dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2016

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - part 3


ok sambung dari Part 2 pada hari kedua. Hari tu lunch kat Restoran Simpang Raya. recommended sangat siapa nak makan masakan Padang. sedap2. ni antaranya la, gambar full semua lauk2 xde. rasanya Idzuan nak snap gambar Sate minang ni je kot hehe. terharu tau kat sini sebab akhirnya jumpe sup2. sebelum ni makanan padang semua kering2, adeh, dah la nak bg hana makan. aku sendiri pun sebenanye jenis yang nak sup2 walaupun dah makan yang lauk kering2 :D





ok petangnya pula selepas solat dan tukar pampers anak2, kitorang pergi ke Taman Panaroma. dekat je dengan hotel.




taraaa~~ belakang kitorang ni adalah Lembah/Ngarai Sianok. Lembah Sianok ni boleh view dari Taman Panorama ni lah.


Ngarai Sianok merupakan sebuah lembah sempit yang dikelilingi oleh bukit-bukit bertebing curam yang dihiasi dengan aliran sungai kecil di tengahnya. Kontur Lembah Sianok terbentuk karena proses turunnya sebagian lempengan bumi, sehingga menimbulkan patahan berwujud jurang yang curam. 


hehe copy bulat2 dari page Indonesia.


kalau jenguk ke bawah macam ada desa juga~


kat Taman Panorama ada Lubang Jepang juga, tapi ntahh x minat nak gi, x sesuai pun dengan bawak anak2 kecil.


kitorang just jalan2 je tengok jual2 n terbehenti lama siket kat Kedai Lukisan. hehe. rasa nak bawak balik lukisan tapi last2 x beli pun. kuikui.



me n Hana at Painting shop ;)

okay lepas jalan2 di Taman Panorama, Zainal bawak kitorang pergi Pasar Atas. It's shopping time! ngeee tapi silap siket itirineray kitorang ni buat aktiviti shopping petang2. anak2 dah penat :'D so encik2 suami la kene kerja keras siket tengokkan anak2 sementara wifey pilih2 kain sulam hehe. masing2 pun bukan beli untuk diri sendiri je, beli untuk 1 family hahaha.



Hana yang baru bangun tidur bersama tiros~~ mama tengah pilih kain jap. heheheheh. masa ni Haris pun dah mula start suh abi dia dukung :'D

takde gambar lain k kat Pasar Atas. semua dah penat kikiki. Pasar Atas ada 2 tingkat je. tapi kitorang sempat shopping 1 tingkat je. sebelum  Maghrib moh le kite keluar. kat luar Pasar Atas tu adalah Jam Gadang tau, macam tempat lepak2 kot sebab ramai gileeee yang lepak situ. memang duduk2 aja la. borak2. aku merungut juga sebab entah pening tengok ramai2 orang, tapi kuku cakap maybe itu je kot tempat lepak yg ada di Bukit Tinggi ni. kitorang tunggu Zainal sampai kat situ la, so sambil tunggu sambil memerhati n melihat :) sambil2 tu ada plak yang goda anak i beli mainan la belon la, adeh. tapi Haris Hana mmg da biasa mak pak dia x beli :'D


malam tu kitorang request nak makan kat tempat yg lebih santai. No Nasi Padang. hahaha. tak ingat dah apa nama kedai tu, tapi macam hipster Cafe la, ada pilihan western, makanan santai2.


ok tamat Hari Kedua.



Day 3


Hari ni checkout sebab nak terus pulang semula ke Padang. lepas breakfast di hotel, kitorang terus menuju ke Lembah Harau. Lembah Harau ni aku yang request nak gi. biasalah sebelum travel memang ada study2 dulu, cari tempat2 ceruk yang boleh gi, ekekeke. so taraaaa~~~ inilah dia~~ puas jumpe banyak air terjun, sana siket sini siket. dan lebih penting, canteknye kehijauan di sana. i really love nature~~~



Air terjun di Lembah Harau. kalau tengok Destinasi Bajet masa Qi pergi sana, dia siap mandi kat sini hehe. sambil2 kene tepisan air terjun, kitorang layan sweet corn yang ada cheese. nyum nyum.

ok gambar2 kat bawah ni gambar2 di Abdi Homestay. jauh ke dalam rupe2nye Abdi Homestay ni. ceruk sana, kereta tak  boleh masuk. naseb baik kawan2 dan anak2 sporting melayan gile aku ni, ekekekkeke. tapi canteknyeeeee~~~



Lembah Harau~


dah berjalan ke dalam, haris ni nak buang air pulak, wakakaka kesian sungguh sampai ambik gambar pun die terbongkok2 xtahan ;p last2 tumpang membuang di Abdi Homestay, owner dia baik bagi tumpang salah satu chalet kat situ hehe tq tq
ishh mama sayang awak sangat2 hana. terima kasih kerana dilahirkan dan mengajar mama bahawa kasih sayang terhadap anak2 sama bahagiannya, tiada belah bahagi, cukup sama rata semua. mama love you and abg haris soo much~
inilah dia Abdi Homestay! siapa2 yang jenis nak lepak satu tempat je menenangkan perasaan dan melihat keindahan alam tanpa keluar2 jalan2, sini recommended sangat k! kitorang just singgah je tengok2, x menginap pun, mungkin satu hari hanti kalau ada rezeki k ;)


oh sungguh mendamaikan kehijauan ini~~
dan menyejukkan hati ~~


The end of part 3. nanti sambung lagi ye part akhir. daaaa~~


Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 1

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 2

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 4

1 comments on "Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - part 3"

Please enjoy your trip with Kita Holidays Indonesia on August 9, 2018 at 4:52 PM said...

Asslamualaikum Tuan/Puan.

Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

Our motto : We serve you with heart

Wassalam
Contact person :

1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez