dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 1, 2013

siannye blog ni

1 comments

Salam.

sian nye blog ni. 
macam hidup segan mati x mahu. eh macam salah je peribahasa aku ni

hidup sangat busy sekarang ni. aku tengah develop sistem yg banyak main dengan duit, so kena fokus. fokus ke ;p memang x berpeluang nak baca blog dan tengok blog. yang busy tu kat ofis laa kan. bile balik rumah, kul 7 busy tengok setia hujung nyawa pulak.motip. suke cite ni, lagi bes dari adam & hawa ;p sori soriii jgn maraaaaa ;p lg pun aku mmg bukan peminat aaron aziz dan nadiya nisaa ;p tp el dengan zain aku suke pulak ;p

lepas tengok setia hujung nyawa bagi haris makan. pastu bonding time dengan haris dan abi plak. hihi. bonding time adalah kitorang 3 selalu lepak2 dalam bilek lepas tu gelak sana gelak sini kaco haris, pastu mama pulak kene buli, pastu main cak2 disebalik baby cot haris, lepas tu saje2 buat haris nanges sebab suke kaco die, pastu gelak2 tengok haris usik abi. ermm lepas tu tidokan haris, pastu tengok tv. lepas tu buat kerja rumah itu ini, pastu gosok baju. sebelum kul 12 dah siap sume dah tp buat itu buat ini last2 tido lambat jugak ;p so memang dah xde rasa nak layan blog hihi.

tapi instagram rajin pulak kan upload. sian blog ni dah jadi anak tiri yang diabaikan.

nah 3 keping gamba haris dari instagram tuk sape2 yg lum tengok ;p

saje dah lama x tunjuk gambar haris kan, hihi.
untuk yang dah tengok tu, buat2 laa belum tengok ;p
siu siu siu



share dengan mama makan nasi goreng belacan


sedang berfikir kenapa daging tersebut liat sangat


haris tengah buatpe tu ;p

ok seriusly aku rindu sangat berblogging. rindu nak cerita coret2 itu ini. dadada (^^.)/





Wednesday, January 16, 2013

.......

1 comments


tadi ofisku dikejutkan dengan berita ibu kepada kawan ofisku dah meninggal dunia..



Innalillahiwainnailaihirojiun

sedihlaa..

dapat berita masa kawanku tengah miting pula tu..

rasanya hampir setiap hari kitorang follow updates tentang mak kawan kitorang ni selepas mak die kemalangan bulan lepas..

dalam tempoh tu byk sangat operation yang mak die kene lalui, ada yang dirancang dan ada yg emergency.. terpaksa duduk di ICU, dan selama tu keluarga kawan kitorang ni kene pindah negeri duduk umah sedara, adik tukar sekolah, sebab xnak amik risiko tukar hospital.. (mereka asal johor tp masa kemalangan tu kat melaka)

bila dapat berita ni.. jadi sedih sangat sebab kitorg tahu kawan kitorang berharap sangat mak die kembali sembuh.. dan aku juga berharap sangat mak kawanku ini kembali sembuh seperti dulu..

bila baca dialog2 antara kawanku ngan mak kat blog, rapuh juga hati aku bile baca pesanan2 mak kawanku ini :'( aku tahu kawanku harap sangat mak die kembali seperti dulu.


Allah lebih menyanyanyi mak kawanku ini.
kepada uya, klu uya baca coretan ni, dd nak cakap dd harap sangat uya akan kuat dan tabah untuk lalui semua ni. dd tau berat mata memandang, berat lagi bahu uya memikul. Semoga arwah ditempatkan di tempat orang2 yang Beriman.


Dari DIA Kita datang, kepada DIA juga kita kembali.
Alfatihah.


note : rindu kat ma. rasa nak balik jumpa ma mlm ni juga :( kite syg ma :(

Monday, January 14, 2013

dilemma omma bile haris nak makan sendiri

8 comments
besar dah anak mama, sob sob haris da xnak makan.

bukan xnak makan, die nakkk maknnn, tapi xnak makan bersuap crying

haris nak makan sendiri.

dulu haris kuat makan, semangat betul aku tengok, sume bende kite suap die nganga mulut. memang seronok laa tengok.

tapi start masuk umur setahun 2 bulan, haris dah mula rebut mangkuk dan sudu yang aku pegang untuk suap.

ok fine, bile haris nak memiliki mangkuk dan sudu sendiri, aku pun kasi laa sorang satu, haris satu aku satu.

so masa die main2 tu, aku suap laa dari mangkuk aku, tapi kannn haris gi katup mulut die  sekuat2nyaa pula crying

dia xnak bersuap, die nak makan sendiri crying

tapi berapa biji nasi/pasta je kot yang berjaya masuk mulut die. hee hee

ok laa skg inisiatif aku, aku drive laa tangan die untuk berjaya masukkan sudu ke mulut, tapi mule2 je la haris rela, lepas tu die nak buat sendiri jugak crying

setiap kali nak makan, mesti ada drama aku ngan haris tau crying

motip kecik2 dah nak berdikaricrying

camne niiiii, ada idea x nak buat camne. kang riso haris kurus lak sebab x makan betul2 kan. makan main2 je. sepatutnye aku kena bertenang je laa, sebab haris ni slalu berubah2, esok2 mungkin die kembali normal. entahlaaa.  riso mak ni nakk~~



tengok~~ kecik2 dah angkut cerek nak masak air~ berdikari sangat ;n


haris jangan kurus tau, mama suke haris yg macam ni, hihi tangan bulat2

huhu tengah lunch ni. malas nak g makan nasi, tapau buah ngan kopok lekor je. sambil duk ulang2 lagu like this - wonder girls. nape tahh tetibe nak layan, hahaahaha suke suke

 aku ni asik lagu korea je kan. saba je laa 


nway dalam playlist aku skang, ada 2 lagu melayu feveret. itu sume dari drama punye lagu. 
1) lagu Sastera kupu-kupu dari cite setia hujung nyawa
2)  lagu Please forgive me dari cite putera rayyan

kerlas~~

ok bye.




Saturday, January 12, 2013

status : busy

4 comments

Salam sumee. sorii lama x update blog. motip nak sori? sori kat sape ntah aku ni hehehe.


hari ni sabtu, erm dtg keje. nak siapkan koding siket. hehe dah lama tau xdtg ofis masa weekend. tetibe je hari ni dtg lak. haris adalah dijaga oleh abinye kuku. 

dulu zaman berdua, kuku selalu teman dtg ofis klu weekend. aku buat keje, die layan running man kat pc belakang aku. tp skg xleh dah wat camtu, klu bawak haris konfem aku xleh wat keje. haris skg tgh musim suke berpaut kat kaki mama dia tau. alahai si manja ni~~~~~

muke terakhir haris yg ku capture sebelum ku masuk ofis td. haris, mama selalu rindukan haris tau. mama buat keje jap ey~~~


ni aku panggil cermin aku. haha sbb aku yg slalu menjangok depan cermin ofis ni.

 bye. berusaha yaa dd!!!


 note : sebenarnye hati tengah sedih selepas melihat post fb kejayaan seseorang :( gembira untuk beliau, tp sedih untuk diri sendiri kerana aku belum selesaikan satu perkara yg aku dah mulakan.. :( Ya Allah, aku inginkan kekuatan Ya Allah..


Friday, January 4, 2013

ha hi hu

3 comments

- salam uols. hari ni hari jumaat, hari terakhir untuk minggu ni. jom buat keje dengan happy2 dan produktif supaya weekend nanti x teringat2 keje yg xsiap/ error dalam programming. hehe aku kalau balik ptg2 slalu akan cube setelkan jugak klu ada function yg xjadi. sebab balik umah nanti xnak teringat2 error tu. kang tgh tukar pampers haris pun kan duk terbayang2 kenapa javascript calendar aku xjadi kat IE tapi kat mozila ngn chrome jadi pulak. hee hee


- cakap pasal kerja tetibe teringat hari tu masa sesi perkongsian ilmu, timbalan pengarah kitorang pick laa sapa2 dan tanye sengsorang apa pencapaian yg paling membanggakan untuk kerja dalam tahun 2012. masing2 pun jawablaa berjaya itu berjaya ini, sistem yg didevelop berjaya digunakan itu, bla2 mcm2 versi la kan. sekali bile sampai ke F..

'F, apa pencapaian yg membanggakan'..

F pun jawab...

..
..
..

'nothing yet..'

(bunyi cengkerik..)



kau mampu jawab macam tu
laughing hehe kool betul. padahal byk je yg F tu dah buat. mungkin expectation die higher kot =)


- tengok x cite petang2 yg baru tu yg nelydia senrose berlakon tu. tul x ek aku eja tu. hehe tngok cite tu buat aku sengih sorang2 jek hihihihi kelaka. kelaka watak girl tu, da kawen tp suke layan cite korea sampai pagi, pastu tergila2kan lee min ho, pastu goreng cekodok besar2, minyak pun xpanas lagi masa die masukkan cekodok so nampak melekat2 hahaha, dah laa besar kemain cekodok dia. siang ikan macam nak bunuh ikan, hahahhahaahaha. auchh pada diri sendiri jugak.  pastu tuang air dalam cawan penuh gile, pastu berhati2 bawak cawan penuh. motip :)) pastu part die gosok baju suami die pun lawak, gune sebelah tangan jeee,
last2 suami die yg kene ajar camne nak gosok baju dgn betul

hee hee ohh auch siket2. hehe sweet la cite tu. suke suke. cantek pulak tu nelydia. berdebar2nya part nanti kantoi die pregnant, nanti suami die benci die. sedihnyeeee


- xsabar nak tunggu malam ni kul 11:45 nak tgk kpop kat tv8 hehe.


- weekend ni nak gi mana eh. dah niat nak kemas umah. tapi selepas tu nak gi mana? nak bawak haris ke zoo aci x.


- kat tmpat keje kitorang ni kalau kite nak keluar kejap waktu bekerja untuk urusan peribadi, kitorang kene login dalam sistem dulu sebelum keluar. klu xsmpat, suruh kawan rekodkan pun xpe. pagi tadi wewe pesan suh aku rekodkan dalam sistem tulis 'ambil darah di poliklinik'.


aku pun tulis la.

tetibe masa isi tu aku gelak.

'ambil darah di poliklinik'


hee hee
kui kui terbayang wewe pegi klinik ambil secawan darah bawak balik umah
crying




- cakap pasal wewe, teringat hari tu dialog dengan die. cakap pasal anak. pastu wewe cakap camni 

"nanti anak aku,  aku xmo ajar nombor 1 2 3 4.. aku nak ajar 2 + 1 beraapa, 5 darab 5 berapa.. nak ajar macam tu terus.. biar die hafal


ahak ahak ahak.
  


.ok dah. fighting!! jom buat keje sambil layan lagu korea.

mata haris sepet sebab ikut mama ke, kof kof kof. mama xsepet tapi mama xde kelopak mata sebab tu nampak macam sepet. haris pun ikut mama ke?? mama x tau ni mata haris inherit siapa. xkan kongkong kot, ekeke

Monday, December 31, 2012

ohhh ohhh

1 comments

AOA - Get out

suke part "ohhh ohhh"



hehehhee

jumaat malam sabtu, aku suke layan carta kpop kat 8tv. org xde astro kan, xleh laa tgk channel 393 hehe.

layan carta kpop sambil lipat baju yg berlonggok2. bila lagu x berapa best, aku lipat la baju.
bile lagu bes tarian bes2, aku tengoklaa sambil mulut ternganga  hee hee

dan skg sgt suke lagu Miss A - I don't need a man hee hee harus jadi ringtone kat henpon baru ni. iols dah pakai smart fon tau. akhirnye aku keluar dari dunia kura-kura aku juga haha. percaya x.

tapi motip kuku yg copy kan sume contact, setting kan sume bende dan install segala menu. tup2 aku bole pakai terus je hee hee

 ohh perkembangan haris. haris xsuke makanan lembik2. roti2 kek2 sume xnak. suke makanan keras jek. mcm nasik suke laa, bubur x suke sbb lembik. motip sgt. tepi2 karipap yg keras tu die suke. kerepek, keropok sume2 laa yg keras die suke. pulakkkk. sayang je xmkn puding roti mama tau. mentang2 puding roti lembik



 



Thursday, December 27, 2012

pergi cameron kali ni sejuk sangat

8 comments


Salam sume.

ahad yang lepas, aku,kuku, haris, ma, ayah, abang, shira dan danish bercuti2 di cameron highland. tido 2 malam. tapi kali ni pegi sejukkkkk sangat. masa 2 tahun lepas pegi, xlah sesejuk kali ni. sebab skg bulan 12 musim tengkujuh kot, sebab tu sejukkkk sangat kat atas sana, kof kof.


@ladang teh sungai palas. cantek sangat view. 2 tahun lepas pegi ladang teh cameron valley je, x secantek yg sungai palas ni



happy belated anniversary ;p bole? 2 tahun lepas masa honeymoon g cameron, so motip kali ni gi cameron lg? hehe cakap kat kuku nak ganti balik sebab masa dulu pegi aku tgh pregnant, x ok sangat sebab aku ada rasa pening2, perut berangin sampai nak muntah. kali ni pegi memang sihat, cergas riang gembira. lepas tu sgt bermakna dengan adanya haris. dulu haris dalam perut ;p hihi

dulu masa pegi cameron (klikla klu nak baca),. kuku kool gile x pakai baju sejuk, malam2 pun selamba je xpakai. tapi kali ni die surrender ;p mmg sejuk yg amattttt. haris mule2 suke laa sejukk, riang je die, tapi last2 selsema. uhuk uhuk



xdapat pegi Swiss Alps, cameron highland pun jadila, ekekeke


bukan main kabus die


family bonding time. happy sangattt,. harap dapat selalu macam ni. abang dah keje kat sarawak tau sekarang. die kata nak amik experience kat sana, yg comelnye, abg kat sarawak duk umah setinggan, pakai motor g keje haha sangat comel kehidupan, lepas tu kehidupan die kat sana mmg untuk bekerja je. pegi awall2 pagi,. balik malam2. pastu 2 minggu sekali turun semenanjung tgk anak isteri. kire slalu balik jugakla. hihihi pengorbanan sementara untuk mencari rezeki



abang saya yang comel kat hujung kanan sekaliii


kat cameron kitorang sewa Rose Apartment. ok sangat. ada 3 bilik, siap ada 2 balkoni. haa mengadap laa angin sejuk sesejuknye. hehe. ni kat atas ayah tengah tengok sekelling


bunyi angin sentiasa menderu. sejuknyee~~~~~~~~ ni dari balkoni 1. leh nampak Kea Farm. pagi2 tengok ada amoi gigih pungut kubis kat bawah. dengan sejuknye, hujannye. aaa gigih sangat.




motip sempat bergambar. angin kuatt gilerr. ohhh dalam rumah ni siapa yg xpakai selipar mmg cari sakit laa. haha sejuk giler2 lantai die. naseb baik apartment ni die mmg ada sediakan selipar rumah yg banyak.



mama+ haris, shira+danish. danish panggil aku mak tu. bukan maksu tau tapi 'maktu' jadinya http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif




ni balkoni kedua kitorang. malam2 shira amik feel baca novel kat sini. haha x sanggup aku tahan sejuk. pintu balkoni ni kitorang slalu tutup. jarang bukak. seriau membayangkan kalu anak kecik terlepas ke sini. seriau gile~~ kalau dukung haris kat sini pun dukung ketat2, peluk ketat2.



our lil haris ^__^




ingat nak jadikan profile pic kat fb la. hehe



budak yang dah dapat kaki. berjalan ajela kejenyee. tapi bile berjalan suke bawak apa2 yang boleh diangkut skali hee hee


comel je tengok diorang main berdua. haris suke rampas bola danish. tsk tsk. sebab bola haris color pink, die nak jugak bola biru abg danish. bola pink tu maklong ngn ayahlong dia yg bagi. xsangka lak haris xsuke pink http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif



hollohh hollohhh


haris tunjuk ape tu syg~~


oh happy happy day~~~~~~ oh happy happy dayy~~ ^_^



@Big Red strawberry farm

kalau kat Big Red Strawberry farm ni memang terkenal dengan desert yg sangat sedap. tahun lepas aku makan waffle aiskem stoberi. tahun ni aku makan aiskem goreng, sundae stoberi, cheesecake with aiskem stoberi, stroberi celup coklat panas2, sume lah aku makan. sedap giler.





x amik gambar. so curi gugle pnye, aci x.




ni bukan gambar aku tau. tapi nak tunjuk sundae stoberi. sedapnyee~~~ tapi aku paling suke stoberi celup coklat panas2 tu. suke sangat..



ok dah. tu je. rasa terkenang2 je kat apartment cameron sana dengan family tercinta sejuk2. rasa nak hari2 macam tu.

sekarang ni tgh feeling2 nak benti jadi System Analyst pastu nak beli umah kat cameron pastu keje sendiri kat sana. ahhh what a happy life  big hug teehee berangan ko.





 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez