dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 3, 2012

You are the best thing i ever had in my life

0 comments


- umur haris dah setahun sebulan. seronok tengok perkara2 baru yg dtg dari haris hari2. hihi.

- haris tgh tatih2 lagi. comel sangat. tp masa nak galakkan die tatih untuk sampai ke destinasi tu kene agah2 hulur tangan nak sambut atau umpan dengan henfon la hee hee

- berat haris 9.7kg. selagi normal, mama dan abi sangat hepi dan bersyukur. walaupun berat dan padat ;p

- haris suke makan. sukeee sangatt. dah jadi macam mama lak kadang2 kene ada kudap2 bile waktu bukan makan nasi.









suke nooo ngan biskut


lepas tu kalau tengah makan mesti nak suap mama jugak, nak mama makan sekali ye. biskut bolelaa laagi, tp kalau bile haris suakan botol susu die kat mulut aku masa die tgh nyusu pening aku camne nak tolak, haha. "xpe haris xpe2 haris minumlaa susu ni, mama xpee da kenyang"
hee hee





haris dan sebatang kentang. xleh byk2, ada msg. gambar lama ni, skg weols betul2 da boikot mcD huhu.

- haris suke menari dan menggoyangkan badan mengikut rentak lagu. paling dia suke lagu anak kampung dengan lagu cukup cukup suda (cite julia dulu). kadang2 dlm keta kalau lagu rancak, haris ala2 head banging kan kepala dia, adoi.


- Subhallah. Salah satu perkara yang membuat aku takjub dan tertunduk dengan kebesaran Allah adalah setiap kali azan berkumandang di TV, haris akan menghentikan aktiviti yang dia tengah lakukan dan bergerak ke TV untuk mendengar azan.


mainlah camane pun, tapi kalau dengar azan mesti Haris berhenti. :')


khusyuk tengok dan dengar Azan.




 macam semalam masa kat dapur, haris tengah seronok main2 sepahkan kabinet dapur. pastu azan berkumandang di TV 9, terus secara otomatiknye haris duduk dan merangkak ke riba aku. lalu aku dukung dia dan bawak pergi dan letakkan haris di depan tv. 

Allah Maha Besar. 



habes je azan, haris sambung main.giteww


check minyak kereta ke sayang hee hee


repair keta hee hee hehe gamba2 ni bercampur aduk ni, tetibe gambar botak kan. gambar atas ada rambut.hee hee


- aku pernah cite x yg haris xsuke minum air masak? dia suke susu je. tapi sekarang haris dah bole layan air masak semenjak ada botol air.



sebelum umur haris setahun, abi dia dah ajar haris minum sedut pakai straw. bila haris dah pandai, terus belikan die botol air ni untuk galakkan die minum air masak. hehe alang2 suke sedut air, haa sedut laa air masak tu ;p so skg dah jadi tabiat laa lepas makan nasik kena minum air masak dalam botol ni.




- perangai yang xdpt dibuang oleh aku dari zaman belajar dulu adalah suke agah2 muke org dengan ais/benda sejuk/tin sejuk/air sejuk. lepas tu pappppp lekap kat pipi org, pastu gelak2kan org tu ;p


ni contoh muke ayah sendiri jadi mangsa kene air sejuk anak die ;p
selain suke buat kat kuku (lepas tu kuku balas dendam lg teruk wuwuwuw), suke jugak buat kat haris walaupun haris kecil lg ;p

tapi serius comellll klu kenakan haris ;p tih tih

dan yang paling kelakar sekarang haris dah tauuuu aku nye tabiat tu.. so bile aku nak agah2 die dengan ais sejuk mesti die kebelakangkan muke dan mata kedip2 laju2 tanda takutttttttttt, ahahahah rolling on the floor leh bayangkan x rolling on the floor

huhu so kiuttt, memang terhibur sangat. memang xjadi nak buat kat haris bile tengok aksi mata die kedip laju2 tu ;p siap kebelakangkan muke tu yg xtahan tu ;p
naseb laa haris dapat mama camni ;p mama cam budak2 ;p acanerr tu johan


oklah panjang pulak update pasal haris hari ni.






anak mama yang dikasihi,
 I love you more than you will ever know...  :'|





Thursday, November 29, 2012

celoteh dd

2 comments

- mataku bergenang masa tengok Adam & Hawa tadi, bole? malu ok nak nanges dalam opis hahaha. tp lum nanges lg. memang mata berkaca2 masa part ain salam mak am dan salam am dengan penuh keinsafan. ain pun nanges sampai merah2 muka mintak ampun kannn. motip iols feeling2 gitu. nasib baik xde sape lalu dpn partition td. klu x malu laa iols.


- "maafkan aku, mengganggumu~~~~.." haha asik duk ulang2 hari2 tengok video jozan yg johan jadi awie turolling on the floor tengok banyak kali pun mesti gelak part awie menyanyi tu rolling on the floor walaupun dah ada episod lain,tp aku still nak tengok lawak yg ni. yg minggu kedua nye x bes sgt ;p



 hoii tengok banyak kali pun aku bole terhibur lagi. tapi tgk part menyanyi je la. johan ni kelakar la.

hari tu di kenehingan kesunyian waktu lunch, terdengar kawan opis 'T' gelak terbahak2 sampai org tertanya2 die ni gelak pasal apa, pastu dgn kitorg gelak2 sekali sebab dgr die gelak sebab die gelak memang mengundang org lain untuk gelak, ingatkan gelak pasal apa,  rupe2nye die pun tgh layan video ni hee hee

 - aku memang mudah terhibur. mudah sangat2. tengah nak solat ni, kuku dan haris gi berbaring kat tepi katil sambil pandang aku (kuku pulak pergi goyang2kan kaki die), terus aku gelak, bole? padahal nak solat ni. teruknye. teruss aku terbalikkan diorang suruh pandang tempat lain. jangan pandang aku solat. muke haris dah la kiut. muke die nak memahami apa yg aku tengah buat lagi laaa kiut. camne nak tahan.


- aku pakai tau felinna inchloss tu. sapu pagi2, tapi smpi ke malam rasa berangin kat tmpt sapu tu. lama nye die bekerja bakar lemak ek. malam2 tengah bg haris mkn tetibe rasa panas2/berangin kat tmpt tu, hihii tetibe je. pastu lepas pakai mesti asyik rasa nak terpoopoo je. tp bukanla cirit. die buang lemak ke ape eh? sapa bole jawab soalan aku. tapi aku xtau ada penurunan berat badan x sebab aku mmg dah lama x timbang lepas frust dengan kegemukan selepas bersalin. org duk ckp aku x gemuk x gemuk, tp dari segi saintifik dan matematiknye aku memang dah gemuk ok. kuku pun ada tegur2 ;p


- aku xjual tau felinna tu, tapi kawan aku jual. nama die Ummu Athiah. murah lak tu die jual.
so sape nak beli Felinna Inchloss dengan harga RM 73 sebotol atau 2 botol dengan harga RM 120(+ RM6 postage) je klik  sini ;)


bye


Wednesday, November 28, 2012

kursus yang best

7 comments
Salam.
ok iols baru je masuk opis hari ni. sebab 2 hari semalam pergi kursus. nama kursus tu Kursus Pengurusan Masa, tapi banyak sangat aktiviti dan dapat hadiah2.

 penceramah kitorang kann laki tau, Encik A, tapi dia bahasakan diri dia "ahkaaakk" .. hee hee 
kau ada? crying

kusus tu memang bes, sebab die dengan isteri dia suke cerita pengalaman masing2, org dah byk makan garam kan, so banyaklaah cerita2 kehidupan ni...pastu "ahkakkk" sangat suke buat lawak.

aku memang xde tertido pun, hiu2.

yang paling penting banyak sangat ilmu dan pengajaran yang aku dapat dari kursus ni. ada yang aku muhasabah diri dan nak ikut nasihat diorang. memang terpengaruh jugakla dengan kursus ni. paling aku ingat adalah pasal tido. contoh klu kite sehari tido 8 jam kan. let say kite hidup untuk 60 tahun. cube kira berapa lama kite dah tido? 20 tahun uolssss semata2 untuk tido jek. haishhh.
so kurang2kan laa tido ye. buat perkara yg lebih bermanfaat. lagipun dalam Islam xdepun cakap kene tido 8 jam sehari. omputih je cakap cam gitu. tido 5 6 jam ok daa. tapi terpulang laa pada masing2 kan. kalau xmampu xyahlah. tapi bg aku 20 tahun tido tu lamaaaaaaaaaaaaaaa nyeeeee.



muka ceria pegi kusus. eh nape lengan dd nampak besar? ooo sebab duduk sebelah kak yanti yg kurus kotcrying (monolog jaga hati sendiri ;p)



alice dan kak ain
makanan

kitorang ada 4 aktiviti. dan setiap aktiviti tu kalau menang dapat hadiah. hadiah ada banyakk sgt kat meja diorang sediakan, kitorang cume pilih je nak hadiah apa hehe.



aktiviti pertama dia bagi kain felt, suruh setiap kumpulan buat apa2 menggunakan kain felt. kumpulan kitorang buat henbeg kecik ni. dapat hadiah untuk rekaan paling berseri dan kreatif.. berseri dan kretip kewwrr? ;p tddmka ;p

masa presentation adalah sangat lawak sebab setiap kumpulan die punye presenter lawak abes. kebetulan 3 lagi kumpulan pun buat henbeg tauuu, motip sgt. so masing2 cakap laa henbeg masing2 paling bes sebab anti-peluru laa, anti-ragut laaa, henbeg bole cas henpon laaahttp://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/20.gif

 nak nanges aku sebab kelaka sangat, siu siu.



masa amik hadiah, nampak ada kereta mainan, so aku amik keta mainan laa untuk haris. xnampak dah hadiah2 lain ;p hehehe


aktiviti kedua kene buat sandwich dan plating. disebabkan aku ni kaki tengok masterchef memang aku bagi idea masterchef abesssss katttt  kumpulan aku. dengan sandwich bertingkat2, pastu balut roll sandiwch pakai kulit timun, hehe sume pun aku dpt idea dari masterchef. 


last2 kalah sebab kulinari sngat2 ;p skemaa kowttt cam serius2 gitu hidangan kitorg. yang menang tu yg comel2 ada gelas dlm pinggan, ada payung haha mcm2.


aktiviti ketiga buat menara menggunakan kad manila. yeyy menang dapat no. 2 walaupun x cantek sgt menara kitorang. sebab menang? sebab menara kitorang ada penunjuk kiblat kat puncak menara, pastu letak mesin air gedegang kat tingkat bawah menara, hahaa kau ada? ;p pastu ada pokok ada kereta. cume xletak org jek, penceramah kata kalau dlm bidang arkitek klu kite buat rekaan kalau xletak orang boleh dpt markah kosong, gitu.

 aktiviti terakhir kena buat bakul menggunakan suratkabar. kumpulan kitorang menang dapat no. 1 heee


gubahan2 bunga menggunakan tisu sebabkan markah lebih ;p alaaa kitorang gugel ngan youtube je, ekeke.

 untuk hadiah2, aku amik lori ngan bas mainan pulak.

 



motip sume hadiah pun amik untuk haris? hehehee xde amik untuk mama pun


kelaka, bile balik rumah je ada je aku muncul ngan hadiah mainan haris. semalam bawak balik kereta mainan, hari ni lori dengan bas pulak.


terus kuku tanya "awak ni pergi kusus apa sebenanye?" hee hee




note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? 2 botol RM 120 je surprise klik sini ;)

Thursday, November 22, 2012

5s lah kiteww

11 comments
biasa kan dengan 5s? kalau yang keje sektor government rasanya biasa dah dengan term 5s ni, cume ada yang apply ada yang x je hihi.

cam tempat aku keje ni, memang apply sesangat, ada audit sume2. macam hari ni, ada audit dalaman 5s, so gigihlaa kitorang kemas2 partition masing2 supaya xdapat markah rendah dan xdapat sticker ala2 sticker warning gitu.

ok untuk yang xtau 5s tu apa, erm jap epe ekk. malas pulak nak gugel hahahaha 5s tu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

die macam nak kite jadikan tempat keje kite ni persekitaran yang berkualiti la. macam xde barang2 yg x penting, barang2 diletakkan tempat yang betul, x bersepah. jadikan dia berkualiti sangat macam contoh ada kawan kite nak pinjam selotep la kan. "dd, nak pinjam selotep." dalam masa 1 saat aku dah bagi dah selotep tu kat dia. pantas x ;p sebab selotep diletakkan di tempat yang berlabel. so xde laa kite nak bukak laci tu bukak laci ni cari selotep, terus jadi 5 minit. gitu


"dd, nak pinjam fail sistem dot dot"

zappp zapppp "nahh ini failnya".. sekelip mata fail tu dapat diberi sebab fail tu senang kite nak cari, ada label, nombor dan reference. so xdela nak terbongkok2 dan angkat2 kertas tu kertas ni cari fail berkenaan ;p

haa berkualiti x ;p


ok so sempena ada audit hari ni dan aku pun dah kemas2 meja dan laci aku ni, so nak share gambar.

tp seriusly klu dibandingkan dengan kawan2 yang lain, laci aku biasa sangat. x secantik dan sekreatif diorang.

ini adalah laci, labelkan yg mana letak alat tulis, recycle paper dan peralatan





laci alat tulis saya
kitorang diwajibkan untuk buat partition dalam laci. tujuannye untuk elak barang2 tu bergerak sana sini, tapi walaupun aku dah buat partition, alat2 tulis aku still bole bergerak jugak sebab alat tulis aku sikit rolling on the floor

motip sangat alat tulis aku sikit kan, kui kui. nak tengok contoh opismet, kak hasnah punye?


haaa cunnn sangattt kak hasnah punye, memang byk partition dan alat2 tulis x bergerak
hee hee jauh beza dengan aku punye
hee hee
ni ada siket lagi alat tulis aku hee hee

nway kitorang wajib kene labelkan setiap ruangan alat tulis tu.



ok seterusnya adalah laci yang berlabel Recycle Paper

aku dividekan recycle paper kertas A4 dengan sampul2 surat. nak buang sayang, leh je guna balik



nak tengok laci Peralatan aku??

ada CD je.laughing yang lain sume dah SISIH. tinggal ni je. hee hee


meja belah kanan aku. ruangan peribadi kitorang xleh letak keychain lebih dari 3. tsk tsk. so keychain2 lain aku simpan dalam bekas lain. gambar x sure bole letak ke x, klu bole nak letak gambar haris. nota2 pun xleh tampal tau melainkan nota tu adalah tulisan komputer, bukan tulisan tangan. dulu penuh nota tulisan tangan aku kat dinding, sume dah kene sisih


oh jangan sisih kipas USB saya tu ye, berguna kalau tiba2 aircond x berfungsi



oh rupe2nye alat2 tulis aku byk kat sini hee hee sebab tu laci tadi kosong hee hee


fail2 untuk buat rujukan keje (bukan fail projek, fail projek kat rak fail yang khas). nomborkan, labelkan dan pastikan ada reference


nota2. hehe nampak comot ada kertas2 UAT dan pengujian yang belum sempat difailkan


Rak peribadi

apa yang ada dalam rak peribadi?



laci peribadi punn kene ada partition2 gak, kalau x nanti dapat sticker warning



pantry ;p




dan akhir sekali devidekan tempat letak payung dan souvenir2

ada ofismet aku kan, kelakaa sangatt.. dia laki tau, dia xnak buat partition2 ni, demi nak elak diaudit, last2 die pegi sorok laci dia rolling on the floor sekarang partition dia x de laci crying kelakar sangatcrying

oklah tu je. nex time aku nak upload gamba2 5s dari partition kawan2 opismet yg lain. diorang punye gempakk giler... aku x kreatif so, biasa2 aje la. asal x tolak markah je ;p

ok bye2 uols. jap lagi audit, xtau laa kene comment apa hihi.


ok korang ada tugasan sekarang. nak tag kat sume yang baca ni sila tunjukkan gambar meja keje korang. hew hew hew

note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? klik sini ;)

Wednesday, November 21, 2012

aku yang berfikiran sempit ke ek... :(

14 comments

aku skang dah jadi ibu2.. so blog2 yg aku baca memang kebanyakan memang dari golongan ibu2 laa.. dan kebanyakannye diorang batch macam aku jugak, baru jadi ibu.. 

tapi sebenarnye.. hrmm cane ek aku nak ckp..

ada beberapa perkara yang aku x sependapat bile baca entry2/comments yang bersungguh2 mereka tegakkan..

tapi aku xkan taip kat sini la.. i will keep it to myself..

tapi skang aku rasa aku xde geng, kenapa aku rasa aku sorang je rasa kurang selesa/ segan dengan apa yang diorang utarakan dan gambar2 yang diorang publish.. aku ni kampung sangat ke.. contohnya gambar "ibu sedang dot dot dot.." ....dan gambar "ibu tengah dot dot dot.." (ada 2 jenis gambar sebenanye).. memang xpernah terfikir dibenak ku untuk upload dan tayang kat orang... walaupun "elok je gambar tu, bukan nampak apa2 pun....."

aku xtau korang dapat paham ke apa yg aku sampaikan ni... tapi aku harap korang x paham laa hahaha sebab aku x nak kene bantai... aku x nak kene bambu dengan orang ramai/geng2 ibu dengan apa yang aku rasa ni..

tapi sungguh, aku rasa segannn................ naturally perasaan segan tu timbul.. terfikir jugak adakah jantina lagi satu kalau baca/tengok gambar macam tu akan rasa segan2/xselesa x? ke x kesah.. hee



aku terbaca comment sorang ni macam marah sebab kawan die biseng2 tegur ada org upload gambar macam tu... terus aku rasa sentap, sebab aku pun sependapat ngan kawan dia... so aku terasa "dimarahi" oleh pengcomment tu..

tapiii aku memang xsependapat, aku memang x rasa gambar macam tu perlu diupload...tapi kalau ikutkan, suka hati diorang la kan nak upload kat fb atau kat blog.. tu page diorang.. tapi itulaa, kite yang terpandang ni rasa segan.... kalau dd la kan, gambar macam tu dd simpan as private je.. :(

aduhhhh.. aku ni berfikiran sempit sangat ke.. kecik ati klu aku sebenanye ketinggalan zaman sangat.. duhhhhh.. tapi itu yang aku rasa,.. aku harap korang xkan paham sampai bila2 apa yang aku ckp ni,
sebab aku memang x nak org paham, aku x nak orang pandang serong kat aku.. 


walau bagaimanapun, style aku, aku akan hormat orang lain, aku xkan comment atau tegur apa yang orang lain rasa die buat tu betul. jadi ibu2 sekalian, teruskan lah jika rasa apa yg dibuat itu betul.. lain orang lain pendapat kan :) aku paham... lagipun yang penting suami korang xkesah..


jangan sms aku tanya apa aku cakap ni tauu... xyah teka2.. aku cume lega sangat dapat luahkan dalam blog..

bye

-aku ibu yang konservatif rupenye (-_-")


hrm bak kata yana, entah2 orang lain pun ada yang x selesa dengan apa yang kita tengah buat hihi. tah2 ada je kot yg dd buat org lain xselesa, who knows :)
give n take gitew




note : nak beli Felinna Inchloss dengan harga bes? klik sini ;)
 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez