dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan Haris Safeyullah,permataku, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Tuesday, October 30, 2012

Haris Safeyullah is turning ONE!!!

9 comments
Salam uolssssss

pada 21hb 10 minggu lepas adalah besday haris yang ke 1 tahun.
haris dah setahun, syukur Ya Allah diatas anugerahMu ini Ya Allah.
anak ini membesar dengan sihat dan gembira, tiada apa yang boleh kugambarkan dan kukatakan betapa terharunya kami berdua. 
Kini haris dah menjejaki angka 1 tahun, macam x percaya dan macam cepat sangat masa berlalu kann kannn kannnn.


kek besday haris yang pertama. credit to kak reen.




anak mama nak jadi anak soleh ye ;) jadi anak yg soleh, yang rajin, yang kuat berusaha dan yang mendengar kata tauu ;) InsyaAllah



our little family ;) lisa tanya, kenapa haris x merah pun. aku jawab tu baju haris ada je jalur2 merah/pink belacan
hee hee

keluarga weols dan kawan2 rapat datang rumah masa ni, hehe. ma ayah pun tido umah malam tu.
menu kitorang asalnye simple je buat mkan petang kan - soto, lasagna, baked macaroni, roti jala, puding dan air je. skali bila keluarga2 datang, terus menu kitorang beranak. haha banyak gile menu sampai tetamu tegur banyaknye makanan. terima kasih yang x terhingga lah pada keluarga2 yang beri hidangan tambahan tu (^_^)

 note : patutlaa kuku sangat kool dan asyik kata jangan risau bile aku asyik riso makanan xcukup. rupe2nyee keluarga die jenis semua bawak hidangan, hihihi. the beauty of jawa ;)


note: terima kasih pada kawan2 rapat yang datang huhu yang bawak hadiah untuk haris tu, huhu susah2 uols je. we appreciate it, moga dimurahkan rezeki kalian ye :)


ini diaaa budak setahunn ;)



haris membawa diri di rumah yang tetiba ramai orang, haha. padahal x tido siang tu, naseb baik x meragam. petang2 tu je cam ekk ekk ekk siket sebab ngantuk, pastu mata dah kuyu sangat. tapi tetap nak main2 jugak. ada sekali tu kitorang gelak tengok haris merangkak dengan gaya kepenatan yang slow habes dan ala2 tercungap2. ezan ingat x? hahahaha




ok lahh masa besday kite kasi die can makan ceklat.






oohhh our sweetheart ^__________________________^

ok habeslahhh, cukuplaa tu kisah besday haris, hehe.

nway x lupa juga pada cikgu2 taska haris.

cupcakes untuk cikgu taska haris. nak tulis "haris is 1. tq cikgu" tapi xmuat laa plakkkk

terima kasih pada cikgu2 taska haris yang telah menjaga haris dengan baik, sob sob. berterima kasih sangat sebab bagi haris minum susu, bg haris makan, tukar diapers, mandikan haris, hiburkan haris, sob sob.

terima kasih juga pada cikgu2 yang selalu lumur air asam jawa pada badan haris bila haris tiba2 demam panas kat taska. padahal aku xsuruh pun, lepas tu terima kasih pada cikgu juga sebab bagi haris madu siket bile diorang perasan haris batuk2, semua pun tanpa kebenaran aku, tapi inisiatif diorang. bile aku amik haris petang2 baru diorang akn ckp "kak.. tadi saya ada itu ini itu ini.." ..mungkin sesetengah parents ada yang x suka kalau cikgu mandai2 buat, tapi aku ok je. aku xkesah pun, aku faham niat diorang.

setiap pagi hantar haris bile cikgu2 hulur tangan nak amik haris, mesti haris dengan rela nye hulur tangan balik sambil sengih2. dah cukup lega untuk aku tinggalkan haris bersama cikgu2 yang haris selesa dan rasa disayangi.






eh apa ni? weols xde pun door gift masa besday haris hari tu. yang ni haha saje buat packaging besday beg untuk nak bagi kat kawan2 ofis especially team-mates. erm dalam 14 pek jek. ada candy dalam tu, leh diorang bagi kat anak2.



ok yang kat bawah ni untuk nak bg kawan2 ofis gak.


apam pokadot untuk 50 staf Bahagian Aplikasi PTM



close-up


close-up lagi. hehe


kui kui kui rasa macam nak bagi satu dunia tahu yang haris dah 1 tahun, bole? hee heecrying



mesti kuku dalam hati cakap "ape lagi laaa dd ni.. udah2 la tuuuu.." hee hee
sebab semua ni aku mintak kebenaran dia dulu. kuku pasrah. hehe



Thursday, October 25, 2012

alamak, salah paham suda, haha

3 comments

kesahnye, kitorang ada pengujian sistem tadi. so duduk dalam bilik la kan buat pengujian.

tibalah waktu lunch, sorang2 pun beredar untuk pergi makan. tinggal, aku, kak K dan si T.

aku x g makan sebab nak siapkan report. sebelum tu, nak tengok Adam dan Hawa dulu episod 35. aku pun pakai laa earfon layan cite Adam & Hawa. tapi dengarlah sipi2 si T tu tengah pung pang pung pang borak ngan kak K, mula2 cakap pasal pilihanraya, pastu xtau la dah kan, aku xdengar, tengah menghayati Adam & Hawa. sebenarnye tengah geram dengan Ain sebab buat am macam tunggul.


masa tengok tu aku sebenarnye remote PC jek, kire bukan tengok kat laptop ni la. sebab remote kot, so tengok video tu macam tak synchronize pulak suara dan mulut watak tu. alaaaaa x feel laaa tengok adam dan hawa kalau suara x sync dengan mulut. aku pun cabut earfon terus blah kuar bilek gi partition sendiri sambung tengok kat situ je.


rupa2nyaaa, masa aku blah tu, si T salah paham. die tanya kak K "dd terasa ke? dd x suke ke?"


 surprise

omooo omooooo rupe2nye si T tengah borak pasal politik dengan kak k. tapi tengah cakap pasal parti mana aku xtaulaa, sebab aku memang x dengar laughing

 omoo omooo bukan sebab aku sentap or xsuke laaa or terasa kat mana2 laaa, aku siriyesli x dengar ape2 arrrrlaughing


earfon kat telinga aku ar, sepatah die ckp pun aku xdgr sebenarnye ok hee hee

kof kof kof


motip muke macam aku ni nak sentap pasal politik? hak hak geli lengan baju kurung aku dengar.


 

Wednesday, October 24, 2012

coret-coret pasal diri sendiri

5 comments

 - eh uols nanti minggu depan iols update pasal besday haris eh. haris dah setahunn tauuu!!!! senyum sampai telinga (^____________________^)
 tunggu tau. minggu ni x berkesempatan lagi nak update.

- hoiii sedapp giler lagu Separuh Aku - Noah Band. suke sangattt laguu tu, asal sedap sangat niii??? mmg taste aku lagu cam gitu. aku suke lagu tu setaraf dengan aku suke lagu Suara Ku Berharap - Hijau Daun. dengar banyak2 kali pun masih feeling2 gitu.

- aku baru lepas present ni tadi kat atas. biasala, Bahagian Aplikasi kitorang ni setiap bulan akan ada perkongsian ilmu, akan ada turn masing2 untuk menyampaikan apa2 ilmu yang dia tau. 

tajuk pembentangan aku tadi "Kesilapan dalam Bahasa Melayu". comel x tajuk aku? 
comel x aku jadi cikgu BM tadi? 
comel x aku ajar diorang tadi yang ejaan 'Merbahaya' adalah salah tapi ejaan yang betul adalah 'Berbahaya', sebab xde imbuhan 'Mer' dalam Bahasa Melayu.

comel x aku ajar dorang yang ejaan agung untuk mesyuarat agung dll, tapi ejaan Agong untuk Yang di-Pertuan Agong je.

comel x aku ajar dorang tadi yang dalam bahasa melayu ejaan yang betul adalah mihun, bukan bihun.

comel x aku ajar dorang tadi yang ejaan maklum balas adalah dua perkataan 'maklum balas', bukan satu perkataan 'maklumbalas'.

comel khannnn, ahak2. kosser dd oii


- nah kat bawah ni saje nak share gambar aku kat PTM ni tengah buat keje.


bersama kak ain




2 gambar ni gambar masa gerak kerja UKMcard. gerak kerja tu maksudnye kadang2 dalam satu hari tu aku x duduk partition sendiri, tapi duduk dalam bilik 1hari  dengan team sistem ukmcard untuk siapkan kerje sampai siap. aku suke camni sebenanye sebab konfem keje aku akan siap bila duduk ramai2 dalam 1 bilik. sebab kalu kat partition sendiri, iolss x janjii iolss buat x har har har .


- nanti klu rajin aku nak buat coret2 pasal suami plak, hew hew bole?


Thursday, October 18, 2012

tv

5 comments

- aku adalah rakyat biasa yang tengah layan gile masterchef dan cite Adam & Hawa

- xbesnye Ilaika dah keluar. aku suke die sebab die baik, lemah lembut dan comel. klu bukak fb masterchef pun rata2 x de pun yg x suke die, ramai suka dia lah. pai die pun cantek sangat, cume silap laa x ikut tema. alaa x besnyee Ilaika kuar, xde gadis comel dah dalam tu tuk dilihat. sob sob

- aku slalu gelak bile part cikgu Ismail tu. kelaka sebab die buat keje laju2 mcm byk tangan. kui2 terhiburnye aku.

- aku stress tengok Adam dan Hawa. at wits' endkerasnya Ain tu. kesian laa kat Adam. tah, aku x baca novel pun sebenanye, layan kat tv je. dalam novel pun ain memang keras macam tu keww? ezan sila jawab


Monday, October 15, 2012

patutlaa haris demam lama dari rabu lepas

7 comments
 rupe2nye haris demam campak crying

patutlaa haris merengek2 malam2 masa demam. xselesa rupenyeee sebab campak uwuwuwuwu. selalunye bagi ubat cepat baik demam, tapi kali ni lama pulak.
memang musim kan sekarang, xsangka haris pun kena jugak, xtau laa dpt jangkitan kat mana sebab taska xde budak demam campak pun.

 motip belum sempat inject setahun dah kene demam campak? mudanyaa sayangg kenaaa demam campakkk uhuk.

mama dulu kene ciken pox masa dah tua bangka zaman blaja universiti. berjangkit ngan hana dan biku2. motip tak 1 geng je yang kena dulu alang-alang 3 org kene? hahaha


 rupe2nyee demam campak tu halussss je bijik2 diaaa, macam ruam panas. muke haris skang merah2 bijik2 tu la.. xpe tetap comel dihati mama, huk2


makasih nekma sebab jaga haris sementara mama dan abi pegi keje.

naseb baik haris tetap minum susu, tetap makan,tetap main dan tetap sepah2kan rumah wpun demam. tapi kadang2 haris duk setempat jugaklaaa bila x larat tu, sambil bermanja2 lebih.

cepat sembuh harissss, kalau takkk camne nak sambut umur setahun niiii, heeeheeeheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


oklaah letak gamba2 haris sebagai pengubat rindu. tapi ni gamba sebelum demam campak laa. gamba masa demam campak x amik pun lagi hihi xnampak sangat pun sebenanye.






aihh cane nak drive ni




runtun hati mama bile pipi gebu haris jadi mangsa gigitan nyamuk kat kampung. uwuuwuwuwuuwu nanges dalam hati


haris suke makan biskut raya. time ni kat aqikah adriana anaknye wewe


suke makan pegang sendiri

aummmmm


ini x lain keje mama la, sapa lagi. kuku letak kat instagram dengan caption mama jahat


.


  ;p





Friday, October 5, 2012

whatever ;p

6 comments

1) aku ada masalah. aku xsuka baca entry kalau penulis tu tulis 'pfffffftt' bila dia nak luah x puas hati apa2.. apa masalah aku? kenapa aku xsuke bunyi pfffttt... entah, memang x gemar la.. memang mengganggu pembacaan aku.. siapa suruh ko baca dd oi? hahahhaa yelaaa, xsalah pun. aku je lah yg bermasalah ni sebab x gemar dengan 'pffftt'... tapi kalau x tulis camtu bole x at wits' endx suke arrrr crying


 

2) malam tadi haris tido terdampar kekenyangan, selepas makan semangkuk nasi sampai licin, 1 bijik epal dan sebotol susu, habesssss. memang gaya terlentang yang terdampar la, hak hak hak sebijik cam mak die dulu2 klu jadi dugong selepas kekenyangan masa bukak pose ;p


3) cikgu tegur haris mkn byk sama naik dengan susu. dah makan byk, susu pun tetap nakk. air masak xnak. hari tu nekma pun ada tegur. biasanya lepas makan nasi, baby akan kurang minum susu, kalu haus pun bagi air masak je, tp haris balun gak sebotol susu. hik2 camnelah x terdampar.


4) semalam cikgu tanya berapa berat haris, sebab cikgu nak mandikan dia sekarang dah xbole gune sebelah tangan. aku pun perasan berat haris makin berat, mcm xlarat nak dukung lama2. tunggu checkup setahun nanti yee baru tau berapa berat haris



5) huk2 seminggu da x tengok masterchef. xpe2, sok balik kampung nak marathon masterchef kul 12pm sampai 4pm. apa kabar peserta yg aku xberapa suke tu ye. adakah mulutnyee masih begitu ;p ilaika gak tetap comel dan ayu. motip dd pandang rupa? haha x jumpe lg peserta yg aku suke sebab bakat masak. siu siu siu



6) ok tu je. bye

Thursday, October 4, 2012

Aku dah tau apa punca aku selalu mengantuk di ofis..

11 comments

semenjak aku ada anak, aku selalu mengantuk di ofis.. dalam kereta..
malam2..

tapi masalahnye anakku bukan jenis yang meragam malam2.. bukan jenis berjaga malam.. kire aku tido lena je, tido pun cukup.. haris memang ok..

tapi kenapa aku selalu mengantuk..

kenapa...


2 produk dah aku cuba untuk kembalikan kecergasan diri..

Bidadari yang glemer dari DHL tu sungguh berkesan pada org lain.. tapi pada aku tidak memberi kesan apa2.. aku tetap tertido waktu kerja..

apa lagi ephyra yang sangat mahal tu, kuku dah belikan... punyalahh gud testimonial dari raaamaiiiiii orangggg.. tapi bila akuu makann.. tetaapppppppppppp mengantuk tak hilang...

jenis mengantuk bukan jenis biasa2 pulak tu.. ni jenis tahap kronik.. tahap xde nak tersengguk2 dulu baru tertido, tapiii tup tupp aku dah tertido tanpa sedar... tup tup kereta aku dah masuk lane org lain.. tup tup aku dah tersedar dari tido.. bile aku tertidur pun aku xsedar..


kenapa aku mengantuk.. orang lain x... berbulan2 aku memikirkannya.. kerana sebelum mengandung dulu aku ni cergas orangnya.. masa mengandung xpelaa mengantuk memang bole dimaafkan, itu simptom mengandung..


tapi kenapa selepas ada anak aku asyik mengantuk je.. kenapaaaaaa


bini orang lain relax je bole temankan suami die memandu kat sebelah.. tapi aku?? kuku baru start enjin, mata aku dah kuyu2 dah... xsmpi separuh jalan toinggg aku dah tertido dah bersama2 haris..


aku geram kenapa aku bergitu..

kenapa aku mengantuk.. kenapaaaaaaaaaaaaaaa



sehingga lahh semalam, aku jadi geram pada diri sendiri...

siang semalam aku sangat segar di waktu kerja, aku xmengantuk langsungggggg...ajaib sungguh. dah plan nak buat macam2 malam nannti.

tapi bila menjelang malam, aku jadi lalok2.. aku xlarat nak main dengan haris.. aku xlarat nak jadi spiderman ngn haris jalan sambil melekat kat dinding.. aku xlarat nak kejar haris yang merangkak laju2 sekeliling rumah.. aku xlarat nak layan haris yang ajak main tepuk amai2..bukan xlarat sebab penat.. tapi mata aku kuyu xbole bukak... last2 aku tertidur, kain yang dibasuh x berjemur.. tertidur pulak masa gosok seluar kuku... lama iron tu atas seluar, nasih baik x berlubang.. aku cepat2 sedar.. baju batik kuku aku xlarat nak sambung dah, last2 kuku yang gosok sendiri, aku dah pengsannn..


geramnya aku pada waktu ituu... aku x rela nak mengantuk... aku dah plan nak main baking2 malam tadi, plan nak lipat baju.. arghhhhh geramnyaaaa, mengantukkkkk kenapa kau datangggggg


dan kemuncak kegeraman aku berlaku pada pukul 10 pagi tadi. tiba2 aku tersedar dari tertidur. bila aku tertidur depan PC tahhhh, motipppp x sedar.. aaaaaaaaaaaaaaaaaa geram akuuuu'


aku geram sangat
aku rasa marah sangatt

dahla malam tadi x produktif, kain x berjemur xberlipat x bergosok.
ini kat tempat keje pun x produktif lagi. bengangnye aku.

kalau korang jadi aku korang geram x.

terus aku berpeluk tubuh memikirkan dan menganalisa kenapa aku berubah menjadi sebegini rupa..kenapa aku jadi x seaktif dulu


fikir punya fikir, Allah swt nak bagi aku teringat juga akhirnya aku teringat yang semalam aku terlupa makan pil tambah susu aku yang selalu aku makan 3x sehari. tapi semalam bizi kerja aku lupa makan siang tu. tapi bila dah balik umah petang tu baru teringat yang belum makan pil tambah susu, aku pun makan lah sebijik.

yesssssssss!! dan itulah puncanya kenapa aku segar sepanjang aku keje siang semalam(sebab xmakan pil tambah susu) dan kenapa aku lalok2 petang dan malam tadi(selepas makan pil tambah susu).

terus teringat semua benda yang boleh dikaitkan.

teringat masa aku kursus seminggu di INTAN kebetulan pil aku hilang dalam henbeg. so sepanjang kursus tu, mula2 je aku rasa mengantuk(masa tu pil belum hilang), selepas tu aku sangat segar berkursus sepanjang pil aku hilang tu.

dan pagi tadi yes memang aku ada makan pil tu selepas sarapan. sebab tu lah aku tertidur pukul 10am.

lantas aku menggugel maklumat pil aku di internet.

nama pil tambah susu aku tu pil pulin. aku amik kat klinik je, xde pun pakai shaklee ke apa ke. lagipun pulin tu sangat berkesan ngn susu aku, memang membantu laa jugak sebenanye.

gugel punye gugel, pulin ni rupe2nye sejenis ubat Metoclopramide.. kesan sampingan die memang mengantuk..depress dan macam2 lah.

hadoiiii setelah berbulan2 aku makan, baru aku tau sekarang..

camne nak gantikan segala ketidakproduktifan aku selama ni? arghh.. tapi xpelaa, hikmahnye haris dapat minum susu mama dia walaupun xsebanyak orang lain, walaupn mama mengantuk..

dan kebetulan sekarang aku memang dah x bawak beg pam ke ofis, tepat masanya untuk aku berhenti makan pil ni.. xpelaa kite guna cara semulajadi je la untuk tambahkan susu..


kepada korang2, aku share info ni, nex time bile nak komit ngan satu2 ubat tu, gugel laa dulu ye side effect die apa. aku sebelum ni pernah la gugel pil ni tapi keyword aku pasal susu, so return result die pasal susu je la, xjumpe plak side effect dia.


huhu.. rasa lega sangat selepas dah tau punca kenapa aku slalu mengantuk over sangat... macam x tido sebulan!


patutla bidadari dan ephyra xjalannn. dah kau makan ubat kasi ngantuk, memang laaaaa xjalan uwaaaaaaaaa

pastu patutlaa aku bole tertidur berjam2 masa ngepam sampai panas mesin pam tu. dah kau makan pil tambah susu dulu sebelum pam, memang laaa uwaa



Monday, October 1, 2012

keluar air mata gelak

1 comments

tadi bukak 1 video ni sebab kak D share kat FB.. kalau kak D share mesti bes lah bg aku.

pastu bile tengok..

..

wehhhh aku gelak sampai keluar air mata.. siut jee, kelaka gilee


kelakaaa sebab ane tu siap cekak pinggang nak marah hahahahaha kelakaaa laaaaaaaa wehhh

klik ulang2 byk kali tadi sebab nak terhibur 

ok petang aku sgt terhibur hahahaha 


note : dah laa hari tu tutup mulut OMG OMG masa tengok video lisa upload 

dah masuk bulan oktober

7 comments


wahh dah masuk bulan oktober.. dalam masa kurang dari sebulan lagi, haris akan mencecah usia setahun!!

sob sob betul ke ni, haris yang dulu masih baby dah besar ye sayangg.. dah nak setahun yeee




sob sob macam xpercaya pula.. macam x sangka aku berjaya menjaga anak kecil.. kalau dulu kan masa zaman sekolah, duk hostel sampailah masuk U balik2 aku akan dapat soalan/ayat yang sama.. "dd, aku xleh bayangkan kalau ko ada anak macam ne"

ye, aku pun xpenah bole bayangkan. hew hew sangat kanak2 ribena kan aku dulu ;p sekang dah matang daaa ;p star

hew hew 



walaupunnn aku bukan supermak (ye mengaku sendiri serba sebi x pandai- even barang dapur pun kuku yang alert apa yang dah habes apa yang ada lagi ;p), tapi haris sangat sayangkan mama kannn. haris nak main2 pun nak mama ada kat sebelah kan. nanti mama belajar siket2 ye untuk jadi mama dan wifey yang berjaya :) hik2



uhh terharuuuu nye kenangkan haris dah nak setahun... sobb sob  sobbb nak amik tisu jap, sob sobb sobb harissss, sayang sangat kat haris, membesar dengan baik2 ye sayang.. sobb sobb sobbb tskkkk tskkkk hnss hnsss

note :  haris belum boleh berjalan lagi tau. aippp jangan banding2kann ;p nanti mama sentap ;p

note 2 : walaupun belum bole berjalan, mama bangga dengan setiap perkembangan haris dari hari ke harii!!!! (^_^)




dah habes kursus dah, kembali bekerja

3 comments


huhu habes dah seminggu ku yang relax. relax laa jugak sebab pergi kursus, masuk kelas dan buat eksesais je, xde serabut macam tengah keje.

nah saje nak letak gambar peserta masa kursus hari tu.




yang datang dari jabatan masing2 wakil sorang je, kitorang je datang 3 orang dari ukm ;p kerlass~~

kot2 ada yang korang kenal ke kat atas  ;p ada dari kementerian perumahan, ada dari kementerian kerja raya, SUK selangor, UIA, UITM, MAMPU.. dan lain2. hehee

kak nuha kawan makan dan kawan pergi surau tu bole pulak cakap kitorang 3 ni x macam da kawen, macam fresh grad ;p hua hua huaa sila sila kalau nak muntahh silaaa silaaa ;p nah baldi ;p

ok lah bye, byk keje tertangguh ni. nak buat keje laju2, pastu masa lunch nak tengok masterchef kot2 ada online. byeeee



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez