dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 18, 2015

Hana Humaira dan kehidupanku

3 comments
Assalammualaikum wbt.

alaa segannye, dah setahun setengah berlalu. tak reti nak mulakan entry camane kuikui. omooo omoo.

hai korang~
korang sehat? ;p
rindu nak menulis, tapi itulaaaa, sekarang instagram dah jadi pengganti blog. semua sumbat sana. 
hari ni hari jumaat, waktu lunch yang panjang ni aku x gi memana dan xde nak tengok ulangan online gegar vaganza dah, so macam free gitu ;p so boleh la nak menulis siket disini.

korang tau tak yang aku dah ada anak nombor 2? hahaha. apokomondo la tanya macam tu kan hihi. yelaaa soalan ni khas untuk yang dah lama xtau perkembangan diri ini, ewaaah kau ingat kau siapa, siti nordiana? hik hik hik.

sekarang keluarga kecil ku dah jadi 4 orang da. pada 1 Mac yang lepas, anak gadis ku selamat dilahirkan. nama dia kitorang bagi Hana Humaira. proses bersalin yang sangat tak dijangka cepatnya hehe. masa tu tengah shopping kat IOI Mall. boleh pulak kan nak contraction kat situ, please lah hana ni~~~ dalam banyak2 tempat die nak gigih keluar, why IOI mall? ;p haha. tapi sempat laaa kuku berkejar ke Hospital Putrajaya. sampai2 dah 5cm bukaan. terus tolak laju2 ke labour room. sangat nak terbe*** ok. doktor yang dah di book pula belum sampai. haru biru aku masa tu. sebab nak terbe*** sangat rasa. akhirnya bila doctor dah sampai, berapa kali teran je, Alhamdulillah Hana Humaira selamat dilahirkan. muka sebijik abang dia. hihi.

ok lah nak share gambar hana, gambar haris terkini dan gambar family terkini, hikhik. tapi banyak gile la, setahun lebih punya cerita kan. jangan muntah dah la yek.


my hana~


best la baby girl hehe mama seronok kerjakan baby girl ;p

macam grumpy. grrrrr. hehe hana ni dia suke berkerut


sedih sampai tertidur lepas kene cucuk kat klinik hehhe


macam abg haris kan?

berminat dengan rantai, kerongsang dan aksesories


hana ni lucu orangnya. tengokla dia suka gantung kaki dia lama2 mcm dalam gambar ni. terhibur mama


suka makan. memang senang eh jaga baby girl? ;p kalau bagi makan nganga je dia.



abang sayang la jugak adik dia. kadang2 macam memahami. kadang2 berebut mama jugak. especially masa tido. dua2 mintak ditidurkan serentak.



tengok tu dia usik adik.

pastu suka longgok mainan banyak2 depan adik, motip? pastu mama bising sebab lego kecil bahaya untuk fasa hana sekarang yang suka merangkak dan masukkan barang dalam mulut



gambar raya hari tu. gambar tak ikut susunan. ni gambar hana umur 5 bulan, atas tu gambar hana 8 bulan. lantak ;p


hana dah merangkak sekarang tapi sopan santun aje dia merangkak ;p


hana dah 9 bulan :) tapi gigi xdek :'D


abang haris yang dah pre-school. dah besar dah kan. next year 5 tahun.



haris dengan teachers

sport day haris

comel haris kat tengah bersama kawan2

gambar ni masa haris's school concert

comel haris jadi ikan. tapi bergosip masa buat persembahan. motipppp



graduation day. amik hadiah pun berlari, sooo kid~


mama nye dah gemuk sangat lepas lahirkan hana. dah cecah 60kg. sedih tak terkata. tapi Alhamdulillah fully bf lagi. sebab tu makan banyak :'D #alasan


hana ikut muka abi dia kan? pastu suka berkerut sangat 

ni masa  majlis akikah hana. ayu je hana




kuku? dimana kuku? ewaahh. di bawah siniii. hehehhee. Alhamdulillah kitorang ni baru je lepas 5th Anniversary. Syukur kepada Allah swt life kitorang ni happy2 je. hehe semoga berkekalan Aminnnn.


nak amik gambar ni kene tarik2 kuku siket. dia tu malas bergambo sikettt ;p

nak throwback gambar raya tahun lepas. masa ni belum ada hana lagi. haru gile susunan cerita entry ni kan. hauk bak kata tok ram



kurus laaa sebab lum bersalin kan hana lagi. sobbss

ok tahun 2015 balik ;p
I love my happy family ^_^


sayang kedua2nya ^^ tak boleh beza langsung. memang sama rata sayangnya. 
  
lovesss



cerita tentang kerja pula, ya, aku masih kerja di ukm, happy2 je dengan diorang ni. hehehe






hari2 bekerja jadikan pengalaman sebagai ilmu. jumpe orang2 baru di kursus pun jadikan sebagai pengalaman berguna.



Alhamdulillah. biasa2 je kehidupan ku. rakyat biasa sangat. tapi aku gembira bersama suami, anak2, ibuku, abangku, keluarga mertuaku, kawan sekerja dan rakan2.

selain itu, selalu berdoa semoga ibuku itu diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Arwah ayahku sentiasa dihati. selalu teringatkan arwah.

dah nak masuk tahun baru, berjela azam tahun baru ku. nak solat punctual, nak rajin bangun malam, nak buat side income, macam2 lagi la. harap dapat tunaikan slow2. azam tahun lepas ada 1 tu 60% je berjaya. harap tahun depan jadi la 100%. apa dia?? adalah hehehehheheheh. 

ok korang, dah pukul 2:23 ni. dd tamatkan disini dulu k. nanti bila2 kita borak lagi. tata korang.








Thursday, June 19, 2014

Semoga ayah bersemadi dengan tenang di sana

8 comments

Assalammualaikum wbt.. pada yang belum tahu, ayah kesayangan saya, Muhammad Rasul Low bin Abdullah telah pulang ke Rahmatullah pada Sabtu yang lepas (14 jun 2014) pukul 10:45 am di rumah Putrajaya..

Video simple ini saya buat semasa saya rindukan ayah..
Al-Fatihah..




Monday, March 24, 2014

Fraser's Hill

6 comments
Salam semua.

hari ni nak luangkan masa siket nak cerita pasal percutian ke Bukit Fraser baru2 ni dengan keluarga tersayang.




haha permulaan gambar dah tunjuk gambar wajib kalau sampai Fraser's Hill. x lain x bukan gambar jam ni la hew hew.

kitorang bertolak dari rumah lain2 dan kereta lain2. ma ayah abang sume dari umah gombak la kan. kitorang dari rumah putrajaya. kuar sarapan dalam 9 lebih mcm tu itu ini itu ini, ikut Kuala Kubu Bharu, sampai Fraser's Hill dlm tghari macam tu. x lama kemudian kereta abg pun sampai. yey. sampai2 je terus check in. oh kitorang tidur mana?


harus laaa klu aku yg merancang aku akan cari yang murah2 je dan selesa hew hew hew. percutian bajet gitu. kitorang tidur kat sini je. taraaaa~~



Rumah Peranginan Persekutuan. 
yeyyy book dari januari hari tu hari2 duk depan pc tunggu jadual 2014 dibuka kat website bph. 
ada satu hari tu aku bukak dah ada kalendar dahhhh tapiii cepatt je kann dah penuh. ramai lg yg lagi pantas dari aku rupenye. huk huk huk. cek kalendar punye cek, ok lah weekdays pun weekdays la. itu je pun yg masih available. hee xkesah la. terus laju2 contact suamiku untuk meneruskan proses tempahan dan bayaran. 

kitorang xde laa booking 1 banglo terus. tempah 3 bilik je sebab kitorang ada 3 keluarga je hihi.
kitorang tempah 2 bilik besar dan 1 bilik kecil. 
total harga Rm 140 jek. (bilik besar = Rm50, bilik kecil = RM40)
setiap bilik dilengkapi dengan bilik air sendiri, balkoni sendiri, TV sendiri. mcm bilik hotel laa tapi dalam banglo besar. gitu.

bilik kecil kitorang yang amik, kitorang bertiga memang suke tidur rapat2 hew hew.eh.

inilah bilik kecil kitorang. kecil la sangat kan. padahal haris siap boleh berlari dengan kapal terbang dia. cantik memang cantik. selesa. bilik air pun besar sangat sampai aku rasa x perlu la kot besar2 macam tu uhuk uhuk aku ni dah la penakut, lagi besar ruang tu lagi takut aku fefeeling~ gitew. ;p


beza bilik kecil dan bilik besar adalah bilik besar ada 2 katil.( 1 besar 1 kecik). contoh kat bawah ni. bilik abang.


kat luar memang berkabus gile. sejuk. dah la hujan. brrrr menggigil sejuk.

oh ye, kitorang sume duk bilik atas. bilik memang depan2 jek. tengokla ni haris lari2 ke bilik nekma dia.


dapur pun ada tau. tapi kitorang xguna pun, makan luar je.



Hall nye cantik dan besar. kalau family besar datang sini booking laa 1 banglo, boleh lepak2 tgk TV sama2 kat hall bawah ni. hehe. kitorang amik2 gamba kejap je. 



abang dah buat macam umah sendiri dah. hihi.

hehe so uols yg keje gomen ni sila lah guna peluang yang ada. hew hew


eh tapiiiii tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~ baru teringattt~~~ nak bgtau dulu awal2 tau. rumah peranginan ni kannn jauhhhhhh sgt surprise jln liku2 smpi ke hujung dunia. hujungggg sgt rumah ni surprise kalau korang xkesah xpe laaa :O macam kitorang kesahh kott crying, lepas ni kalau konon2 nak naik Fraser Hill ni lagi kitorang cari hotel kat tengah2 kottt senang nak jalan2 mcm Puncak Inn Hotel tu. uhuk2. 

kalau nak juga duduk rumah ni boleh tapi kene keluar awal2 pastu balik petang nanti tapau mknn siap2. keluar skali je, xyah ulang alik ulang alik tau, jauh bebeno. tu nasihat dari saya la hihi. kitorang ada experience keluar malam nak cari makan, and it was the scariest moment jln liku2 turun bukit di tempat sunyi dan xde lampu jln kiri kanan area rumah2 banglo ni.

hew hew hew. 

tapi kannn rumah2 banglo kat sini cantik2 tau. cuci mata sangat. semua rumah/bangunan bercirikan Scottish/English. sukeeee.



ehhh dah panjang dah entry ni tapi cume cakap pasal penginapan je??
hehe. ok ok jom sambung lagi.

hari pertama sampai tu, kitorang check in dulu, Solat dulu itu ini itu ini dan kitorang pun keluar lah cari makan tengahari. disebabkan aku dah study, so aku just bgtau je laa diorang nak makan kat mana. mule2 kitorang makan kat Mimi's Strawberry.


makan berpemandangan kan Golf view.


oh Haris ku~~ kenapa sayang~~ 

tgh2 makan hujan da. so sambung masuk dalam ;p

Love of My life big hug


lepas hujan dah gerimis siket, kitorang just jalan2 sekitar jam besar tu, amik2 gambar.

disebabkan cuaca hujan dan dah petang byk aktiviti dah tutup, kitorang pun xleh nak buat apa la. kitorang pergi kedai runcit beli brg siket, ayah pun beli makanan siket.

lepas tu jom ler pulang rumah dulu. malam nanti keluar balik masa makan. hihi


lepas Maghrib, kitorang keluar dan cuaca sangatla sejuk. brrrr.


saling berpegangan tangan sebab sejuk sangat ;p

kitorang makan kat Food Garden je. Food Garden ni adalah food court.
western ada, x western pun ada.


ayah kool gile x pakai baju sejuk.

lepas tu pulang, lepak2 di bilik aje. 

esok pagi kitorang keluar awal. janji 745 am tapi kul 8 baru betul2 bawak turun beg sume. hehe check out terus laa senang, jauh kot nak patah balik patah balik. hari ni nak buat sume aktiviti yey..

kitorang sarapan nasik lemak sedap dan roti canai kat Hamzah's Restaurant.

lepas tu aktiviti pertama adalah teman Danish gi cari strawberry. kat flora garden. gambar x amik sebab x menarik kot tempat tu. sedihhh gile tempat die hehe. 

lepas tu kitorang pergi Allan's Water. sebelah je.
kitorang pengunjung pertama tau. hehe segar sangat awal2 pagi dah kuar.

ayah, ma, syira dan Danish.

kat Allan's Water, Danish seronok bagi ikan makan.


haris cam biasa~ takut~ kekeke

lepas tu aku teringin sangat nak naik bot tu. kuku kene laa layan~~ hik2. tapi kurang syok sebab haris x dibenarkan naik, kecik lg kan. kalau x, mesti lg bes kan.

Rm 8 jek sekali naik 15 minit.

(^_^)


masuk ke alam kabus. takut x ;p 
tapi kejap je kabus ni dah berlalu pergi.


hei suami saya. saya sangat sayang awak, u know that? love struck kurniaan Allah swt untuk saya. suami yg x cerewet dan baik, sgt memudahkan sy untuk jadi isteri yang baik blushing heee heeeeeeeeeeeeee InsyaAllah


ok lepas dah abis main kat Allan's Water ni, kitorang brooom broom pergi ke The Paddock pulak. Alhamdulillah cuaca sangat baik untuk kitorang buat aktiviti.


amboi kemain kan diorang naik kuda. iols tukang amik gamba je. haris pula bersungguh2 die tak nak naik kuda tu. adehh.

naik kuda dewasa RM 8, kanak2 RM 6, pakej ayah + anak = RM 10

orang yg jaga kuda tu akan pegang je kuda tu sepanjang perjalanan. so xyah takut2 k. tgk mak iols, ok je die naik hehe.

lepas dah main kuda, memanah pulak. tapi kuku dan abg je la. kitorang tgk dari tepi je. gambar memanah sila rujuk gambar atas ;p

nah gambar lain2 pulak ^_^

tetibe rasa perut lapar untuk bercerita. so letak gamba laju2 nak tamatkan entry ni laju2 bole?? laparrrrr 

my little family ^^




tengokla haris tu dengan nekma ajee~~ x dipandang dah mama ni haa kalau nekma die ada.

happy~~~~



ok dah. tu je. memang kitorang je pun yg conquer The Paddock pagi tu. wakakaka. kesimpulannye Fraser's Hill ni memang x hidup sangat masa weekdays. kedai makan kat foodcourt pun xbanyak bukak.mungkin kalau weekend dan cuti sekolah hidup kot.

tapi kat sini memang ramai omputih. sebab kat sini ada trail untuk pejalan kaki untuk menikmati pemandangan Flora dan Fauna yg cantik. lepas tu diorang suke amik gambar burung kat sini. 

kat sini memang x banyak aktiviti. xleh nak bandingkan dengan Cameron yg macam2 ada. tapi kedamaian die tu cukup dah untuk orang2 yg suke ketenangan, cam aku ewahhh.

sebenarnye campak je aku kat mana2, asalkan dengan family tersayang aku enjoy dah berjalan2 kat mana2 pun. heee heeeeeeeeee

tapi seriusly, jalan nak naik Bukit Fraser ni buat aku terdiam dalam kereta sebab tahan nak muntah.

ok bye.



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez