aku amik satu, simpan dalam henbeg bawak kemana2. Ma pun seronok siap beli beg dan bagi kat kawan2 ngaji dia.


Beli Syira, beli beli. Hehe rambang mata. Masa ni kiitorang terpisah dah. Aku dan kuku kat kedai lain shopping souvenir. Comel comel la kangaroo dan koala. Aku ada beli kangaroo gemuk, comel je. hehehe


Gambar Haris selepas pergi toilet kat luar Queen Victoria Market


Sampai pukul 2 petang juga la kitorang shopping dalam tu. Kitorang sampai pun dah lewat sebenarnya dekat2 pukul 12 tengahari. Lepas beli souvenir, kitorang beli buah anggur kat bahagian buah-buahan. rangup je rasa anggur tu. suka suka. Hana paling suka anggur. 

Untuk lunch, kitorang makan kebab je kat area Queen Victoria Market tu juga.
sedap. kejap je setel. Habis ;)

My family ;)
Selepas selesai bershopping di Queen Victoria Market, kitorang naik tram ke Fritzoy Gardens. Sebenarnya kitorang bawak bekal, sebab tu nak cari taman untuk makan. First time naik tram. Walaupun aku dah study nak naik tram nombor berapa, tapi last2 tetap keliru dan tanya2 kat local juga ;p end up kitorang salah turun station dan kena jalan jauh siket. Lepas tu kitorang yg ada 3 anak ni leceh siket la part bukak2 stroller tu :'D ada tram yang kitorang tak payah lipat stroller sebab tangga dia sama level dengan lantai tram station. Tapi ada yang tak sama tinggi, kitorang kena lipat :'D bertabah je la.
Kat Stesen tram. yang ni ok lah nampak la rupa stesen tram kan, ada kerusi n tempat berteduh. Kat tempat lain tu tak perasan pun tram station, tahu2 kene berdiri kat tengah jalan dan tram stop :'D Sungguh weh. Pengalaman sungguh.

Yang best jalan2 dalam bandar ni sebab ada free zone. So naik tram tak payah bayar. Tapi kalau dah keluar dari free zone, kena touch la Myki Card masing masing. Teringin nak duduk lama2 kat sini supaya jadi tere dah bab2 public transport diorang ni :'D
Kat Melbourne ni, banyak sangat gardens. Aku suka sangat sampai rambang mata nak pergi yang mana satu. Last2 aku pilih Fitzroy Gardens sebab garden ni garden lama, so nilai2 traditional tu masih ada, hehe lepas tu ada Cook Cottage, rumah lama2 yang aku rasa lawa lah bergambar kat situ. So english~~~ gitu. hehehe






Cook Cottage!
Cook Cottage! Suka suka ^^. tak dapat bergambar dari depan, gambar dari tepi pun boleh. Hehe

So kat Fitzroy Gardens ni kitorang berehat2 jap, makan2 bekal jap, pergi toilet dan perkara2 wajib yang lain. hehehehe
Tapi tu lah sayang tak boleh explore lama2 kat Fitzroy Gardens ni sebab dah petang sangat. Kalau explore lama2 lagi mesti lagi best boleh tengok taman bunga. Tak apalah, next time ya :)

Seterusnya, kitorang plan nak balik. Tak ada plan nak jalan2 di waktu malam pun sebab bawak anak2 kan. Penat dah masing2 walaupun duduk dalam stroller je ;p Plan malam ni pegi supermarket dan rehat2 dalam rumah je. Dan korang nak tau something tak? Masa ni tubuh badan aku tengah rasa tak ok sangat. Aku rasa sejuk sangat. Orang lain macam chillax je. Aku tak tau sebab apa tapi memang kurang cergas la berbanding diorang. Asyik nak duduk je. Rupa2nya aku tak sedar yang aku dah demam, boleh? Sebab cuaca sejuk sangat sampai aku tak boleh bezakan dah aku ni tengah sejuk ke tengah demam. Huhuhuhu. Tapi tetap boleh berjalan lagi la. Masa ni demam light2 je kot. Yang teruknya masa tengah malam nanti T_T  Nanti aku cerita.

On the way balik menuju ke Melbourne Central, kitorang jalan kaki je. Jauh la jugak tapi suka la tengok bangunan2, tengok Melbourne library yang cantik. hehe. Aku kalau travel memang macam ni, tak ada la nak yang selesa je, tapi memang suka meneroka. Anak2 ok je sebab duduk dalam stroller. Paling kagum, nekma la. Kuat betul beliau, Kitorang tanya dulu tak apa ke jalan. Nekma yakin sungguh kata dia ok dan dia lagi suka. ^^

Sempat bergambar. Apa nama bangunan ni aku tak ingat. Tapi dekat2 juga la dengan St Paul dan Flinders Station. 
Kitorang pergi Melbourne Central sebab nak naik train kat situ nak balik. Tapi kat Melbourne Central kitorang singgah Smiggles Store. Masa kat Malaysia sebelum ni, Syira ada kata nak pegi Smiggles Store kat Melbourne kot2 murah. Tapi masa pergi tu, tengok harga dia lebih kurang kat Malaysia je. Tak ada lah murah mana. Tapi kitorang beli jugakla siket buat kenangan ;p lagi pun Haris merengek2 nak pencil box. Sabo je la.
Pehh aku tengok pun teringin. best nya jadi budak2! besnyee!!!!



Hana tetap tidur di mana2 hehe. Masa ni aku memang dah rasa demam sangat dah ni, tapi tetap tengok2 juga. Sebab comel sangat semua. Kalau tak demam, lagi gila kot aku ;p mesti rembat banyak gila. Kuikui
Masa kat Smiggles ni dah malam dah, pukul 7 macam tu. Ayuh la balik. Aku memang tak sabar nak balik nak berselubung dalam selimut.


Haris dalam train pulang ke Springvale ^^

Ni gambar diorang pergi Coles. Aku tak ikut sebab demam.


Buah-buahan.
Malam tu aku makan panadol, setelkan anak2 bagi diorang selesa (mandi, tukar pampers, tukar baju, sikat rambut), lepas tu nak main ke apa main la, aku makan panadol, baring depan Heater lepas tu berselubung, tidurrrrrr. Masa tu fikir, aku ni asyik fikirkan anak2 je takut diorang tak ok dengan perubahan cuaca, selalu bagi diorang warm supaya tak demam, tapi dimana silapnya last2 aku yang demam. Tak apa lah, asalkan bukan anak2 demam T_T Tapi masa aku post kat instagram, kawan aku Suraya comment bagi nasihat kalau tak tahan sejuk suruh aku pakai 2 lapis thermal shirt. Ye la, memang aku pakai 1 helai je thermal shirt tu buat syarat, tak tau pula aku jenis tak tahan hihihi. Next time kena ingat la. Aku rasa Hana sentiasa nampak warm je sebab dia pakai long john Universtal Traveller kot. Memang tebal pun long john tu n kain dia nampak panas. Compare to aku yang pakai thermal wear uniqlo je hehheheehehe omak pakai yang murah siket dr anak ;p Alaa Hana tu pun dapat free long john sebab kitorang beli jaket kat Universal Traveller ;p

Masa tengah berselubung tu kuku ada kejut suruh makan, tapi aku rasa nak benda masam2 sup2 je masa tu. Sudahnya kuku buat megi tomyam :'D comel. Tapi nikmat tauu demam2 sejuk2 makan megi tomyam panas2. pehhhh. Aku memang harap sangat aku sihat sebab esok adalah hari nak main snow :'D giler kalau demam kau nak main snow :'D

Esok aku sambung cerita main snow ye. Bye bye ;)




0 comments on "Melbourne Winter Trip - Day 3 (Melbourne CBD)"

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez