dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Tuesday, October 30, 2012

Haris Safeyullah is turning ONE!!!


Salam uolssssss

pada 21hb 10 minggu lepas adalah besday haris yang ke 1 tahun.
haris dah setahun, syukur Ya Allah diatas anugerahMu ini Ya Allah.
anak ini membesar dengan sihat dan gembira, tiada apa yang boleh kugambarkan dan kukatakan betapa terharunya kami berdua. 
Kini haris dah menjejaki angka 1 tahun, macam x percaya dan macam cepat sangat masa berlalu kann kannn kannnn.


kek besday haris yang pertama. credit to kak reen.




anak mama nak jadi anak soleh ye ;) jadi anak yg soleh, yang rajin, yang kuat berusaha dan yang mendengar kata tauu ;) InsyaAllah



our little family ;) lisa tanya, kenapa haris x merah pun. aku jawab tu baju haris ada je jalur2 merah/pink belacan
hee hee

keluarga weols dan kawan2 rapat datang rumah masa ni, hehe. ma ayah pun tido umah malam tu.
menu kitorang asalnye simple je buat mkan petang kan - soto, lasagna, baked macaroni, roti jala, puding dan air je. skali bila keluarga2 datang, terus menu kitorang beranak. haha banyak gile menu sampai tetamu tegur banyaknye makanan. terima kasih yang x terhingga lah pada keluarga2 yang beri hidangan tambahan tu (^_^)

 note : patutlaa kuku sangat kool dan asyik kata jangan risau bile aku asyik riso makanan xcukup. rupe2nyee keluarga die jenis semua bawak hidangan, hihihi. the beauty of jawa ;)


note: terima kasih pada kawan2 rapat yang datang huhu yang bawak hadiah untuk haris tu, huhu susah2 uols je. we appreciate it, moga dimurahkan rezeki kalian ye :)


ini diaaa budak setahunn ;)



haris membawa diri di rumah yang tetiba ramai orang, haha. padahal x tido siang tu, naseb baik x meragam. petang2 tu je cam ekk ekk ekk siket sebab ngantuk, pastu mata dah kuyu sangat. tapi tetap nak main2 jugak. ada sekali tu kitorang gelak tengok haris merangkak dengan gaya kepenatan yang slow habes dan ala2 tercungap2. ezan ingat x? hahahaha




ok lahh masa besday kite kasi die can makan ceklat.






oohhh our sweetheart ^__________________________^

ok habeslahhh, cukuplaa tu kisah besday haris, hehe.

nway x lupa juga pada cikgu2 taska haris.

cupcakes untuk cikgu taska haris. nak tulis "haris is 1. tq cikgu" tapi xmuat laa plakkkk

terima kasih pada cikgu2 taska haris yang telah menjaga haris dengan baik, sob sob. berterima kasih sangat sebab bagi haris minum susu, bg haris makan, tukar diapers, mandikan haris, hiburkan haris, sob sob.

terima kasih juga pada cikgu2 yang selalu lumur air asam jawa pada badan haris bila haris tiba2 demam panas kat taska. padahal aku xsuruh pun, lepas tu terima kasih pada cikgu juga sebab bagi haris madu siket bile diorang perasan haris batuk2, semua pun tanpa kebenaran aku, tapi inisiatif diorang. bile aku amik haris petang2 baru diorang akn ckp "kak.. tadi saya ada itu ini itu ini.." ..mungkin sesetengah parents ada yang x suka kalau cikgu mandai2 buat, tapi aku ok je. aku xkesah pun, aku faham niat diorang.

setiap pagi hantar haris bile cikgu2 hulur tangan nak amik haris, mesti haris dengan rela nye hulur tangan balik sambil sengih2. dah cukup lega untuk aku tinggalkan haris bersama cikgu2 yang haris selesa dan rasa disayangi.






eh apa ni? weols xde pun door gift masa besday haris hari tu. yang ni haha saje buat packaging besday beg untuk nak bagi kat kawan2 ofis especially team-mates. erm dalam 14 pek jek. ada candy dalam tu, leh diorang bagi kat anak2.



ok yang kat bawah ni untuk nak bg kawan2 ofis gak.


apam pokadot untuk 50 staf Bahagian Aplikasi PTM



close-up


close-up lagi. hehe


kui kui kui rasa macam nak bagi satu dunia tahu yang haris dah 1 tahun, bole? hee heecrying



mesti kuku dalam hati cakap "ape lagi laaa dd ni.. udah2 la tuuuu.." hee hee
sebab semua ni aku mintak kebenaran dia dulu. kuku pasrah. hehe



9 comments on "Haris Safeyullah is turning ONE!!!"

Ezzan Yusop on October 30, 2012 at 11:38 AM said...

hmmm apasal macam ezan x ingat ek...

hmmm...ada ek...

masa bila ye noks? masa yg ezan duk acah2 dia ke? yg dia give up tu ke?

dd dudu on October 30, 2012 at 11:53 AM said...

bukan, hehe alaa ezan x ingat laa plak.

yg masa tu dd duduk ngn ezan ngn ma, pastu haris datang dari sana dengan merangkak, pastu dah dkt nak sampai da die kepenatan, rasa cam ezan yg tegur haris merangkak kepenatan hahhaa xpelaaa

Ezzan Yusop on October 30, 2012 at 12:19 PM said...

oohhh now i've remember...hahahaa...

dia mcm berhenti amik nafas jap kan...

dd dudu on October 30, 2012 at 12:20 PM said...

ha ah betul.

yeyyy ezan dah ingatt.

sbb terngiang2 telinga dd ni haa dengar ezan gelak masa tu kat haris

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. on October 30, 2012 at 1:01 PM said...

happy birthday haris!!

dd dudu on October 30, 2012 at 2:46 PM said...

tq auntie yongnana! :D

Cimas Tc on October 31, 2012 at 8:27 AM said...

Semoga jadi anak soleh, haris.. :) Selamat ulangtahun cayang.. :D

lina on November 1, 2012 at 2:55 PM said...

happy belated birthday haris. aunty lina bz sgt sampai x sempat reply kat fb.

semoga jadi anak soleh dan dengar cakap abi & mama. ( macam haris pandai dah bace. xpe2 anggap doa from aunty)

~Leyyatasha~ on December 28, 2012 at 10:57 AM said...

awk, comei la kek ni. order kat sape ea. die leh x buatkan utk girl..mencari2 tp xde la yg cmni..

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez