dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 1, 2012

kau yang terindah




huiii x sabar betul rasa nak update blog pasal haris ni. cepat2 siapkan laporan tadi laju2, sebab rasa cam nak menulis. bukan selalu mood blogging ni nak datang. 

jom dengar aku cite2.

1) selama ni haris memang tidur sekatil ngan kitorang. memang xpernah berpisah la. tapi ada sekali tu (dalam minggu ni jugakla) kitorang try letak die tidur dalam baby cot yang kongkong belikan dulu. konon2 nak ajar dia tidur sendiri (tapi baby cot tu sebelah katil kitorang je pun, motip?) tapi last2 x sampai satu malam pun, aku rasa 'missing' sangat haris xde kat sebelah aku. aku terkebil2. di keheningan malam, aku slow2 mengangkat haris dari baby cot dan letak sebelah aku hee hee

terus mamanye tido lena hiu hiu. xlengkap laa tidur kalau xde salah sorang. dah biasa tidur bertiga kann. adehh cam salah asuhan je aku ni, camne ni  hee hee  lagi satu sebab, haris jenis tido pusing 180darjah, elok2 saiz baby cot yg bentuk segi empat tepat tu sesuai untuk budak2 tido last2 x sesuai ngan haris sebab kaki dia terjulur2 keluar akibat pusingan 180darjah tadi. motip sangat haris. even kalau kat katil pun die jadi 180darjah jugak. mama la yang terpaksa berkorban bagi ruang 180darjah die tu. macam entry lisa hari tu cakap pasal huruf2 posisi tidur. aku rasa posisi kitornag jadi huruf I dan T kot. hahaha T tu sebab haris 180darjah + mama menegak.


2) memang sempit untuk tido bertiga di katil queen. lebih2 lagi haris conquer tempat kan. aku laa yang paling tersepit sekali. tapi bile haris nak depakan tangan kecik die, last2 macam terpeluk aku, ahhhh suke ^_^ manis sungguh perasaan itu. motip dd ;n


3) tahu x korang, yang dulu masa haris baby kecikkkkk lagi start new born sampailaa umur berapa bulan tahh, aku takuttt sangat nak ketip kuku haris. memang x berani langsung. mule2 dulu nekma yang buatkan. pastu bile haris masuk taska, aku perasan cikgu taska selalu ketipkan. last2 aku mintak tulun cikgu taska je, hahahaha teruk punye mak.

tapi itu duluuu, sekarang dah hebat. *nada berlagak. aku ketip kuku haris sekang selamba je pakai ketip kuku orang dewasa yang saiz XL tu ;p


4) haris skang dah panggil "mmmaa".. "ammma". "mmmmmmmma".

haha sambil pegang2 aku ataupun pegang2 kaki aku sambil sebut ammmmmaaaa. kadang2 huruf m yang lebih. ohh manisnyeeee. kadang2 masa tengah buat keje opis pun terngiang-ngiang suara haris sebut ammmmaaaa. uhhh uhhhhh rindu sgt.


pastu dah pandai ikut "nakkkk".."anaaak"...."naaaakkk" bile nak mintak sesuatu atau nak bagi sesuatu. sama je word dia, xleh bezakan lagi hee hee




aktiviti feveret haris bila kat dapur



hiu hiu hiu gelakkan haris xde rambut depan ;p



eeeee gerammm! rasa nak cayangggg cayanggg je mukee die niiii




pandai pandang camera. pastu rampas camera. tskk



kecik2 ni xpe lagi laa pakai sleeveless. dah besar nanti toksah pakai laa sayang, nampak tanda lahir besar sgt laa hee hee




muke segan2 haris bile sampai rumah orang. hik2

ok bye.

6 comments on "kau yang terindah"

Diana on November 1, 2012 at 5:42 PM said...

Haris yang sangat comel..
Seronok kan anak dah nak pandai cakap...?

Memang baby2 nih panggil mama = ammma.. eh...sama la ngan Eusoff..

Panggil Papa = Appaaa...

Haris camtuh jugak ker?

dd dudu on November 2, 2012 at 8:12 AM said...

{Diana}

hai Diana.

haha haris selalu sebut appaa apapapapa tp bukan panggil abi die. mmg tu bahasa dia, ekekeke. dia x pandai lg panggil abi die, hee

joeayu on November 2, 2012 at 8:26 AM said...

eh, haris ada tanda lahir ek. besar cam yaya jugak.

aYenZ JamiL (^0^)/ on November 2, 2012 at 11:22 AM said...

comel...haha..kaki selongkar nampak gayanya ni..

Ezzan Yusop on November 2, 2012 at 11:33 AM said...

aaaahhhhhhhhhh rindu dgn haris...

haris in a sleeveless? dh ada gaya pemain bola keranjang ni cewahhh hihih

Zana Adieyza on November 5, 2012 at 3:12 PM said...

comel gmbr last tu.. wah, dah pandai nak sebut mama la.. bijak!!!

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez