dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Monday, November 11, 2013

pasangan 23 tahun

4 comments

Salam. cak.

motip aku ada sign up Dayre?? padahal dah ada blog. kui kui tp x post apa2 lagi kat Dayre yang konon2nye aku nak try buat macam Diari harian gitu. lebih baik aku update blog ni.

semalam kannnn ma cite, anak2 ayah datang rumah dan bawak gi makan. diorang masa jumpe tu macam touching2 sangat asyik cakap terima kasih kat ma jek sebab jaga ayah selama ni. sebenarnye setiap kali jumpe pun macam tu, tapi kali ni lepas mendiang mak diorang dah xde baru2 ni, diorang lebih feeling2 gitu.

memang lepas ayah convert to Islam berpuluh2 tahun yang lepas, ayah memang duduk sendiri, sampai lah kawen dengan ma. duduk dengan ma sampai skg. anak2 ayah faham. xde pulak laa pernah pertikaikan pasal ayah punye convert tu macam kat dalam TV ngan paper. xde pulak laa berlaku penyisihan,adegan tarik menarik dan masuk berita ekekeke. even kalau kitorang datang rumah diorang sebab ayah nak jumpe anak pun diorang hidang air kotak. comel x? x hidang laa diorang punye cawan.

so dah 23 tahun ayah duduk dengan ma. walaupun ma gawanggg, ayah lagi gawwaang. so sama2 gawwang sesama sendiwii. hehe. ayah dah tua ni dan slalu lupa2 apa yang dah berlaku dan dah tak dengar, ma masih di sisi ayah. jadi aku paham kenapa anak2 ayah terlalu touching mengenangkan jasa2 ma. nway ermm orang Islam kan memang baik ^__^ hew hew.





malas nak edit gambar kasi tersusun siket ;p

ma xpernah lagi tinggal ayah walau 1 malam. tapi sebenarnye pernah je ma nak join trip jiran2 gi bandung ke thailand ke, tapi sebab ayah x ikut, ma x de lah nak tinggal ayah kan. 


p/s : masa mendiang bekas isteri cina ayah aka mak diorang meninggal dunia kan, ma ayah pergi lawat tau. ma cite ayah tahap lembik lutut x boleh berdiri. sedih x? walau apa yg terjadi pun, diorang kan pernah hidup bersama, mestilah akan rasa sesuatu bile salah sorang dah pergi dulu. ma cite diorang gi lawat kat Nirvana. bangunan yang tepi higway mex tu haaaa. ma cite bilek mayat besar gilerrrrrr, mewah gile macam masuk bilik hotel je. x rasa seram pun sebab bilek mayat x macam bilek mayat, siap ada buat makan2/jamuan lagi dalam bilik tu. woww. hehe.


ok sebelum saya menangguhkan tulisan ini, cewahh, dilampirkan beberapa keping gambar.


pejam celik pejam celik haris dah 2 tahun crying motip smiley nanges crying
makin lama haris makin ikut apa yg orang dewasa buat. kitorang mak pak ni kene jaga betol tingkahlaku kitorang, kalau x ada je yang dia ikut nye.




potong kek di hadapan keluarga. ma ayah dan mak sekeluarga datang umah. hehe


obses haris pada bas mendorong mama nye tempah kek ada bas



Arabian Bay Resort di Bukit Gambang Resort City. mama ada bengkel, haris diasuh oleh abi. keke




abis bengkel kul 430 petang, bawak haris naik trem. sebab haris asyik panggil "lowiiii lowiiii" jek.







frame dan kad untuk perpisahan rakan ofis, sha. sob sob sedih sgt die da pegi.





ini lak pasangan nak masuk 3 tahun lagi seminggu. wahihihi.
cinta gunung datuk giteww.

ok byeeeeeeeeeeeeee


Friday, October 18, 2013

album gambar ig

7 comments
Salam. ada pembaca lagi ke blog aku ni? hee hee

yang aku confirm masih ada 2 pembaca setia. iaitu Ana dan Rina. sebab diorang perasan blog aku tiba2 xbole baca dan jadi private semenjak 2 menjak ni.. ;p 

tadi saje2 bukak nuffnang setelah setahun jugak rasanya x bukak nuffnang tu... bole setahun x bukak? lepas tu terkejut. omoo x sangka aku jarang update tetibe ada duit ting ting ting ting. terus cash out. walaupun x de la banyak sangat ;p pastu tetibe terus semangat nak update blog balik lepas nampak amaun duit tu. haha mata duitan sangat $_$. yelahh aku ni side income pun xde, bisnes2 memang xdak laaaa. ada join herbalife pun sebagai pengguna je, x niat langsung nak bisnes. jadi, kenape aku sia2kan perkara yang aku minat(writing blog) yang bole jadi side income ni? kenapaaaa???? ho ho ho rugi kan.

xpe2, nanti slow2 aku balik semula ye ke alam blog. 
hari ni nak tunjuk gambar dan cerita ceritu merujuk kepada gambar2 kat instagram. motip gune gambar instagram? senang sikettt. kot2 ada yang rindu, bole laa baca apa perkembangan haris ;p oh ya id ig saya : ommaharis




ini gambar masa berbuka puasa bulan Ramadhan yang lalu. dekat Flora cafe





ma pun ada berbuka puasa sekali. oh ye masa ni aku berjaya kurangkan berat badan dari 63kg kepada 54kg. bes jek pakai dress. tapi sekarang dah naik balik. hehe



gambar saya bersama keluarga kuku. keluarga saya juga. 
dari kiri mak, pika adik kuku dan kak lina. diorang sume baik2. Alhamdulillah dapat in law yang baik dan anggap gegirl mcm keluarga sendiri^^ wink wink. aku kan dengan mak skang selamba je ckp nak apa nak apa, nanti mak carikan atau masakkan ;p dah nak 3 tahun kawen ni mmg xde nak malu2 dah dengan keluarga banting ;)






tengok haris. kemain tengok tv sambil duduk dalam kereta dia sambil kudap2.



haris mintak mama bukakkan air, tapi mama sebokk nak posing hahahaha. tengoklaa ezan tu, maintain gile pose. kuh kuh.
oh ya masa ni kat car boot sales ezan jual novel2 dan baju henbeg. saja datang tulung2 dan nyebok2 hehe.





masa ni tengah jalan2 ushar rumah. motip ber ootd? 





tu dia... muka budak innocent yang dah celup2 iphone mama dalam jag air sampai iphone mama x bole guna langsung.





kau mampu fokus macam ni??
;p
abi letak bantal bertingkat2 pun haris buat dek jek.




masa ni Kursus Karisma di Tempat Kerja. tapi bes sangat2 kursus ni sebab banyak game ;p iolss haruslaaa main dengan bersungguh2, ekekekke
nway kursus ni mmg dah buat kitorang ketawa... menanges, sume ada.. 




kau mampu jadi gadis doorgift sambil jaga anak? ;p hew hew hewwww
hehe nway ni masa kenduri kawen iki, cousin i, anak sulung cekde. cekde ni mak sedara yang rapat laa kat ulu bendul.




kong kong memang suke kaco haris hihihihihi





ini bukan tertido sebab rajin study, tapi buku tu terjatuh sebab berat sangat haris nak pegang sambil baring, kiu kiu kiu




gambar dalam umah hasni yang dah siap. bes bes masa ni saja2 jalan2 teman hasni tengok progres dapur umah die ;)






jamuan raya PTM di puri pujangga. nama geng ni adalah geng partition kak zura. hik hik motip amik gambar macam cover majalah.




yang ini pulak jamuan raya Bahagian Aplikasi. bergambar bersama Alice wonderland. hehe







Jamuan Raya UKM. motip banyak jamuan raya laughing



haris belum pandai baca Alif Ba Ta lagi. baru Alif Ba Ta je, yang lain2 ikut suke mood haris je nak ikut ke takk haha





tahun ni raya di Banting. gambar keluarga kecik kami. hihi





ootd anak beranak di hari raya ketiga




tuan besar yang kecik. kemain kan.


dah nak masuk 2 tahun da haris? :) how time flies~~ 

ok la. nak buat keje. tata




Wednesday, September 11, 2013

siapa nak beli novel terpakai??

1 comments

siapa nak beli novel terpakai??
Bole beli novel terpakai dengan kawan saya, Ezzan. dia ni mmg kaki novel peringkat teratas punya. masuk bilek dia mcm library novel pulak.

dia jual murah giler. dah banyak yg terjual, sori lambat pulak saya update. tapi byk lagi pilihan, so korang tengokla eh kat 

 http://shezzanyusop.blogspot.com/


serius murah. percayalah. lebih baik korang cepat, dah banyak word merah tulis SOLD atau booked.
good luck!!!

Wednesday, August 14, 2013

video haris belajar solat, tapi mama pecah perut gelak kat belakang #hampehpunyemak

1 comments
habes je video ni dirakam, haris sujud dan tergolek ke saf sebelah. 

akrobatik sgt cara anak mama sujud. hee hee

xpe slow slow ye sayang. skg ni kalau solat kene bentang sejadah lagi satu kat sebelah teeheeee








ni lagi satu video :D
tengah dating berdua dengan haris heeheee


Tuesday, July 2, 2013

lap lap air mata. terharu sgt tengok proposal yg sweet gile ni

2 comments
tengok tadi kat amazingnara. pastu duk ulang2 play wuwuuwuwu. this guy nak propose kat cinta hati dia. tapi plan baik punyaa aaaa~~ tearssssss

Friday, June 21, 2013

kontroversi : haris dipeluk gadis ;p

3 comments

over kan tajuk. dah laaa lama x update blog.  hiu hiu hiu



amboi haris~~ jual mahal naaa~~ x tau mama nak kata apa dah. mama ni sebenarnye berkenan je dengan si audra tu ;p kiu kiu kiu~~


ok, sebenarnye server tengah down ni. so iols x dapat nak buat keje. so aci la kan bukak blog kejap. dan dengan gigihnye aku memprint screen kan gambar2 instagram dan paste kat sini untuk share dengan kawan2 yang x berinstagram hehe.

tapi banyak ok. sila solat Asar dahulu kalau belum menunaikannya ;p banyak sangat ni nak kene scroll. hikhik


nampak x haris? motip haris.


ootd mak dan anak ;p
masa ni majlis akikah rara, anak iza. tp kitorang sempat gi ikea dulu hiu2



sedap gile red velvet cake ni tahap nak hentak2 meja

comel pipi dan tangan haris dari pandangan belakang hik2~! i like!

haris : "iols nervousssss first time naik moto~"

kat PD kan ada jual2 mainan kan kat tepi pantai kan. selalu haris buat derk jek xpandang pun mainan toys ur us ke ape ke. tapi masa die jalan dengan nekma tiba2 dia gi kat helikopter ni pastu tarik. xpasal2 nekma kena belikan hee hee hello haris, mama x ajar macam tu ok hee hee

excited nak bawak haris mandi kolam sekali haris ketakutan dengan kolam T_T x gagah dah macam masa umur 9 bulan dulu suke mandi kolam T_T

heiii mereka berdua ni lah kesayangan saya sampai bila2!!!

curik ma bawak lari ke PD masa mothers day. suruh ma ayah packing bag tanpa bgtau nak kemana. pastu bile sampai  apartment PD, surprise kemunculan dari abang yg dari sarawak pulak. ma terharu giler. surprise kitorang berjaya.

eh gemuk nye aku masa ni. masa ni berat mencapai 62kg++ ok!!! xpenah2 berat menjangkau angka 6 melainkan masa pregnant dulu. benci.
eh masa tu je ke berat 62kg++? skg dah x ke?? ;p tettt

ahli keluarga saya siket aje. ada ma, ayah dan seketul abang.
sayang ketat2.

saya cume ada sorang kakak ipar (belah keluargaku) dan seorang anak buah sahaja.

abi angkut kitorang 2 buat 5s kat ofis dia sepanjang hari.

kalau aku dapat 2 makanan ni je dah bole buat aku senyum sampai esok pagi. tori karage dan takoyaki

haris jangan renung mama bole x

kenduri kawen kawan mrsm
dah ada haris ni kann, aku slalu bangun pagi2 kul 4 pagi 5 pagi camtu untuk buat keje rumah. sebab malam2 selalu tertido masa tidokan haris hehe.

part yang paling aku geram adalah kaki boolat haris. ahhh #pencintakakibaby

haris dan kucing tidak dapat dipisahkan

alololo excited sangat haris main dengan bb hasya. siap pegang2 stokin kaki lagi tu

tolongggg~~~~ tolongggg~~~~

happy haris kat Kid'z Paradise.

rambang mata nak main mana satu 

ambik, buang, ambik, buang. motip x de percubaan nak membina bangunan?

cian haris ketakutan kat sini. kuh kuh kuh

percubaan ja ;p

mama ni~ haris makan jagung pun nak snap gambar

motip mama suke menyellowkan haris.
ceria laaa mama suke yellow color~~~

"hai haris~~ u sorang jeww kewwwr~~"
audra gadis yang sama dalam video di atas. haha kiut laa kejadian ini

suke suke tengok dorang main bersama.
tengok haris dapat main baik2 dengan rakan2 cukup buat aku happy.
dengan usianye yg masih kecik ni aku dan abi dah cuba ajar die supaya mengalah kalau ada kanak2 lain nak main mainan haris ke, nak barang haris ke nak conquer tempat yg haris tengah main ke atau apa2 la.
aku perasan parents lain pun macam tu juga kan :) tapi xtau la kan kot2 ada parents yg x kasi sharing2, lain parents lain cara dia.
aku cuba didik dia slow2. harap haris ingat la ye sayang.
korang pulak camane?? cer share.

dating yang direstui bapa. kui kui

happy father's day kong kong!!
makan2 kat wadi hadramawt sampai ayah ckp "haiyaaa manyak kenyang pelut saya"

hehe selamat hari ayah suamiku

nak masukkan haris kat tunas permata ukm. biar dekat siket ngan mama die ni haaa. bole balik sama2. hehe. motip kecik2 dah belajar kat U ;p fakulti pendidikan lg tu ;p

ok bye bye nak balik nak amik haris pastu nak masak mihun sup simple2 malam ni, dah suruh kuku belikan bahan2. pastu pagi besok ingat nak buat kuih vade. feveret sangat!!!!!! xpenah tau pun camne nak buat tapi mak selalu buat. kheri pun pernah belajar dengan mak. so ingat pagi besok nak belajar cara buat dengan kheri ;p x sabanyeee nak makan vadeeeeee esokkkkkkkkkkkkkkkkkk







 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez