dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

cerita tentang puasa pulak

4 comments



- tahun ni puasa kitorang agak sempoi. makan kat luar baru 2x je. yang lain2 sume masak kat umah atau makan kat umah mak atau makan kat umah ma. lauk yg kitorang masak pun simpel2 ikut apa yang sempat je. macam semalam, kuku buat ayam masak black pepper sbb aku tingin pulak makan ayam black pepper. pastu xsempat masak sayur, kuku buat telur dadar jek.


- kat luar pernah makan Kenny Rogers ngan geng bandung (ezan ros izuan), dan baru2 ni makan kat The Manhattan Fish Market ngan kawan2 upm kuku yang aku gelarkan geng gagak putih. acara tahunan geng dorang ni mesti ada berbuka puasa bersama2.

- kat bawah ni gambar2 haris masa tunggu untuk berbuka di The Manhattan Fish Market. oh ye kat sini, aku dan kuku makan byk pulak. siu siu. kitorang order fish n chip, cheesy fries, spageti seafood, crabby marinara, creamy mushroom spageti dan abang manhattan tu bg free mushroom soup. hik2 motip makan byk jenis spageti? hak hak. disebabkan aku dah x update blog tegar macam dulu, so satu jenis makanan pun aku x hamik gambar. adoii nyesal pulak.


kat luar The Manhattan Fish Market @ Alamanda. haris tengah tengok tasik



tepuk2 meja



kaco auntie ros yang tengah tengok menu. hiu hiu


nak kaco sapa lagi ni

masa tunggu berbuka haris aktif. masa kitorang berbuka dia tidur suda~~


- dah ada haris ni, masa berbuka aku kena bg die apa2 barang dapur untuk dibuat main. haha so haris layan laa tuperware ke, cawan plastik ke, sudip ke, jag ke ape ke sementara mama dan abi nak berbuka. kerlass tak barang mainan haris?? tapi kalau die dah busan, aku stop kejap la makan. hihi



- masa sahur aku selalu rasa ngantuknyeee ngantuknyee nak panaskan lauk atau nak masak. tapi sebenarnye moment sahur ngan kuku lah yang paling sweet kalau nak diingati semula ^_^ wink* wink*

macam pagi tadi sahur aku kronik. aku memang ngantuk dari semalam sebab tido lambat pastu haris tido x lena sebab die batuk2 skang pastu nanges sebab sakit tekak kot. so aku byk jaga la dari tidur.

bangun2 sahur pagi tadi terdengar bunyi gas dibuka dari dapur. laaa motip kuku bangun awal siapkan nasik lemak? haha. selalu aku yang kejutkan die bangun, tapi pagi tadi terbalik pulak. even masa makan sahur pun mata aku duk pejam, sumpah ngantuk!!!!!  masa makan tu berapa kali peha aku kena tepuk kuat ngan kuku sebab tertidur masa makan hew hew hew. bila ingat balik kelakar pulak. kui kui kui


- macam x sangka je skang aku berjaya bangun pagi2 dan masak/panaskan lauk dan bersahur sama2 suami. padahal masa sebelum kawen dulu, aku mana bangun sahur. liat. ma kejut macam mana pun memang aku xkan bangun sahur punyelah. betapa perkahwinan merubah diriku ke arah lebih baik =)




Tuesday, July 24, 2012

laju2

8 comments


pagi tadi terlewat bangun. pukul 5:20 terjaga, terus melompat dan berlari ke dapur macam gaya rumah terbakar mintak tolong. naseb baik x sakit kepala sebab bangun dengan aksi macam tu. sebab dah plan baik nak sahur makan nasik lemak. mahu frust kalau x sempat! terussss rebus telur laju2, kopek bilis laju2 (motip x kopek awal2), panaskan minyak laju2, basuh bilis laju2, goreng laju2, tetibe kuku muncul kat dapur. mintak tolong potong timun. tapi relax je laa kuku potong, xde laju2 macam aku pun. buang kulit telur pun slow2. motip. lepas bilis siap digoreng, aku panaskan sambal yg ada laju2. ok 10 minit siap!!!!!!!!

oh nasik nye mana? ada ada dalam periuk. memang dah siap2 masak sebelum tido kul 12:30 malam tadi, lepas tekan suis cooker tu terus tinggal dan aku tido krooh kroohh hehe. kosser nak bangun awal dan masak nasik lemak sebab cooker kitorang tu jenis lambat masak. 45minit baru siap masak. puk.

kul 5:30 sahur laju2. kuku tegur "makan slow2.." hik2 mesti dia tgk aku makan macam nak tercekik jek. eh jap2 lupe ingatan, rasanya yg kuku tegur tu semalam punye dialog masa berbuka. hew2.. pagi tadi dia tegur lepas aku cakap "ahh kenyanggnyeee..".. then die jawab "dah awak makan laju2".. laughing 

haris naseb baik tido lg. kalau x, xleh bayangkan mana nak makan nasik lemak mana nak tahan2 tangan kecik haris yg suke menggapai lauk2.. tergapai sambal panas baru tahuu hee hee

 so far ok lahh, dah 3 hari berpuasa, masih sempat bersahur, berbuka walaupun ada si comel yang makin lasak dan kitorang cume duduk bertiga je. xde sapa yg bole tulun selain kitorang sendiri ;p cume sahur hari pertama kat tengganu haris dah bangun join the club. aku bagi dia main tupperware jap. hihi

masa berbuka pun sama. bagi dia tupperware, sudip, sudu dan apa2 lah peralatan dapur yang plastik sebab haris suke. nanti dia main la sorang2 sebelah mama abi dia. tapi cepat je dia busan sebenanye. so pandai2laa kitorang merempuh cabaran itu hehe. hari pertama bagi dia makan masa berbuka, kire buka sekali laa tapi die duk fokus kat makanan kitorang pulak. kuh kuh kuh


semalam baca blog yongnana cakap pasal playroom. masa diorang berbuka, aidi main dalam playroom. ok gak cam tu kann. tapiiii umah aku cam x sesuai pulak sebab 2nd room sangat jauhhh kat hujung sana. jauh dari hall kalau nak pantau dan tengok2. huk2. so xpela haris, haris nak gapai2 pun gapai je laahhhh hee hee mama redha hee hee


 omg, teringat roti homemade yang sedap gile kat Hai Peng Kopitiam kat Kemaman!!!


 dekat kopitiam ni aku makan nasi dagang, nasi lemak dan 2 ketul roti ni!! sedap gileeeeeeeee... nex time kalau pegi lagi aku nak makan byk2 roti ni dan tapau jugak!!!!



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez