dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan Haris Safeyullah,permataku, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Friday, February 10, 2017

Melaka 2016

1 comments
Salam korang. cak.

cerita Melaka ni dah lama ada dalam draft tapi lambat beno nak habeskan cerita haha sebab tu x upload upload. Now tengah free siket lunch Jumaat jom la habeskan cerita ni. karang masuk 2018 pulak kang duk peram2 ;p

last entry kite cerita pegi Cameron dengan keluarga mertua kan. masa tu bulan 7 kan.
haaa kali ni dalam bulan 9 macam tu laa sebelum Raya Haji, kitorang 1 family (ma & abang) bercuti di Melaka. kitorang amik 3 cabin kat Kecabin by bungalow in a village melaka. 

saje upload gambar ni first sebab nak gambar yang cantik ni keluar kat feed blogger. kuikuikui
Hari Sabtu, kitorang dan ma bertolak dari Putrajaya, abang pula bertolak dari JB, so berjanji temu di Malacca bird park. seronok sangat anak2 kat sini. hee suke la tengok bile anak2 seronok tengok burung kan. 

korang pernah pergi x? sini tempatnye kecik je. tapi boleh laaa kalau nak buat jalan2 kejap hehe.



happyy ^_^

hihihi kalau pegang makanan byk laa burung yg akan datang kat kita
untungla burung bertenggek kat bahu~ ;p
kalau siapa yang gigih nak naik tangga naik laaa.. lif ada je disediakan ekeekkeke



hana rasa bebas kat sini boleh jalan dan lari sana sini :D
family ma~ ^_^


haris sempat kan pow aiskem~ sabo je la. tapi masa pergi ni memang panas sangat, haus sangat. memang bes kalau dapat air sejuk dan aiskem.

lepas habes berjalan2 di Malacca bird park, kitorang pun pergi la lunch. Memang cari asam pedas je. Kitorang makan asam pedas kat kedai yang banyak kuih sebab aku suka kuih hehe. nama kedai tu Perhentian Kuih Kampung. memang aku seronok laaa dapat makan banyak kuih heeeheeeeeeeeee  syurgaaaaa




ok sedap je asam pedas tu. aku ni memang susah nak cakap x sedap sebab suke asam pedas, so asalkan rasa asam pedas aku layan jek :'D hew hew hewok masa yang ditunggu telah tiba. Jommm check-in penginapan. x sabar rasanya sebab kabin tu kitorang conquer 3 cabin. so memang family kitorang la conquer swimming pool yang ada di kekabin tu hihi. ada lagi 1 family sebab ada 4 kabin sebenanye tapi family tu jarang turun mandi pool hihi. depan kabin kitorang ada bungalow n ada la penginapnya tapi macam x de budak kecil so xde yang turun pool :D


dah check in!! sabar ye hana, petang siket kite mandi yeeee~~
ruang tidur ^_^

puas hati dengan kekabin ni sebab cantik sangat. kitorang duduk bilik bawah dan tepi sekali. pastu gigih tampal paper kat tingkap ni sebab x tinted pun tingkap. walaupun xde orang lalu but still takut2 hehe. owner dia sangat baik tau, very helpful kalau kita tanya apa2. aku ada la cadangkan pasal tinted ni, die ok je n setuju akan pertimbangkan. yang paling bes bilik ni is shower die. besar dan air laju macam hujan lebat pehhhh memang part mandi paling best. kikiki

anyway, abang duduk bilik atas. lagi syiokkk!


dah petang2 siket kitorang x terus lompat kolam. sabo sabo. kitorang pi jalan dulu bawak anak2 main pasir kat tepi Pantai Klebang.

Haris n Danish. seronok sangat la Haris tu sebab mama selalu x bagi dia main pasir. kat sini bagi la main puas2.

Haris n Danish^^


Hana x main pasir pun, tengok je abang2 dia main pasir ;)


dah lewat2 petang tu kitorang pun balik kabin, anddddd let's swimming!!!!

kesimpulannya kitorang bagi anak2 mandi pool petang tu dan pagi esoknye sampai la masa check out, memang diorang main puas2 la. rasa berbaloi sangat percutian kali ni. dah jadi mak2 ni memang fikir keseronokan anak je hihi.
Haris Safeyullah ^^
mandi la nak~

Haris, Danish, Hana dan Abi


Danish macam dah pro jek swimming
abi je la yang layan anak2 mandi pool. mama memang x suka membasahkan diri hihi

oh banyak nye upload gambar kat pool haha.

dah menjelang tengahari tu, kitorang pun check out. tengok la muka haris kat bawah ni, muka penat sangat main pool x henti2. sampai nak amik gambar pun xlarat dah. 



my little family ^^ love them so much.



my big family^^ love them so much much much 

oh anyway nak cite kekabin ni ada sediakan sarapan juga tapi biasa2 je la macam nasi lemak dalam bungkus2. tapi ok la ,x de la buffet tu semua tapi kenyang la juga =)

lepas checkout, dah lapar la kan sebab tengahari. kitorang cari asam pedas lagi. Kali ni makan asam pedas di kedai Kari Kepala Ikan Hj Isenin. owner kekabin yang cadang sini.

asam pedas ikan dan telur ikan. dap dap. makan pulak masa tengah lapar hehe. motip x order kari kepala ikan signature dish diorang hehe.

tapi sini mahal sikit la berbanding asam pedas perhentian kuih kampung semalam ;) 

ok dah tu je. sebelum pulang ke Putrajaya, singgah balik Pantai Klebang sebab nak beli nangka madu. sedappp manis, kenyal. nyumm


pastu singgah pulak Batu Berendam beli coconut shake. nyum.. banyak betul nyinggahnye hehe.


puas hatiii =) tapi sebenarnya buat apa2 dengan family memang bes pun kan kan ;)

ok lah nak buat kerje da. bye bye

Friday, December 23, 2016

Cameron Highland 2016

2 comments
Hai korang. macam biasa bila lunch yang panjang hari jumaat, masa ni la aku suka browsing dan tulis blog hehe x suke keluar shopping, ramai. 

ok nak cerita bulan Ogos yang lepas, aku sekeluarga pergi Cameron Highland dengan keluarga mertua. pergi 2 hari 1 malam je pun tapi masa yang ada digunakan dengan sebaiknya. bila balik rasa nak repeat je, xpuas hehehehe.

ok aku xde lah nak buat itinerary gi Cameron ni, sebab rasanya korang pun selalu dah kan pergi Cameron ; p aku just nak share gambar kat tempat2 yang menarik je. kot yang belum pernah pergi tempat tu bole lah pergi kalau pergi Cameron ;)



Abang Strawberry Farm

actually, kat mana2 Strawberry Farm pun ada jek benarkan petik Strawberry sendiri. saya pun x de nak suggest mana2, sume ok je hehehhe. kebetulan kitoroang gi sini sebab baru lepas makan kat Cafe dia ;p
Haris seronok petik Strawberry sendiri


Abang petik Strawberry, adik duk berlari2 sana sini. mama tukang kejar 
me n my daughter, Hana Humaira . gemss la hana ;p
me, Mak, Kak Lina (sister in law) n Hana ;)

200 Seeds Cafe by Abang Strawberry

kat cafe ni signature dish dia Nasi lemak Sambal Strawberry. cafe ni besar, banyak tempat duduk. deco2 dia pun flora sangat heee


Nasi lemak Sambal Strawberry. ramai kata sedap, tapi aku makan je dengan sambal nasi lemak yang betul, dia ada bagi juga hihihi. 


penuh dengan flora


taraaaaa~ baju pink tu pika, my lil sister in law ;)

Jalan-jalan di Kampung Taman Sedia

Kampung Taman Sedia ni perkampungan Melayu di Cameron Highland. kat kampung ni memang banyak sangat homestay / chalet melayu kalau korang nak duduk. search je homestay kampung Taman Sedia. pastu kiri kanan memang banyak Strawberry Farm. 

masa ni kitorang jalan2 petang je di kampung ni, baru lepas makan n solat, jalan2 jap sambil cari KHM Strawberry. 


Haris, hana with Wak Lina n Bik Pika


"Abang, jom la kita jalan dulu" -Hana

Abang Steamboat & Grill, Tanah Rata

malam2 sejuk2 makan steamboat memang pehh~~~ sesuai sangat. kat Cameron ni banyak je kedai steamboat yang ada yang sedap2, tapi kitorang cuba dulu di Abang Steamboat & Grill. tak silap iols. RM25 kot per person untuk dewasa. kanak2 x ingat ;p dah 4 bulan berlalu ;p 


grill~
nyum2 steamboat tomyam~


comel deco2 dia hehe


Mama Mountain Cottage

kitorang sekeluarga menginap di Mama Mountain Cottage. sejuk gile rumah ni sebab di kaki gunung Brincang. Owner dia sepasang suami isteri yang baik sangat dan peramah sangat. kitorang check in malam, dihidangnye teh o panas dan kopok goreng. pehhh sejuk2 dapat teh o panas. pagi2 besok dihidangnya apam balik ^_^ .. tghari sebelum balik pun owner hidangkan lunch nasi dan lauk2 T_T baik sangat2... dah la kitorang ramai... dan xde dalam pakej pun.  semoga rezeki pakcik makcik terbuka dengan seluas2nya :)


ambil gambar dari google je ni. ni rumah utama, kitorang menginap kat blok sebelah.


sempat iols buat surprise untuk kuku hehe. iols tempah siap2 kek dengan kawan Ayu (cousinku) di Cameron, pastu pakat dengan pika suruh amikkan. malam tu kami sekeluarga makan la kek, dengan pakcik makcik owner skali hehehehe.

sedap gile kek ni
Happy Birthday to you abi~~  ^_^



Ladang Teh Boh Sungai Palas

kalau nak pergi sini tolonglah pergi pagi2 pukul 9am. nyaman sangatttt. kitorang kan menginap di Brincang, so agak dekat la dengan Sungai Palas ni. lepas sarapan terus keluar ke ladang teh sini dulu. minum teh siket pastu lepak2 ambil gambar.


My Haris n Hana ;)


pagi2 pergi memang sejuk lagi. bile dah naik matahari x sejuk sgt dah.

haaa ini lah biras i~ kak yati namanya. ;)
oh sedikit info tentang ladang teh ni. parking dia jauh ke bawah, pastu kena jalan kaki naik bukit sampai ke atas ni. tapi kalau dalam kereta tu ada warga emas, dia lepaskan kereta tu tuk naik. and kitorang masa tu mak dalam kereta kitorang ;p so iols terselamat la dari berjalan jauh gitu ;p tp ok je klu dpt jalan, boleh menikmati pemandangan kan ;)


Taman AgroTeknologi MARDI

bila dah ramai orang kat Ladang Teh Boh tu, kitorang pun turun laa. next destination is Taman AgroTeknologi MARDI. dulu masa berdua dengan kuku, ada pernah datang sini. kali  ni datang lagi sebab tau mak mesti suke punye nak membeli pokok2. kak ipar pun sume duk membeli pokok2 n bunga2 ;)

lepas tu kat sini banyak port ambil gambar bes2  ;p


seronok hana dpt jalan sana jln sini
Abi n Hana ;)


;)

our little family ;)


KHM Strawberries & Jam


kalau datang Cameron, jangan lupa singgah KHM Strawberry makan Scones dia yang sangat sedap dan lembut. antara yang sedap la di Cameron, selain di SmokeHouse, Bala Cafe dan yang lain2 x pasti. hehe. kat KHM ni ada aiskem strawberry, Strawberry celup coklat, dan dessert lain.

uhhh uhh sedap dan lembut~~ 
cak~

ok dah tu je. bile2 pun rasa nak repeat je gi Cameron ni ;) nak makan dessert sedap2 macam scones, Strawberry Coklat, aiskrim strawberry, pancake aiskrim, eh semua2 la. hehe

oh taman bunga, taman lavender, bee farm ke apa ke x pergi pun kan ;p haha  xpe banyak dah pernah pergi masa berdua dulu. 

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez