dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Wednesday, February 26, 2014

Rajin

3 comments
nak cite.

hari2 aku ke tempat kerja akan lalu satu gerai nasi lemak tu. dalam tahun lepas jugak laa diorang bukak gerai tu. penjualnye adalah 3 orang gadis umur mcm 20an. byk jugak yg diorang jual termasuk nasi lemak, megi goreng, mee goreng, nasi goreng, kue teow goreng dan kuih-muih.

kadang2 aku ada la jugak singgah untuk tapau, dan setiap kali singgah mesti hati aku terdetik mcm ni ;p 'lawonyee diorang pakai untuk jual nasik lemak' ;p

sebab diorang pakai baju kurung, tudung kemas2 mmg x macam penjual nasi lemak yang lain la.. dan yang paling menangkap mata aku adalah 3 henbeg yang tersusun di belakang diorang batting eyelashes walaweh jual nasik lemak bawak henbeg. tapi aku xde nak kutuk ke apa sbb aku rasa kiut je situasi tu. cume aku lebih kesah kepada rasa bahaya laa ada henbeg mcm tu kat gerai nasik lemak, takut orang jahat ambil kesempatan je.


dan..

pada hari ni kesahnye aku keluar dari umah lambat sebab ada hal siket, so aku lalu gerai tu dalam pukul 8:45 am, waktu orang sume dah masuk keje pun. aku singgah la nak tapau siket. tapi aku pelik penjual nye adalah wanita tua dan lelaki tua. aku pun tanya la dulu "ni gerai yang sama yang 3 org gadis jual tu ke??"

pastu makcik tu pun jawab

"ha ahh. tu anak2 makcik. diorang dah pegi keje dah waktu ni, so makcik ganti laa"..

surprise


laaa hamik kau. diorang bekerja rupe2nye. patutlaa pakai cantik2 dan bertudung kemas jual nasik lemak siap ada henbeg bagai. big grin diorang bekerja mcm kite juga rupenye, bezanyee mereka bangun awal pagi untuk masak, setup gerai dan jual sarapan dulu sebelum pergi ke ofis.

koff koff kofff kagumnya. rajin kannn winking




 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez