dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Thursday, September 13, 2012

2nd time beraya bersama kakak blogger




aku segan sebenarnye untuk jumpe2 kawan blogger kat luar, hehe bukan xnak tp aku sendirilaa yg rasa malu2 gitu. poyo x. tapi 2 tahun lepas aku berjaya buang malu aku dengan berjumpa kak marinahuny masa aku raya kat tengganu. rujuk entry ini

dan tahun ini akhirnya aku berjumpe 2nd kakak blogger --> kak ameris.

kak ameris jemput datang ke rumahnye untuk ke berapa kali ye, hehe byk kali da tapi sebelum ni selalu x berkesempatan. kali ini ok terus datang. rupe2nye masa datang tu kitorang je yg ada, ahakkk malu malu kuh kuh kuh dah la gemuk x kembali kepada berat yang asal, ada jerawat plak tu sebab umur haris 8 bulan tetibe aku datang 'kawan baik' yang dah lama x datang setiap bulan tu semenjak mengandung, camne nak berhadapan dengan orang ni uolssss ;p


masuk2 je rumah kak ameris, wahh cantek nye rumah. english style sangat. banyak perabot putih. like like. ingatkan aku sorang je suke, sekali tengok haris sengih2 ketawa2 macam selesa sangat berada kat rumah tu.

 
inilah gambar haris yang tengah seronok main kat umah kak ameris. kak ameris baik bagi mainan rayyan kasi haris main, teeheee. haris punye suke sampai kejap2 die merangkap die meniarap tengah jalan atas carpet, kejap2 jalan die pegi meniarap atas kapet lagi. tengah2 jalan plak tu. anak sapa laa ni ;p selesa ye sayang~ sejuk kan umah auntie ameris ni.


 masa sampai ni rayyan tengah tido lagi. oh ye, kak ameris ada 2 anak. sorang rayyan, sorang lagi zara. zara baby yg sangat comel. xsempat nak pegang zara dah tido hehehehe klu x nak gomol2.

kak ameris hidangkan puding roti yang sedap dan baked spiral. dua2 sedap. makan bertambah ok.
nak amik gambar macam segan, hihi.

kak ameris dan husband mmg orang yang baik2. diorang layan kitorang dengan baik sangat, terasa macam adik2 yang dilayan baik oleh abang kakak plak hihi. betulll, kalau aku cakap org tu baik maksudnyeee mmg mendalam lah maksud aku ni haa. kite akan rasa selesa dengan layanan org baik2 betul x ;)

kak ameris dan husband, terima kasih byk2. dd rasa seronok sangat dapat berkenalan dengan akak sekeluarga yang baik hati :) rayyan pun dididik baik oleh akak. dd tengok lembut je akak dan husband ajar rayyan hihi. baik rayyan layan haris :) suke suke. heee


muke kak ameris lain dalam gambar. kat luar lain sebenanye. nape eh

hihi kat luar muke kak ameris lagi sweet sweet ;)





2 comments on "2nd time beraya bersama kakak blogger"

ameris on September 13, 2012 at 1:30 PM said...

alahai dd ni puji lebih2 tau. segan akak. tq sgt2 sbb sudi dtg umah akak. suami akak pun sronok layan haris yg sporting sgt.

dd dudu on September 13, 2012 at 4:02 PM said...

{kak ameris}

hehe InsyaAllah kite ketemu lg.

tengokkk, haris pun suke kat akak dan suami akak. xde nanges langsung hihi

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez