dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 12, 2016

dudu kuku 5th Anniversary & Bukit Tinggi Pahang

0 comments

 Salam semua. 

dah lama peram juga cerita ni. hehe. 20 November tahun lepas adalah anniversary aku ngan kuku yang ke 5 tahun. Alhamdulillah. 
dan masa tu aku pilih untuk spend time dengan family. kitorang pergi Bukit Tinggi dengan ma dan abang sekeluarga^^ tak gi jauh2 pun. memang plan nak short getaway ajek. walaupun nak muntah hijau dah pergi Bukit Tinggi 2x dah sebelum tu. boring dah haha.

kalau perasan, kat blog aku ni sebelum post pasal Hana dan pasal arwah ayah, last post aku pasal percutian di Bukit Fraser. masa tu arwah ayah masih ada lagi, tarikh 24 Mac 2014. 2 bulan sebelum arwah meninggalkan kami semua :( Arwah pegi 14 Jun 2014. Ya Allah, tak pernah sangka dalam tempoh 2 bulan macam2 boleh jadi ye :'( Allah lebih mengetahui. aku rindu pada arwah ayah. dah tak dapat nak coret cite comel2 pasal ayah dulu. huhu. kitorang sekeluarga pun amik masa setahun juga laa tak pergi mana2, sepi je. rasa pelik pula baru2 ni gi Bukit Tinggi tanpa ayah/kongkong. huhu. Alfatihah untuk ayah kesayangan.


hujan di Bukit Tinggi masa kitoang pergi

ok kitorang pergi Bukit Tinggi hari Jumaat , tapi kitorang gi petang, lambat siket sebab kuku ada kursus yang tak boleh skip sebab dia baru masuk keja situ hehe. so abg dan ma pergi dulu n jalan2 dulu kat sana kat Japanese Park and Botanical Garden. aku ok je x ikut pagi tu sebab mmg dah nak muntah ijo gi sana x nak tengok dah ;p 

iols ok jeww xde dalam gambar haha. kimono ni aku penah pakai zaman muda2 dulu. jap aku korek gambar
taraaaa~~~ tahun bile pakai ni tak ingat pulak. 2009 kot?

gedik gak nak upload gambar lama semata2 nak tunjuk penah pakai kimono kan.
lepas balik kerja, kitorang pun berdesupp ke Bukit Tinggi, bertemu sama ma dan abang sekeluarga.


ok gi Bukit Tinggi tu kitorang tidur semalam. ambil Suite 3 bilik. cukupla tuk aku sekeluarga, abg sekeluarga dan ma.

dah check in sume, malam tu kitorang makan2. Such a sweet moment. spend time together with beloved family.borak2 gosip di kala kesejukan. ewah.



dah kenyang, kitorang balik la bilik. hujan kan.
bilik kitorang 4 beranak heehee 

ni kakak ipar kita, syira nama dia. syira bergambar dengan Hana kat tangga suite kitorang. kitorang sume tido bilik atas, ada 2 bilik kat atas. ma sorang2 tido bilik bawah hehehe. 
malam tu aku bukak Brownies and Congo Bars sempena Anniversary kitorang. bes makan malam2.
Khairi & Diana 5th Wedding Anniversary ^^


dap nyeee makan tengah2 malam

order ngan adik ata. sedapp.

malam tu borak2 sambil tengok tv kat hall. Haris ngan Danish seronok bermain sama2, lari sana lari sini lompat sana lompat sini. ok la keluasan suite tu sampai boleh berguling2 diorang dua tu.

bangun pagi nampak view ni. besnye ^^

pagi bangun gi sarapan hotel. lepas tu jalan2 sebelum check out. alaa tido semalam cukup, kat sana tak banyak tempat yang nak jalan pun. kitorang dah puas dah 1 malam je. hihi.

bergambar kat beranda sambil menikmati pemandangan pagi di Bukit Tinggi

 
alolololo budak kecik ni nangesss ekekeeke

kat sana haris memang berkepit je dengan mummylong dia. senang keje mama ekekekke.



hana berkepit dengan mama aje lah. hhihi

gigih naik tangga sampai atas. penat ok. lif rosak masa tu
layan Haris dan Danis main lari2 dengan angsa


kaco je lori belakang tu kite gambar dengan ma kita.


dah puas jalan, kitorang pun balik. eh bukan balik, tapi pergi ke Janda Baik. niat hati nak mandi sungai, sekali hujan daaa. so lepak kejap aje. xde rezeki, nex time je lah.

tenangnyee dengar bunyi air sungai

tak tau lagi apa destinasi percutian family seterusnya. hehe ok lah bye, terima kasih pada yang membaca!
 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez