dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Monday, March 26, 2012

haha pagi2 dah buat aku gelak




ni review pasal JJCM dari besfren ku, lina.

Kalau dulu tengahari ahad kalau tak ke mana-mana mesti wajib tengok Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kat tv3. Baru- baru ni kecoh kat blog2 dan surat khabar pasal pengacara JJCM yang baru tak best.

Aku sempat tengok 2-3 episod je. Aku rase macam kurang kick la. Dulu tengok pengacara tu makan, kita terus teringin nak terjah tempat-tempat makan yang di review tu. Sekarang, rase macam angin lalu je. Sebab focus kat makanan tu aku rase macam kureng sangat-sangat. Yang lekat dalam kepale aku, lipstick shiha si pengacara pompuan tu terlalu menyerlah. Siap glossy2 gitu.

Lagi 1, the way diorang makan tu terlalu lalu lalu sopan and berjaga-jaga. Macam takut comot kaedahnye. Tak best ok rancangan review makanan, tak makan bersungguh-sungguh. Even, Rasa Halal Orient kat astro yang pengacaranya farah AF yang bertudung sopan pun lagi best tengok dia makan. Sopan tapi bersungguh-sungguh bukan control-control macam pengacara JJCM yang baru ni.

Aku rasa sepatutnya masa ujibakat, letak banyak2 food pastu suh diorang review foods tu. Tengok cara makan yang paling best dan nampak berselera bukan rupa pengacara je. Aku rase, my bff dd dudu lagi best kot jadi pengacara JJCM. She antara orang yang ada passion for foods. Lagipun dia pernah berangan nak jadi pengacara JJCM. Kan dd?

Harapnya penerbit JJCM cepat-cepat la buat sesuatu. Kalau berterusan gaya gini, mau aku boikot JJCM.


hahaha kerlaassss aku jadi pengacara jjcm.
hee hee aku nak jek sebenanye heww heww hewww mcm laa jjcm nak



note: teringat penah kene tegur ngn muni pasal aku tenung lama2 kuih yang aku makan dengan penuh keasyikan







2 comments on "haha pagi2 dah buat aku gelak"

mun-e on March 26, 2012 at 9:06 AM said...

ehh ade ek ? hehe

tp memang...ko kalo makan mmg bersungguh sungguh gitu... hikhik

dd dudu on March 26, 2012 at 9:15 AM said...

{mune}

ada. dan x sangka ko sedang perhatikan aku masa tu hik2

malu ok ;p terus aku telan kuih tuu

masa tu aku tgh perhatikan tekstur kuih di bahagian dalam sebab sedap sgt, hik3

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez