dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 8, 2012

separuh diriku



tajuk entry haruslah menggunakan tajuk lagu. ekeke motip?
 
Salam semua. huhu lewatnye update minggu ni, padahal nak cite pasal weekend hari tu. kan bes klu dapat update hari2, tapi apakan daya, tuntutan kerja lebih penting. * tapi Adam dan hawa online sempat pulak kau tgk kann hee hee masterchef pun sempat tgk gak, go che lah go! ;p


nak cite, weekend lepas adalah weekend penat haris. malam2 kene urut haris sebab siangnye die penat, ekekke. hari sabtu ada kenduri doa selamat kat rumah bibik (makcik kuku). oh korang biasakanlaa diri aku sebut bibik bibik ni ekk, sebab aku kan dah masuk keluarga jawa, mana panggil makcik ke maksu ke maklang ke makngah kee, panggil bibik ok.


bibik buat kenduri doa selamat sempena anak dia nak SPM, so jemput kawan2 sekolah mai datang laa baca Yassin, doa selamat, makan2. aku sebagai menantu mithali eceeee dan kuku memang jenis datang awal, kitorang duk umah bibik dari awal pagi untuk start tolong2. rewang2 gitu. hoh ini first time ni aku datang rewang bawak haris. pengalaman ni duk sepanjang hari kat rumah bibik. kire haris mandi pagi, mandi petang pun kat sana, dah siap2 bawak beg haris sume la kan. kalau ikut kan kategori gadis cam aku ni *gadis ke kau, xbole sebenanye, bukan x bole, x biasa.beberapa hari sebelum kenduri tu duk ngeluh kat kuku takut aku xpandai bawak diri nanti, yelaa tengah ramai2 org duk rewang tu kalau haris ngantuk nak tido, camnee.. nak tidokan kat manaa. kalau haris meragam, camnee, pastu nanti camne nak tulung2, xpe ke x tolong banyak sebab nak jaga haris, hehe byk betul kerisauan. maklumlah, x biasa. hihi.

tapi rupe2nye sumenye ok. lagi pun ni bibik feveret aku, bole? so selesa siketlaa berada kat rumah bibik feveret. x kekok sangat. dan yang pasti aku xde tulung banyak pun, hehe setakat tolong potong2 kuih je ;p xde tulung2 masak ke apa ke. dan jaga (read: kejar haris yang merangkak laju2 di rumah bibik panjat tangga turun tangga) haris pun kurang pun kurang, sebab banyak kuku yang jaga selepas tugas memotong ayam beliau selesai, ekekekeke.


haris memula je meragam sebab panas dan x biasa ramai orang kot. pastu lama2 ok dah, dah start enjin dah.


begitulah ceritanya, kitorang lepak umah bibik smpi malam. makan mmg banyak round, terutama laksa, terbaik! bibik suke buat menu laksa, aku ni dah laa hantu laksa. hehe mkn byk round padahal tulungnye siket ajetongue. ok, inilah pengalaman rewang aku, lain kali bole je nak datang lagi. heehee


haris pun gembira aja kat sana sebab ramai duk melayan. motip ramai main ngan haris x buat keje? ekekeke. cume penat siketlaa die. malam tido lena + merengek2 siket. penat kot.



lepas Maghrib balik dari umah bibik. singgah pulak rumah cousin, ayu kat bangi. ada housewarming. haris yang tido dalam keta kena bangun balik ;p terjaga dengan comelnye bile sampai umah ayu ;p hehe ok spageti di rumah ayu sangat sedapppp!! makan di kala hujan lebat diluar. ohh  nikmat, tapi perut dah sendat sebenanya. kata mkn byk round kan tadi.
ok xpe, dah mintak resipi dari ayu  hee hee


keesokkannye, hari ahad, mama dan abi plak nak bershopping. alahai bukan pee, sandal mama talinya tercabut, kasut keje abi pulak dah koyak. acaner tu johan, kene gak laaa beli baru.

gi mines, of course ada percume ezan. hehehehhe pastu gi plak alamanda. xpenat2 ke mama abi ni ;p haris da penat dan dah tido daa ;p


saya dah ngantuk sangat mama, saya tido dulu yeee



dimana ada mama saya, disitu ada auntie ezzan, kuh kuh kuh


ezzan nampak segar dengan cara pakai shawl+inner mcm ni. suke suke suke.

ok dah abes. sayang haris sangat2. walaupun haris penat, tapi mama suke je bawak haris jalan2, yang penting haris sentiasa dengan mama ok. xkesahla dimana2. sob sob. mama, abi dan haris perlu sentiasa bersama2 bertiga selalu ok, kerana kamu berdua adalah separuh diri mama.

ok nak buat keje. 


note : dah lama x tengok running man secara full episod, tapi hari tu tengok dengan kuku episod 115, yang kat lumpur, ada miss Moon tu. gelak sampai nanges ok. kelaka gile part lumpur tu. nih masa teringat pun nak gelak ni. aduhai, kwang soo, gary, sume2 laahh menghiburkan hati aku sangat!!!!



note :  teringin nak tengok balik cite Autumn in my heart lepas tengok Miss Moon. tapi nak tengok part masa kecik je laa sebab Miss Moon sangat comel, xnak tengok part dah besar sebab cite pasal sakit2.





5 comments on "separuh diriku"

ameris on November 8, 2012 at 12:26 PM said...

akak kdg2 tinggal salah sorg kt umah pengasuh kalu salah sorg x sihat. skrg zara plak sakit mate, so tinggal rayyan umah pengasuh sbb nk bg full attention kt anak yg sakit.
kalu bole nk semua ada tp...

dd dudu on November 8, 2012 at 12:28 PM said...

{kak ameris}

yelaa, bile kite da ada lebih dr sorg anak, mesti nak yg terbaik untuk sume kan. dd paham klu ada di tempat akak. sian zara, jangkit ngn abg die hari tu ke

Diana on November 8, 2012 at 1:44 PM said...

Haris yang comel.....
Dah besar kan dia... Follow haris dari kecil aritu... dah besar dah sekarang.... :-)

dd dudu on November 8, 2012 at 2:39 PM said...

{Diana}

time kaseh Diana sebab folo haris sejak kecil :) ha ahh dah setahun dah beliau, hihi

Ezzan Yusop on November 9, 2012 at 3:23 PM said...

motif nampak segar? statement mcm baru lepas mandi...hahaha...

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez