huk huk dalam otak ni.. asyik nampak nama haris haris haris haris haris jeee.. arghh camne nak buat kerja ni! terus layan Running man kejap kat PC *alasan
orang kate jangan expect high sangat bile kite dah anta anak ke nursery/taska.. sepatutnye berterima kasih ada orang tolong jagakan anak kite.. tapi tapii~~~ tapii... tapiii... tapii... hadoiii susah laa nak cakapp.. hati ni kalau bole keluarkan, mesti akan nampak emoticon *worry* di setiap sel..
rina cakap, "ko sedih2 pun, tapi lapar tetap lapar kan!"
kui kui kui.. pagi2 sampai ofis aku dah ajak rina g sarapan sebab lapar. wahihihihi
pastu dalam kereta pegi makan kat cafe fakulti kejut, rina drive, aku lak layan video anak kat henset. hik2 sabo je la ek rina.
tahlaa x reti nak cakap camne..
rindu usah nak cakap laa betapa kerinduan.. rasa nak lari laju2 skang ke taska tu pastu peluk haris kuat2 jekkk *lari lah kau 20km
aku harap cik taska tu taklaa rasa "annoyingnyee puan ni asyik telefon tanya keadaan anak je" ..
maaf laa cik taska kalau saya mengganggu. wuwuwu tapi setiap kali dia jawab cam ok je, bile aku cakap "sori ganggu", dia kata "xpe2"..
huhu taska tu kat Desa Pinggiran Putra, bolelaa dekat laa jugak dengan presint 5 umah kitorang.. kat UKM punye dah penuh ar, kat ofis kuku pun penuh. dalam byk2 calon taska yang kitorang pergi last2 amik yang ni setelah menolak kira taska2 lain yang ada x jaga kebersihan-ketara-lantai-comot-xdibersihkan, ada yang penjaganyee sendiri pakai selekeh x bersih, ada yang cik2 indon yang jaga bebudak, ada yang bile kitorang pergi tu tengok bebudak cam x terurus jek, ada gak taska yang 1 bilik tu memuatkan 10bayi *scary, xmo bayangkan, dan bermacam2 lagi..
yang kitorang pilih ni, kitorang berserah je pada Allah.. yelahh, luaran nampak ok laaa, penjaganyee pun nampak cam muslimah2 yang baik, bersih.. selebihnyee berserah pada Allah s.w.t
kalaulah haris tau betapa mama dan papa die sayang die gile2.. huk2
kitorang dah officially pindah balik ke putrajaya.. tak ulang alik umah ma kat gombak da.. sekarang ma dah boleh selesaikan tempahan2 baju yang jiran2 tempah, hehe byk tertangguh. tapi cian ma nanges rindukan haris.. yelah ma ngan haris sangat rapat ok.. dulu masa aku kat gombak, kalau haris nanges je, aku pass kat ma jek ;P amik haris bile haris ceria jek, kekeke. semalam duk umah sendiri merasa laaa pujuk haris sendiri bile haris cam nanges2. hik2
tapi bersyukur sangat, kuku sangat menolong arrr... sama2 tido lewat semalam, dan sama2 bangun awal pagi hari ni.. makasihh kukuk!! hehe motip kukuk?
haris, terima kasih kerana mendidik mama supaya bangun seawal 5 pagi sekarang. kui kui kui
nway, masa menggugel tadi, tertarik dengan artikel ini
antara soalan/jawapan yang aku macam "oooo.." adalah dibawah..
Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..
Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.
Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.
Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.
Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.
ooo baru kutahu, kalau aku makan durian, haris pun akan rasa susu perisa durian.. hehe, patutlaa kadang2 bile haris minum susu, muke dia cam kerut2 siket dan kadang2 menolak siket. mestii masa tu perisa susu yang pelik ek, kekeke.
perisa burger pelik x haris?
note : terbayang muke haris terkebil2 masa duduk dalam carseat pagi tadi dan sewaktu cik taska tu amik.. diamnye diaa :)
8 comments on "wajah kesayangan"
hope semuanya ok yer dear.. banyakkan berdoa agar urusan membesarkan Haris dipermudahkan Allah hendaknya..
{zana}
thanx zana ;)
{ciare}
ooo aku xpasti die jenis jawab sms x. huhu x mesra lagi ngn cik2 taska iteww. aku try send 1 sms ni. lum bls lg hehe
aloloo....camne la anne nnt plak ye..skg ni pon br pas pas pantang nnt tinggal bb kat mak dulu pon da rasa nak nangis..hukhuk :)
ooo kat desa pinggiran heh..klu ok nnt anne leh anta bb n plak..hihi kebetulan en.neo pon dah pindah opis kat persint 4 itu...hihi :)
~~bb lom kuar, dah pikir mcm2 nih..hihi :)
tomeinye haris kemetot senyum.. InsyaAllah semoga haris dijaga dgn selamat.. if u confidence with the nanny im sure she will really taking good care of Haris kemetot..
nik ambil pendekatan berbeza..since sufiyyah punya BS jenis kalau anak meragam macam mana pun die takkan telefon parents budak tu...kecuali betul2 penting..baru die kol..
So nik treat die macam tu jugak..nik tak kol..nik percaya pada dia.. kadnag bila kita terlampau risau..anak kita juga akan turut merasa 'kerisauan' kita tu.. jadi berdoa banyak2.. dan tawakal..
Bayangkan kalau orang keep calling kita waktu kita tengah melayan anak kita nanges ke ape ke kan...
tapiokje nak rasa risau..tunormal.nik sampaiskerang pun duk risau..walaupun sufiyyah tu manja betul dgn BS die..hehehhe.. =p
cuma nik tak kol.. kalau pagi tusufiyyah mcm tak sehat ke atau macam lemau ke..baru nik kol tanya keadaan sufiyyah.. =)
Hmm..fitrah n naluri seorang ibu kan..huhu..rasa nak berhenti keje jaga anak sendiri..
Diana, ada gak ubat yang boleh beri kesan tau, cam antibiotik..aritu masa ammar demam, saya ada baca prescription antibiotik tu, kalau menyusukan baby, kene stop 2-3 days. So, kita mmg kene bgtau doc kita bf n mintak ubat yang sesuai..tp natural remedies is the best bagi saya. Kalau demam, makan kapsul roselle hpa, batuk minum madu + limau nipis..cuma kalau bengkak susu dulu mmg sgt tak tahan, so amik gak antibiotik..huhu..
{anne}
ooh apa maksud anne hantar bb kat mak masa pantang??
wah menunggu masa ye. take care kamuu
{queen}
hehe xpe, kite ckp kat cik taska tu, "sorii asyik kol.. rindu laa"
hehe at least die xla rasa kite risau/x percayakan mereka heheh aci x
{cimas}
oo yekeee. tapi kan cimasssssss masa kite bengkak susu hari tu, doc bg antibiotik die kate kite leh nyusu.. peliknyeeeewwwrrrr
oh, lupa lak nak explain betul2..ada antibiotik yang sesuai untuk bf, ada yg tak..hehe..antibiotik masa bengkak susu tu mmg boleh kot sbb doc mmg galakkan susukan baby terus bila bengkak tu kan..hihi..
antibiotik untuk ammar tu ammar je yang makan, xpe sbb ammar x menyusukan adik dia..hehe..
Post a Comment