walaupun memori yang aku ada bersama abah cuma sedikit sahaja, tapi akan ku kenang sehingga bila2.
2 hari sebelum permegian abah, aku dan keluarga datang menjenguk abah yang sakit di rumah. masa tu 2 Syawal. selepas pulih dari kanser pankreas, pelbagai penyakit yang lain datang pula sehingga abah x bole berjalan. mungkin kesan2 dari kanser tersebut.
semasa kehadiran kami, abah tidak henti2 mengalirkan air mata sambil mencium2 tangan aku bagaikan terlalu rindukan aku. semasa kuku salam abah pun abah menangis lagi. abah sangat sukakan kuku. dari saat aku berkahwin dengan kuku, abah kerap beritahu dalam msj yang suami aku orang baik. masa aku melawat abah pertama kali di hospital, masa tu kuku kat luar hospital jaga haris. abah tercari2 mana kuku. lepas tu abah sambil bergenang air mata abah asyik cakap untung diana dapat khairi, baik budak tu, baik betul dia, lepas tu abah nanges teresak2. mungkin abah fikir kuku dapat menjagaku dan menyesal kerana tidak dapat menjagaku. mungkin juga abah teringat jasa2 kuku pada beliau semasa abah hadir ke perkahwinanku di banting. masa tu, abah nak balik dari terengganu, dah on the way pun, sampai dengkil dah pun. aku dan kuku pula sedang sibuk melayani tetamu. pengantin lah katakan. mmg busy betul. dan tiba2 kereta abah rosak di tengah jalan, masa tu abah dan isterinya dan 7 org anak kot.. abah tiada siapa2 kenalan di selangor./kuala lumpur. abah datang KL semata2 kerana aku kawen. lalu abah menghubungi aku, dan meminta tolong. walaupun rasa serba salah dengan tetamu yang ramai dan beberapa kawan kuku yang belum sampai, aku dan kuku pergi juga ke tempat kereta abah rosak. masa tu ada kawan2 yang teman juga, dan x terkecuali, Fuad Topa, photographer kitorang. sampai skarang kitorang rasa terhutang budi ngan fuad topa ni sebab dia banyak tolong kitorang+abah masa tu. dia bukan sekadar photographer. walaupn kami baru kenal, tapi dia seorang kawan yang baik. x kan kitorang lupa jasa dia sampai bile2. mungkin begitu juga dengan abah. abah rasa terhutang budi dengan kuku sebab dengan berbaju pengantin kuku tolong jump kereta abah. bukan sekali kereta abah terbehenti. dah berhenti, berhenti lagi. ada 3 checkpoint kot. siap ada kawan kuku yang nak jumpe pengantin terpaksa datang ke tepi highway semata2 nak jumpa kuku. sampailaah kuku gi cari bengkel. masa tu hari ahad. mana ada bengkel yang bukak area dengkil tu. syukur kuku terjumpa juga satu bengkel cina masa tengah gi cari sorang2.setelah setelkan abah dan kereta di bengkel, ada lagi satu masalah.. xperlulah aku cerita di sini, tapi yang itu pun kuku tulung.. mungkin sebab itu abah menanges teresak2 bile sebut nama kuku di depan aku, abah fikir aku dapat orang yang baik untuk menjaga aku dunia akhirat.
selepas aku dan kuku, abah panggil ayah untuk dekat dengan abah pula.. masa tu abah masih mengalir air mata.. abah genggam tangan ayah sepanjang masa.. lama.. memang x lepas.. abah sangat sukakan ayah, sebab ayah baik.. kemudian giliran ma, abah berkali2 meminta maaf dengan ma.. ma cakap perkara yang dah lepas toksah laa ingat lagi, ma dah maafkan semua..
entahla, kalau diingatkan momen masa tu, aku terasa macam abah macam dah tau dia akan pergi.. aku menyimpan angan2 untuk datang lagi dan menjaga abah untuk sehari.. tapi belum sempat, abah dah pergi dulu..
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa abah ku Ya Allah, kasihanilah abahku dan lindungilah abahku Ya Allah..Masukkanlah abahku ke dalam Syurga-Mu dan lindungilah abahku dari seksa kubur atau seksa api neraka Ya Allah..
10 comments on "bila waktu telah berakhir"
dd..sgt sedey bace entry ni..xbleh tahan air mata ni kuar..sabar ye dd..ko mmg kuat dan positif..susah nk jumpe manusia mcm ko..insyaAllah abah ko akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sana..kim slm peluk cium kt haris ye..
Takziah atas pemergian ayah dd..
Sebagai anak, hanya doa sahaja menjadi penghubung untuk arwah di alam sana... Sabar atas kehilangan ini ye...
takziah dd.. alfatihah
takziah dd; sori akak baru tau.
nangis jap. walaupun hnya sekejap mengenali ayahlong~~ Al-fatihah utk arwah..
Salam DD.. Takziah ye buat DD and family.. Be strong.. Alfatihah..
takziah dan AlFatihah utk arwah ayah dd ya...
Kak dee berdas das air mata sy kua bace entry akak.
Tambah2 bile bygkan maa kak dee n ayah kak dee.
Kak dee sgt tabah.
Al fatihah utk arwah.
kak dd be strong ok!!!nk mengalir air mata ni bc entri akak tp tahan sb kt tmpt keje :(
kak dd be strong ok!!!nk mengalir air mata ni bc entri akak tp tahan sb kt tmpt keje :(
Post a Comment