dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 24, 2011

malam, khamis 20 oktober 2011 (malam sebelum kelahiran)



sampai rumah putrajaya, apa yang aku mampu buat cume berbaring... sakittt sangatt perutt... erm camne nak explain sakit tu camne eh? patutlaa ramai org xleh describe sakit contraction camne, hehe mmg susah nak cakap camne. die sakit kat perut, ngan bahagian bawah pinggang... pastu die ada selang masa... contraction aku masa tu kekerapan dalam 5 minit macam tu.. so bile seminit lagi nak sampai 5 minit, jantung aku berdebar2 gile sbb takut nak sampai lg seminit... macam menunggu masa nak gempa bumi gitewww ;p haha over x description aku.

konon2 nak tido.. ya, bole laa tido.. tapi 4 minit je la... bila sampai minit ke 5 mesti jaga punye. sakittt. pastu minit ke 6 sambung cubaan untuk tido. pastu jaga balik minit ke-11.. dan seterusnyeee ;P


makin lama makin sakit... doa nabi Yunus banyak2.. itu je yang mampu... masa tu aku fikir "Ya Allah, aku dah bersedia... aku redha segalanya Ya Allah"


pukul 3 pagi

malam terasa sangat lama... tengok jam baru pukul 3 pagi.. aku masih x dpt tido.. tido2 ayam jek.. tetibe rasa nak yak.. masuk bilek air.. tapi sangat mengejutkan sebab aku nampak cebisan darah... bukan ketulan bulat2, tapi macam cebisan daging ikan... "Ya Allah... ini masanya.. aku tau ini masanya" *naluri berkata..

kuar bilik air terus kejut kuku yang awal2nyee tahan mata xnak tido, tapi last2 dia tertido jugak ;p cakap kat kuku dah tiba masanya untuk pegi spital.. kejut ma, kejut ayah... terus pegi spital putrajaya

sampai spital, prosedur cam tadi... kene tukar kain, cek bp, baring, pastu disambungkan dgn mesin ctg...
time tu contraction makin kuat, terbongkok2 aku walaupun atas katil... bukan bongkok tapi macam mengerekot, cam ulat gonggok. sakit sangat... pastu rasa tension gile tengah2 sakit contraction, pelatih kotttt yang duk tanya2 banyak tu. aku tgh sakit ni,so agak annoying kalau ditanya soalan yang sama berulang2 dari individu berbeza. aku xtau, pelatih ke nurse ke doc ke. aku da xleh bezakan. aku assume pelatih la kot yang suke tanya2 banyakkk tu. da nampak aku pegang perut sambil mengerekot2, leh tanya banyak2 lakkk, ada yang aku baling mesin ctg kang ;p hehe behave dd behave.tapi itulaa yang aku rasa walaupun aku tahu diorang tengah menjalankan tugas.

doc datang cek bukaan, dah 3 cm. dan die ckp "dah 3cm, tapi macam da nak 4cm"...

beberapa minit kemudian, seluk lagi... "dah 4cm, aada harapan untuk naik bukaan dengan cepat lagi ni. . kite kene pecahkan air ketuban die skg, pastu tolak ke labour room" *xingt dialog sebena, lebih kurang lebih kurang lahhh..

masa tu, pesakit2 yang datang saing2 aku dan yg sebelum2 aku(katil2 sebelah dalam bilik untuk cek bukaan tu) sume diarahkan untuk pindah hospital sebab putrajaya dah penuh. tapi aku sorang je yang diterima masuk masa tu sbb bukaan naik cepat sangat. syukur, aku pun memang xnak bersalin kat spital lain.

lepas tu macam2 seluk aku rasa. sakittt, xbesss... pecahkan air ketuban pun seluk, pastuu pooooppp, tetibe air panas dah kuar kat bawah... ohh ini kah air ketuban... pastu doc/nurse (Xpasti) cucuk kat bawah untuk kasi aku buang air besar plak...

pastu aku disuruh ke toilet untuk membuang2...

masa bangun dari katil tu, nampaklaa atas katil tu, darahh hasil selukan tadi + ngan air ketuban.. pastu misi cepat2 tukar alas katil tu ke alas yang baru...

aku jaalan ke toilet.. sangat x selesa.. kaki rasa sangat belengas dengan cecair.. tapi perasaan masa tu byk redha je, xde merungut2 pun... klu ikutkan aku yang dulu aku takut kat darah tau.. tapi masa tu nampak darah macam x de perasaan.. susah nak gambarkan perasaan masa tu.. masa aku taip ni pun terbayang2 situasi masa tu tp x reti nak describe perasaan masa itu..

selesai membuang2, aku ditolak masuk ke labour room..


bersambung...

4 comments on "malam, khamis 20 oktober 2011 (malam sebelum kelahiran)"

dd dudu on November 24, 2011 at 11:38 PM said...

test

ameris on November 25, 2011 at 8:34 AM said...

dd,
akak yg baca nie saspen betol.
mcm tgh mengalami saat nie.

bulan 5 thn depan mcm ni laaa...
adoiiii...takutnyaaa

cepat sambung dd!!

dd dudu on November 26, 2011 at 3:57 PM said...

rofl haha qt http://www.autosensori.net/users/dl.php?id6g7p7-Picture14.JPG

dd dudu on November 29, 2011 at 11:49 AM said...

{kak ameris}

hehe org kate, klu dah lalui pengalaman pertama, nanti kali kedua lg takut ;p sbb tau sakit die cane ;p

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez