dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Wednesday, November 1, 2017

Melbourne Winter Trip - Day 1 (Arrival & Mornington Peninsular)



Salam semua. cerita Melbourne bersambung kembali dari entry yang ini Melbourne Winter Trip :) 

masa dalam flight tak sedar dah pukul berapa sebab tidur2 ayam kan, tapi bangun awal sebab dia buka lampu awal nak bagi breakfast. masa tu nampak sunrise yang sangat cantik dari kejauhan. Subhanallah aku suka sangat dengan pemandangan tu, tak puas tatap lama2. 

macam ni je yang mampu capture. kalau tengok depan2 rasa nak nanges T_T 

tiba-tiba nampak sunrise kan padahal tadi baru je rasa malam. hari tu pernah tengok kat Instagram TripAdikBeradik, dia rakam siang dan malam bertemu. yang tu lagi la sumpah nak nanges tengok, aku play video tu banyak kali ok. yang rakam tu pun dalam perjalanan ke Melbourne juga.

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat teringin untuk explore semua kebesaranMu di dunia ini, semoga aku diberi kesempatan dan peluang untuk travel banyak tempat di dunia ini :)

ok sambung cerita Melbourne.

kitorang sampai di Airport Melbourne lewat sedikit, lebih sedikit la dari pukul 8:30am tu. 8:40 pagi macam tu kot. oh ya, Melbourne awal 2 jam dari Malaysia ya. sebab tu la 8 jam dari flight pukul 10:30pm adalah 8:30 am, bukan 6:30 am ;)

ok dipendekkan cerita, urusan arrival kitorang tak de lah berjalan lancar sangat :'D selalu baca pengalaman orang ke Melbourne kisah sangkut kat  kastam kan. kitorang kat kastam tu lancar je lepas je dengan senang dan jayanya., xde bukak2 beg pun walaupun kitorang banyak bawak makanan dalam bagasi. Asal declare, memang xpayah takut dan InsyaAllah takkan berlaku apa2. Tapi yang menjadi masalahnye, masa kitorang turun dari flight tu, anjing hitam yang kat airport tu sangat berminat dengan aku. duk pusing2 kat aku bau2 aku acah2 nak lompat kat aku. terussssssss family aku kena 'mark' dan dipanggil ke tepi T_T tapi jujur nya aku x adalah takut apa2. sebab bukan nya bawak benda terlarang pun. tapi blur blur juga la kenapa anjing ni suka kat aku T_T. kami ditemubual oleh pegawai sana dengan agak lama. Dia tanya tujuan datang situ, die baca itinerary kitorang, pastu tanya alamat homestay, pastu tanya kenapa pilih homestay tu, pastu die nak confirmkan yang kitorang ni memang akan balik Malaysia pada 14hb Sept (masa tu die minta tiket balik), bukan nak bekerja secara haram di Aussie tu. Semua kami jawab dengan lancar sebab tak ada apa yang nak disembunyikan. koh koh koh.

lepas selesai, pergi toilet tukar diaper Hana, bagi anak2 makan roti yang kitorang bawa bagi kenyang siket sebab diorang tido masa kitorang breakfast kat dalam flight tadi.

Morning Hana ^_^
Selesai hal toilet dan itu ini, kitorang pegi Information Counter untuk beli MyKi Card dan Tiket SkyBus. MyKi Card tu macam touch n go la konsepnya, nak guna masa guna public transport nanti. Skybus pula adalah bas untuk airport transfer, tapi SkyBus tak boleh pakai MyKi Card tau. 

Simkad Optus beli juga tapi bukan di Information Counter, beli kat booth dalam airport juga dekat2 situ. 

MyKi Card harga 6$. untuk topup kitorang amik paling sikit yang 10$ kot lepas tu kannn tak cukup masa hari ketiga :'D . padan muka :'D 

Skybus ticket masa aku survey harga dewasa 18$. sekali masa kat kaunter tu harga 19$ pula. ni website kalau nak tau fare dia ye --> https://www.skybus.com.au/fares/

Topup Simkad kitorang ambil yang 10$ je = 5 hari. yelah kan nak yang murah je, sekali hari ketiga x cukup kena topup lagi :'D dah kerja kau asyik transfer gambar download gambar, memang la tak cukup kan :'D

so last2 pukul 11 pagi lebih juga setel kat airport. lari siket la plan untuk hari tu. tapi x apa ok je.

Ayuh kita ke keluar dari airport. mula2 naik Skybus dulu untuk ke Southern Cross Train Station. keluar je dari airport, angin sejuk menerpa muka. omomomomo. Skybus ni kekerapan dia 10 minit. cepat aje. perjalanan ke Southern Cross Train Station ambil masa 30 minit.


dalam Skybus. Muka rabak habis sebab tidur2 ayam dalam flight kot. Hana pula kerja dia mengantuk je bila dah sampai ni. sedap kot kene angin sejuk. lepas tu taknak pakai jaket grrr
dah sampai Southern Cross  Train Station. Family ku yang berbeg beg dan 3 stroller
Letsss!


Southern Cross Train Station. Victoria Public Transport Interchange. ala2 macam KL Sentral la kan
Abi tengah pujuk dan pakaikan Hana jaket. Sebelum tu Hana x nak pakai.
Risau demam je nanti kalau tahan sejuk sangat.



masa ni tengah tunggu Kuku dan Abang selidik mcm mana nak naik train ke Springvale :'D sebelum pergi, aku dah study dah pasal train sikit2. faham kalau nak ke Springvale kena naik line 2. tapi bila sampai station sumpah jadi tak paham balik. haha. tapi kalau dah fahamkan cara train kat sini lepas tu mudah dah la :)

oh ya, kami tak menginap di hotel sekitar bandar pun. kitorang amik jauh siket kat Springvale. ibarat macam KL ke Bangi la gitu jauhnya. reason nye sebab homestay situ murah hehehe lagi pun kite bukan nak jalan2 dalam bandar je. jln2 dalam bandar sehari je. hari lain2 merata jalannye. hehe.


dalam train on the way to Springvale. 45 minit perjalanan.
Hana macam biasa, mata dia layu2, lepas tu tidur~

Dah sampai Springvale, kitorang tunggu kereta sewa sampai. Book dengan kakak yang duduk di Springvale juga. paling murah so far yang kitorang survey. Toyota Tarago/Estima with GPS, 1 carseat, 2 bolster = 80$ sahaja. 

dah dapat kereta nya, kitorang terus ke homestay di Springvale. check in awal hehe belum pukul 2 lagi masa tu. pukul 1 rasanya ;) letak beg aje, lepas tu terus pergi lunch, pergi Coles dan balik semula ke homestay.

Lunch di Bonfire Cafe. Restoran halal orang Pakistan rasanya. tengah lapar masing2. portion nasi dan roti nan banyak gile. tak habes pun walaupun lapar. tapau buat balik siket.sedap. roti nan tu anak2 suka makan. lega tengok anak2 makan sebab risau takut diorang lapar di negara orang.


Dalam pukul 4 petang lebih macam tu kitorang naik kereta ke Mornington Peninsular. kat Mornington Peninsular macam2 ada tau, tapi sebab plan dah lari siket, kita cuma sempat pergi ke pantai je. Plan asal nak jumpe kangaroo dulu kat Moonlit Sanctuary Wildlife Conservation Park. tak sempat dah la sebab tutup pukul 5.

Ayuh ke pantai~
Alhamdulillah anak2 dengar cakap untuk duduk dalam carseat dan bolster :'D Hana paling mama kagum :'D terharunya. yelaa kat Aussie ni mana boleh tak duduk dalam carseat, nanti kena saman..


kat bawah ni gambar2 kitorang kat Mills Beach, Mornington Peninsular.  kitorang tak pergi Brighton Beach yang glemer tu pun, kat Mills Beach pun ada colorful hut tau ^^ Abang Julian yang duduk di Melbourne yang cadang untuk datang ke pantai di area Sorrento beach (Mornington Peninsular) sebab lagi cantik dan tenang compare to Brighton Beach yang katanya ramai sangat tourist dan pantainye kurang cantik siket. Kitorang ikut je lah kan cakap orang local hehe.

tapi memang cantik dan tenang pun. teringat2 pula.

Hana buat peacee V
banyak siket eh gambar mek ni. Haris banyak dengan Daddylong dia dan Danish. tu yang tak banyak gambar dia

ceria Hana



tak ramai orang ^^ tenang je.

haa ada pun Haris! ;)
Haris, Danish n Hana. sepupu ;)


dengan ma tersayang ;)


nekma suka sangat hut yang gambar ikan ni


seronok bermain di kawasan yang tenang ini. ^^
berjaya capture sunset! 


lepak sini sampai senja. menikmati keindahan sunset. pukul 6 dah nak gelap dah.
Janji dengan Abang Julian nak dinner sama2 pukul 7:30 malam. Pukul 6 lebih kitorang gerak pulang ke Springvale. dalam 1 jam juga. Abang Julian ni siapa pernah baca blog ni tau la dia anak kepada arwah ayah aku. Anak sebelum ayah aku convert ke Islam. Abang Julian dan abang2 kakak2 yang lain semua baik2. walaupun Arwah dah tak ada, tapi kitorang tak de lah lost contact terus. :)

Kitorang makan di Kebab Joint. Abang Julian yang pilihkan tempat ni. Dari zaman duduk kat Malaysia dulu memang Abang Julian dan abang kakak yang lain jenis alert dengan halal tak halal ni kalau makan dengan kitorang hehe selalu diorang akan carikkan kedai halal ;)









kebab n fries. 
dessert




Abang Julian, Kak Florence n their daughter Jessica ;)

kitorang borak2, lepas tu pulang ke homestay, rehat dan tidurrrr ;) sejuk gile ok. kitorang 1 family (aku kuku haris hana) last2 pindah tidur kat living room yang ada warmer :'D suhu malam2 single digit ok. brrrr

bersambung~




0 comments on "Melbourne Winter Trip - Day 1 (Arrival & Mornington Peninsular)"

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez