dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 12, 2016

dudu kuku 5th Anniversary & Bukit Tinggi Pahang

0 comments

 Salam semua. 

dah lama peram juga cerita ni. hehe. 20 November tahun lepas adalah anniversary aku ngan kuku yang ke 5 tahun. Alhamdulillah. 
dan masa tu aku pilih untuk spend time dengan family. kitorang pergi Bukit Tinggi dengan ma dan abang sekeluarga^^ tak gi jauh2 pun. memang plan nak short getaway ajek. walaupun nak muntah hijau dah pergi Bukit Tinggi 2x dah sebelum tu. boring dah haha.

kalau perasan, kat blog aku ni sebelum post pasal Hana dan pasal arwah ayah, last post aku pasal percutian di Bukit Fraser. masa tu arwah ayah masih ada lagi, tarikh 24 Mac 2014. 2 bulan sebelum arwah meninggalkan kami semua :( Arwah pegi 14 Jun 2014. Ya Allah, tak pernah sangka dalam tempoh 2 bulan macam2 boleh jadi ye :'( Allah lebih mengetahui. aku rindu pada arwah ayah. dah tak dapat nak coret cite comel2 pasal ayah dulu. huhu. kitorang sekeluarga pun amik masa setahun juga laa tak pergi mana2, sepi je. rasa pelik pula baru2 ni gi Bukit Tinggi tanpa ayah/kongkong. huhu. Alfatihah untuk ayah kesayangan.


hujan di Bukit Tinggi masa kitoang pergi

ok kitorang pergi Bukit Tinggi hari Jumaat , tapi kitorang gi petang, lambat siket sebab kuku ada kursus yang tak boleh skip sebab dia baru masuk keja situ hehe. so abg dan ma pergi dulu n jalan2 dulu kat sana kat Japanese Park and Botanical Garden. aku ok je x ikut pagi tu sebab mmg dah nak muntah ijo gi sana x nak tengok dah ;p 

iols ok jeww xde dalam gambar haha. kimono ni aku penah pakai zaman muda2 dulu. jap aku korek gambar
taraaaa~~~ tahun bile pakai ni tak ingat pulak. 2009 kot?

gedik gak nak upload gambar lama semata2 nak tunjuk penah pakai kimono kan.
lepas balik kerja, kitorang pun berdesupp ke Bukit Tinggi, bertemu sama ma dan abang sekeluarga.


ok gi Bukit Tinggi tu kitorang tidur semalam. ambil Suite 3 bilik. cukupla tuk aku sekeluarga, abg sekeluarga dan ma.

dah check in sume, malam tu kitorang makan2. Such a sweet moment. spend time together with beloved family.borak2 gosip di kala kesejukan. ewah.



dah kenyang, kitorang balik la bilik. hujan kan.
bilik kitorang 4 beranak heehee 

ni kakak ipar kita, syira nama dia. syira bergambar dengan Hana kat tangga suite kitorang. kitorang sume tido bilik atas, ada 2 bilik kat atas. ma sorang2 tido bilik bawah hehehe. 
malam tu aku bukak Brownies and Congo Bars sempena Anniversary kitorang. bes makan malam2.
Khairi & Diana 5th Wedding Anniversary ^^


dap nyeee makan tengah2 malam

order ngan adik ata. sedapp.

malam tu borak2 sambil tengok tv kat hall. Haris ngan Danish seronok bermain sama2, lari sana lari sini lompat sana lompat sini. ok la keluasan suite tu sampai boleh berguling2 diorang dua tu.

bangun pagi nampak view ni. besnye ^^

pagi bangun gi sarapan hotel. lepas tu jalan2 sebelum check out. alaa tido semalam cukup, kat sana tak banyak tempat yang nak jalan pun. kitorang dah puas dah 1 malam je. hihi.

bergambar kat beranda sambil menikmati pemandangan pagi di Bukit Tinggi

 
alolololo budak kecik ni nangesss ekekeeke

kat sana haris memang berkepit je dengan mummylong dia. senang keje mama ekekekke.



hana berkepit dengan mama aje lah. hhihi

gigih naik tangga sampai atas. penat ok. lif rosak masa tu
layan Haris dan Danis main lari2 dengan angsa


kaco je lori belakang tu kite gambar dengan ma kita.


dah puas jalan, kitorang pun balik. eh bukan balik, tapi pergi ke Janda Baik. niat hati nak mandi sungai, sekali hujan daaa. so lepak kejap aje. xde rezeki, nex time je lah.

tenangnyee dengar bunyi air sungai

tak tau lagi apa destinasi percutian family seterusnya. hehe ok lah bye, terima kasih pada yang membaca!

Friday, December 18, 2015

Hana Humaira dan kehidupanku

3 comments
Assalammualaikum wbt.

alaa segannye, dah setahun setengah berlalu. tak reti nak mulakan entry camane kuikui. omooo omoo.

hai korang~
korang sehat? ;p
rindu nak menulis, tapi itulaaaa, sekarang instagram dah jadi pengganti blog. semua sumbat sana. 
hari ni hari jumaat, waktu lunch yang panjang ni aku x gi memana dan xde nak tengok ulangan online gegar vaganza dah, so macam free gitu ;p so boleh la nak menulis siket disini.

korang tau tak yang aku dah ada anak nombor 2? hahaha. apokomondo la tanya macam tu kan hihi. yelaaa soalan ni khas untuk yang dah lama xtau perkembangan diri ini, ewaaah kau ingat kau siapa, siti nordiana? hik hik hik.

sekarang keluarga kecil ku dah jadi 4 orang da. pada 1 Mac yang lepas, anak gadis ku selamat dilahirkan. nama dia kitorang bagi Hana Humaira. proses bersalin yang sangat tak dijangka cepatnya hehe. masa tu tengah shopping kat IOI Mall. boleh pulak kan nak contraction kat situ, please lah hana ni~~~ dalam banyak2 tempat die nak gigih keluar, why IOI mall? ;p haha. tapi sempat laaa kuku berkejar ke Hospital Putrajaya. sampai2 dah 5cm bukaan. terus tolak laju2 ke labour room. sangat nak terbe*** ok. doktor yang dah di book pula belum sampai. haru biru aku masa tu. sebab nak terbe*** sangat rasa. akhirnya bila doctor dah sampai, berapa kali teran je, Alhamdulillah Hana Humaira selamat dilahirkan. muka sebijik abang dia. hihi.

ok lah nak share gambar hana, gambar haris terkini dan gambar family terkini, hikhik. tapi banyak gile la, setahun lebih punya cerita kan. jangan muntah dah la yek.


my hana~


best la baby girl hehe mama seronok kerjakan baby girl ;p

macam grumpy. grrrrr. hehe hana ni dia suke berkerut


sedih sampai tertidur lepas kene cucuk kat klinik hehhe


macam abg haris kan?

berminat dengan rantai, kerongsang dan aksesories


hana ni lucu orangnya. tengokla dia suka gantung kaki dia lama2 mcm dalam gambar ni. terhibur mama


suka makan. memang senang eh jaga baby girl? ;p kalau bagi makan nganga je dia.



abang sayang la jugak adik dia. kadang2 macam memahami. kadang2 berebut mama jugak. especially masa tido. dua2 mintak ditidurkan serentak.



tengok tu dia usik adik.

pastu suka longgok mainan banyak2 depan adik, motip? pastu mama bising sebab lego kecil bahaya untuk fasa hana sekarang yang suka merangkak dan masukkan barang dalam mulut



gambar raya hari tu. gambar tak ikut susunan. ni gambar hana umur 5 bulan, atas tu gambar hana 8 bulan. lantak ;p


hana dah merangkak sekarang tapi sopan santun aje dia merangkak ;p


hana dah 9 bulan :) tapi gigi xdek :'D


abang haris yang dah pre-school. dah besar dah kan. next year 5 tahun.



haris dengan teachers

sport day haris

comel haris kat tengah bersama kawan2

gambar ni masa haris's school concert

comel haris jadi ikan. tapi bergosip masa buat persembahan. motipppp



graduation day. amik hadiah pun berlari, sooo kid~


mama nye dah gemuk sangat lepas lahirkan hana. dah cecah 60kg. sedih tak terkata. tapi Alhamdulillah fully bf lagi. sebab tu makan banyak :'D #alasan


hana ikut muka abi dia kan? pastu suka berkerut sangat 

ni masa  majlis akikah hana. ayu je hana




kuku? dimana kuku? ewaahh. di bawah siniii. hehehhee. Alhamdulillah kitorang ni baru je lepas 5th Anniversary. Syukur kepada Allah swt life kitorang ni happy2 je. hehe semoga berkekalan Aminnnn.


nak amik gambar ni kene tarik2 kuku siket. dia tu malas bergambo sikettt ;p

nak throwback gambar raya tahun lepas. masa ni belum ada hana lagi. haru gile susunan cerita entry ni kan. hauk bak kata tok ram



kurus laaa sebab lum bersalin kan hana lagi. sobbss

ok tahun 2015 balik ;p
I love my happy family ^_^


sayang kedua2nya ^^ tak boleh beza langsung. memang sama rata sayangnya. 
  
lovesss



cerita tentang kerja pula, ya, aku masih kerja di ukm, happy2 je dengan diorang ni. hehehe






hari2 bekerja jadikan pengalaman sebagai ilmu. jumpe orang2 baru di kursus pun jadikan sebagai pengalaman berguna.



Alhamdulillah. biasa2 je kehidupan ku. rakyat biasa sangat. tapi aku gembira bersama suami, anak2, ibuku, abangku, keluarga mertuaku, kawan sekerja dan rakan2.

selain itu, selalu berdoa semoga ibuku itu diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Arwah ayahku sentiasa dihati. selalu teringatkan arwah.

dah nak masuk tahun baru, berjela azam tahun baru ku. nak solat punctual, nak rajin bangun malam, nak buat side income, macam2 lagi la. harap dapat tunaikan slow2. azam tahun lepas ada 1 tu 60% je berjaya. harap tahun depan jadi la 100%. apa dia?? adalah hehehehheheheh. 

ok korang, dah pukul 2:23 ni. dd tamatkan disini dulu k. nanti bila2 kita borak lagi. tata korang.








Thursday, June 19, 2014

Semoga ayah bersemadi dengan tenang di sana

8 comments

Assalammualaikum wbt.. pada yang belum tahu, ayah kesayangan saya, Muhammad Rasul Low bin Abdullah telah pulang ke Rahmatullah pada Sabtu yang lepas (14 jun 2014) pukul 10:45 am di rumah Putrajaya..

Video simple ini saya buat semasa saya rindukan ayah..
Al-Fatihah..




 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez