dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Monday, December 31, 2012

ohhh ohhh

1 comments

AOA - Get out

suke part "ohhh ohhh"



hehehhee

jumaat malam sabtu, aku suke layan carta kpop kat 8tv. org xde astro kan, xleh laa tgk channel 393 hehe.

layan carta kpop sambil lipat baju yg berlonggok2. bila lagu x berapa best, aku lipat la baju.
bile lagu bes tarian bes2, aku tengoklaa sambil mulut ternganga  hee hee

dan skg sgt suke lagu Miss A - I don't need a man hee hee harus jadi ringtone kat henpon baru ni. iols dah pakai smart fon tau. akhirnye aku keluar dari dunia kura-kura aku juga haha. percaya x.

tapi motip kuku yg copy kan sume contact, setting kan sume bende dan install segala menu. tup2 aku bole pakai terus je hee hee

 ohh perkembangan haris. haris xsuke makanan lembik2. roti2 kek2 sume xnak. suke makanan keras jek. mcm nasik suke laa, bubur x suke sbb lembik. motip sgt. tepi2 karipap yg keras tu die suke. kerepek, keropok sume2 laa yg keras die suke. pulakkkk. sayang je xmkn puding roti mama tau. mentang2 puding roti lembik



 



Thursday, December 27, 2012

pergi cameron kali ni sejuk sangat

8 comments


Salam sume.

ahad yang lepas, aku,kuku, haris, ma, ayah, abang, shira dan danish bercuti2 di cameron highland. tido 2 malam. tapi kali ni pegi sejukkkkk sangat. masa 2 tahun lepas pegi, xlah sesejuk kali ni. sebab skg bulan 12 musim tengkujuh kot, sebab tu sejukkkk sangat kat atas sana, kof kof.


@ladang teh sungai palas. cantek sangat view. 2 tahun lepas pegi ladang teh cameron valley je, x secantek yg sungai palas ni



happy belated anniversary ;p bole? 2 tahun lepas masa honeymoon g cameron, so motip kali ni gi cameron lg? hehe cakap kat kuku nak ganti balik sebab masa dulu pegi aku tgh pregnant, x ok sangat sebab aku ada rasa pening2, perut berangin sampai nak muntah. kali ni pegi memang sihat, cergas riang gembira. lepas tu sgt bermakna dengan adanya haris. dulu haris dalam perut ;p hihi

dulu masa pegi cameron (klikla klu nak baca),. kuku kool gile x pakai baju sejuk, malam2 pun selamba je xpakai. tapi kali ni die surrender ;p mmg sejuk yg amattttt. haris mule2 suke laa sejukk, riang je die, tapi last2 selsema. uhuk uhuk



xdapat pegi Swiss Alps, cameron highland pun jadila, ekekeke


bukan main kabus die


family bonding time. happy sangattt,. harap dapat selalu macam ni. abang dah keje kat sarawak tau sekarang. die kata nak amik experience kat sana, yg comelnye, abg kat sarawak duk umah setinggan, pakai motor g keje haha sangat comel kehidupan, lepas tu kehidupan die kat sana mmg untuk bekerja je. pegi awall2 pagi,. balik malam2. pastu 2 minggu sekali turun semenanjung tgk anak isteri. kire slalu balik jugakla. hihihi pengorbanan sementara untuk mencari rezeki



abang saya yang comel kat hujung kanan sekaliii


kat cameron kitorang sewa Rose Apartment. ok sangat. ada 3 bilik, siap ada 2 balkoni. haa mengadap laa angin sejuk sesejuknye. hehe. ni kat atas ayah tengah tengok sekelling


bunyi angin sentiasa menderu. sejuknyee~~~~~~~~ ni dari balkoni 1. leh nampak Kea Farm. pagi2 tengok ada amoi gigih pungut kubis kat bawah. dengan sejuknye, hujannye. aaa gigih sangat.




motip sempat bergambar. angin kuatt gilerr. ohhh dalam rumah ni siapa yg xpakai selipar mmg cari sakit laa. haha sejuk giler2 lantai die. naseb baik apartment ni die mmg ada sediakan selipar rumah yg banyak.



mama+ haris, shira+danish. danish panggil aku mak tu. bukan maksu tau tapi 'maktu' jadinya http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif




ni balkoni kedua kitorang. malam2 shira amik feel baca novel kat sini. haha x sanggup aku tahan sejuk. pintu balkoni ni kitorang slalu tutup. jarang bukak. seriau membayangkan kalu anak kecik terlepas ke sini. seriau gile~~ kalau dukung haris kat sini pun dukung ketat2, peluk ketat2.



our lil haris ^__^




ingat nak jadikan profile pic kat fb la. hehe



budak yang dah dapat kaki. berjalan ajela kejenyee. tapi bile berjalan suke bawak apa2 yang boleh diangkut skali hee hee


comel je tengok diorang main berdua. haris suke rampas bola danish. tsk tsk. sebab bola haris color pink, die nak jugak bola biru abg danish. bola pink tu maklong ngn ayahlong dia yg bagi. xsangka lak haris xsuke pink http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif



hollohh hollohhh


haris tunjuk ape tu syg~~


oh happy happy day~~~~~~ oh happy happy dayy~~ ^_^



@Big Red strawberry farm

kalau kat Big Red Strawberry farm ni memang terkenal dengan desert yg sangat sedap. tahun lepas aku makan waffle aiskem stoberi. tahun ni aku makan aiskem goreng, sundae stoberi, cheesecake with aiskem stoberi, stroberi celup coklat panas2, sume lah aku makan. sedap giler.





x amik gambar. so curi gugle pnye, aci x.




ni bukan gambar aku tau. tapi nak tunjuk sundae stoberi. sedapnyee~~~ tapi aku paling suke stoberi celup coklat panas2 tu. suke sangat..



ok dah. tu je. rasa terkenang2 je kat apartment cameron sana dengan family tercinta sejuk2. rasa nak hari2 macam tu.

sekarang ni tgh feeling2 nak benti jadi System Analyst pastu nak beli umah kat cameron pastu keje sendiri kat sana. ahhh what a happy life  big hug teehee berangan ko.





Friday, December 14, 2012

cerita yg buat aku senyum, sengih dan gelak sorg2

5 comments

hari tu kan kak Di ada promot cite Aku Dia dan Tong Sampah kat blog dia.

aku tengok siket terus rasa nak tengok lagi.

so hari ni jumaat rehat lama. aku tengok la.

sumpah bes haha. aku xtahan betol asyik tergelak je.

paling xbole tahan masa Beto cakap 'band ni bukannye sedap pun!!"

kuikui.




Thursday, December 13, 2012

Swiss

8 comments


aku ni hari2 laa duk baca blog kak ana suzana. hari2 tunggu die update entry sebenarnye, bole? suke laa baca blog die. bess. mcm surirumah yg sgt berjaya, super-mak yang mampu hidang byk2 lauk dan isteri yg saaangatttt pandai masak untuk suami die. wuwuwuwu x jeles tapi banyak nak pelajari ngn kak ana. hihi pastu kak ana ni sporting, pastu kaya tp macam sempoi je. eeee memang suke la. pastu kalau ajar resipi kan, siap ada gambar, tu yg boleh paham tu.
lepas tu kak ana pulak masa bercuti pun rajin masak. kerlass.


dan skang, kak ana tengah bercuti. hari tu kat paris, sekarang dekat Swiss. nak nanges aku tengok percutian dia, haha gile best. villa yang dia duduk pun best, sume2 pun best la.


terus aku rasa macam NAKKKKKKK sangat pergi Swiss. nak nak nakk uwaaa. kuku nakkk gi swiss~ hehe besnye bawak haris gi swiss.

sebelum ni pernah la rasa teringin nak pergi korea, teringin nak pergi maldives, tapi kali ni punye teringin lain macam siket pulak. acaner tu johan~ macam nak kene usahakan je ni ekeke. nak kumpul duit cam jauh lagi je nak tercapai ;p ahik2

kadang2 sebelum tido duk terbayang2 kesejukan di Swiss. pastu berangan2 (^_^) .. kronik dah ni.

sebenanye dulu pernah teringin jugak nak pergi Swiss lepas tengok cite Chocolate love ke apentah yg cite thailand tu. die berlakon kat sana la. hoo gile best. masa tu dah teringin dahh nak g sana. tapi kali ni lagi2 teringin.


kan bes kalau hari2 bukak tingkap nampak pemandangan salji camni



 


Subhanallah. suke sangat




 






















xde salji pun lawa
country side view



indahnya~


swiss alps





petang2 main camni, gile bes




gambar kredit to google image ye.


haihh~~ ok lah. nak sambung buat keje sambil berangan ;p




Tuesday, December 11, 2012

cuti ;p

2 comments


Salam cume. sempena cuti selangor hari ni, cer teke aku kat mana. duk berdua dengan haris kat umah putrajaya ke?? harus laahh takk.. sayang betul kuku wilayah, so x dpt nak cuti bersama2.


iolss pagi2 tadi angkut haris yang masih mamai2 baru bangun tido masuk dlm kereta, broom2 ikut mex menuju ke gombak balik umah ma. bole?
hehe. tapi da mintak permission kuku laa pagi2 td.

motip x duduk je rumah putrajaya berdua ngan haris. hehe. 
sebab aku dah jadi terlebih penakut.

aku ni gi gatal PEGI JOIN GROUP KUARTERS UMAH AKU KAT FACEBOOK.

group fb tu diiklankan di lobi. so aku pun try2 la masuk kan.

JADINYEE, ELOK2 AKU XTAU APA2, tetibe aku jadi tau apa2. kahhhh.*motip gelak macam lisa x suke.

selama ni aku xtau pulak ada berlaku 2 kes pecah rumah kat blok aku. padahal ada je guard kat bawah tu. wuwuwu. 

pastu kan elok2 aku xtau kisah seram kat blok aku tetibe aku dah tertau. bole??? tu laa gatal lagi pegi join group.
yang pasal pecah rumah tu elok laa kan dah tau. tapi yg pasal kisah2 mistik ni aku berharap aku xpernah tau sampai bile2. aaa motip aku dah tauu. menci2 *sambil tumbuk2 bahu kuku.

sekarang tengah malam2 aku jadi takut pulak. padahal sebelum ni ok je buat keje rumah sorang2. yg tulis kat fb tu pulak kata rumah yg dgr mcm2 tu umah tingkat atas2 belas2. umah aku tingkat 13 ok T_T


hehe dah laa dd. bak kata kuku benda tu kan memang ada, cume nampak x nampak je. ok dah dah ^_^
 
hehe ok laa. nak gi makan, lapar. ma masak sedap2. suke2.ok petang nanti kul 4 petang camtu aku baliklaa ke putrajaya semula hehe. bye uolss


kof kof kof majalah inspirasi jan 2013. kof kof kof terbatuk pulak

;p



Monday, December 10, 2012

rambutan dan dialog

3 comments

- skang musim rambutan eh? aku rasa aku sangat bahagia sebab hampir hari2 ada ofismet bawak seplastik besar rambutan dan letak atas meja depan. aku ni hantu rambutan, so aku suke sangat2 makan. hari ni punye rambutan yang dibawa oleh H adalah yg terbaik. sebab air die x meleleh masa kupas, pastu die kenyal2 x lembik, manis, pastu xde jumpe buruk2 pun masa makan. ah mmg nikmat.

byk gile kot aku mkn. kejap2 makan kat meja depan dengan alice dan ana, kejap2 bawak 5 6 biji ke meja sendiri, kejap2 makan dengan rina, pastu kejap2 mengadap sorang2 kat meja depan balik. hoii xde keje ke ko asik makan rambutan? ;p 

keje keje, makan makan ;p

paling comel adalah apabila aku berbincang dengan si T tentang fail projek sekian2, sambil bincang si T ngunyah rambutan, dan bile habes rambutan dikunyah, die keluarkan rambutan dari poket seluar die dan kupas. kau mampu simpan byk rambutan dalam poket?
hee hee


- eh bes jugak kan lagu keajaiban cinta adira dengan aliff aziz tu. suke suke.

- dah lama x buat entry pasal dialog kan. kite rojakkan entry ni dengan dialog2 baru.


1) sms

ma : "haris rindu kat nekma ke ni, nekma dpt byk msj kosong"
dd :  "ma, sori2 haris punye keje la tu, wuu"



ja : "dd, nape call tadi"
dd : "sori2, haris main tepon tadi, die tercall ko eh."


lisa : "motip ko sms kosong bertubi2?"
dd : "huk2 ko sms td, haris reply la tu bertubi2 wuwuwuwuw"



adoi, lepas ni siapa mangsa haris pulak ye T_T



2) masa ni kuku tengah nak masakkan nasi haris. selalunye aku yang masak.

kuku : "awaakkkkk~~~ nak masak nasi haris berapa pot?~" *laungan dari kuku didapur

dudu : "satu genggammm~~~~" *laungan dari dalam bilik

kuku : "saiz tangan kite x sama dengan saiz tangan awak~~"



dudu nak gelak bole takkkkk bole takkkkkk

mmg aku gelak sambil tukar pampers haris



3) haris dah lulus panggil mama. cume belum lulus panggil abi.

abi : "aaaa...bbiiiiiiiiiiii"

haris : "apakk"

abi : "aaaaa,,bbiiiiiiii"

haris : "apakk"

abi : "bukan apak la haris.. aaaa... bbiiii"

haris : "apakk"

abi : "apak pun apak laa haris"

hee hee

Thursday, December 6, 2012

Fashion Runway Wedding

7 comments

Salam sume. 24.11.2012 yang lepas aku ada pegi wedding yangg saaaangat cantik. sangat english2 gitu. wedding seorang kawan, geng shackey buddies ku dulu, shasha & farell.

 nama tema wedding beliau adalah Fashion Runway Wedding. @ Sime Darby Convention Centre. masa opening wedding kann, biasanya pengantin yang berarak kannn, tapi masa wedding shasha ni opening die ada model bercatwalk masuk ke dewan dan sambung bercatwalk atas pentas runway. kerlass~~

 ok lah mule2 nak tunjuk kad kawen shasha dulu.


simpel je tp english2 giteeww


 



lepas tu kan, ada attachkan kad kecik ni. cubelaa besarkan klu xnampak tulisan hehe.


hehe diorang ada sediakan senarai hadiah kawen yg diorang nak, so kite xyah pening2 nak bagi hadiah pe. tapi kene beli dekat Robinson la.


aku xtau pun Robinson tu apekemende. terus text iza tanye. rupe2nyee Robinson adalaa shopping mall dalam gardens midvalley.

oooooo ;p

terus aku terbayang ala2 Parkson kot, tapi up siket. hehe


pelamin kat tengah2
cantekkk




kitorang dapat seat bebetol depan pelamin http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif



nampak x pentas runway kat belakang. haa situ tmpt model2 buat catwalk. pastu tempat pengatin berjalan dari pelamin menuju ke tempat makan. kerlas~


biasanye kan kalau masa makan, kite buat makan beradab kan. meja panjanggg, tengah2 pengantin pastu kiri kanan mak ayah pengantin laki dan perempuan dan keluarga yang lain kan kan kan.

tapi masa wedding shasha ni, diorang makan berdua je big grin ala2 candle light dinner gitu big grin


ko ade?

laughing


kerlas kan. tapi suwit jugak. bole makan tanpa malu2, hehe. great idea ;p


tempat makan pengantin yang glam sangat2.



kannnnnnnn


mereka menikmati hidangan berdua (bagaikan dunia ini mereka berdua yg punya ekeke) semasa tetamu2 sume pun menikmati hidangan yang sangat sedap. betull sedappp. jarang tau pergi wedding dalam dewan/hotel dpt mkn yg betul2 sedap dan cukup rasa. hehe


pengantin yang cantekk :) suke2 baju shasha


potong kek dari seenfullysedap.blogspot




ok sume gambar di atas kredit to facebook Glam Wedding, seenfullysedap.blogspot dan henset kuku.

Happy newlywed shasha & farell. Congratulation and may Allah grant you a happy married life. ^_^


note : huhu gambar macam x cukup, x byk gamba pengantin dan x byk gamba kawan2 kan. x amik gambar sangat masa tu.

note 2 : wedding ni masuk nona tv3 tau. tapi tahun depan baru keluar ;p

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez