dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Monday, August 27, 2012

bila waktu telah berakhir

10 comments
lagu ini sering bernyanyi di fikiran dikala ku teringatkan arwah.. 



walaupun memori yang aku ada bersama abah cuma sedikit sahaja, tapi akan ku kenang sehingga bila2.

2 hari sebelum permegian abah, aku dan keluarga datang menjenguk abah yang sakit di rumah. masa tu 2 Syawal. selepas pulih dari kanser pankreas, pelbagai penyakit yang lain datang pula sehingga abah x bole berjalan. mungkin kesan2 dari kanser tersebut.

semasa kehadiran kami, abah tidak henti2 mengalirkan air mata sambil mencium2 tangan aku bagaikan terlalu rindukan aku. semasa kuku salam abah pun abah menangis lagi. abah sangat sukakan kuku. dari saat aku berkahwin dengan kuku, abah kerap beritahu dalam msj yang suami aku orang baik. masa aku melawat abah pertama kali di hospital, masa tu kuku kat luar hospital jaga haris. abah tercari2 mana kuku. lepas tu abah sambil bergenang air mata abah asyik cakap untung diana dapat khairi, baik budak tu, baik betul dia, lepas tu abah nanges teresak2. mungkin abah fikir kuku dapat menjagaku dan menyesal kerana tidak dapat menjagaku. mungkin juga abah teringat jasa2 kuku pada beliau semasa abah hadir ke perkahwinanku di banting. masa tu, abah nak balik dari terengganu, dah on the way pun, sampai dengkil dah pun. aku dan kuku pula sedang sibuk melayani tetamu. pengantin lah katakan. mmg busy betul. dan tiba2 kereta abah rosak di tengah jalan, masa tu abah dan isterinya dan 7 org anak kot.. abah tiada siapa2 kenalan di selangor./kuala lumpur. abah datang KL semata2 kerana aku kawen. lalu abah menghubungi aku, dan meminta tolong. walaupun rasa serba salah dengan tetamu yang ramai dan beberapa kawan kuku yang belum sampai, aku dan kuku pergi juga ke tempat kereta abah rosak. masa tu ada kawan2 yang teman juga, dan x terkecuali, Fuad Topa, photographer kitorang. sampai skarang kitorang rasa terhutang budi ngan fuad topa ni sebab dia banyak tolong kitorang+abah masa tu. dia bukan sekadar photographer. walaupn kami baru kenal, tapi dia seorang kawan yang baik. x kan kitorang lupa jasa dia sampai bile2. mungkin begitu juga dengan abah. abah rasa terhutang budi dengan kuku sebab dengan berbaju pengantin kuku tolong jump kereta abah. bukan sekali kereta abah terbehenti. dah berhenti, berhenti lagi. ada 3 checkpoint kot. siap ada kawan kuku yang nak jumpe pengantin terpaksa datang ke tepi highway semata2 nak jumpa kuku. sampailaah kuku gi cari bengkel. masa tu hari ahad. mana ada bengkel yang bukak area dengkil tu. syukur kuku terjumpa juga satu bengkel cina masa tengah gi cari sorang2.setelah setelkan abah dan kereta di bengkel, ada lagi satu masalah.. xperlulah aku cerita di sini, tapi yang itu pun kuku tulung.. mungkin sebab itu abah menanges teresak2 bile sebut nama kuku di depan aku, abah fikir aku dapat orang yang baik untuk menjaga aku dunia akhirat.


selepas aku dan kuku, abah panggil ayah untuk dekat dengan abah pula.. masa tu abah masih mengalir air mata.. abah genggam tangan ayah sepanjang masa.. lama.. memang x lepas.. abah sangat sukakan ayah, sebab ayah baik.. kemudian giliran ma, abah berkali2 meminta maaf dengan ma.. ma cakap perkara yang dah lepas toksah laa ingat lagi, ma dah maafkan semua.. 

entahla, kalau diingatkan momen masa tu, aku terasa macam abah macam dah tau dia akan pergi.. aku menyimpan angan2 untuk datang lagi dan menjaga abah untuk sehari.. tapi belum sempat, abah dah pergi dulu..


Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa abah ku Ya Allah, kasihanilah abahku dan lindungilah abahku Ya Allah..Masukkanlah abahku ke dalam Syurga-Mu dan lindungilah abahku dari seksa kubur atau seksa api neraka Ya Allah..









Raya 2012 - gambar2 raya

3 comments



gembiranya haris bila dapat duit raya, lepas tu bawak masuk mulut. kof2. amboi penuh kocek dia.



our little family!



ayah, ma, dd+haris, kuku. haha kenapa gambar keluarga ni macam gambar x siap jek



alang2 beraya kat pasir puteh, jom kite pegi beraya umah rosa di Macang. dekat ajee


kerlass jumpe ros di hari raya pertama







hik2 baju melayu haris, nekma yang jahitkan tapi butang dah tertanggal. seksi haris i~


raya kedua =)


beraya di rumah seni @ Marang. masuk usia 10 bulan, haris makin x mau ngan orang lain.. nak melekat ngan mama dia je.. adehh


mama dan haris di rumah seni



haris duduk leklok2 ye di rumah org :)












raya 2012 - Al-Fatihah

9 comments

Salam hari raya semua :)

raya kali ini aku sambut dengan sederhana saja.. kerana pada Syawal ini aku telah kehilangan Seseorang.. Seseorang yang sudah ku mula sayang, Seseorang yang aku telah mula ambil berat, tapi Beliau telah pergi meninggalkan aku..... Al Fatihah.. aku memang sedih, sehingga sekarang aku terkenang2 kan beliau, terbayang2 air mata beliau, terbayang2 tangisan beliau yang terlalu menginsafi apa yang berlaku dan berulang2 memohon maaf, terbayang2 genggaman tangan beliau yang kuat yang dipenuhi janji2 ingin membawa aku berjalan2 jika beliau sehat kelak.. aku terbayang wajahnya.. wajahnya yang sedih sambil berkata dia xdapat nak bagi aku apa2.. padahal aku x kesah pun semua tu.. wajahnya sering bermain2 di mata aku sekarang.. sebelum tidur, bangun tidur.. wajahnya x lekang dari fikiranku..

abah.. :( semoga roh abah tenang di sana.. :'( diana x de marah abah apa2 pun.. terima kasih sebab jadi wali nikah diana.. terima kasih sebab sayang diana.. terima kasih sebab abah, diana hidup di dunia ni.. :'(

Abah meninggal dunia pada 4 Syawal.. betul2 2 hari selepas aku melawat beliau di rumah di terengganu.. Al-Fatihah..


gambar2 raya akan menyusul kemudian..

Thursday, August 16, 2012

ucapan raya dan menu raya

4 comments

esok aku dah mula bercuti.

Selamat Hari Raya pada kawan2 semua :D tahun ni xde kad raya tepek kat blog macam sebelum2 ni. xsempat nak suruh hasni atau kuku buatkan. motip dd x buat sendiri?

minta maaf ye kalau ada tersalah kata dalam penulisan di blog ini.

tahun ni pertama kali beraya dengan ada haris. excited uolss.

oh hari tu kuku tanya kalau kat kampung kitorang kat pantai timur ni raya makan apa. oh inilah jawapan penuhnye ye kuku~~~


1) menu wajib : nasi minyak. sedapnye~~


2) menu wajib kedua : ketupat yang bentuk segitiga



3) ketupat tu makan dengan rendang ayam



4) atau rendang daging. i x minat daging~




5) kalau balik gombak, ma makan dengan ikan goreng panas. haha sedap gak




 6) sate dan nasi impit pun mesti ada!






7) lemang juga menu wajib! motip sume pun wajib haha



8) dan last sekali. air sejuk2 hihi


melepaskan ia pergi

2 comments



pagi tadi jumpe bos.. then secara personal aku bgtau die aku x terima tawaran SPA tu, aku nak stay sini je.. kire bile dah bgtau tu, secara rasminya keputusan aku dah dibuat. no more dilema sebab dah ada kata putus.

lepas cakap tu rasa lega. lepas ni xyah fikir2 dah. disamping itu, ada juga rasa 1 perasaan. bukan perasaan sayang melepaskan jawatan tetap, tapi perasaan siu siu siu~~ camne ek nak cakap, angin kosong berlalu pegi selepas aku beritahu keputusan itu. aku rasa seperti "betapa keadaan dan masa bole merubah seseorang itu.." .. sebelum ni aku nak sangat keje government, nak sangat nak sangat. first time interview aku gagal. 2nd interview baru jadi calon simpanan. dan sekarang dipanggil. tapi masa dan keadaan aku sekarang menyebabkan aku melepaskan ia pergi. betapa anak ini penting sampai satu keputusan yang mengejut telah dibuat.

haris~~ mama x kan tinggalkan haris :( mama xnak ambil risiko untuk sesuatu yang mama xpasti disana bagaimana dan dimana penempatan. * lagi satu x berapa suke dengan jobscope sana ;p


lepas dah bagitau bos tadi, terus bos nak antar aku kursus seminggu di INTAN. xpe, no hal, x kesah ulang alik hari2 walaupun jauh. hihi. untuk 1 malam pun aku xsanggup berpisah ngan haris, gewdix sungguh.


lately ni aku macam makin garang. kuku lebih penyabar dari aku, xpernah nampak die garang2 dgn haris. tapi aku makin garang. garang2 manja. garang sebab haris xmo dengar cakap mama :p padahal haris tu kecik lg mmg la xpaham apa mama die bagi dan xbagi ;p tapi nak ter'garang juga. kadang2 bile kuku belum balik umah, aku nak wat keje kat dapur angkut haris sekali ke dapur. tapi haris suke berpaut pada rak pinggan mangkuk pastu kasi goncang2. mana laa aku x bebel ;p kang klu periuk2 jatuh atas haris camane? alahaii haris haris~~ ;)

lepas ter'marah haris mesti cium kepala haris banyak2. sayang oh~~~

kias

5 comments

baca blog kak Di pasal Kias Ramadhan - Malaikat Siber, teringat yang aku tengok semalam. aku tgk tau Kias Ramadhan, masa tu tgh iron baju, sambil2 layan. last2 baju x teriron, ternganga je aku tgk tv. terfikir "macam ini punya olang pun ada ka"

dia pasal si gegirl ni.. tengah jalan2 ngn kawan die kat bintang walk kot, tapi die update twitter tulis lebih kurang macam ni "baru lepas terawih kat masjid.. sekarang nak berwirid pula".. bole?

pastu kawan die marah laa nape die tipu tulis status mcm tu.. pastu die kata sebab bakal mak mertua die, bakal adik ipar die sume follow di twitter, so die kene tunjuk baik..

pastu masa berbuka puasa ngan bakal mak mertua die, dah habes makan mak die macam nak cepat2 gi solat mahgrib la.. pastu die cakap camni "bole x nak pinjam telekung mak. telekung yang sy bawak selalu tu dalam henbeg lagi satu"... @^&%&#!! terus tunang die buat muke "derrrr~~""

pastu esoknye pun macam tu.. die tipu status lg konon2 die tengah beribadah.. ada sekali tu pukul 5 pagi die update status cakap die solat tahajjud... terus kene comment gelak dari bakal adik ipar die.. "solat tahajjud pukul 5 pagi? LOL"

malu gile die. terus nak cover malu dengan update status lagi "tengah baca Al-Quran, last juzu'"

padahal die tengah shopping baju dengan kawan die. gile ke hape hahaha


pastu esoknye masa tengah shopping kasut ngan kawan die, die tweet "terawih di 10 malam terakhir Ramadhan.. nikmatnyaa.."

mak mertua die baca laa tweet tu ngan adik die kat henpon, suke la mak mertua die kan.. sambil2 tu mak nye tengah nak shopping kasut, masuk kedai kasut. sekaliiiiiiiiiiiiiiiiii ternampak bakal menantu die yang konon2nye tengah terawih tu..

muahahaha pucat gile muka gegirl masa tu..


xpaham betul aku.. macam ini punya olang pun ada ka!! nak tipu pun x agak2 khannn ;p  xbleh blah betul status die tu.

even kalau betul pun, perlu ke nak canang2 kite pegi beribadah :)


oh nway aku xpun xtau nape rajin pulak aku cite kat blog, haha.. nak buat keje tp mood ke laut.. acaner tu johan?


note :  tahun ni raya kat Kelantan umah maksu. bertolak hari sabtu ni. jem x ek?? ramai dah balik hari kamis dan jumaat kan ;p sabtu x jem la kan ;p

Tuesday, August 14, 2012

cerita tentang puasa pulak

4 comments



- tahun ni puasa kitorang agak sempoi. makan kat luar baru 2x je. yang lain2 sume masak kat umah atau makan kat umah mak atau makan kat umah ma. lauk yg kitorang masak pun simpel2 ikut apa yang sempat je. macam semalam, kuku buat ayam masak black pepper sbb aku tingin pulak makan ayam black pepper. pastu xsempat masak sayur, kuku buat telur dadar jek.


- kat luar pernah makan Kenny Rogers ngan geng bandung (ezan ros izuan), dan baru2 ni makan kat The Manhattan Fish Market ngan kawan2 upm kuku yang aku gelarkan geng gagak putih. acara tahunan geng dorang ni mesti ada berbuka puasa bersama2.

- kat bawah ni gambar2 haris masa tunggu untuk berbuka di The Manhattan Fish Market. oh ye kat sini, aku dan kuku makan byk pulak. siu siu. kitorang order fish n chip, cheesy fries, spageti seafood, crabby marinara, creamy mushroom spageti dan abang manhattan tu bg free mushroom soup. hik2 motip makan byk jenis spageti? hak hak. disebabkan aku dah x update blog tegar macam dulu, so satu jenis makanan pun aku x hamik gambar. adoii nyesal pulak.


kat luar The Manhattan Fish Market @ Alamanda. haris tengah tengok tasik



tepuk2 meja



kaco auntie ros yang tengah tengok menu. hiu hiu


nak kaco sapa lagi ni

masa tunggu berbuka haris aktif. masa kitorang berbuka dia tidur suda~~


- dah ada haris ni, masa berbuka aku kena bg die apa2 barang dapur untuk dibuat main. haha so haris layan laa tuperware ke, cawan plastik ke, sudip ke, jag ke ape ke sementara mama dan abi nak berbuka. kerlass tak barang mainan haris?? tapi kalau die dah busan, aku stop kejap la makan. hihi



- masa sahur aku selalu rasa ngantuknyeee ngantuknyee nak panaskan lauk atau nak masak. tapi sebenarnye moment sahur ngan kuku lah yang paling sweet kalau nak diingati semula ^_^ wink* wink*

macam pagi tadi sahur aku kronik. aku memang ngantuk dari semalam sebab tido lambat pastu haris tido x lena sebab die batuk2 skang pastu nanges sebab sakit tekak kot. so aku byk jaga la dari tidur.

bangun2 sahur pagi tadi terdengar bunyi gas dibuka dari dapur. laaa motip kuku bangun awal siapkan nasik lemak? haha. selalu aku yang kejutkan die bangun, tapi pagi tadi terbalik pulak. even masa makan sahur pun mata aku duk pejam, sumpah ngantuk!!!!!  masa makan tu berapa kali peha aku kena tepuk kuat ngan kuku sebab tertidur masa makan hew hew hew. bila ingat balik kelakar pulak. kui kui kui


- macam x sangka je skang aku berjaya bangun pagi2 dan masak/panaskan lauk dan bersahur sama2 suami. padahal masa sebelum kawen dulu, aku mana bangun sahur. liat. ma kejut macam mana pun memang aku xkan bangun sahur punyelah. betapa perkahwinan merubah diriku ke arah lebih baik =)




cerita tentang raya

7 comments


1) untuk aku dan kuku memang sempoi habes. x de pening2 cari baju raya pun. kitorang pakai kain hantaran nikah 2 tahun lepas untuk dijadikan baju raya tahun ni ahak ahak ahak. motip x jahit tahun lepas baju tu? tahun lepas kan aku mak buyung, mana cukup kain, ekekeke.hee hee kain tu kain kosong je, so aku carik border lace tuk tampal kat lengan baju. comel! tapi kannn bapak mahalllllll border lace. aku ingtkan murah je, mahal rupenye. aku beli border lace yg paling simple dengan harga rm50 kat jakel, untuk lengan sahaja. xbeli yang lace berbeads2 laaaa, mahal! lagi pun nanti dukung haris, xmau laa haris x selesa kalau lengan ada batu2. memang simple baju raya, tapi aku memang suke plain yang simple winking xsuke yang sarat2 dengan banyak batu or manik. hihi. oh tudung pun dah lama beli untuk baju ni. x penah pakai tudung tu, memang beli tahun2 lepas sebab nampak matching ngan baju.


2) untuk haris, kitorang carik kain baju melayu je 1 meter yang sama color dengan baju kitorang pastu ma jahitkan, senang. hehehe


3) baju jalan haris dan kasut raya, ada yang aku beli online ada yang beli kat luar. kerana haris, setiap kali waktu lunch masa bulan puasa ni aku duk keluar2 gi kedai jee ushar baju baby. aktiviti sihat aku yang menggembirakan di bulan puasa ni hehe. tapi sebelum pukul 2 dah balik ofis la.


4) kasut raya. yabedabeduu sangat sweet wedges rayaku, aku suke sangat. xsabar nak pakai. di sponsor oleh kuku. alaa sebenanye kasut raya ni hadiah besday aku hari tu ahak ahak jadikkan kasut raya terus. henbeg(beg kecil tali panjang yang muat purse dan henset) tuk jalan2 raya pun kuku belanja. hehe beli kat alamanda jek.


5) t-shirt kuku setel 2 helai. tapi aku nak tambah lagi 1 yang nampak cantik dimata, die x bagi pulak. alaaaaa. frust sangat.


6) duit raya pun setel. gi bank kat unikeb kat ukm ni je. gi tengahari, ok je, xde pun duit habes. siu siu~


7) tahun ni giliran beraya dengan keluargaku. kitorang balik kelantan, terengganu dan kuantan. kerlas x? kuku nampak relaks je. risau aku kalau kuku bersedih di pagi raya sebab x pernah berpisah ngan keluarga dia sepanjang 28 tahun ni hehe. motip aku fikir lebih2? padahal tahun lepas pun aku ingat aku akan bersedih/menangis di hari raya sebab xde ma ayah, tapi last2 ok je aku hari raya, ceria dan makan banyak. kui kui kui


8) kuih raya beli dengan oto. setiap tahun pun beli ngan oto, ofismetku. kosser tongue patut mintak percuma 1 balang sebab setiap tahun beli kuih yang sama dengan dia tongue cuma tahun ni ada tambahan biskut stoberi lak.


9) ooh x sabar nak raya dan makan byk2.


10) kat bawah ni gambar haris masa jalan2 kat OU hari tu. jalan2 raya. merata rata sale 50% 70%.



haris duduk baik2 ye dalam stroller.



ok


ok ok


ni kipas ke makanan saya



ok die dah pusing.



xduk diam dah



hiyarkk!! ok fine. ending nye abi terpaksa hantar stroller ni balik ke bonet kereta. haris kitorang gilir2 dukung. saba je lah.


salesgirl yang bernama ezzan : "Encik haris, belikanla baju ni untuk mama kamu"




haris : "oh cantik juga kan"


haris : "baiklah. saya nak yang ini!"

hee hee

dan akhirnye si kecil ini tidur kepenatan semasa bershopping raya ;)


close-up siket. alololo comelnye nampak gigi bawah semasa tidur.

Wednesday, August 8, 2012

Aglio Olio

8 comments

ni aglio olio dudu buat kelmarin. letak udang n sotong je. xsedap dan pedas sangat sebab letak cili padi potong dan blackpepper. panas perut



ni Aglio kuku buat semalam. ada sotong udang dan fishball dan daun sup+daun bawang. letak cili kering yang potong2, so pedas like2 gitu. sedap sebab ada stok air udang, x aci sebab baru beli udang mestila ada air stok udang.


ok dudu tersingkir. hehe
so motip dua2 hari makan Aglio Olio hee hee
hasni meh laa datang lagi, makan Aglio Olio versi kuku pulak hihi


Haris suke makan mangga tauu, setiap malam pun makan mangga. haha mama pun suke makan mangga, abi pun.



Tuesday, August 7, 2012

berserah

9 comments


- macam biasa hari ni rasa sayu siket sebab semalam cuti, dapat jaga haris sepanjang hari.. besnyee besnyee.. paling bes bile tingat momen aku suke sakat haris.. sakat sampai nanges heeheeee.. jahat mama dia.. pastu kadang2 aku suke pandang dia lama2... pastu bile die tersedar ada org pandang dia, dia mesti akan toleh pastu sengih pastu tampar lembut muka aku.. aloh aloh alohh aku suke sangat part tu..

- semalam hasni datang umah main dengan haris dan tulun jaga haris hehe. aku try masak aglio olio tapi xsedap. stressnye burung kedidi! xpe, aku akan cube lg. padahal resipi senang gile. uhuk


- sabtu hari tu aku gi exam UKM, untuk lantikan tetap. tawakal aje. x bole berharap sangat sebab yang amik exam sama2 ngn aku sume hebat2 belaka. aku ibarat burung kedidi yang terbang rendah, ekekeke. exam dari kul 8:30am sampai kul 1 lebih, tapi ramai keluar awal. heran aku sume jawab dengan cepat. barisan aku tu, aku keluar paling last, huk2.

so motip dapat offer gomen untuk jawatan tetap tapi xmo gi malah pegi exam ukm?? waras ke tidak kau ni lepaskan peluang yang ada tapi pergi pada peluang yang entah tidak akan kunjung tiba?

uhuk entahlaa korang.. aku pun xtau nak jawab macam mana.. aku ada instinct yang mengatakan "jangan terima.. jangan pergi..".. so aku folo instinct iteww... bole?.. jangan marah aku ye sayang sayang... tapi xtaulaa kalau esok luse instinct baru datang cakap yang sebaliknya pula hehe..

aduuh berat sebenarnye rasa hati ini... dilema paling besar penah aku hadapi..

tapi kalau aku pergi gomen, kene pergi kursus pengenalan seminggu kat Port Dickson.. yang tu kalau aku bayangkan pun dah mengalir air mata.. xpernah berpisah ngan haris.. skang ni haris haris haris haris haris je dalam fikiran aku ni.. huhuhu.. tapi aku xcakap kursus tu faktor aku xpegi gomen tau.. bukan2, klu perlu berkorban nak buat camane kan.. tapi keputusan aku lebih kepada "quality time bersama anak dan suami" sebenarnye..

xpelaaa, ikut cakap insticnt je la, hihi.. lagipun hari2 berdoa pada Tuhan agar berikan petunjuk..


bak kata hasni "ko tahu apa yang terbaik untuk ko.."  mesti hasni dah pasrah bila aku macam x nak pegi gomen..hihi ;p

Friday, August 3, 2012

haris sayang mama kan :(

3 comments

Haris paling sayang mama kan..

Haris sentiasa perlukan mama kan... sentiasa cari mama sentiasa merengek selagi mama x peluk haris ketat2...

Haris takkan rasa annoying ngan mama kan.. *walaupun mama ni memang kadang2 annoying siket

Haris x kan sesekali marah mama kan...



mama pun sayang haris..
jadi anak yang Soleh ye sayang..
mama akan selalu lindungi Haris..


mood penulis : kesedihan :(


note : kelakar pulak muka haris dalam gambar ni. hew2



Thursday, August 2, 2012

bestnye duduk rumah

6 comments

Semalam haris demam.. tinggi sangat, mencecah suhu 39.5 .. tinggi x? aku sangat cuak lalu bawak p klinik dan EL, jaga haris kat rumah..

sentiasa pantau suhu haris.. bile tinggi siket cepat2 lap dengan air.. masa siang xde air asam jawa, lap ngan air suam je.. dah petang2 kuku balik bawak asam jawa baru lumur badan haris ngan air asam jawa kasi sejuk siket.. pastu mandikan haris byk2 kali, sampai last2 aku yang bau hapak.. hehe anak makin wangi, maknye makin hapak..

terus rasa indah sangat kalu dapat duduk rumah jaga haris hari2.. aku rasa sume mak2 pun rasa cam aku rasa kan kan kan... sambil tengok tv sambil tangan lap2 badan anak.. indah pe ;p anak depan mata ;p tv pun depan mata ;p

comel jek haris demam.. sebab dia redha dan x meliat2 melawan.. paham2 lah kan demam, badan lemah.. asyik tersadai je.. tengah merangkak2 tetibe tersadai kat tengah jalan, tertiarap.. x berusaha untuk sampai ke destinasi.. comel betul...
hee hee apa la aku ni, anak demam pun cakap comel kan? hahaha

dah demam pun masih cuba nak aktif berdiri paut2 kat tv.. pastu tepuk2 meja dengan perlahan2.. *kalu x selalunyee dendam dentum tepuk meja.. alahai anak mama~~


bes duduk rumah, masa haris tido macam2 keje rumah aku bole buat. siap kopek ikan bilis dan kupas sume bawang, dan sediakan bahan2 nak masak.. tp xsempat nak masak kuku da balik.. hehe.. honestly hari2 pun kuku yang masak tuk berbuka, aku jaga haris.. ish ish ishh x bes betul.. kalau bole aku nak masakkan laa tuk dia ;) kalau duk umah xkeje, mesti aku bole masak hari2 kann tukar2 resipi, siap desert(betul ke eja camni) sekali. besnye!!!


ok lah nak sambung buat keje. skang playlist lagu "Langit menangis" ost cite Dejavu di kinabalu. aku suke dua2 watak hero tp aku xsuke watak nadira ngan tira yg psiko. tah papeeee nyampah pun ada. motip buat watak heroin x bes langsung.

dadada (^^.)/


note : pagi ni badan haris dah sejuk dah, tapi still nak bg makan ubat demam.. sebab kali ni demam virus, bukan demam bakteria :)
nota untuk cikgu taska. oh ye taska ni rajin lap2 badan haris dengan air asam jawa walaupun aku xpenah suruh :)

gambar haris masa usia 8 bulan dengan embah. sekarang haris dah 9 bulan. eh stokin haris telinga dia tergantung, hehe maaflah cik telinga dan cik tikus, x perasan telinga awk tersadai macam tu. eh xnampak muke embah.



ok dah nampak muke embah. sama pulak muka embah ngan haris, hehe





 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez