dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

first checkup

0 comments

note : lupe nak cite kat entry sebelum ni, antara penyebab banyak susu adalah sawi batang putih ;) xpernah tahu pun, tapi masa kes bengkak susu tu, pada masa yg sama tetibe rasa susu sangat byk dari biasa, kitorang siasat2 apa yang aku makan yang sebelum ni xmakan, rupe2nyee ma masak sawi batang putih untuk aku sebagai ganti sebab sawi batang hjau dah habes. heeeee


Haris dah sebulan tau sekarang.
berat haris sekarang dah 4.5kg. yeyy
hari tu haris lahir 21 Oktober 2011.
dah sebulan baru aku update2 blog ni. motip??
yelah uolss, masa awal2 dulu langsung xde rasa nak bukak tenet ni haaa.
dengan kes kuning, kes aku sakit situ sakit sini. xde mud aku nak bukak blog.

lepas tu banyak masa aku spend untuk memahami jiwa anak. eceeehh ;p
sekarang baru dah organized siket. dah paham haris siket2 dah. kenapa dia menanges, bile die akan menanges, nak buat apa klu die menanges (jawapannye, bagi kat nenek ma haha).. bile haris akan tidur, bile haris akan bermain, bile itu, bile ini, itu ini itu ini.. ;)

25hb hari tu first checkup haris. xsabar dan berdebar2, bole?
walaupun aku duk berpantang kat gombak, tp kitorang tetap pergi klinik putrajaya. hehe. selesa laa kat sana ;p

rupe2nye masa nak checkup anak, maknye pun kene skali di check. oooo.
aku ambil peluang hari tu tanye doktor macam2.
masa haris kene cucuk hepatitis kat peha, nyaring sangat haris menjerit. terkejut omak ngn opak die. paling nyaring penah dgr. sakit ye sayang. lepas jerit sekali tu, haris kembali tidur semula. motip?? x meleret2 nanges dia. sayang die mmuahh mmuahhh


masa checkup hari tu, walaupun x disuruh, tapi kitorang nak jugak check kuning haris. risau uols. nak check jugak nak confirmkan betul ke haris da sehat.

doctor ngn misi yang amik darah haris tu pun wat muke pelik je tengok kitorang saje2 nak check kuning haris, hehe.

bukan apa, kadang2 haris nampak kuning je di bahagian tertentu. tu yg kitorang risau2 tu. pastu nurse leh plak cakap "laaa.. dah kulit mak nyee pun kuning, anaknyee pun nampak kuning laa"..

ahuk. berani cakap aku kuning ;p





kawan baik Haris. siang malam haris tido atas moo moo ni.

makasih auntie haida, aunti seri dan auntie suri untuk set moo moo ni ;)



sakit perut

0 comments

Salam.
honestly selama ni kan, aku xde jaga2 makan sangat. perut jenis ok,boleh sumbat apa2 makanan hehe, jarang/xpernah kot aku mengalami sakit perut sebab salah makan.

tapi lain pula cerita masa berpantang ni. perut dah jadi lain.

masa demam bengkak susu yang pertama tu, masa demam dah nak kebah, bangun pagi2 rasa mulut pahittttttttttt sangatttttttttttt... xtahann... lalu aku pun pergi ke dapur lalu ambil sebijik buah oren, potong dan makan.. dan juga buah anggur... giler x?? dengan perut kosong x jamah apa2 makan buah oren ngan anggur.. ekceli kalau dulu2 aku buat camtu,ok jee.... perut aku ok...

tapi hari tu...
menjelang tengahari.. perut aku jadi sakit sangat..
xpernah rasa sakit perut camtu, dah rasa cam ala2 nak contraction pun ada... dah laa aku trauma contraction ;p

menanges2 aku mengerekot kat sofa... sakit giler.. ma sampai xtahu nak buat apa dah... bukan setakat sakit perut, tapi percuma muntah2.... habes keluar semuaaaa apa yg aku makan... nak makan nasi pun xlalu.... muntah2 gak.... sampai jadi lembik...kuku call, terus bgtau diaa...


petang tu terus gi klinik... kat klinik bertambah2 sakit.. sampai xbole nak jalan..
jumpe doktor, doktor xcakap apa2 pulak, aku pun lupe nak tanye hehe... cume doktor ada laa bg ubat itu ini.. masa balik x bole nak jalan, sakit gile perut... terpaksa gune kusi roda.. yang aku ingat ada nurse tegur aku.. nurse tu dari bilek doktor td.. die kata aku sakit sebab rahim tengah nak mengecut, ada sesetengah orang memang x kuat nak tahan..

oh yekee??? rahim mengecut ye? penah gak baca buku pasal rahim mengecut sangat sakit untuk org2 tertentu... tapi xpasti laa aku ni kes salah makan kee rahim mengecut?

adehh....

tu je lah nak cite. byeee

hehe abes dahh kesah sakit2.

kesimpulannye, pada yang berpantang tu jagalah perut anda ;p hik2


tutupla mulut sayang ;)

Demam bengkak susu

9 comments

hai uols. nak share.
sepanjang aku berpantang ni, dah 2x kali aku demam bengkak susu.
sakit gak sebenarnye. tapi boleh je tahan. cume lebih kepada xselesa lah.
dah laa sakit kat situ, pastu demam, xsedap laa badan ahuk ahuk.

masa demam yang pertama kali tu, jatuh hari yang ramai datang umah nak melawat. haishh rasa bersalah pulak sebab x dapat kuar jumpe tetamu. terbaring je dalam bilik. memang xlarat sangat.

nway, aku ada apply tip yang orang bagi, letak kubis sejuk kat 'situ'. *motip xtaip perkataan sebenar tapi asyik taip "situ" je hahaha korang paham2 sendiri je laa eh "situ" tu apa ;p. kuku sangat rajin ulang alik ke peti sejuk untuk tukar helaian kubis baru kui kui. kubis bile letak kat "situ", cepat je panas, bak kata kuku 'dah masak terus'.. haha punyelaa panas kan badan aku masa tu.

lagi satu tip untuk cepat baik, tuamkan "situ" dengan air panas/suam. haa yang ni memang aku rajin buat sampai skang walaupun dah x bengkak susu. rasa selesa sangat kat "situ" bile kene tuam. terasa aliran susu tu berjalan lancar, xde rasa keras2 kat saluran2.


kali kedua kene demam bengkak susu masa hari ke20 lebih, x ingat dengan tepat.
bila dah baik demam dan bengkak tu, tetibe perasan ada ketulan pulak kat bawah cik keti.
omg takut gileee, ketulan apa pulak ni...

kebetulan misi ada datang rumah masa tu melawat. tunjuk kat dia. misi suruh aku gi klinik cepat. sebab die takut ketulan tu adalah susu yang tersumbat. die cerita sebelum ni pernah ada kes macam ni tahap orang tu kene operate bahagian tu untuk buang susu yang tersumbat tu, siap ada nanah lagi. takutt gilerrrrrrrrrr crying

misi keluar je rumah, terus aku kol kuku, nanges2. memang dah terbayang kene operate lah.. takut gilerr......


petang tu jugak kuku balik bawak aku gi klinik. bile jumpe doctor, syukurrrr xde istilah2 operate. doctor bagi antibiotik xnak kasi kuman masuk saluran tersumbat tu, pastu suruh aku teruskan tuam2 dengan air panas.

Alhamdulillah, selepas byk kali tuam dengan air panas, baik dahhhh, xde dah ketulan iteww :)

ok dah habes cerita pengalaman demam bengkak susu saya.

byeeeee


note : disebalik sakit bengkak susu ni, aku bersyukur pada-Nya, sebab ada banyak susu untuk diberikan pada haris. sekarang ni dah arrange masa bebetul, selang beberapa jam akan pam selalu untuk kosong kan "situ". hehe

apalah mama ni pakaikan sy stokin hijau macam ni, macam nak main bola sepak pulak.

hee hee

makasih mokcik ciare untuk baju itik ni. mama saya suke gile. cayang mokcik ciare, hik2





Tuesday, November 29, 2011

kuning

13 comments


Salam korang. sebenarnye kann hati aku meronta2 x sabar nak cerita pasal haris. nak cerita apa yang haris suka buat sekarang, haris camne camtu camni, nak upload gamba2 ceria dia, nak cerita lah semua2. tapi pada masa yang sama, aku nak jugak share dugaan2 kecil yang aku hadapi selepas melahirkan bb haris. so cerita pasal haris yang bes2 ceria2 terpaksa queue la kejap ek. hik2

so xpelaa, ibarat kite susah2 dahulu, senang lenang kemudian. sekarang aku akan cite yang xbes x bes dulu, dan dah abes cite sume, aku akan cerita yang bessss besss jekkkkk pulak sampaiii ke sudaahh heeheee.




erm aku kan dapat rezeki sakit bersalin lama kan. satu hari lebih jugak aku sakit contraction tu. tapi bak kata orang, sakit tu penghapus dosa, jadi itulah yang aku pegang masa tu. minta ampun banyak2 pada Allah s.w.t.

sehari selepas aku bersalin, kawan2 rapat ada datang rumah. ada jugakla ngadu kat ros kan "kenapaa budak2 remaja yang keluar berita bunuh/buang baby diorang tu, cam senang je diorang bersalin eh dalam toilet? xde doctor x de nurse xde sape2 yang sambut, tapi cam senangg jeeee bersalin, sambut baby sendiri, pastu buat cam xde apa2 berlaku, siap boleh sorok2 lagi"

then tau x apa ros jawab?
ros jawab "sebab Allah dah tarik nikmat sakit bersalin diorang, sebab tu diorang bersalin senang"

Subhanallah. baru aku faham. terima kasih ros. syukur aku dapat merasa sakit bersalin tu camane eh :)


eh bukan ke tajuk entry ni kuning? ;p


ok. nak dijadikan cerita lepas aku keluar spital, hari ke4 kot, nurse datang rumah melawat bb hari, then nurse suruh gi klinik hari tu jugak untuk cek haris sebab nampak kuning. pegi klinik, rupe2nyeee kuning haris dah tinggi gilerr..... bacaan 21.. 21 tu dikire sangat tinggi tauu... kene warded dengan segera, tapi hospital putrajaya penuh, so kitorang kene pegi hospital kajang.. aku sebagai ibu haris kene masuk wad skali lah..

dalam hujan2 tu kitorang ke spital Kajang... dalam hati aku pun ikut hujan sekali.. risaukan haris, pastu aku rasa takut masuk wad.. sebab mesti kuku xleh teman punye... aku masih kekok2 lagi jaga haris... pegang pun kekok2 lagi...aku xpandai.. boleh ke aku nanti berdua dengan haris sahaja??

note : hari tu masa malam pertama di wad hospital putrajaya selepas bersalin, ma yang teman aku dan bb haris, so tiada masalah la.



sampai2 Hospital Kajang, gulp.... waaaa nampak sangat hospital lama... huk2

ingat nak rekues wad/bilik kelas 1.. sekali kuku tanya sana, diorang kata spital Kajang xde kelas kelas. ahuk2.


xpe2 demi haris, apa2 sahajalah :)

ok kalau nak tau, kat sinilah bermulanye episod air mata aku. 3 hari kat spital kajang, 3 hari jugaklaa keje aku menanges je. mata sentiasa bengkak. air hidung sentiasa meleleh. sangat episod air mata.

masa sampai2 tu, hanya aku dan kuku dibenarkan masuk. ma ngan ayah xleh masuk. disebabkan kuning haris sangat tinggi, doktor bagi kebarangkalian2 yang saaangattt negatif. diorang letakkan haris bawah lampu biru tu dalam keadaan xpakai baju dan dipuasakan :'( untuk rendahkan kuning haris. so doc kata kalau kuning haris x turun jugak atau naik, akan jalan prsedur tukar darah. which is sangat menakutkan :'(

aku xnak bb haris lalui semua tu :( then doc bg lagi kebarangkalian implikasi2 kesan dari kuning yang tinggi. termasuklaaa rosak kat otak, tlinga, mata.....

aku takutt :(

aku dan kuku hanyaa duduk di atas kerusi, kuku pegang jee tanganku sambil aku tersedu2. (aku tahu kuku pun sedih gak tapi kalau aku nanges die pun nanges sape nak pujuk sape ye dok ;p) aku dah xpeduli orang keluar masuk. lantak ah rupe apa aku masa tu.

kuku teman aku masuk wad. wad kat Kajang lain dengan putrajaya. ermm. putrajaya nnye wad selesa siket, cam private hospital.. kat kajang ni banyak2 katil mcm dorm tapi xde langsir pemisah.. huhu... aku duduk je atas katil, rasa sedih sangat ingat kat haris.. masa aku duduk tu, kuku yang kemas2 beg masuk dalam almari, susun2 barang sume.. huhuuu :(

pastu kitorang melawat haris dalam bilik yang haris kene letak bawah lampu biru tu... sedihnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.........
xpakai baju...... harissssssssssssssssssssss crying


pastuuu haris kan dipuasakan, xbole menyusu.....
luluh hati aku ngan kuku masa nampak haris yang ditiarapkan mencari2 susu... die hantuk2kan mulut die kat permukaan bawah tu.... Ya Allah, sedih sangatttt crying

aku menanges teresak2... x sanggup nak tengokk...
in fact, masa tengah taip ni pun air mata berjejeran, terbayang masa tu..

janganlaa aku ingat part tu, memang akan nanges punye..... sampai bile2...


xlama kemudian, kuku disuruh balik..menanges lagii... sad


aku duk katil buat keje sendiri.. aku bawak tau pam spectra gedabak tu. aku pun mengepam je laa susu sambil air mata kuar.... haris xdpt menyusu sebab puasa, xpeee, biar mama simpankan susu2 ni tuk haris yee :'( sedih gile mengepam sambil menanges...

aku xbertegur sapa langsung ngn katil sebelah2... aku tgk katil lain ada laa borak2 ngn katil sebelah.. dunia aku hanyalah dengan haris, dan mengepam...

selesai mengepam aku gi bilik haris diletakkan tu. haris menanges kuat2 sebab lapar kan.. aku pok pok belakang die kasi die tidurr, pujukkk2 dieee... sedihhhhhhhhhhhhhhhhh... aku xnak tidurr....

masa tu aku hari ke4 berpantang... beberapa jam aku membongkokkan diri untuk tepuk2 haris yang kejap2 menanges... sambil hantuk2 mulut die ke permukaan.. kadang2 aku bg puting kosong yang nurse bg.. bg harapan kat haris :'( aksi aku yang membongkok tu sampai aku rasa tekanan darah rendah, nak pitam.. camne ni... haris nangess, aku lakk masih nak tepuk2 dia...uhuuu


dan akhirnyee... doc datang bagitau berita gembira.. kuning haris dah turun... haris xperlu puasa dah.. haris dah bole tido ngn aku tapi lampu biru kene ikutla... syukurrrrrrrrrrrrr


masa kat katil aku, haris menyusu laju sangatt... lapar sangat die... lepas tu haris tido lena.....

bagitau aku camne aku xbole x xnanges bile nampak haris camni? bagitauuu akuu :'(
Ya Allah sedihnye aku tengok gamba haris bawah lampu biru ni. :'(
masa ni haris dah tidur nyenyak. haris tido ngn mama.
tp xpakai baju, sian haris :'(
mata pun ditutup..

hati aku sentiasa diruntun sedih setiap kali tengok haris..
aku cume berdoa agar kuningnye turun. dan kite bole balik, bersama dengan papa kat umah.


sepanjang duduk di wad ni, setiap pagi, kaki haris akan dicucuk untuk amik darah untuk dapatkan bacaan kuning,
Haris nanges masa kene cucuk je la. lepas tu senyap. x berlanjutan nanges die.
wuuuuwuuu tapi yang sekejap tu pun aku xsanggup dengar. wuwuuwuw

nurse kat sana memang slalu lah pujuk aku heeeheeeeee.
diorang panggil kite "mak"..

"mak janganla sedih.. ni bacaan baby dah makin kurang.. ok lah nii"

;)


sepanjang aku kat sana, pagi petang, kuku xpenah miss untuk datang.
yang kelakanye, dia sampai, aku nampak muka dia aku menanges. masa die nak balik pun aku menanges haha. sampai kuku cakap "camni kite xyah datang laa".. hahaaa yelaa kalau xnampak muke kuku xde pulak aku nanges. kui kui

aku siap suruh kuku kalau nak balik, balik curi2 laa, xyah salam2.. sebab masa salam2 tu yang aku akan nanges. heheheeh yelah tu, cube bayangkan kalau kuku betul2 balik curi2. meraung aku ;p keke

sangat episod air mata kan aku sepanjang kat spital kajang ni.


hari ketiga. doktor cek haris. Alhamdulillah, kuning dah turun 13. dah bole balik.
hati sangat berbunga2 :)

aku berazam tuk bagi bb haris susu ibu banyak2 setiap 2 jam. itu sahaja penawar dia.
haris tidur camne pun aku akan kejut setiap 2 jam.

x mungkin aku akan masuk wad lagi dengan haris kerana kuning.
aku xnak berpatah balik.
aku xnak ulang lagi momen2 sedih dalam wad..
tidak akan ulang episod air mata itu....
tidak akan ulang semula..

tidak akan....

-omma dd loves haris so much-


note : semenjak dari hari tu, aku x berani makan halia, lada hitam dan apa2 yang berwarna kuning....

Alhamdulillah, dah 2 kali pegi checkup kuning haris selepas tu, sume ok, normal :) susu ibu memang penawar..



saat kelahiran

14 comments



vakum?

macam mana rasa vakum tu ye..

tengah2 aku blur tu,
aku nampak doc+nurse macam tengah bizi2 dan bergerak cepat2....


tiba2, aku perasan ada bungkusan kain hijau diletakkan atas perut aku..
dan terdengar dialog "potong tali pusat, potong tali pusat"

aku.... termangu2...

"baby saya dah keluar ke.." bole aku tanya camtu?

then doc ngan nurse jawab "dah... selamat dah ni.. sume dah selamat"

Ya Allah.. syukurrr...

motip aku x perasan part aku divakum? aku ingatkan vakum = sakit.. tapi aku xrasa apa2.. tapi cian kat bb :( mesti bb yang rasa sakit, maapkan mama :(

pastu motip aku xperasan bb keluar? slalu klu baca pengalaman bersalin orang lain mesti akan rasa ada satu mende besar burppppp keluar dari perut, dan terus rasa lega.. tapi aku xrasa apa2... sedar2 perut dah kempis dah.. aku mamai sangat kottt...ahuk


"syukuurr.. Alhamdulillah... terima kasih terima kasih... Ya Allah.. terimaa kasihh yee doktor terima kasih ye nursee.."

pastu itu jelahh perkataan yang duk keluar dari mulut aku.. sampaikan doktor cakap "inikan memang keje saya".. heheeee

masa tu, aku x tengok lagi muka baby.. nurse dah bawak baby dalam kain hijau pergi (mesti penuh dgn darah kan)..

aku tetibe pelik nape aku xdengar suara bb ku menangis macam dalam drama2 tv tu eh.. cuak japppp

"nurse.. nape baby sy tadi x nangess.. dia ok takk" *muke risau..

"okayyy....... cume baby awak penat siket.."

ohhh... harap2 sumenyee okay..... sian bb td sangkut lama sangat.. wuuuu


lepas tu, doc nak jahit bawah tu...
aku time tu x heran sangat pasal jahit tu, bole? patutnyee rasa takutlaa kan..

sebab aku rasa lemahh sangatt, aku rasa nak tidoo jee... redha je laah apa yang doc nak buat.. masa tu sakit contraction memang terus hilang ahh..berjam2 aku rasa sakit tadi, dalam sekelip mata hilang sume... Subhanallah..
rasa lega sangatttt rasa bersyuukurr sangat bb daah selamat... susahnyee nak gambarkan... duk fikir2 perasaan syukur tu sampai rasa nak tido jekkkk....

jahit sakit x??
honestly, contraction lagi sakit ;P jahit tu macam kene inject jek.. sakit siket jekkk... lagipun masa tu aku malas nak layan kannn... fikiran tengah ke lain hehe....

bila dah selesai jahit semua, nurse cepat2 tukar alas katil aku.. oh xtaulaa hospital lain camne, tapi so far kat spital putrajaya ni aku selesa laa dari segi kebersihan... cepat2 bersihkan darah sume2 tuu... xkasi kite x selesa... ada laa nurse tu terlewat siket jek, dengar doc tegur suruh cepat2 bawak kuar sume kain2 yang darah tadi dari bilek...

dah selesai sume, aku ckp dengan nurse aku haus sangat.. then die dtg bawak milo.. hehe comelnyee milo, nape bukan air kosong ;p aku minum laju2.. haus sangat...

pastu sambung nak tido..

tengah mamai2 tu, nampak baby ku dibawa masuk... dah dimandikan dan pakai baju.. Subhanallah.. anak mama... :')

Subhanallah... syukurr ya Allah.. Alhamdulillah... anak ku berada di depan mataku sekarang.... aku pandang jeee bb haris... haris pandang balik dengan mata kecik die tu... tapi bb haris sangat kool... dari tadi x menanges langsung... kool betull.... keliru akuu..

lama aku pandang bb.. xtau nak gambar perasaan macam mana...

dan akhirnyaa.... xlama lepas tu,, kuku pulak yang masukk..... (sebelum tu aku asik tanye nurse je bile nak panggil suami sy masuk hahaaha annoyingnye aku skali lg)..

kukuuuuuuuuuuuu :'(

*part waktu itu tak reti pulak aku nak cerita ni.. terlalu indah untuk disampaikan dengan menaip ni... bagaimana air muka kuku, perlakuan kuku, ucapan2 kuku...serius x reti nak cite haahahaha... so let me keep it to myself ye ;) tapi momen itulah momen yang paling mengharukan dalam hidupku.. tskk tskk..... nak nanges plak masa menaip ni..

then, kuku azankan bb haris...
sungguh mendayu2..

ok, that part aku tersedu2 kat katil.. :'( air mata mengalir perlahan.. momen itu..terlalu indah.....sungguh... mengharukan... :')

masa kuku azan, my haris tetap kool.. x nanges...
oh my... Ya Allah.. sayangnye pada haris (selingan : masa aku taip ni, hari ke 36... smpi skg haris x kuat nanges, jenis kool.. syg sgt kat die)..

xlama kemudian nurse masuk untuk ajar nyusu... masa rasa hisapan pertama haris tu, aku mengalir air mata. Subhanallah, indahnye ciptaan mu... baby yang baru keluar dari perut terus pandai hisap?? Subhanallah...

note : lepas bersalin, aku mmg byk nanges tau hahaha siket2 nanges siket2 nanges;p smpi skg ;p


pastu nurse bawak haris kuar balik untuk jumpe pakar tuk check2...
xlama kemudian nurse bawak masuk balik haris..

tangisan pertama haris aku akhirnya dengar masa petang2 siket, aku tgh mamai2 nak tido.. haris nanges manja2 minta perhatian je..heehee comel anak mama..



oo inilah die yee yg slalu gerak2 geletek mama dlm perut tu ye :')
welcome to the world sayang :')





Haris Safeyullah Bin Mohd Khairi

maksud - Pelindung pilihan Allah


jadi anak yg baik ye sayang :)





tidurlah sayang... sian dia penat mama push x keluar2 :')




~Terima kasih ku padamu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu
Oh Tuhan anugerah Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu.


Terima kasih Allah
-omma dd-






Sunday, November 27, 2011

dalam labour room

6 comments

masa baru masuk labour room kan, aku duk asik tanya misi je, bile nak panggil suami saya masuk bile nak panggil suami saya masuk.. hehe ngadenye..nak sangat kuku masa tu...
misi jawab "saba ye.. jap lagi kite panggil suami awak masuk"

kalau nak tahu, masa tu sakit contraction Subhanallah, terlaluuuu hebat.... berganda2 sakit dari contraction sebelum2 ni yg aku duk ckp sakit2... aku xpernah bayangkan contraction sesakit itu, aku ingatkan bersalin nak kuarkan bb yang sakit, sebab ada darah2 kannn ;p contraction mana ada darah2 ;p tapi rupe2nyee yang xde darah tu yg lg sakit dari bersalin yg ada darah. ok aku silap.

xlama kemudian, kuku masuk.. syukurrr dapat nampak muke kuku...

masa tu aku tengah menangis sebab sakit sangat.. nampak kuku, lagi bertambah sebak.. kuku mengucup lembut dahiku dan membisikkan kat telinga ayat2 yang membuatkan lagi laaa berjujuran air mata..

"awakk.. kite halalkann sumee dan ampunkann sumee.. awak xde pernah buat apa2 salah pun pada kitee"

"mak pesan supaya awak ikhlas.. ikhlaskan sumee.. sakit macammanapun awk kene ikhlass"

then me said "sakitttt... :'( "

kuku pujuk2 lembut..

aku faham.. aku perlu redha kesakitan ini.. aku xleh merungut... sakit macam mana pun aku perlu ikhlas..

then kitorang sama2 berselawat...
aku baca doa nabi Yunus selagi yang terdaya, wpun kadang2 xdpt diluahkan dengan kata2, aku baca dalam hati... aku redha...



masa kat labour room tu, bukaan aku naik sangat cepat... dari 4cm, naik 6cm.. pastu naik lg naik lg, dan akhirnyaa 8cm.. masa tu waktu Subuh dah.. kuku hepi dah sebab jangka bb akan lahir waktu subuh, hari jumaat.. so nice :)

tapi yang sebenarnye bukaanku kekal 8cm T_T.. xnaik2 ke 9cm, 10cm T_T

selang sejam atau beberapa minit, doc akan masuk cek bukaan, tapi hampa masih 8cm...
dari Subuh hinggalah ke TENGAH HARI...
bayangkan.. dengan kesakitan contraction, aku rasakan setiap minit bagaikan satu jam.. lambat sangat masa berlalu...

doc xleh nak suruh aku push selagi bukaan xnaik 10cm..

lepas tu doc nak offer epidural ngan pain killer tapi x lehh... sebab bukaan dah 8cm, dah agak lewat..
tp aku pun memang xde plan nak epidural pun.. tahan je laa labuu ;P
tp nurse ada bg mende alah kat mulut tu suh aku sedut2..


dan akhirnya aku rasa lemah sangat... dan setiap kali contraction datang, selepas tu mesti aku tertidur, rasa xlarat sangat... mamai2 khayal2... pastu kuku mesti kejut aku sebab bile aku tido, bacaan jantung bb ikut slow jugak.. motip bb ikut mama dia tido ;p sabo je lah haris ;p

berlarutan sampai laa ke tengahari... dan kuku masih setia di tepi... menggenggam erat tangan..

pada masa yang sama, setiap kali contraction datang, aku try push, dengan harapan ada bukaan laa kalau aku push2 macam tu.

dalam pukul 11 macam tu kot, doc check bukaan masih kekal 8cm T_T

"kejap lagi saya datang lagi, kalau masih 8cm, saya xde pilihan, awak kene dibedah. kite risaukan baby awak"

gulp. kuku dah risau sangat. seboleh2nye die xnak aku dibedah.
aku pulak. dalam otak "buat je laa pape... asalkan baby saya selamat".

huk2

dan akhirnyaa.. doc masuk, check bukaan... dah 9cm.. syukur, Alhamdulillah.

terkejut kitorang tetibe 1 team masuk dengan segera.. dan buat itu ini cepat2.. masing2 dah ready untuk sambut baby ku.. x sempat tunggu sampai bukaan 10cm da, sbb doc dah risau baby kat dalam..

kakiku dikangkang, diletakkan atas tempat kaki tu..

aku x berapa ingat lepas tu.. yang aku ingat cuma bila aku rasa nak yak, aku push sekuat hati..
mereka bersorakk.. kadang2 doc menegur kesilapanku.. kadang2 doc memuji aku..

"dah nampak kepala.. nordianah push lagiiiiiii!! gudddd gudddd"

yang sebenarnyee aku dah dalam dunia aku sendiri.. aku daaa x nampakkk daaa ramai2 orang kat situ.. suara kuku di telingaku pun aku da x dengar daaa.... aku cume berusaha kuattt untuk kuarkan bb..

tapi bb xkeluar2 gak.. mungkin aku rasa dah kuat aku push tapi sebenarnye x.. aku pun xtau.. doc ckp kepala bb da sangkut kat tengah2 da

*note : sampai skarang nampak ada kesan kepala haris yang tersangkut tu

then tetibe, aku dengar doc minta kuku keluar sebab diorang nak jalankan prosedur vakum.. diorang xkasi suami tengok, xtaulaa kenapa...

bersambung..

Thursday, November 24, 2011

malam, khamis 20 oktober 2011 (malam sebelum kelahiran)

4 comments

sampai rumah putrajaya, apa yang aku mampu buat cume berbaring... sakittt sangatt perutt... erm camne nak explain sakit tu camne eh? patutlaa ramai org xleh describe sakit contraction camne, hehe mmg susah nak cakap camne. die sakit kat perut, ngan bahagian bawah pinggang... pastu die ada selang masa... contraction aku masa tu kekerapan dalam 5 minit macam tu.. so bile seminit lagi nak sampai 5 minit, jantung aku berdebar2 gile sbb takut nak sampai lg seminit... macam menunggu masa nak gempa bumi gitewww ;p haha over x description aku.

konon2 nak tido.. ya, bole laa tido.. tapi 4 minit je la... bila sampai minit ke 5 mesti jaga punye. sakittt. pastu minit ke 6 sambung cubaan untuk tido. pastu jaga balik minit ke-11.. dan seterusnyeee ;P


makin lama makin sakit... doa nabi Yunus banyak2.. itu je yang mampu... masa tu aku fikir "Ya Allah, aku dah bersedia... aku redha segalanya Ya Allah"


pukul 3 pagi

malam terasa sangat lama... tengok jam baru pukul 3 pagi.. aku masih x dpt tido.. tido2 ayam jek.. tetibe rasa nak yak.. masuk bilek air.. tapi sangat mengejutkan sebab aku nampak cebisan darah... bukan ketulan bulat2, tapi macam cebisan daging ikan... "Ya Allah... ini masanya.. aku tau ini masanya" *naluri berkata..

kuar bilik air terus kejut kuku yang awal2nyee tahan mata xnak tido, tapi last2 dia tertido jugak ;p cakap kat kuku dah tiba masanya untuk pegi spital.. kejut ma, kejut ayah... terus pegi spital putrajaya

sampai spital, prosedur cam tadi... kene tukar kain, cek bp, baring, pastu disambungkan dgn mesin ctg...
time tu contraction makin kuat, terbongkok2 aku walaupun atas katil... bukan bongkok tapi macam mengerekot, cam ulat gonggok. sakit sangat... pastu rasa tension gile tengah2 sakit contraction, pelatih kotttt yang duk tanya2 banyak tu. aku tgh sakit ni,so agak annoying kalau ditanya soalan yang sama berulang2 dari individu berbeza. aku xtau, pelatih ke nurse ke doc ke. aku da xleh bezakan. aku assume pelatih la kot yang suke tanya2 banyakkk tu. da nampak aku pegang perut sambil mengerekot2, leh tanya banyak2 lakkk, ada yang aku baling mesin ctg kang ;p hehe behave dd behave.tapi itulaa yang aku rasa walaupun aku tahu diorang tengah menjalankan tugas.

doc datang cek bukaan, dah 3 cm. dan die ckp "dah 3cm, tapi macam da nak 4cm"...

beberapa minit kemudian, seluk lagi... "dah 4cm, aada harapan untuk naik bukaan dengan cepat lagi ni. . kite kene pecahkan air ketuban die skg, pastu tolak ke labour room" *xingt dialog sebena, lebih kurang lebih kurang lahhh..

masa tu, pesakit2 yang datang saing2 aku dan yg sebelum2 aku(katil2 sebelah dalam bilik untuk cek bukaan tu) sume diarahkan untuk pindah hospital sebab putrajaya dah penuh. tapi aku sorang je yang diterima masuk masa tu sbb bukaan naik cepat sangat. syukur, aku pun memang xnak bersalin kat spital lain.

lepas tu macam2 seluk aku rasa. sakittt, xbesss... pecahkan air ketuban pun seluk, pastuu pooooppp, tetibe air panas dah kuar kat bawah... ohh ini kah air ketuban... pastu doc/nurse (Xpasti) cucuk kat bawah untuk kasi aku buang air besar plak...

pastu aku disuruh ke toilet untuk membuang2...

masa bangun dari katil tu, nampaklaa atas katil tu, darahh hasil selukan tadi + ngan air ketuban.. pastu misi cepat2 tukar alas katil tu ke alas yang baru...

aku jaalan ke toilet.. sangat x selesa.. kaki rasa sangat belengas dengan cecair.. tapi perasaan masa tu byk redha je, xde merungut2 pun... klu ikutkan aku yang dulu aku takut kat darah tau.. tapi masa tu nampak darah macam x de perasaan.. susah nak gambarkan perasaan masa tu.. masa aku taip ni pun terbayang2 situasi masa tu tp x reti nak describe perasaan masa itu..

selesai membuang2, aku ditolak masuk ke labour room..


bersambung...

Tuesday, November 22, 2011

Khamis, 20 Oktober 2011 (1 hari sebelum kelahiran)

7 comments

terjaga waktu subuh..

eh nape perut x sedap ni...macam ala2 period pain yang x berapa sakit tu.. yang lite lite gitu... (aku dulu period pain mmg x sakit sgt, jenis yg lite2 bole tahan lg)

nak yak kot..

masuk bilek air, takut2 nak tengok bawah...

pheww~~~ x de pun darah lagi... lega2..

x yak pun..

dan sakit perut ala2 period pain masih berterusan..

tapi masih keliru..

oh hari ni kan cuti, walaupun ngadu kat kuku, tapi pada masa yang sama, masih nak teruskan apa yang dirancang.. nak gi checkup, servis kereta dan survey nursery... xmo layan sangat perasaan perut yang xsedap ni...

dan makin lama, dah rasa sakit period pain yang selang2... aku tahu aku dah hampir masa, tapi aku masih menafikan... lagipun orang kata, kalau nak gi spital tunggu sakit betul2 baru gi.. xdelaa kena seluk free2..


pukul 8 am.
masa gi checkup di poli ukm, masih bole borak2, gurau2 ngan kuku.. cam x sakit perut pun...
tetibe terjumpe kak siti kat poli..
disebabkan aku keliru, aku pun bagitau dia apa yang aku rasa.

kak siti cakap...
"akak rasa dd dah nak dekat ni.."

kuku lak suruh tunggu apa kata doktor jap lagi..

bile bgtau doc pasal setompok darah dan sakit mcm period pain.. doc terus buat surat suruh aku refer pada spital putrajaya dengan segera.. aduhhhhh....

tapi naluri aku berkata belum lagi... belum sekarang.. aku belum sakit lagi... jadi aku pilih untuk ikut naluri aku.. note : serius, korang akan merasa naluri tu bila tiba masanya..

selepas checkup, kitorang pergi sarapan, pastu pergi servis dik kelisa. memang dah buat appoinment. dan waktu ini kekerapan sakit 15 minit-10 minit. dan sakit makin kuat. setiap kali sakit datang, aku cuma mampu genggam kuat jari2 kuku je, sambil berselawat.

selepas servis, kitorang pergi makan kopok lekor+pisang goreng+nasi ambeng+bihun soto+air kelapa kat pintu masuk putrajaya. kerlas x.
pastu pergi presint 14 untuk pergi nursery2 yang aku dah list kan untuk survery.
masa ni kekerapan sakit makin kerap, dan setiap sakit yang menjelma tu membuatkan aku xleh berdiri tegak.. mesti akan jadi bongkok. tapi degil tu xnak pergi spital lagi ;P

ada banyak senarai nursery yang kitorang nak gi, tapi last2 hanya sempat presint 14 je. sebab aku daaaa takkk tahannnnnnn sakittt ;P pastu perasaan risau dah mula rasa tentang bayi didalam kalau aku main tangguh2. tapi sebenarnye kan insticnt aku kan masih kuat cakap belum tiba masanyaaa sekarang lagi, dan aku xkan masuk wad malam ni. xtaulaa kenapaaa naluri aku mmg kuat masa tu. hihi

kitorang terus pegi spital putrayaja. (dalam kepala fikir, alamak ma ayah masih di gombak ni, plan asal nak amik hari sabtu, ahuk2).

sampai spital, solat dulu. lepas tu jalan slow2 ke dewan bersalin. perasaan masa tu jangan cakaplaaa... takutttttt, berdebar2 T_T

sampai kaunter, tunjuk surat, terus aku disuruh masuk ke dalam.. dalam hati : aku xmo masuk wad lagi, xmo xmo... xtau nape aku betul2 rasa x bersedia lagi, terlalu pantas.. at least kalau ma ayah dah ada kat putrajaya, mungkin aku akan tenang siket...

masuk2, berdebar sgt... segala2nya teralu asing dn aku... ok, mula2 kene tukar kain, check tekanan darah.. pastu kene baring.. nurse pasang CTG.. heart beat baby ok, syukur.. contraction pun mmg dah nampak dah... xlama kemudian, doc dtg nak seluk cek bukaan.... untuk newbie cam aku ni, aku xberapa memberi kerjasama, aku terkeraskan badan.. hehe.. maaf ye doktor... takutlaaa kene seluk... tapi sebenanyee xdelaa sakit sangat.. cume x selesa je la... tak bess ;P

sekali doc cakap bukaan dah 2cm.. whatttttttttttttt???

aaaaaaaaaaaa...


doc cakap "sepatutnye awak dah kene masuk wad dah ni... bukaan awak dah 2cm.. tapi katil dah penuh.. kajang pun dah penuh.. awk duk putrajaya kan.. so samada awak nak gi HKL atau awak nak balik dulu, nanti da sakit datang semula ke sini.. tapi atas risiko sendiri la ye"

aku dengan konfidennye "saya nak balik dulu.." (mata bersinar2)

itu ini itu ini. terus jalan laju2 jumpe kuku yang sampai tertidur tunggu kat luar (agak lama aku kat dalam, 2jam ke 3 jam tah)...
rasa lega sangat x payah masuk wad lagi...

lepas tu, balik umah jap. pastu terusss gi gombak ambik ma ayah..

dan pada waktu itu... contraction dah kerap jadi less than 5 minutes... sakitttt... kuku terpaksa drive dgn sebelah tgn sahaja, sebab sebelah lagi untuk genggam tangan aku setiap kali contraction datang.... aku xleh duk tegak... sangat sakit... beristighfar.. berselawat.. tapi xleh guna suara... sangat sakit... cume mampu melafazkan tanpa suara sahaja...


dah smpai gombak, amik ma ayah laju2..

pastu balik putrajaya laju2... aku tau belum tiba masanya lagi... jadi x yah pegi spital dulu...


bersambung....


Monday, November 21, 2011

10 malam, 19 Oktober 2011 (2 hari sebelum kelahiran)

0 comments


lepak2 ngan kuku kat rumah, tengok running man. pastu aku kesana kesini, xleh duk diam kan. basuh baju lah, sidai baju lah. orang degil memang macam tu, hehe padahal perut tengah sarat tu ;p tapi slalu je orang2 pesan, banyakkan berjalan, nanti senang bersalin ;P

masuk bilek air, nak shi shi. tiba2, terpandang.....

gulp..

setompok darah yg dah kering kat panty liner.

gulp...

tapi masih x pasti, eh darah ke apa ni...

tunjuk kat kuku...

kuku tenang2kan diri ini.. dan suruh tengok nanti camne...

aku pun sedapkan hati.. mungkin bukan darah kot... kesan lain kot.. sbb bukan color merah.. ok, sambung join kuku tengok running man.

malam tido, x berapa lena.. asyik terfikir... aku dah nak bersalin ke... aku da bersedia ke...
lagipun aku slalu main2 ckp ngan perut, tunggu gaji baru kuar ye sayang.. esok hari gaji, so klu betol esok bb kuar, motip bb punctual???

xlena betol.. duk terfikir, darah ke eh tadi, darah ke eh tadi?? orang kata kalau tanda darah, bersalin sakit... kalau tanda air ketuban, bersalin x sakit... waaa takutnyeww....

tepon ma, ma ckp kuar darah siket2 tu normal la... ma pun pernah kuar tanda darah masa nak besalinkan aku.. tapi lagilaaa, kuar darah ketul besar... yang tu haa baru sakit... ok, lega siket dengar ma cakap darah siket2 normal..

tido...


bersambung....


Rabu, 19 Oktober 2011 (2 hari sebelum kelahiran)

1 comments

aku masih bekerja seperti biasa, pergi ofis seperti biasa, siap tanya kengkawan ofis direction nak pergi econsave kajang sebab plannye hari esok (khamis) nak cuti sama2 kuku. nak gi checkup, nak gi servis dik kelisa pastu nak gi survey nursery.
dah ada list nursery sekitar putrajaya yang aku print hasil gugel gugel.

masa kat ofis, aku siap ada order kordial air laici ngan oren lagi kat kak H untuk buat stok kat rumah, konon2 nak amik dari die hari jumaat lusanya lah. aku plan cuti hari kamis jek, jumaat akan datang ofis lah.

Plan macam2 kan, sedangkan kite xtau apa yang Allah dah tuliskan untuk kita hari2 seterusnya =)

bersambung...

Welcome to chapter 3 ;)

5 comments


Salam :) dengan izin Allah s.w.t, jumpe kite lagi di sini ye.
Blog ini dibuka sempena kehadiran putera kecil kami, Haris Safeyullah Bin Mohd Khairi.
kini, lengkaplah diri aku sebagai seorang wanita.
macam xpercaya apa yang aku dah lalui.
sungguh xpercaya. it's a miracle.
dan aku berniat untuk share semua cerita dari hari terakhir aku sebelum menjadi seorang ibu hinggalah kesah2 selepas aku menjadi ibu kepada pembaca2.
aku percaya pembaca2 yang baca blog ni mesti dari kalangan pembaca2 lama jugakkan. terasa seperti korang sangat dekat di hati.
terima kasih yee pada yang masih setia.

bb Haris sayang, mama harap coretan mama ni boleh laa haris baca bile dah dewasa nanti untuk tahu kesah2 di sebalik kelahiran bb haris sayang.

kepada suamiku yang tercinta, kuku.. segala saat2 gembira dan getir yang kite dah lalui bersama membuatkan perasaan cinta dalam diri ini makin kuat. Terima kasih kerana sentiasa setia menemani, menjaga dan memberi kekuatan kepada isterimu ini. i want nobody nobody but you. *tetibe nyanyi lak


note : maaflah, terjiwang pula T_T perasaan sayang yang bertambah2 pada suami tercinta memang x dapat dibendung lagi. huk. eh dibendung ke dibedung eh?


ok next entry, aku akan cerita tentang kesah sehari sebelum kelahiran bb haris. saat2 terakhir aku sebelum menjadi ibu dan kesah kesakitan yang mula kunjung tiba. tunggu yaaaaa. daaa~


selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama, suamiku ^_^


 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez