Wednesday, November 21, 2012
aku yang berfikiran sempit ke ek... :(
aku skang dah jadi ibu2.. so blog2 yg aku baca memang kebanyakan memang dari golongan ibu2 laa.. dan kebanyakannye diorang batch macam aku jugak, baru jadi ibu..
tapi sebenarnye.. hrmm cane ek aku nak ckp..
ada beberapa perkara yang aku x sependapat bile baca entry2/comments yang bersungguh2 mereka tegakkan..
tapi aku xkan taip kat sini la.. i will keep it to myself..
tapi skang aku rasa aku xde geng, kenapa aku rasa aku sorang je rasa kurang selesa/ segan dengan apa yang diorang utarakan dan gambar2 yang diorang publish.. aku ni kampung sangat ke.. contohnya gambar "ibu sedang dot dot dot.." ....dan gambar "ibu tengah dot dot dot.." (ada 2 jenis gambar sebenanye).. memang xpernah terfikir dibenak ku untuk upload dan tayang kat orang... walaupun "elok je gambar tu, bukan nampak apa2 pun....."
aku xtau korang dapat paham ke apa yg aku sampaikan ni... tapi aku harap korang x paham laa hahaha sebab aku x nak kene bantai... aku x nak kene bambu dengan orang ramai/geng2 ibu dengan apa yang aku rasa ni..
tapi sungguh, aku rasa segannn................ naturally perasaan segan tu timbul.. terfikir jugak adakah jantina lagi satu kalau baca/tengok gambar macam tu akan rasa segan2/xselesa x? ke x kesah.. hee
aku terbaca comment sorang ni macam marah sebab kawan die biseng2 tegur ada org upload gambar macam tu... terus aku rasa sentap, sebab aku pun sependapat ngan kawan dia... so aku terasa "dimarahi" oleh pengcomment tu..
tapiii aku memang xsependapat, aku memang x rasa gambar macam tu perlu diupload...tapi kalau ikutkan, suka hati diorang la kan nak upload kat fb atau kat blog.. tu page diorang.. tapi itulaa, kite yang terpandang ni rasa segan.... kalau dd la kan, gambar macam tu dd simpan as private je.. :(
aduhhhh.. aku ni berfikiran sempit sangat ke.. kecik ati klu aku sebenanye ketinggalan zaman sangat.. duhhhhh.. tapi itu yang aku rasa,.. aku harap korang xkan paham sampai bila2 apa yang aku ckp ni,
sebab aku memang x nak org paham, aku x nak orang pandang serong kat aku..
walau bagaimanapun, style aku, aku akan hormat orang lain, aku xkan comment atau tegur apa yang orang lain rasa die buat tu betul. jadi ibu2 sekalian, teruskan lah jika rasa apa yg dibuat itu betul.. lain orang lain pendapat kan :) aku paham... lagipun yang penting suami korang xkesah..
jangan sms aku tanya apa aku cakap ni tauu... xyah teka2.. aku cume lega sangat dapat luahkan dalam blog..
bye
-aku ibu yang konservatif rupenye (-_-")
hrm bak kata yana, entah2 orang lain pun ada yang x selesa dengan apa yang kita tengah buat hihi. tah2 ada je kot yg dd buat org lain xselesa, who knows :)
give n take gitew
note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? klik sini ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments on "aku yang berfikiran sempit ke ek... :("
kira nya macam ni lah.. kita skrg d dunia moden, serba canggih, banyak medium berkongsi ilmu, gambar, video / apa saja.. pandang dari sudut positif maksud empunya badan. kadang2 kita tak selesa dgn cara orang, org tak selesa dgn cara kita. give & take gitew :)
erm betul kata yana tu. hihi sbb tu sebolehnye2 dd nak elak kritik2 org, sebab kite ni pun x sempurna sgt dan lain org lain pendapat die. mungkin ada org lain x selesa ngan apa yg dd buat ke ape ke, who knows kan. hehe thanx yana
tengah timbang tara nak komen ke tak..bak kata dd, lain orang lain pendapat. i rasa dorang post2 gambar tu sebab nak galakkan ibu2 breastfeed, nak cakap breastfeed ni tak susah sebenarnya. tapi kalo dd boleh bagi alternatif lain, boleh je up kat entry. kadang i terpikir jugak kalo tak NIP, kalo anak nangis kat kenduri kawen, kat tengah2 mall, nak buat macam mana ye? bukan nak kondem dd tau, ni soalan ikhlas. mana tau i boleh praktikkan cara dd buat lepas ni. inshaa ALLAH.. :)
{veesakura}
veesakura huk2, yg NIP tu dd xkesah laa, dd paham kenapa ibu2 terpaksa NIP. dd kan seorang ibu juga, mana tahan tgk anak nanges kelaparan :)
cume yg dd segan tu cume bile ternampak gambar2 upload tu jek. tp tu ar terpulang pada masing2, as long as dorang xkesah, suami xkesah, its okay. xsalah nak bg motivation pada org lain, dd paham sgt.
hehe cume gtau pandangan dd jek, perasaan dd bile ternampak gambar2 tu. mungkin dd yg xsporting kot. x moden gitu. sbb klu dd, dd simpan gambar tu as private.
harap2 ibu2 lain x kecik hati ye.
hmm.. akk pun fikir sama cam dd. mmg ada rasa segan jugak. tmbah2 lg bila pegi mall, selamber badak je bf kt bangku2 yg ada kt mall tu. apa salahnya pegi ke surau atau kebanykan mall pun dh ada nursery yg ibu2 bleh bf dengan selesa.
oh veesakura, yg pasal alternatif tu, kebetulan haris bole minum susu yang dipanaskan dalam botol. so dd memang sentiasa bawak susu ibu,icepack, botol dan air panas tuk panaskan susu iteeww
tapi perlu diterangkan ye, dd paham sangat nip ni. dd mmg xblame org yg nip ni. its okay. terpulang pada diri masing2. lagipun ada baby yg xnak susu dlm botol, dd phm sgt.
cume klu jenis org yg terlebih segan cam dd tu mmg terpaksa bawak beg2 ni laa, ataupun cari tempat tersorok tuk nyusu (but pls not in the toilet, sian haris)
nway dd respek org yg bawak shawl tu cover nip tu sume. dd paham sgt.
pls jgn blame dd ye, pls sgt. dd pun ada anak, sensitip bab2 nanges kelaparan ni.
pls phm ye, dd xkondem sesape.
just nak sampaikan apa yg dd rasa pasal gambar2 tu. motip tetibe ckp pasal nip? heh
{kak ameris}
kak ameris, tingat dulu masa kat spital, dd terpaksa bf atas katil depan org2 yg dtg melawat, rasa cam nak nanges je masa tu, malu dan segan sangat. masa tu mmg xbole lari, baru lepas bersalin kot ;p
dd, i tak kondem u pon. i paham maksud u tu.at least, dd tegur dengan cara baik, berhemah. beda ni suma berkait. gamabr2 tu timbul sebab nak cakap bf ni mudah. orang kita ni takmo bf sebab susah katanya.leceh.n 1001 alasan lagi. pastu plak de tempat tu nursing room dia kat dalam toilet. nak bagi anak makan pon geli kowt. cara dd bawak susu dalam botol tu jugak bagus. tapi tak bley nak apply kan kat suma sebab de sesetengah baby, kalo maknyer ade, tak pandang dah botol susu..
aah kan, tetiba ckp pasal nip.hehe. ala, i tak kondem u tau. just my opinion pasal gambar2 tu jugak.no offense ya :)
{veesakura}
ok no offense hehe dd pun paham apa yg veesakura sedang sampaikan ;)
nevesnya nak susukan anak. *tetiba* hikhik
{muni}
chaiyuk2 muni
{ciare}
hah ko penah letak kee gambar tu ;p
sy pon rasa tak perlu upload pic anak tengah menyusu..hahaha..terus bg jawapan kepada hint2 ko itu..
jusco adalah tempat shopping paling care pasal ibu dan anak sbb dorang ada nursing room..kalau sy biasanya kasi anak kenyang dulu sebelum gi buat ape2 aktiviti..so x yah la nak upload2 pic..kene fikir kdg2 yg melihat pic tu lelaki..kan?
Eh nk upload gambar tgh bancuh susu lahh, haha
ala aku pn sependapat ngan ko la dd. Waddehek nk letak gambar2 cmtu, kalo nk jugak g je la print besar2 letak dlm frame gantung kat umah sudehhhhh.
thanx bini edy dan ja kerana memahami apa yg ku maksudkan, ekekee
Post a Comment