dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 24, 2016

Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia - part 4


ok selepas habis menjamu mata dengan pemandangan semulajadi di Lembah Harau, Zainal bawa kami ke Hj Rosma tempat pendidikan sulam2. xde dalam itinerary kitorang pun, tapi dah di bawa, kitorang tengok2 juga la diorang belajar sulam. kat sana jual juga kain2 sulam, cover kotak tisu sulam, erm apa lagi ye, alas meja kot, dan lain2.

lepas tu, kitorang pergi ke Tabek Patah. perjalanan ke sini rasa sangat jauh. sebab dah jauh dari Bukit Tinggi kot. Kat Tabek Patah ni, kitorang makan pisang cheese, waffle cheese, murtabak megi dan cucur sayur. biasa2 je tempat dia, cuma pelancong je kot yang datang. kat situ boleh minum coffee n teh juga, cedok sendiri gitu.


pisang goreng cheese n waffle cheese & icecream. yang cendol labu tu makan masa day 2, udang goreng tepung ni pula makan kat Padang nanti. gambar grid ni ambil kat ig, ekeke malas pula upload satu2 kan.

lepas makan2 di Tabek Patah ni, kitorang pergi lunch di Pondok Flora. ingatkan jauh perjalanan dia, sekali sekejap pula hahahahah perut pun kenyang lagi hahahahha. xpe makan je.

Pondok Flora ni kira macam restoran atas sawah padi gitu.
Pemandangan dari Pondok Flora. tenang.


tepi Pondok Flora :) nice.
Makanan Padang lagi~



Perjalanan diteruskan ke Tasik Singkarak. perjalanan agak jauh, x ingat dah berapa jam, 1 jam ke 2 jam tah. sampai2 Tasik Singkarak, singgah surau dulu solat Zohor dan Asar. lepas solat barulah kitorang duduk tepi Tasik Singkarak melihat ciptaan Allah yang maha Esa.

Tasik Singkarak adalah Tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba di Medan. memang besarrrr. ni iols ada rakam video ni.


besar kan?

Ilyas siap mandi2 kat tepi tasik ni. hehe. kitorang duduk2 amik2 gambar layan angin kuat. 


hana tengok mama ^_^

btff at Danau Singkarak :) btff means best travel friends forever ;)

nak senja dah masa ni. sempat la layan sunset. 


sunset di Danau Singkarak :)

Dah senja kan, moh la kita gerak ke Padang. sempat la tidur jap dalam kereta ni masa on the way ke Padang. dalam itinerary patut ada Padang City Tour kalau sampai petang. x sempat dah pun nak bertour2 hehe, dah malam. 

sampai2 je Padang kitorang dinner dulu sebelum check in hotel. nanti boleh la terus berehat, xpayah keluar2 dah. kitorang dinner di Restoran Ikan Bakar tepi2 pantai, nama kedai x tahu hahaha dah penat dah.

lepas tu check in hotel yahooooo. 

keesokkannya bangun, sarapan pagi, terus checkout. 

belanja gambar hana siket kat hotel
abang haris kalau tak kacau adik hana x sah

Flight pukul 1++ tghari. so sebelum pergi airport, kitorang jalan2 tepi pantai dulu. so inilah dia Hindi Ocean :) biasa nampak selat Melaka dan Laut China Selatan je, kekekkekee. ombak lautan India ni agak ganas jugak la. 
nun jauhhh di sana negara India, tapi dunia Allah ni besar, memang tak la nampak dari sini kan ;) kene naik kapal terbang baru jumpe. hehe.

Abi dan Haris, my precious :)
lepas jln2 tepi pantai, kitorang pun terus ke airport. eh tak tak, ada jugala singgah kedai souvenir untuk habeskan duit2 rupiah hehe. kat airport lepas check in bag sempat jugala lunch makan kfc laju2. naseb baik x tercekik hehe. ok dah tu je. Percutian  di Bukit Tinggi dan Padang meninggalkan memori yang indah2 belaka. walaupun jalan dia ya ampunnn ala2 macam Cameron, tapi iols ok je~~  yang paling tak boleh dilupakan ialah alam2 semulajadi yang masih terpelihara. x puas tengok gambar2 yang ada dalam koleksi especially Danau Maninjau dan Lembah Harau. paling x bole lupa adalah kebiruan Danau Maninjau yang sangat menenangkan mata ini. 


dalam erl back to Putrajaya. special thanks to tizan sebab banyak tengok2kan haris dan hana :)
Haris tu tizan nak balik bilik hotel pun dia nak ikut haha.

The end-

1 comments on "Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia - part 4"

Please enjoy your trip with Kita Holidays Indonesia on August 9, 2018 at 4:55 PM said...

Asslamualaikum Tuan/Puan.

Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

Our motto : We serve you with heart

Wassalam
Contact person :

1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez