dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 15, 2012

auntie seni datang melawat haris dan meneman mama bile papa kena kuar kejap

7 comments

12/02/2012, awal pagi


amboi amboii~~ lentoknyee diee ngan makcik seni~~



alololoo loloo~~~



sayang~~ senyumm


ok dah besar nanti sayang xpayah laa pakai sleeveless yee, x hensem laa nampak BCG, keh keh keh



motip anakanda kaku berposing padahal auntie seni dah berubah2 gaya dah laughing





kui kui senyum daaaa


hasni, jemputlaa datang lagi!! pastu tengok jalan2 cari makan ngan melodi kat umah aku macam hari tu ;p makasih tulung tengokkan2 haris!!! :D


note : sabtu ni nak pergi motherhood expo kat KLCC. yeyy bole beli baju2 hariss. thanx kak niza untuk info, hew hew



Tuesday, February 14, 2012

melawat bb maira

7 comments


"mama, kite nak kemana ni??"


"kite nak pergi jumpe bb maira, sayang.. kalau sayang berkenan, mama dan abi bole tolong risikkan"




yey yey jumpe bb maira!! \(^o^)/




hee hee

suke suke hati aku je hee hee



bb maira ni, nama penuh die A'isyah Humaira, anak kepada ummu athiah, kawan kite.
taraa~~

tengok pipi diaaaaa, comelnyeeee emmphh emphhhh

gigit nak? ;P


haris belang2 merah duduk kat pakcik belang2 hitam. hik2

kitorang pi melawat maira dengan ros n izuan.


tunang olok2 nak? ;P



berat haris dah 6.5 kg masa gi cucuk 3 bulan semalam.. fuhhh semangatt

Papa dia tu asyik kata peha haris ikut mama jek. muncung 1000 kang baru tahu :*



ok lahh, byee, nak wat kejeee hew hew



kerinduan kerinduan

2 comments


kenapa hari ni hati ini terlalu merindui dia..



huk huk selalu memanglaa rindu.. tapi hari ni rindu sampaiii hati x tenang..

lepas tu boleh pulakkk hati ni ada mp3 player yang nyanyi lagu "untuk kamu -hafiz ost ombak rindu"

cis.

paham x paham x betapa sayu nye hati ni bile rasa rindu kat haris ni..

hari ni lain sangat perasaan ini..


haris, sayang ok kan kat taska?? huhuhu

walaupun ada budak yang ramai di taska tu, tapi harap sangat haris x disisihkan :( x dibiarkan langsung kalau menangis :( x ditekup mulut klu menangis :( *ok yang ni over, hehe sebab hari tu hasni cite ada taska tu jahat gi tekup mulut budak nanges.
tapi aku tahu taska ni baik :)


tadi dah msj cikgu S tanye haris ok x. dia jawab 'haris ok, cume tido je krang nak ajak cikgu sembang, hehehe"

heehee haris memang suke sembang. sembang ngn mama, ngan abi, ngan nek ma, ngan kongkong, ngan embahh, ngan wak lina, hehe memang suke sembang.

tapi kadang2 aku perasan die sembang sorang2.

gulp.

itu normal ke ek??

normal kan. hehe



Monday, February 13, 2012

you're everything to me

5 comments


chomeylnyeeeee....

hik2 aci kann mama cakap anak sendiri comel hee hee


sekarang nak biarkan haris x berangkat pun xpe, die dah ada aktivit yg digemari iaitu meniarap..


siket2 pusing badan, siket2 pusing badan ;p bes sangat ke meniarap tu sayang ;P

alahai suke yee


lepas tu suke pusing 360darjah.. kelakaaa..

pastu comel je bile bangun pagi terus angkat kepala semasa meniarap. kui2.

pastu suke ngesot2, sampai papa yang terkeluar dari katil. kah kah kah


ok lah. sekian.

dari,
- omma yang jakun tengok anak sendiri meniarap, xleh bayajgkan bile haris merangkak nanti, mahu aku jakun berganda2 -


hik3. nantikan entry ku yang bertajuk "dilema omma".. nanti bile senang baru leh taip ;P tunggu tau







Tuesday, February 7, 2012

haris dah meniarap :O

8 comments

heeeheeeeeeeeeee

sebelum2 ni memang nampak haris slalu buat percubaan mengiring.

tapi semalam, masa usia haris 3 bulan 2 minggu *wah poyo sangat mak dia catat usia

haris berjaya meniarap. kui kui kuiii

kejayaan pertama disambut sorak oleh papa dan nek ma nye.

arghh tekanan betul masa tu aku tengahh b**** dalam toilet. tensi. jeles gile.

lepas tu kejayaan kedua haris disambut sorak oleh aku seorang. masa tu aku sorang2 dalam bilik main dengan haris. x lama selepas kejayaan pertama tadi tu lah, aku angkut haris main kat dalam. umpan dia dengan cinggu *nama mainan kucing dia untuk suruh die meniarap. xsangkaaaa berjaya dan aku nampak dengan mata kepala aku sendiri :'O


uwaaaa motip eksaited giler babeng kann.


hari ni haris mula meniarap 2 round dah. maksudnye dah meniarap die terlentang balik. comel gile. ada je percubaan haris yang xberjaya, tapi disambut gelak kuat oleh aku. hak2 sebab comel je kalau x jadi. kalau jadi pun comel, haris buat muka lega. tih tih tih


gambar menyusul kemudian ehhhhhhhh!!!!

sekian, berita dari omma dd yang eksaited to the maxxxxxxxxxxxxx!


1... 2....



yeayyyyy!!!!!!



note : rasanya semua mak2 pun over kann gumbira bila nampak kejayaan anak yang pertama. heeeheeee


note 2 : xleh letak haris atas katil secara berseorangan dah. hari ni 2 round die guling. esok lusa mesti berguling2 dahhh





Thursday, February 2, 2012

sebelum dan sekarang

5 comments


sebelum..
lainnye muke haris masa new born dulu. hik2

sarung tangan memang sume longgar2 belaka ar. baju pun longgar2 hik2





sekarang....
*muke demam + terpinga2 duk dalam stroller.

sekarang umur 3 bulan, muke memang dah lain.

sarung tangan sume dah ketat.
xbagi pakai dah pun sebab die suke bawak masuk ke mulut, hisap2.
lagipun mama suke tengok tangan jari die yg bulat2
hee hee

baju 3 bulan pun ada yang dah xmuat, baju saiz 6 bulan pulak yang muat. hik2


cepatnyee masa berlaluuuu..

bulan depan muke haris camane laa pulakk

hew~




Wednesday, February 1, 2012

i will always protect you..

8 comments

entry ni nak cite pasal pengalaman pertama aku menghadapi haris demam+batuk+selesema..


mama sentiasa akan memegang tanganmu dan memeluk dirimu nak~



rabu 25/01/12

- dalam tengahari tu aku pergi ke taska haris untuk hantar stok susu sebab susu yang aku hantar pagi tadi 2 botol je, n kat taska ada baki lagi 1 botol.. jumlah 3 botol memang x mencukupi... sampai taska, jenguk haris buatpe.. masuk bilek bayi, 3 bayi tengah tidur didodoi oleh cikgu... sorang cikgu lagi tengah riba haris..

katanya.. pagi ni haris nak dipeluk aje.. tak boleh diletak langsung.. kalau letak, haris menanges.. uik, motip anak mama manja? slalunye haris ok, die manja ngan mak pak dia je.. cikgu test letak haris, memang betul haris nanges.. tapi nanges yang perlahan.. yang mendayu2.. sampai sekarang boleh terngiang2 kat telinga aku ni.. time tu dah syak haris ni ada apa2 ke.. slalunye x macam ni... mesti ada sesuatu yang menyebabkan dia rasa nak dipeluk jek.. aku peluk die sebentar, lepas tu aku pulang semula ke ofis dengan hati yang .. blank..



- petang amik haris, cikgu cakap haris muntah balik susu yang diminum beserta kahak.. badan haris pulak panas.. omg, aku xpernah menghadapi situasi haris demam. camne ni??

patutlaa haris nak dipeluk je tadi, dia x sedap badan rupanya..
sedih :(

terus aku dan kuku laju2 bawak haris pergi poliklinik ukm. tapi masa ni doc fazilah xde. yg ada doc rashid. xkenal ar.
doc cakap haris demam 38c..
pastu doc bagi ubat batuk, ubat kahak, ubat demam dan ubat titik kat hidung tuk hingus dia..

malam tu balik kitorang x bagi haris apa2 ubat langsung kecuali ubat titik kat hidung.. sebab haris baru umur 3 bulan kan, memang rasa takut sangat nak bagi,, terus decide esok pagi pergi klinik kerajaan, mungkin mereka ada solution yang lain..



khamis 26/01/12

- EL hari ni. pagi2 sebelum pukul 8 kitorang pergi klinik kesihatan presint 9. ok je, ramai org tp nombor awal2 jek. sebelum kul 10 dah setel. doc check haris katanya dah x demam. kitorang bawak ubat2 yang klinik bagi semalam nak tanya pendapat doktor leh bg x kat bayi? seperti yg dijangka, doktor kerajaan memang x galakkan bagi ubat kat bayi, sebab kecil lagi kan. cume die kata klu nak bg gak, bagi ubat demam je. ubat batuk ngan kahak jangan bagi, biar je nanti bayi baik sendiri.

huhu

lepas tu aku memang x bagi ar ubat kat haris, termasuk ubat demam. lagipun doc kata haris x demam kan.
so hari tu kitorang cuti, jaga haris. tapi masa ni haris ok je, ceria je, leh agah2.



jumaat 27/01/12

- alamak. haris macam kurang ceria siket la pagi ni. hantar haris ke taska dengan berat hati. pesan kat cikgu taska kalau ada apa2 terus bgtau.

kul 12 tghari kot aku tengah kerja, cikgu taska sms kata badan haris panas. alamakk... aku xfikir apa dahhh.. terus ke taskaaa... tapi login laa sistem dulu report aku keluar waktu bekerja kejap..
sampai taska, peluk haris, ya Allah panasnye. terus masukkan haris dalam keta, pata balik ke Bangi ;P sebab nak gi poliklinik ukm. nak cek dengan dr. fazilah yang aku dah biasa tu. tetibe rasa diri sangat hebat boleh bawak haris sengsorang ke klinik. yelah, masa tu kuku tengah solat jumaat. huhuhu aku kene bertindak cepat, buat laa sume sorang2. wahh mmg rasa kagum kejap pada diri sendiri, ekekeke hee hee

dalam kereta, haris senyap je. macam melayan perasaan. xlama kemudian dia tertidur sendiri crying

doc fazillah chek haris, memang demam 38.5. wuuuu T_T
doc cakap nape x bagi haris ubat, kalau tinggi demam nanti bahaya takut kene sawan nanti.
huhu sy xtau doc. sebab smlm demam haris dah xde T_T

kire haris ni on off la demam die.
panjanglaa doc terangkan itu ini itu ini, sebab tu aku selesa dengan doc ni. aku akan dpt jawapan apa yang aku nak tahu.

haris yang aku letakkan kat riba sengih2 lak kat doc fazilah. die macam agah2 doc fazilah tu. hahaaa motip. die kenal agaknye doc yang selalu duk scan die masa mama pregnant dulu hee hee

again, doc bg ubat batuk+selsema(ubat x sama ngan yang doc rashid bagi dulu) ngan ubat demam. tapi doc kata paru2 haris clear, xde kahak lg.

selesai kat klinik pukul 1. x banyak fikir, terus bawak haris broooooooooooooom ke gombak. ma dah standby kat sana tunggu haris. orang yang aku percaya tuk jaga haris waktu haris xsehat adalah ma.

huhu.

cian my haris. badan xsedap sebab demam, pastu batuk batuk. pastu comot hidung asyik kuar hingus jek.

apa je lah yang baby reti buat :( kesian baby kan :(


aku balik putrajaya semula lepas tu untuk packing beg dan balik semula ke gombak bersama kuku. tapi kitorang singgah klinik Annisa kat equine dulu nak beli Nasal Aspirator. tq lisa yg bgtau mende alah ni ada jual kat klinik ni.


malam haris menanges. first time dalam 3 bulan ni haris macam ni. nanges mendayu2 nak kite peluk. tidonye pun xlena sebab batuk, hingus, xselesa demam.. huhuuu last2 aku bg gak ar ubat batuk..

dan Abi nye tugas pulak menyedut2 hingus haris gune NA atas ni.. memang berkesan, cume yg kat dalam2 pangkal hidung tu kite tau ada lagi yang x kuar.


sabtu 28/01/2012

- aku gugel2 pasal bayi 3 bulan batuk. mmg ramai x bagi bayi makan ubat batuk. terjumpe beberapa website yang cakap pasal Dr. Nadir kat klinik wangsa, dia rawat batuk bayi gune teknik wap panas n boleh apply kat rumah. nak jugak cube buat kat Haris tapi takut pulak sebab wap panas kan, takut salah buat, dan salah cara tepuk haris.

nway aku dah hentikan ubat batuk haris. sbb ramai sangat kata jangan.


isnin 30/01/2012

- sebenarnye hari ni tarikh appoinment haris cucuk 3 bulan. kitorang still pergi gak klinik walaupun dah tau klu demam xleh cucuk. kitorang mai untuk jumpe doctor. doc check haris, masih demam. suruh amik darah sebab saspek denggi. pastu doc kata paru2 haris dah ada kahak byk :(

check darah.
ok, bukan denggi. *Naluri aku pun cakap haris bukan denggi ar
tapi haris kene demam virus. kemungkinan besar jangkit dari taska. huhu


untuk clearkan kahak dari paru2 haris, doc suruh gi bilik 22, gune gas untuk cairkan kahak. Nebulizer kot nama dia.


mula2 haris xnanges, lama2 haris nanges, xselesa kot letak mende alah kat mulut dia cam yang sedut oksigen tu.


tapi lepas siap, dukung dia peluk dia, terus senyap nanges. dan hingus yang cair punn nampak keluar dari hidung :)


doc bg ubat demam dan ubat titis dalam hidung.

so, sehingga ke hari ni, kitorang cume bagi haris ubat demam dan ubat titis tu je lah. dan syukur, selepas nebulizer hari tu, nafas haris macam makin ok. malam selepas nebulizer tu sampai hari ni, haris tido lena sangat ;)


sekarang haris beransur pulih. cume xsepenuhnya lagi. kahak pun ada lagi. tapi haris dah ceria2 dah. susu walaupun x sebanyak dulu dia minum, tapi ok laa dari hari yg die xde selera langsung tu. patah hati aku tengok. dah laaa minggu lepas berat die 6.2 kg, tetibe minggu ni menurun 5.8 kg. frust. huhu



kesimpulannye, sepanjang 6 hari haris demam, dah 4x kitorang jumpe doc ;P saje nak tau jawapan doc yang berbeza2.
ada niat nak jumpe Dr. Nadir tu, nak belajar teknik pengewapan dia tu, tapi tunggu masa jap.


haris, mama dan abi sayang sangat kat haris.
get well soon sayang.



note : xleh cucuk hari tu, so forward ke 13 februari. harap2 masa tu haris dah baik demam :)



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez