dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 27, 2012

bila waktu telah berakhir

10 comments
lagu ini sering bernyanyi di fikiran dikala ku teringatkan arwah.. 



walaupun memori yang aku ada bersama abah cuma sedikit sahaja, tapi akan ku kenang sehingga bila2.

2 hari sebelum permegian abah, aku dan keluarga datang menjenguk abah yang sakit di rumah. masa tu 2 Syawal. selepas pulih dari kanser pankreas, pelbagai penyakit yang lain datang pula sehingga abah x bole berjalan. mungkin kesan2 dari kanser tersebut.

semasa kehadiran kami, abah tidak henti2 mengalirkan air mata sambil mencium2 tangan aku bagaikan terlalu rindukan aku. semasa kuku salam abah pun abah menangis lagi. abah sangat sukakan kuku. dari saat aku berkahwin dengan kuku, abah kerap beritahu dalam msj yang suami aku orang baik. masa aku melawat abah pertama kali di hospital, masa tu kuku kat luar hospital jaga haris. abah tercari2 mana kuku. lepas tu abah sambil bergenang air mata abah asyik cakap untung diana dapat khairi, baik budak tu, baik betul dia, lepas tu abah nanges teresak2. mungkin abah fikir kuku dapat menjagaku dan menyesal kerana tidak dapat menjagaku. mungkin juga abah teringat jasa2 kuku pada beliau semasa abah hadir ke perkahwinanku di banting. masa tu, abah nak balik dari terengganu, dah on the way pun, sampai dengkil dah pun. aku dan kuku pula sedang sibuk melayani tetamu. pengantin lah katakan. mmg busy betul. dan tiba2 kereta abah rosak di tengah jalan, masa tu abah dan isterinya dan 7 org anak kot.. abah tiada siapa2 kenalan di selangor./kuala lumpur. abah datang KL semata2 kerana aku kawen. lalu abah menghubungi aku, dan meminta tolong. walaupun rasa serba salah dengan tetamu yang ramai dan beberapa kawan kuku yang belum sampai, aku dan kuku pergi juga ke tempat kereta abah rosak. masa tu ada kawan2 yang teman juga, dan x terkecuali, Fuad Topa, photographer kitorang. sampai skarang kitorang rasa terhutang budi ngan fuad topa ni sebab dia banyak tolong kitorang+abah masa tu. dia bukan sekadar photographer. walaupn kami baru kenal, tapi dia seorang kawan yang baik. x kan kitorang lupa jasa dia sampai bile2. mungkin begitu juga dengan abah. abah rasa terhutang budi dengan kuku sebab dengan berbaju pengantin kuku tolong jump kereta abah. bukan sekali kereta abah terbehenti. dah berhenti, berhenti lagi. ada 3 checkpoint kot. siap ada kawan kuku yang nak jumpe pengantin terpaksa datang ke tepi highway semata2 nak jumpa kuku. sampailaah kuku gi cari bengkel. masa tu hari ahad. mana ada bengkel yang bukak area dengkil tu. syukur kuku terjumpa juga satu bengkel cina masa tengah gi cari sorang2.setelah setelkan abah dan kereta di bengkel, ada lagi satu masalah.. xperlulah aku cerita di sini, tapi yang itu pun kuku tulung.. mungkin sebab itu abah menanges teresak2 bile sebut nama kuku di depan aku, abah fikir aku dapat orang yang baik untuk menjaga aku dunia akhirat.


selepas aku dan kuku, abah panggil ayah untuk dekat dengan abah pula.. masa tu abah masih mengalir air mata.. abah genggam tangan ayah sepanjang masa.. lama.. memang x lepas.. abah sangat sukakan ayah, sebab ayah baik.. kemudian giliran ma, abah berkali2 meminta maaf dengan ma.. ma cakap perkara yang dah lepas toksah laa ingat lagi, ma dah maafkan semua.. 

entahla, kalau diingatkan momen masa tu, aku terasa macam abah macam dah tau dia akan pergi.. aku menyimpan angan2 untuk datang lagi dan menjaga abah untuk sehari.. tapi belum sempat, abah dah pergi dulu..


Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa abah ku Ya Allah, kasihanilah abahku dan lindungilah abahku Ya Allah..Masukkanlah abahku ke dalam Syurga-Mu dan lindungilah abahku dari seksa kubur atau seksa api neraka Ya Allah..









Raya 2012 - gambar2 raya

2 comments



gembiranya haris bila dapat duit raya, lepas tu bawak masuk mulut. kof2. amboi penuh kocek dia.



our little family!



ayah, ma, dd+haris, kuku. haha kenapa gambar keluarga ni macam gambar x siap jek



alang2 beraya kat pasir puteh, jom kite pegi beraya umah rosa di Macang. dekat ajee


kerlass jumpe ros di hari raya pertama







hik2 baju melayu haris, nekma yang jahitkan tapi butang dah tertanggal. seksi haris i~


raya kedua =)


beraya di rumah seni @ Marang. masuk usia 10 bulan, haris makin x mau ngan orang lain.. nak melekat ngan mama dia je.. adehh


mama dan haris di rumah seni



haris duduk leklok2 ye di rumah org :)












raya 2012 - Al-Fatihah

8 comments

Salam hari raya semua :)

raya kali ini aku sambut dengan sederhana saja.. kerana pada Syawal ini aku telah kehilangan Seseorang.. Seseorang yang sudah ku mula sayang, Seseorang yang aku telah mula ambil berat, tapi Beliau telah pergi meninggalkan aku..... Al Fatihah.. aku memang sedih, sehingga sekarang aku terkenang2 kan beliau, terbayang2 air mata beliau, terbayang2 tangisan beliau yang terlalu menginsafi apa yang berlaku dan berulang2 memohon maaf, terbayang2 genggaman tangan beliau yang kuat yang dipenuhi janji2 ingin membawa aku berjalan2 jika beliau sehat kelak.. aku terbayang wajahnya.. wajahnya yang sedih sambil berkata dia xdapat nak bagi aku apa2.. padahal aku x kesah pun semua tu.. wajahnya sering bermain2 di mata aku sekarang.. sebelum tidur, bangun tidur.. wajahnya x lekang dari fikiranku..

abah.. :( semoga roh abah tenang di sana.. :'( diana x de marah abah apa2 pun.. terima kasih sebab jadi wali nikah diana.. terima kasih sebab sayang diana.. terima kasih sebab abah, diana hidup di dunia ni.. :'(

Abah meninggal dunia pada 4 Syawal.. betul2 2 hari selepas aku melawat beliau di rumah di terengganu.. Al-Fatihah..


gambar2 raya akan menyusul kemudian..

Thursday, August 16, 2012

ucapan raya dan menu raya

3 comments

esok aku dah mula bercuti.

Selamat Hari Raya pada kawan2 semua :D tahun ni xde kad raya tepek kat blog macam sebelum2 ni. xsempat nak suruh hasni atau kuku buatkan. motip dd x buat sendiri?

minta maaf ye kalau ada tersalah kata dalam penulisan di blog ini.

tahun ni pertama kali beraya dengan ada haris. excited uolss.

oh hari tu kuku tanya kalau kat kampung kitorang kat pantai timur ni raya makan apa. oh inilah jawapan penuhnye ye kuku~~~


1) menu wajib : nasi minyak. sedapnye~~


2) menu wajib kedua : ketupat yang bentuk segitiga



3) ketupat tu makan dengan rendang ayam



4) atau rendang daging. i x minat daging~




5) kalau balik gombak, ma makan dengan ikan goreng panas. haha sedap gak




 6) sate dan nasi impit pun mesti ada!






7) lemang juga menu wajib! motip sume pun wajib haha



8) dan last sekali. air sejuk2 hihi


melepaskan ia pergi

2 comments



pagi tadi jumpe bos.. then secara personal aku bgtau die aku x terima tawaran SPA tu, aku nak stay sini je.. kire bile dah bgtau tu, secara rasminya keputusan aku dah dibuat. no more dilema sebab dah ada kata putus.

lepas cakap tu rasa lega. lepas ni xyah fikir2 dah. disamping itu, ada juga rasa 1 perasaan. bukan perasaan sayang melepaskan jawatan tetap, tapi perasaan siu siu siu~~ camne ek nak cakap, angin kosong berlalu pegi selepas aku beritahu keputusan itu. aku rasa seperti "betapa keadaan dan masa bole merubah seseorang itu.." .. sebelum ni aku nak sangat keje government, nak sangat nak sangat. first time interview aku gagal. 2nd interview baru jadi calon simpanan. dan sekarang dipanggil. tapi masa dan keadaan aku sekarang menyebabkan aku melepaskan ia pergi. betapa anak ini penting sampai satu keputusan yang mengejut telah dibuat.

haris~~ mama x kan tinggalkan haris :( mama xnak ambil risiko untuk sesuatu yang mama xpasti disana bagaimana dan dimana penempatan. * lagi satu x berapa suke dengan jobscope sana ;p


lepas dah bagitau bos tadi, terus bos nak antar aku kursus seminggu di INTAN. xpe, no hal, x kesah ulang alik hari2 walaupun jauh. hihi. untuk 1 malam pun aku xsanggup berpisah ngan haris, gewdix sungguh.


lately ni aku macam makin garang. kuku lebih penyabar dari aku, xpernah nampak die garang2 dgn haris. tapi aku makin garang. garang2 manja. garang sebab haris xmo dengar cakap mama :p padahal haris tu kecik lg mmg la xpaham apa mama die bagi dan xbagi ;p tapi nak ter'garang juga. kadang2 bile kuku belum balik umah, aku nak wat keje kat dapur angkut haris sekali ke dapur. tapi haris suke berpaut pada rak pinggan mangkuk pastu kasi goncang2. mana laa aku x bebel ;p kang klu periuk2 jatuh atas haris camane? alahaii haris haris~~ ;)

lepas ter'marah haris mesti cium kepala haris banyak2. sayang oh~~~

kias

5 comments

baca blog kak Di pasal Kias Ramadhan - Malaikat Siber, teringat yang aku tengok semalam. aku tgk tau Kias Ramadhan, masa tu tgh iron baju, sambil2 layan. last2 baju x teriron, ternganga je aku tgk tv. terfikir "macam ini punya olang pun ada ka"

dia pasal si gegirl ni.. tengah jalan2 ngn kawan die kat bintang walk kot, tapi die update twitter tulis lebih kurang macam ni "baru lepas terawih kat masjid.. sekarang nak berwirid pula".. bole?

pastu kawan die marah laa nape die tipu tulis status mcm tu.. pastu die kata sebab bakal mak mertua die, bakal adik ipar die sume follow di twitter, so die kene tunjuk baik..

pastu masa berbuka puasa ngan bakal mak mertua die, dah habes makan mak die macam nak cepat2 gi solat mahgrib la.. pastu die cakap camni "bole x nak pinjam telekung mak. telekung yang sy bawak selalu tu dalam henbeg lagi satu"... @^&%&#!! terus tunang die buat muke "derrrr~~""

pastu esoknye pun macam tu.. die tipu status lg konon2 die tengah beribadah.. ada sekali tu pukul 5 pagi die update status cakap die solat tahajjud... terus kene comment gelak dari bakal adik ipar die.. "solat tahajjud pukul 5 pagi? LOL"

malu gile die. terus nak cover malu dengan update status lagi "tengah baca Al-Quran, last juzu'"

padahal die tengah shopping baju dengan kawan die. gile ke hape hahaha


pastu esoknye masa tengah shopping kasut ngan kawan die, die tweet "terawih di 10 malam terakhir Ramadhan.. nikmatnyaa.."

mak mertua die baca laa tweet tu ngan adik die kat henpon, suke la mak mertua die kan.. sambil2 tu mak nye tengah nak shopping kasut, masuk kedai kasut. sekaliiiiiiiiiiiiiiiiii ternampak bakal menantu die yang konon2nye tengah terawih tu..

muahahaha pucat gile muka gegirl masa tu..


xpaham betul aku.. macam ini punya olang pun ada ka!! nak tipu pun x agak2 khannn ;p  xbleh blah betul status die tu.

even kalau betul pun, perlu ke nak canang2 kite pegi beribadah :)


oh nway aku xpun xtau nape rajin pulak aku cite kat blog, haha.. nak buat keje tp mood ke laut.. acaner tu johan?


note :  tahun ni raya kat Kelantan umah maksu. bertolak hari sabtu ni. jem x ek?? ramai dah balik hari kamis dan jumaat kan ;p sabtu x jem la kan ;p

Tuesday, August 14, 2012

cerita tentang puasa pulak

4 comments



- tahun ni puasa kitorang agak sempoi. makan kat luar baru 2x je. yang lain2 sume masak kat umah atau makan kat umah mak atau makan kat umah ma. lauk yg kitorang masak pun simpel2 ikut apa yang sempat je. macam semalam, kuku buat ayam masak black pepper sbb aku tingin pulak makan ayam black pepper. pastu xsempat masak sayur, kuku buat telur dadar jek.


- kat luar pernah makan Kenny Rogers ngan geng bandung (ezan ros izuan), dan baru2 ni makan kat The Manhattan Fish Market ngan kawan2 upm kuku yang aku gelarkan geng gagak putih. acara tahunan geng dorang ni mesti ada berbuka puasa bersama2.

- kat bawah ni gambar2 haris masa tunggu untuk berbuka di The Manhattan Fish Market. oh ye kat sini, aku dan kuku makan byk pulak. siu siu. kitorang order fish n chip, cheesy fries, spageti seafood, crabby marinara, creamy mushroom spageti dan abang manhattan tu bg free mushroom soup. hik2 motip makan byk jenis spageti? hak hak. disebabkan aku dah x update blog tegar macam dulu, so satu jenis makanan pun aku x hamik gambar. adoii nyesal pulak.


kat luar The Manhattan Fish Market @ Alamanda. haris tengah tengok tasik



tepuk2 meja



kaco auntie ros yang tengah tengok menu. hiu hiu


nak kaco sapa lagi ni

masa tunggu berbuka haris aktif. masa kitorang berbuka dia tidur suda~~


- dah ada haris ni, masa berbuka aku kena bg die apa2 barang dapur untuk dibuat main. haha so haris layan laa tuperware ke, cawan plastik ke, sudip ke, jag ke ape ke sementara mama dan abi nak berbuka. kerlass tak barang mainan haris?? tapi kalau die dah busan, aku stop kejap la makan. hihi



- masa sahur aku selalu rasa ngantuknyeee ngantuknyee nak panaskan lauk atau nak masak. tapi sebenarnye moment sahur ngan kuku lah yang paling sweet kalau nak diingati semula ^_^ wink* wink*

macam pagi tadi sahur aku kronik. aku memang ngantuk dari semalam sebab tido lambat pastu haris tido x lena sebab die batuk2 skang pastu nanges sebab sakit tekak kot. so aku byk jaga la dari tidur.

bangun2 sahur pagi tadi terdengar bunyi gas dibuka dari dapur. laaa motip kuku bangun awal siapkan nasik lemak? haha. selalu aku yang kejutkan die bangun, tapi pagi tadi terbalik pulak. even masa makan sahur pun mata aku duk pejam, sumpah ngantuk!!!!!  masa makan tu berapa kali peha aku kena tepuk kuat ngan kuku sebab tertidur masa makan hew hew hew. bila ingat balik kelakar pulak. kui kui kui


- macam x sangka je skang aku berjaya bangun pagi2 dan masak/panaskan lauk dan bersahur sama2 suami. padahal masa sebelum kawen dulu, aku mana bangun sahur. liat. ma kejut macam mana pun memang aku xkan bangun sahur punyelah. betapa perkahwinan merubah diriku ke arah lebih baik =)




 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez