dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 13, 2017

Melbourne Winter Trip

0 comments
Salam semua. Cak ;) 

9 September yang lepas, iols dengan family termasuk nekma dan abang sekeluarga bercuti di Melbourne, Australia. dah sebulan lebih balik sini baru rajin nak cerita kat blog :D

Anyway kitorang pergi 5 hari je. silap betul la pergi 5 hari haha , patut amik 2 minggu ;) tak cukup dan tak puas la. tapi yelah kan book tiket awal sangat haha padan muka. awal setahun, tu yang tak ada kesedaran kot, book sebelum study apa2. 

naik Air Asia je.  hadap la 8 jam duduk tegak ;p keh keh keh. 700++ per person tak termasuk luggage n makan. jumpa tu je yg paling murah untuk pergi ke Melbourne. 

Setiap tahun memang family nekma ni akan cari masa untuk bercuti sama2. aku kan 2 beradik je. aku dan abang aku. so senang aje nak plan apa2. lagi best abang aku tu suka lantik aku jadi tour guide, so aku suka la sebab aku yang akan susun semua itinerary, abang ikut je dan akan hulur duit je bila aku minta hehe kerjasama sangat 5 bintang. Selalu bercuti dalam negara je. tapi tahun ni gi jauh ke bawah peta siket. hehe. ni dah balik dari Melbourne ni, abang dan syira dah ajak2 nak gi jepun la korea la. cop cop. bagi weols penuhkan balik tabung yang dah kosong ni haaa haha. tahun 2020 kot baru boleh join kuikui.


ni gambar di KLIA2 sebelum berlepas.

Flight kitorang pukul 10:30 pm. Lepas Asar kitorang gerak dari rumah Putrajaya naik ERL. Memang pergi airport awal2 la sebelum waktu boleh check in. check in kene awal 3 jam rasanya. Abang Syira n Danish pula flight dari JB, awal lagi diorang dah sampai. Check in, imigresen semua berjalan lancar. ada masa lagi, tu yang dinner dulu sebelum naik flight. McD ni kat bahagian dalam dah selepas kitorang dah check in dan lalu imigresen semua dah. kira makan dengan tenang la ni x rushing pun. lepas makan, solat siap2, dan tukar pampers Hana siap2, bawa Haris pergi toilet siap2 dan kenyangkan anak2 siap2 dengan susu. Nanti naik flight dengan harapan semua tidur sahaja ya :D





Alhamdulillah 8 jam dalam flight, Haris tidur, Hana pun tidur walaupun ada merengek2 siket tapi ok je la. aku la yang xberapa lena. tido2 ayam je.

ok next episode aku nak tunjuk korang gambar sunrise yang sangat cantik aku ambil dari atas langit. hehe. Tunggu tau. aku akan update blog jumaat depan, tu je masa lunch yang panjang aku ada. itu pun kalau x ada yg ajak keluar la ;p

bye korang.

oh anyway sebelum pergi Australia, kena apply Visa dulu tau. kitorang apply tru sorang kakak ni, dia punya murah RM20 je per individu. kalau korang nak number dia, korang emel la aku ye. Visa ni apply bila2 pun boleh tapi elok apply awal la, macam kitorang apply 2 bulan sebelum pergi. Visa ni valid 2 tahun.

Travel Insurance pula kitorang apply sendiri dekat online https://digital.axa.com.my/travel-insurance-malaysia?gclid=CO7y6tPWtdUCFcIbjwodc1QLuA

untuk family RM90 lebih je. kalau individu RM39. kena apply 15 days before departure at least.

lepas tu kan nak cerita, percutian ni sepatutnya Spring Trip tau, bukan Winter Trip. kira masa beli tiket flight memang dah pilih tarikh musim bunga dah. Tapi biasalah, kita yang merancang macam2, yang menentukan Di Atas Sana kan. Nak dijadikan cerita Winter tahun ni lambat habis pula. sampai tarikh kitorang pergi, winter belum berlalu pergi. tu yang jadi Winter Trip. Patut bercuti pergi tengok tulips, last2 dapat snow. haha. tulips tinggal kenangan sebab semua belum bloom akibat cuaca sejuk.

ok dah. nex week ye aku cecite ye. bye bye korang






 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez