dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Friday, November 17, 2017

Melbourne Winter Trip - Day 2 (Great Ocean Road)

0 comments
Hai sayang sayang semua~~ nama I Kak Ello~~ Kak Ello datang~~~~~ haha siapa dengar hot fm pagi2 biasa la dengar ayat Syuk ni ;p 

ok nak sambung cerita Melbourne Trip untuk hari kedua pula. Gigih ni nak sambung cerita. Dah la hari kedua ni banyak gambar. 


Hari kedua dimulakan dengan bangun awal2 untuk prepare bekal sarapan. Plan hari ni nak pergi ke Great Ocean Road. Kitorang keluar pukul 8 pagi. Masa bangun ni sejuk gilerrrr 9 darjah celcius. xde mood rasa nak duduk di dapur sebab air sinki sejuk melampau haha so buat yang termampu je lah. kitorang panaskan Brahims dalam microwave je dan bawak roti + tuna tin.

Anyway nak cerita juga, plan asal sebenarnya hari ni nak pergi ke Lake Mountain main salji. Great Ocean Road tu sepatutnya hari keempat. Tapi itu hanya di dalam itinerary. Bila nak travel ni kena rajin check weather forecast. Bila weather forecast menunjukkan hari keempat dijangkakan hujan sepanjang hari, maka x sesuaila kan nak buat road trip pada hari itu. Sayang la kalau kena duduk dalam kereta je. So kita tukar plan la ke hari ni sebab cuaca hari ni sangat baik. 

Pukul 8 pagi kami mulakan road trip. Jauh tau road trip hari ni. Sejauh 328 kilometer ++. Tapi banyak berhenti2 kat tempat menarik la. Pit stop pertama adalah Bells Beach. Sejauh 131 kilometer. Ayuhhh.

Hana yang behave ^^ mama suka mama suka.

Bells Beach

So this is Bells Beach. Bells Beach is the starting point of Great Ocean Road.


cantik kan? Tenang aje. Masa ni awal pagi lagi, kitorang je yang ada kat situ dengan lagi sepasang omputih. 

Kitorang hirup udara sejuk dulu, lepas tu sarapan dalam kesejukan giler T_T konon nak ala2 piknik la kan sarapan kat luar, x ku sangka sesejuk ini. 

Best nye ada meja, Macam tau2 je kan kitorang nak sarapan kat sini. hehe. dekat2 sini ada public toilet juga ;)

Hana dan Haris selepas sarapan ^^ nak tengok video diorang tak? ada ada. hehe
Siapa yang rasa nak mimpi ngeri dengar suara itik aku klik la play. kalau kawan2 opis aku ni diorang dah lari bertempiaran kalau aku upload video kat Instagram. Kuang ajar betul :'D

Comel kan Hana jawab '3' hehe.

Selepas kitorang selesai sarapan, kitorang lepak2 jap kat situ ambil gambar jalan2 turun bawah siket.

Memang tauu kuku ni. Kite ajak bergambar romantik, dia pilih bergambar macam ni pula. Romantik la sangat.
sejuk ke nekma. 

tak sure kenapa anak2 macam ni masa ni haha malas nak layan mama nak bergambar kot. 

kalau jalan dan explore siket, akan jumpa lorong ni ^^
wahhh canteknyaaa ^^
masa ni tengah jalan dengan kuku dan Hana. Haris tak ikut sebab main dengan Danish kat atas


tiba2 Haris cari kitorang. sabar je la. aku pun panggil la dia turun
Video di Bells Beach




Split Point Lighthouse

Selepas sarapan, bergambar, explore the place dan singgah public toilet di Bells Beach, kami meneruskan perjalanan ke pit stop seterusnya iaitu Split Point Lighthouse. Dalam setengah jam dari Bells Beach. Masa sampai ni, dah parking elok dah, tengah2 jalan kaki hujan pula, so sempat la berteduh jap dekat coffee house dekat2 situ. Lepas tu jalan kaki ke lighthouse laju2, ambil gambar, lepas tu aku berlari balik kereta sambil dukung Hana hehe. Sekali dah sampai kat kereta hujan berhenti kah kah. Begitulah, hujan die kejap ada kejap takde. That's why kalau dah plan nak pergi somewhere, pergi aje. Kalau hujan, berhenti lah kejap berteduh mana2. Nanti dah tak hujan, sambung la. Ok je macam tu ;)

Split Point Lighthouse ;)

tengah2 nak berjalan ke Lighthouse dari parking, tiba2 hujan. Kita berteduh dulu yuk.


Tumpang kejap je kat coffee house ni. tak elok lama2. hehe. Masa ni hujan, memang sejuk ler.


Di sebalik Lighthouse ada path yang menuju ke beach sana. Cantik ^^



Ada rock formation, ambil gambar dari bawah lighthouse


Masa ni tugas bawak lari Hana dah serah pada kuku. Hehe. Kitorang lari ke kereta, sekali sampai2 dah tak hujan. So kitorang tunggu Abang dan yang lain2 kat bawah pokok ni.



tengok tu diorang rilek je jalan turun balik sebab dah tak hujan haha. 

Tak banyak ambil gambar dekat lighthouse ni sebab hujan kan. Mana nak pegang Hana lagi, pegang kamera lagi ;) 




Bark Hut. Saja ambil gambar ni ;) dekat2 area parking lighthouse.


Apollo Bay

Dari Split Point Lighthouse kitorang ke Apollo Bay untuk lunch di Restoran Iluka yang glemer tu. Dalam 1 jam setengah (65.1 km) ke 2 jam dari lighthouse. Rata2 aku baca blog yang pergi ke Great Ocean Road mesti singgah sini makan. Aku pun masuk la dalam itinerary juga. Hehe.  Masa sampai ni rasa nak minum panas sangat sebab tadi jalan pusing2, omoo rasa mual sikit. Syira pun tahap dah pening2 nak minyak angin je. 





Halal certificate

Laparrr. Makan Fish n Chip. sedappp


n hot chocolate


Makan tau Haris n Danish. Jangan lapar2.



Us at Iluka ;) Time kat dalam ni boleh pulak terserempak dengan kawan FB yang kenal melalui page pasal Melbourne juga. Bertegur sapa la kejap. tapi tak ambil gambar la. Hehe
time sejuk2 pun rasa nak makan aiskem :'D haha sebenarnya time ni dah tak rasa sejuk dah sebab tengahari kan
Tengah2 makan, Hana ternampak playground dari kejauhan. Adododoiiii tak tenteram makan, dia dah merengek2 nak gi main playground. Baiklah baiklah. Tapi sebelum sempat sampai playground kitorang menyinggah juga kedai baju. hehe saja tengok2 baju2 sejuk sana. Semua pun nampak tebal dan selesa.
Mainlah anak2. Lagi pun puas hati dengan playground situ. Nampak selamat je. Kalau jatuh pun tak sakit sebab pakai kayu2 hancur tu. panggil apa eh kayu2 tu ;p


tenang je Apollo Bay ni. Iols sukaa


Lama juga lepak kat Apollo Bay ni layankan Hana main kat playground. Abang siap masuk store lagi beli makanan2. Tak boleh lama2 sangat lepak nya, nanti tak sempat nak pergi Twelve Apostles sebelum gelap.

Ayuuhh kita ke Twelve Apostles.


Twelve Apostles

Perjalanan dari Apollo Bay ke Twelve Apostles dalam 1 jam setengah (87.2 kilometer) ke 2 jam. Kitorang sampai dah lewat petang dalam pukul 5 macam tu. 

Masa sampai tu rasa Subhanallah, wahh cantiknya ^^ ditambah pula dengan nak sunset nya. so lagi rasa waahhh #takbolehnakdescribe. korang tengok lah gambar ya. Tak pasti sampai tak situasi sebenar dengan dalam gambar :D

lepas parking kereta, pergi toilet dulu. Comel Nekma


dari parking nak ke lookout point tu kena jalan sikit. Dalam perjalanan tu penuh dengan pokok2 yang macam ni la. nak panggil apa ya pokok2 macam ni ;p pokok2 liar kot ek? ;p
macam lukisan tak? cantiknya alam  ini



aku dukung Hana sebab ada warning Beware of Snakes. So takut la. Hana ni kalau dilepaskan dia suka lari sana sini huhu



Huwaaa cantiknya Twelve Apostles. Ini gambar belum sunset. kat bawah ni gambar masa sunset.





Subhanallah. sunset at Twelve Apostles. 



 Twelve Apostles is a collection of limestone stacks off the shore of the Port Campbell National
 




Mama dan Hana bergambar di kejadian alam yang sungguh menarik

The rock formations are sooo beautiful^^


ini baru belah2 sini.  ada lagi lookout point belah sana.
nampak tak ramai orang sedang menuju ke belah sana? dari jauh nampak kecik je orang2 yang sedang berjalan hehe




The other side of rock formation.


Ini tak termasuk dalam Twelve Apostles kot.
Zoom in

Sebelum balik, kitorang minta tolong tourist lain ambilkan gambar family dulu. hehe


Ayuh, sebelum gelap, nak tengok Loch Ard Gorge juga. 


Loch Arg Gorge

5 minit je dari Twelve Apostles. Tapi naik kereta la. hehe

So apa itu Loch Ard Gorge?

Nama Loch Ard Gorge ni sempena nama sebuah kapal pelayaran yang besar bernama Loch Ard yang karam berhampiran Pulau Muttonbird pada 1 Jun 1878 dulu2 setelah belayar hampir tiga bulan dari England ke Melbourne. Dari 54 orang, hanya 2 je yang terselamat sobs

Begitulah ceritanya. nak lagi faham tengok cerita kat bawah ni. hehe





Finally sempat ambil gambar di Loch Ard Gorge sebelum betul2 gelap. Pukul 6 lebih rasanya masa ni. Aku edit siket gambar ni supaya tak nampak gelap sangat. Menarik kan sini?


Dah lewat, ingatkan nak singgah makan di Port Campbel. Tapi last2 kitorang lalu je pekan comel tu. Tak singgah makan pun. Perjalanan balik ikut tol dalam 3 jam lebih. rasa lama gila perjalanan sebab tak nampak apa2 view kan. Anak2 semua tidur dalam kereta. Aku tak berapa, teman driver dengan co pilot kat depan, hehe. Kalau kat Malaysia tidur je aku, tapi kat sini tak mau la, rasa sayang kalau tido tak tengok luar hehe.

Sampai rumah tidur. capek. esok nak jalan2 dalam bandar aje. Nanti aku sambung lagi ye.

p/s : Aku ada buat video dekat Twelve Apostles, tapi entry lain nanti la aku upload ye.





 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez