dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 12, 2012

coretan omma dd part 3

3 comments
motip hari2 ada coretan omma?

- malam tadi kann, haris nanges dalam pukul 9 lebih camtu.. padahal sebelum tu elok jeee die main ngan ezan.. oh ezan datang umah semalam.. dah nanges camtu, pujuk laa pujuk pujuk... tangan pun bertukar, kejap omma dd kejap opakk kuku yang pujuk..

xtaulaa kenapa..

memang mencabar memahami kenapa sayangku menanges? ;P

lepas tu kann.. xlama kemudiaan, "pretttttt"... "prettt".. bunyik haris yak dengan banyak nyee.. lepas yak terus haris diam.. pastu suke2 ketawa2 dengan kitorang sampaii laahhh kul 12 tgh malam, pastu tido..


lerrr rupe2nyee haris sakit perut nak yakk kot sebab tu die nanges kot.. yelah, sebab lepas yakk terus ok... tapi selalunye xde pun macam tu, mungkin adalaa yg aku salah makan kot, ahuk ahuk ahuk..



- so far dah hampir sebulan aku duduk putrajaya ni kan, haris xpenah bangun malam ;p mmg aku leh tido dengan lenanye kecuali bangun tuk bagi minum susu jek.. lepas minum susu haris tido balik, xde nak main2 macam masa kat gombak, suke bangun malam.. hehee haris tido macam waktu org dewasa... kul 5 atau kul 6 bangun laa.. tapi pagi tadi terlajak kul 7 baru bangun.. itupun sebab aku dah nak keluar gi keje.. tengah2 dia tidur tu aku dukung dia.. alahai~~ dalam lif pun tidur je.. letak dalam car seat baru terjaga ;) terus sengih2 ngan Abi dia.. hehe

satu perkara tentang haris yang kitorang faham adalah mood haris adalah paling baik diwaktu pagi.. sebab tu buat masa ni perjalanan aku ke taska lancar.. sebab die x nanges waktu pagi.. duk tengok je langit kat luar dari dalam kereta, hihi. tapi buat masa ni lah, tengoklahh bulan2 akan mendatang, takut berubah jek
hee hee

di waktu malam pula, adalah mood haris xbaik. bad mood. dalam kul 8, 9, 10 mlm tu, haa waktu badmood die lah. sebab panas kot umah, entah laa.




ni gambar lama, masa umur satu bulan.
masa ni baring jeee heeeee


saje letak gambar lama, mengimbau kenangan waktu berpantang ;) ecee

Wednesday, January 11, 2012

coretan omma part 2

8 comments


- haris kalau menanges, then aku dukung die letak kat bahu mesti die senyap. walaupun tengah lapar macam mana pun, mesti senyap. kalau dukung secara versi lain dia xnak. suke kat bahu jugak.
dia suke aku jalan2 dan daripada bahu tu dia bole tengok semua pemandangan.

so kalau nak pujuk die, aku gunekan bahu aku jelah.
tapi dengan syarat dah letak kat bahu tu, kene berjalan la. kalau
statik/berhenti dia tahu, nanti nanges balik. motip kecik2 dah tau momentum bergerak ke x?


- kalau aku bawak haris gi tengok cermin, mesti die senyum depan cermin. hik2 adakah haris seronok tengok objek dalam cermin tu padahal objek tersebut adalah diri dia sendiri?

hee hee


- malam tadi berlaku moment aku kurang sabar sebab penat, pastu haris lak asyik nanges je. nak kasi diam mmg laa letak kat bahu, tp lama2 aku jadi xlarat ar ;P letak bawah je nanges letak je nanges. dodoi pun dia x mau, padahal dia dah gosok2 mata ngantuk gile.

"napee hariss ni... mama penat tau, x kesian kat mama keee" *volume naik siket sebab hampir hilang sabar


tapi haris masih menanges.
aku peluk dia kuat2 sebab rasa xpatut aku cakap dialog camtu tadi.

dalam tempoh tu ada beberapa kali kuar susu dari mulut die. dan yang final punye kuar susu dari mulut dia terus nampak dia lega. terussssssssssss senyummm main agah2 ngan aku. laaaa x selesa sebab kenyang sangat ye sayangg~~~. gitu rupa2nya.

hihi seronok nye bile dapat
tahu punca dia nanges. mmg lah dah burp2 kan die, tp aku ada bagi susu dalam tempoh yang agak dekat dengan tempoh die minum susu sebelum tu.
selalunye aku kawal xbg sbb mmg slalu klu bg lebih mesti susu tu kuar balik, tp mlm td aku bagi lak sbb sian die cam mencarik2 gak.

bile die dah selesa, dah senyum, dodoikan die terus dia tidur. senang jee :) kan bagus kalau haris leh bgtau yg die nanges sbb x selesa kenyang sangat ;P


memang mencabar nak memahami jiwa anak, tp seronok, hehe


- bila dah berjaya tidurkan haris, ku pandang mukenya yang tenang dan comel semasa tidur, sayunye. timbul rasa bersalah pulak sebab kurang sabar tadi... "Ya Allah, macam manaa aku bole jadi kurang sabar tadi.. anak ini xtau apa2, x bersalah apa2 pun"

sedih
sad

cium die yang tgh tidur... tapi masih rasa sedih dan rasa bersalah...
uhuk rasa nak pata balik jek dan hadapi situasi tu dengan penuh kesabaran.

maafkan mama :(

Ya Allah.. sayu nyee tengok haris tidur :(

mama mintak maaf sebab kurang sabar malam tadi :(

mama bersalah sangat..


haris crying janganlaa buat muke kesian crying

*penuh bedak kat muke haris
hee hee


chann~~ senyum daaa ;)

huhu motip sume gambar kat car seat?



- dah makin selesa dengan taska yang aku hantar haris ni. aku dah makin positif :) awal2, biasala kan, xbiasa lagi dengan taska, xkenal cikgu2. semalam ummu athiah bg good review pasal taska ni sebab kak ipar dia antar situ gak. terus rasa positif sangat dalam diri ini :)
kurangkan
ketidaktenangan yang melampau dalam diri ini :)


pagi ni cam biasa berhentikan kereta kat pagar umah taska, dan cikgu2 taska sedang menunggu dengan senyuman, sorang amik beg haris, dan sorang lagi menunggu tuk amik haris (yang ni kene tunggu lama siket sebab aku amik2 gamba haris dulu, gomol2 haris dulu hehe)

"Assalammualaikum.... terima kasih ye jaga haris"

hati rasa gembira bile x beratkan otak dengan fikir bukan2 :)


- tapi kalau kat umah, otak memang xleh bertenang sangat haha. kalau tengah dodoi kan haris atau pujuk haris, dan pada masa itu tengah clash tengah schedule yang patut aku ngepam. mesti nampak kat langit perkataan "pam pam pam pam pam pam".. hahaaa perkataan2 tu mengganggu aku sampai xkhusyuk nak dodoi haris.

bile ngepam pula, then akan ternampak perkataan lagi kat langit "packing beg haris packing beg haris packing beg haris"

see? betapa x tenangnyee saya semenjak busy2 ada anak. selagi x siap keje selagi tu perkataan2 tu bermain2 kat langit. hek2
sebab sentiasa kene bersedia, bile kite plan nak basuh pinggan contohnye, barus basuh sekeping pinggan tetibe dengar haris "eekkk ekkk"... dah terbengkalai ;P

so masa pujuk haris akan nampak word

"basuh pinggan basuh pinggan basuh pinggan basuh pinggan" kat langit.


selagi x setel selagi tu lah perkataan2 tu mengejar aku.
hee hee haha

dah setel sume kerja baru bole tidur dengan tenang. berani ko nak tidur dikalaaa byk perkataan kat langit?

hehe


- belum pernah makan pil untuk tambah susu lg. kalau kat gombak, ma masak sup sawi batang putih untuk bykkan susu. kalau kat sini, aku bykkan minum soya tuk bykkan susu, dan makan burger. eh burger pun terlibat ke? hahaha

tapi skg riso gak kalu2 x cukup susu, sebab stok susu aku cume nyawa2 hidup je tau, xde bekalan dalam tempat beku dah, bole? so hari2 kene buat stok la.
nanti aku tanya pendapat korg eyyy
pil mana yg elok ;P


- ezan cakap nak dtg umah petang ni nak main ngan haris. mesti auntie ezan akan terkejut tgk haris da besar ;P


- umah aku xde babytv. tp papanye, eh silap, abinye selalu bukak running man. siap ulang episod yg lama2 haha. nak tunggu episod 76 lama sgt kan. haris kecik2 lagi dah layan running man kan. terkebil2 tengok. haris minat siapa sayang. ji hyo ke joongki *tetibe haha


- skg kat umah, kuku kalau nak sendawa ke nak batuk ke kene slow2 takut
haris terkejut masa tidur. hehe comell


- skang dah ada anak ni kalau makan malam makan simpel2 je. xde daahhh macam dulu nasi putih lauk paprik kee lak tomyam ke, rajin bebeno dulu masak. skang kitorg makan yg simpel2 je, macam burger special kuku, hehe, sedapppppp kuku wat, siap balut daging ayam dgn telur lg. aku bantai sampai 2 burger sekali makan.

pastu malam tadi cume makan roti canai mak yang dipanaskan semula
hee hee

hik2


- ofismet selalu kata aku kuat makan. betul ke?? pagi tadi aku cume makan sebungkus nasi lemak, sebungkus bihun goreng, 3 ketul karipap dan 2 ketul kuih kasui je ;p

heeeeheeeeeeeeeeeeheeeeeeee

nak gune alasan ibu nyusu memang kuat makan, bole?
hik2 oklah bye





Tuesday, January 10, 2012

jatuh saham

7 comments


biasalah kan dah ada anak ni, kite dukung anak, kuku lak akan angkat sume bag2 segala jenis bag..

semalam dengar kuku bunyi2 masa pakai bag stylo mama ku~~

kuku : "jatuh saham.. dah lahhh nursing bag.. color pink pulak tu"


kui hee hee




note : setiap pagi kitorang kene angkut barang yang banyak + beg taska haris + sampah nak dibuang. penatnye duk umah atas ;P nak umah bawah wuwu



coretan omma

15 comments

- Oh haris, sarang hae yo *tetibe

- dah dua hari gi keje ada susu haris melekat kat baju aku sebab dukung dia, susu kuar dari mulut pulak, koi koi koi. hilang bau perfume mama tau.

- dah dua kali lepas serahkan haris pada cik taska, masuk2 kereta hot fm tengah pasang lagu ombak rindu. terus sedih nak nanges. siut punye radio.

- tolong tolong~ kamera aku x cukup memori dah, sebab asyik amik video si haris ni je. xsuke nak trasnfer sebab nak tengok video haris selalu dimana2 sahaja. masa tunggu bas kat bus stop pun bole layan videoharis. eh kau tu naik bas ke?? motip??


- kadang2 risau jadi ibu yang tak disukai oleh cik2 taska. hehe bole??

hari tu pegi taska hantar susu extra, minta izin masuk bilik nak tengok haris... then ternampak botol susu sebelah haris, tinggg!!!! terus aku direct je tegur diorang sebab tak tutup botol susu haris tu *maksudnyee puting botol tu dibiarkan je terdedah walaupun x digunakan.

jangan nyampah kat sayaa yeeeee cik cik


- cik2 taska suka cakap kat aku "haris ni kuat minum susu ye"... huhu sebab tu pernah berlaku adegan diorang risau susu yang aku bekalkan xcukup sebab pagi je haris dah bantai 3 botol, lalu diorang call aku, terus aku drive dari ukm ke putrajaya untuk bg susu extra. sebelum ni aku bekalkan 5 botol, skg bekalkan 6 botol. haris sekali minum dalam 3.2oz je, bg aku xde laa byk mana kan?? tapi mungkin die ikut perangai aku kot, makan siket2 xbanyak, tapi kerap lapar balik.


- lately haris ada ruam. omg mama rindu kulit licin haris. bawak gi jumpe doc semalam, doc bagi sabun khas dan lotion sapu dan suruh kite selidik apa yang haris allergik tu. adakah persekitaran taska?? itu kami xpasti.. akan di observe mulai sekarang



- haris. sarang hae yo. kalaulah haris tahuu betapa abi *xpanggil papa dah dan mama sayangkaan kamuu. sayang sampai rasa dah manjakan sangat. xbole nanges siket, mesti nak pujuk. sayang sampai x sampai hati tinggalkan haris kesorangan di hall walaupun sesaat. aduhhh x patut begini, orang kata jangan manjakan sangat, takut manja sangat nanti.

tapi tu lahh, cam tu lahhh...

;P


- haris. sarang hae yo. kalaulaa haris tahuu betapa mama sayangkan haris. bila mama tercelik je dari tidur tengok haris kat sebelah macam x gerak2 *sebenarnye x gerak sebab nyenyak mesti mama cepat2 cek nafas haris, nadi haris. over sangat mak kauu ni nakkk
crying

wuwuwu



- malam2 rasa penat sangat sekarang. walaupun tugas memasak dan basuh botol sterilize sume kuku yang setelkan, tapi still fikir mana nak lipat2 baju lagi, packing beg haris lg, gosok lagi, ngepam lagi, pujuk haris kalau menanges lagii... kadang2 rasa hilang sabar jugak tauuu

*biasala new mommy ok!
tapi bile berjaya tidurkan haris selepas die
nanges nak tidur, phewww rasa kejayaan terbesar! haris ni ada waktu die bole tertidur sendiri, ada waktu dia nak kite dodoikan dia. jadi agak mencabar part dodoi tu sebenarnye sebab die suke dodoi versi aku berdiri T_T kalau lama sangat, kudrat mama rasa x larat T_T


tapi bila haris dah tidur, rindu dia untuk bangun pulak
hee hee


koi koi koi



- paling suka part packing baju haris. suke sangat part memilih baju2 comel, melipat dan menyusun dalam beg :) tapi boleh pulak kadang2 terngiang kata2 lisa "seganlah ngan taska kalau asyik bagi baju sama jee"

oh lisa tahukah kamu, bahawasanya saya memang sangat dipengaruhi dengan kata2 itu T_T coi.

jadi, pilih baju secara lama sebab x nak bagi baju berulang,

kuhik kuhik kuhik kau bersalah pada saya.



- lagi satu kata2 lisa yang keep bermain dalam fikiran ku semalam adalah pasal pampers mamy poko. haris pakai drypers je, tp memang ada bocor2 gak laa, kene basuh yak die yang melekat pada kain alas. lisa kata imani pakai mamy poko ok. berbaloi ar bayar mahal tapi x perlu lap2 kesan yak.

okayyy, aku sudah terpengaruh, rasa nak ajak kuku jom try mamy poko ;P

huk2 kenapa aku macam watak misae mak sincan yang mudah terpengaruh ni

T_T


tapi mamy poko mahal ar. xbole xbole ;P


- ada siapa tahu tak any baby fair atau parenting fair dalam masa terdekat ni??? nak beli pampers secara byk+murah dan barang2 baby ar :) gitau ey kalu tau. :)


Victoria Falls.
teringin nak gi sini tengok secara live.

motip gambar hiasan bukan gambar haris macam entry2 lepas?
hehe ada orang cakap blog aku over ;P wahihihi sabar laa korang ye, new mummy mmg macam ni, excited die over siket, kekeke




Wednesday, January 4, 2012

hari kedua hantar taska

7 comments


hari ni, haris bangun tido pukul 4:37 pagi. wah makin lama makin awal bangunnye, memang nak buat mata mama jadi mata panda ke sayang hee hee x gojes la mama nanti pegi keje hee hee

tapi lepas nyusu, ukarkan pampers die, haris macam gosok2 mata ngantuk lagi. tapi versi nak tidur dia kali ni lain macam siket, macam cube nak pusingkan badan angkat sebelah kaki/badan macam nak meniarap. motip??? sabar sayang, sayang baru 2 bulan 2 minggu yee.

pastu haris pun tertidur.. pukul 6:45am dah dukung2 dia sambil layan Malaysia Hari Ini walaupun dia mamai.
pastu pukul 7am++, kitorang pun kuar rumah.

tugas menghantar haris ke taska adalah direquest oleh ku sendiri ;) nak tengok haris masa hantar dan masa amik. padahal aku keje lagi jauh dari kuku. hehe


haris melayan perasaan sendiri dalam car seat.




aku pandang depan berapa saat je, bila pandang die semula, tengah hisap belt pulak T_T
xmo hisap xmo xmo



daku rindu pada kaki kecil ini :')



masa sampai2 tadi, cik taska amik haris, dan bawa masuk meriba haris. pastu aku nampak budak2 yang ada sume kerumun haris sambil sebut "eee baby... eee baby...". alaaa terus terfikir, senanglaaa kene jangkit apa2 macam ni T_T aci x?

mungkin dia bawak haris masuk bilek baby selepas tu la kot. wuwuwu dan dan terus terfikir nak cari pengasuh laa camni. xdelaa ramai sangat bebudak. tapi tiba-tiba teringat yang cik taska ada cakap 15hb ni, diorang akan pecahkan, baby2 akan dipindahkan ke rumah lagi 1, khas untuk baby je. ermm ok laa, harap2 betul.


kesimpulannye, hari ke2 hantar haris ke taska oklaa, masih bole mengawal air mata. kecuali merasa malu giler part aku keluar kejap amik beg haris dalam kereta, sangkut kat bahu, dah masuk rumah cium2 peluk2 haris, aku pun keluar balik dengan jayanyaa

sampailaaa terdengar suara "beg.. beg.."


arghhh nampak sangat fikiran kelain!!!





Tuesday, January 3, 2012

wajah kesayangan

8 comments


huk huk dalam otak ni.. asyik nampak nama haris haris haris haris haris jeee.. arghh camne nak buat kerja ni! terus layan Running man kejap kat PC *alasan


orang kate jangan expect high sangat bile kite dah anta anak ke nursery/taska.. sepatutnye berterima kasih ada orang tolong jagakan anak kite.. tapi tapii~~~ tapii... tapiii... tapii... hadoiii susah laa nak cakapp.. hati ni kalau bole keluarkan, mesti akan nampak emoticon *worry* di setiap sel..

rina cakap, "ko sedih2 pun, tapi lapar tetap lapar kan!"

hee hee kui kui kui.. pagi2 sampai ofis aku dah ajak rina g sarapan sebab lapar. wahihihihi
pastu dalam kereta pegi makan kat cafe fakulti kejut, rina drive, aku lak layan video anak kat henset. hik2 sabo je la ek rina.


tahlaa x reti nak cakap camne..

rindu usah nak cakap laa betapa kerinduan.. rasa nak lari laju2 skang ke taska tu pastu peluk haris kuat2 jekkk *lari lah kau 20km

aku harap cik taska tu taklaa rasa "annoyingnyee puan ni asyik telefon tanya keadaan anak je" ..
maaf laa cik taska kalau saya mengganggu. wuwuwu tapi setiap kali dia jawab cam ok je, bile aku cakap "sori ganggu", dia kata "xpe2"..

huhu taska tu kat Desa Pinggiran Putra, bolelaa dekat laa jugak dengan presint 5 umah kitorang.. kat UKM punye dah penuh ar, kat ofis kuku pun penuh. dalam byk2 calon taska yang kitorang pergi last2 amik yang ni setelah menolak kira taska2 lain yang ada x jaga kebersihan-ketara-lantai-comot-xdibersihkan, ada yang penjaganyee sendiri pakai selekeh x bersih, ada yang cik2 indon yang jaga bebudak, ada yang bile kitorang pergi tu tengok bebudak cam x terurus jek, ada gak taska yang 1 bilik tu memuatkan 10bayi *scary, xmo bayangkan, dan bermacam2 lagi..


yang kitorang pilih ni, kitorang berserah je pada Allah.. yelahh, luaran nampak ok laaa, penjaganyee pun nampak cam muslimah2 yang baik, bersih.. selebihnyee berserah pada Allah s.w.t

kalaulah haris tau betapa mama dan papa die sayang die gile2.. huk2


kitorang dah officially pindah balik ke putrajaya.. tak ulang alik umah ma kat gombak da.. sekarang ma dah boleh selesaikan tempahan2 baju yang jiran2 tempah, hehe byk tertangguh. tapi cian ma nanges rindukan haris.. yelah ma ngan haris sangat rapat ok.. dulu masa aku kat gombak, kalau haris nanges je, aku pass kat ma jek ;P amik haris bile haris ceria jek, kekeke. semalam duk umah sendiri merasa laaa pujuk haris sendiri bile haris cam nanges2. hik2
tapi bersyukur sangat, kuku sangat menolong arrr... sama2 tido lewat semalam, dan sama2 bangun awal pagi hari ni.. makasihh kukuk!! hehe motip kukuk?

haris, terima kasih kerana mendidik mama supaya bangun seawal 5 pagi sekarang. kui kui kui



nway, masa menggugel tadi, tertarik dengan artikel ini

antara soalan/jawapan yang aku macam "oooo.." adalah dibawah..


Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..


Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.


Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.


Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.


ooo baru kutahu, kalau aku makan durian, haris pun akan rasa susu perisa durian.. hehe, patutlaa kadang2 bile haris minum susu, muke dia cam kerut2 siket dan kadang2 menolak siket. mestii masa tu perisa susu yang pelik ek, kekeke.

perisa burger pelik x haris? hee hee


note : terbayang muke haris terkebil2 masa duduk dalam carseat pagi tadi dan sewaktu cik taska tu amik.. diamnye diaa :)




hari pertama hantar anak ke taska

6 comments



susu yang mencukupi dah dibekalkan..


motip xletak tarikh ngan masa?



beg keperluan haris pun dah diberi..



haris pun diam je, x menanges masa dihantar tadi..


tapi... kenapa..

hati ini rasa tak bes...

tak seronok..


tak tenang..

sedihnyee :(



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez