dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan Haris Safeyullah,permataku, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Tuesday, July 31, 2012

Cherating, Jun 2012

5 comments

Pada Jun yang lepas masa besdayku dan besday ezan, kitorang (geng bandung) gi bercuti di Cherating. percutian kali ni bes sebab dah ada haris. hihihi mencabar dan menyeronokkan lebih2 lagi bila tengok haris sukeee sangatt main airrrrr

Sebelum bertolak ke pantai timur, kite kasi kenyang perut sendiri dan perut si kecil dulu hihihi @ mcD 



kitorang menginap di Holiday Villa Cherating. rosa dan izuan lak kat hotel sebelah, The Legend.


auntie ezan, mama dd + haris, n auntie rosa

hiyakkkkkkkkkk!! aksi bebas haris hee hee


 dapat pulak bilik yang bebetul depan kolam, pehhhhwinking pagi petang asyik mandi je laa, pastu x cukup kolam sendiri, kolam hotel ros n izuan pun kitorang gi mandi jugak hahaha over!

tengoklaa betapa gembiranya haris dapat main air! bermula dari cherating ni laaa, haris makin suke berendam lama2 dalam bilek air, pastu akan menjerit klu nampak aku isi besen nak kasi rendam die hihihi.




ni masa hari kamis. percaya x kolam ni milik aku, haris, kuku dan ezan jek. xde org lain mandi pun hihihi sungguh private klu datang weekdays.





sukenyee die kocak2 air. kalau mandikan haris dalam bilik air skg dengan aku2 skali basah sebab dia suka kocak2 air. hihi



hari kedua dan hari ketiga pun mandi kolam. hari2 laa main hihi


@pantai cherating. angin kuat


siu siu siu~~ skang aku duk pakai tudung chiffon 2 layer jek. dah x minat tudung lain dah. lycra ke cotton ke x minat dah. 3 layer ada kerongsang pun x minat. minat 2 layer jek. tengah mengumpul stok hihi


jalan2 cari makan di Kemaman. jalan2 juga di Teluk Cempedak.


dan akhirnya...

pengsan. hehe malam2 haris tido nyenyak sangat akibat penat , hihi


oklah tu je entry ni. last sekali nak letak gambar cendol Kak K. kak K ni selalu bawak cendol ke ofis. slurppp sedapppp sangatttt

Monday, July 30, 2012

sayu

5 comments

hari ni rasa sayu sangat.. hati, otak dan jantung sume2 lah asyik teringat kat haris je.. xtau nape... tapi bile tingat bukan rasa gembira tetapi rasa sayu, nape ye..

entah lahhh simptom hari isnin kot.. setiap kali isnin pun macam ni sebab sabtu ahad kite dah sentiasa bersama2, tibe2 hari isnin bg orang lain jaga pulak.. haishh..

aku nak sangat bagi yang terbaik pada haris.. tapi xtau laa aku ni ibu yang berjaya jadi ibu yang terbaik x.. cume yg aku tau aku terlalu menyayangi haris, sampaikan rasa belum beli baju jalan untuk haris beraya pun aku rasa sayu.. ahuk2..

skang ni setiap hari hantar haris ke taska haris mesti menanges xmo berpisah ngan mama/papa dia.. masa cikgu amik haris dukung, mesti haris pusing balik nak peluk mak die balik tapi terlerai jugakkk.. sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


gambar desktop pc ku. sayunyee umur 2 bulan da bg org lain jaga~




Tuesday, July 24, 2012

laju2

8 comments


pagi tadi terlewat bangun. pukul 5:20 terjaga, terus melompat dan berlari ke dapur macam gaya rumah terbakar mintak tolong. naseb baik x sakit kepala sebab bangun dengan aksi macam tu. sebab dah plan baik nak sahur makan nasik lemak. mahu frust kalau x sempat! terussss rebus telur laju2, kopek bilis laju2 (motip x kopek awal2), panaskan minyak laju2, basuh bilis laju2, goreng laju2, tetibe kuku muncul kat dapur. mintak tolong potong timun. tapi relax je laa kuku potong, xde laju2 macam aku pun. buang kulit telur pun slow2. motip. lepas bilis siap digoreng, aku panaskan sambal yg ada laju2. ok 10 minit siap!!!!!!!!

oh nasik nye mana? ada ada dalam periuk. memang dah siap2 masak sebelum tido kul 12:30 malam tadi, lepas tekan suis cooker tu terus tinggal dan aku tido krooh kroohh hehe. kosser nak bangun awal dan masak nasik lemak sebab cooker kitorang tu jenis lambat masak. 45minit baru siap masak. puk.

kul 5:30 sahur laju2. kuku tegur "makan slow2.." hik2 mesti dia tgk aku makan macam nak tercekik jek. eh jap2 lupe ingatan, rasanya yg kuku tegur tu semalam punye dialog masa berbuka. hew2.. pagi tadi dia tegur lepas aku cakap "ahh kenyanggnyeee..".. then die jawab "dah awak makan laju2".. laughing 

haris naseb baik tido lg. kalau x, xleh bayangkan mana nak makan nasik lemak mana nak tahan2 tangan kecik haris yg suke menggapai lauk2.. tergapai sambal panas baru tahuu hee hee

 so far ok lahh, dah 3 hari berpuasa, masih sempat bersahur, berbuka walaupun ada si comel yang makin lasak dan kitorang cume duduk bertiga je. xde sapa yg bole tulun selain kitorang sendiri ;p cume sahur hari pertama kat tengganu haris dah bangun join the club. aku bagi dia main tupperware jap. hihi

masa berbuka pun sama. bagi dia tupperware, sudip, sudu dan apa2 lah peralatan dapur yang plastik sebab haris suke. nanti dia main la sorang2 sebelah mama abi dia. tapi cepat je dia busan sebenanye. so pandai2laa kitorang merempuh cabaran itu hehe. hari pertama bagi dia makan masa berbuka, kire buka sekali laa tapi die duk fokus kat makanan kitorang pulak. kuh kuh kuh


semalam baca blog yongnana cakap pasal playroom. masa diorang berbuka, aidi main dalam playroom. ok gak cam tu kann. tapiiii umah aku cam x sesuai pulak sebab 2nd room sangat jauhhh kat hujung sana. jauh dari hall kalau nak pantau dan tengok2. huk2. so xpela haris, haris nak gapai2 pun gapai je laahhhh hee hee mama redha hee hee


 omg, teringat roti homemade yang sedap gile kat Hai Peng Kopitiam kat Kemaman!!!


 dekat kopitiam ni aku makan nasi dagang, nasi lemak dan 2 ketul roti ni!! sedap gileeeeeeeee... nex time kalau pegi lagi aku nak makan byk2 roti ni dan tapau jugak!!!!



Friday, July 20, 2012

satu perjalanan

6 comments

sewaktu korang membaca entry ni, aku, abang, kuku, haris, ma dan ayah dalam perjalanan ke terengganu. mungkin dah sampai.

aku EL hari ni.

kepada kawan2 blog ku, masih kah korang ingat entry Pertemuan di Bulan Ramadhan?

entry tu pasal aku berjumpa ngan ayah kandung setelah 26tahun xpenah berjumpa., tapi aku mencari ayah kandungku sebab nak jadikan wali nikah.

selepas aku nikah, aku pun dah x cerita apa2 pasal abah di blog ni kan. aku pun sebenarnye x berjumpa dengan abah dah selepas aku nikah pada 2 tahun lepas.

sampailaaa aku mendapat khabar berita yang abah sedang menderita sakit kanser pankreas dan minggu lepas anak2 abah kerap menelefon abang suruh abang dan aku balik sebab abah dah tenat, tak bole bangun.

dan kelmarin mereka telefon abang lagi beritahu abah dah nazak. mereka mohon kami balik segera supaya abah dapat 'pergi' dengan tenang jika dah sampai waktunya.


dan inilah dia - satu perjalanan aku dan abang ke terengganu demi menunaikan kewajipan sebagai anak kandung.

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik, dan selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua :)

Assalammualaikum.

Generasi ketiga. tetibe muka haris inteprem ;p 

Thursday, July 19, 2012

nanti da dapat gaji nak request kat kuku

7 comments

nanti dah dah dapat gaji nak tanya kuku bole beli benda comel ni x. so motip bgtau kat blog dulu? ahak ahak ahak.


 

nama benda comel ni adalah Cute Slow Cooker.

rasa macam sangat comel untuk di beli. hari tu pergi cherating bermalam 2 malam. xtau nak masak bubur haris camane. nak bawak rice cooker macam gedabak sangat kitorang punye rice cooker tu. last2 kitorang order bubur kosong dengan hotel je, bole? tapi aku dah bawak lobak cincang dan bilis blender siap2. so tabur je la atas bubur kosong yang hotel bagi. diorang cas RM 5 okay untuk bubur kosong xde garam xde apa. mmg beras dengan air aje. hehe


kalau ada cute slow cooker ni leh la masak bubur haris kat hotel tongue

cute pulak tu ;p


tengok harga dia kat MilkADeal Rm 88 je. hehe.

kuku approve x ek agak2 korang winking



usang ke? klasik ok ;)

8 comments

Hai uols. baru lepas baca Beautifulnara.com tengok Nazim Othman kene hentam dengan ramai org sebab dia cakap/tweet UKM usang dan perpustakaan Tun Seri Lanang persis rumah hantu. aku siap baca sume comment2 ok, dan of course la yang ramai terasa hati adalah warga UKM sendiri.

eh siapa Nazim Othman? alaa yang berlakon jadi Bazli dalam cite dejavu di Kinabalu tu ;p yang watak die asalnye baik dan setia tapi skang aku tengok duk minum arak dan siap main upah2 bunuh plak ;p haishhh 


ok aku x nak masuk campur dan malas nak comment apa2 pasal apa yang dia tweet tu. aku x de nak sentap pape pun walaupun sini tempat aku mencari rezeki. tu antara dia dan mereka2 lah. aku cam biasa koserrr nak nyebok2. puncanya dia adalah artis, so bila artis, ramai laa kan yang baca tweet. pastu jadilahh kontroversi. cuba klu org biasa2 yang cakap. xde jadi kontroversi kot.


cume pada pandangan aku, aku suke jeee bangunan2 yang usang ^_^ bole?? hee hee siapa yang kenal aku mesti tahu aku memang tidak minat pada kecanggihan. aku suka berada di takuk yang lama, aku adalah makcik tua yang klasik hehe. tengok henfon pun dah tau ;p aku suke pada bangunan2 yang berunsurkan sejarah. sebab tu klu melancong atau berjalan2 aku lagi prefer melawat tempat bersejarah sebenarnye. tapi aku xde geng sejarah haha ramai buat muka pelik kalau tahu aku suka sejarah. cheese cake betul. SPM aku sejarah A. riak x ;p


aku x kesah pun kalau UKM nak kekalkan bangunan2 lama ni tanpa cat apa2 pun. biar jek batu bata xde simen, lawa je dimata aku. damai gitu. tenang hati aku nengoknye siu siu siu.

aku xkesah pegi keje hari2 mengadap UKM yang klasik ni. tapi tempat kerja aku bukanla di bangunan klasik, aku di bangunan baru. tapi kalau kene pegi canselori atau pusanika memang akan nampak laaa bangunan2 yang old style. aku suke drive sambil melayan keklasikan bangunan lama. rasa macam zaman 70an pula. bes besss


aku kadang2 ade je amik gambar tapi rasanya kat henpon lama yang dah patah 2 tu. so terpaksala aku gugel gambar2 bangunan UKM. kredit to gugel dan yang berkenaan.
















perpustakaan yang Nazim Othman cakap macam rumah hantu masa subuh ;p










hehe. macam masuk zaman dolu2 x ;) bes bes.

nway, korang ada baca blog Hanis Zalikha x pasal Taylor's University? omg. dasat gile campus tu. hahaha baru aku tahu kat Malaysia ada campus se'happening gitu!


ok lah tu je nak upload. nanti klu aku ada amik gamba sendiri aku upload ey. 


note :  dah biasa dengan bangunan batu-bata merah. dulu masa kat belajar mrsm pun sama je bangunan batu bata merah.




Tuesday, July 17, 2012

haris 8 bulan dan dilema ku

13 comments


rindunyeewwww kat blog uhh uhhh *panggg sedass.

dah lama x tulis kat blog ni tetibe rasa macam x reti nak tulis dah.

tulis macam ni je lah.

berikut dilampirkan gambar2 haris yang sudah mencecah usia 8 bulan. tongue

ohh si manja mama dan abi!!!

haris tutup mata


haris bukak mata tongue


haris kann, dia suka sangatt main senget2 kepala dengan orang yg die kenal ataupun xkenal. haha senget2 macam cakkkkk

suke sangat laa tu auntie ezzan kat belakang layan die main senget2 kepala, hihihi


ohhh feveret toy haris adalah henbeg mama

dan remote, henset, sume2 lahh yang mama dan abi dia selalu pegang yang tu lah yang jadi feveret dia skang

 sekarang ni objek yang paling disukai oleh haris adalah sudu. start suke sudu masa ezan bagi dia sudu dalam keta. suke pegang sudu. pegang sambil tenung lama2 sambil practise tangan camne nak guna sudu tu hehe. kalau tarik sudu dari dia, dia nanges. tapi mama suke sangat tengok haris menanges skang. comellll ada 2 kuntum gigi kat bawah!! hik2 nanges laa lagi ;p mama suke suke ;p



haris agak rapat dengan kuku selain mama dia! waktu nak main bersuka ria dia akan ke kuku, tapi waktu berduka haris akan cari mama dia. hehe


 apa lagi ye nak update pasal si manja ni. erm ooohh haris dah mula duduk sendiri masa baru masuk umur 8 bulan. kira haris merangkak dulu laa baru duduk sendiri. comell je dia duduk, suke suke hee hee

pastu suke tengok tangan haris yang bulat2, tapak kaki haris yang bulat2, alahaii rindu nak cium2.

sekarang ni memang semput siket sebab haris merangkak laju2 dan asyik nak memaut berdiri je. kite takut die jatuh, so asyik kene standby kat belakang je la. kalau kat umah gombak x penat sangat, umah flat, umah tu kecik. tapi umah putrajaya ni ya ampunnn penat nyeee nak kejar, tetibe rasa nak merungut kenapa umah tu luas sangat hehe.

Syukur Alhamdulillah rasa bersyukur sangat sebab haris malam2 tido lena. xde meragam2. buat masa ni lah. sebab aku slalu standby je takut haris meragam malam2 sakit gusi ke apa ke. tapi tu lah, tiba2 je dah ada 2 batang gigi. x pasti haris ada sakit gusi x masa nak tumbuh tu. awal2 dulu memang ada menangis malam2, ingatkan masa tu nak tumbuh gigi tapi x tumbuh2 pun ;p

perasaan sayang bertambah2 bila kite tengah duk diam tiba2 haris datang dengan gaya merangkaknye dan datang berpaut pada riba kita nak capai bahu, alahaiii minta dipeluk rupanya anak mama ni! mmuah mmuah


eh tajuk entry ni ada dua kan. haris 8 bulan dan dilemaku.

huk2 aku ada 2 dilema sebenanye. dilema pertama adalah aku dapat tawaran gomen SPA untuk jawatan tetap. aku skang kontrak kat UKM, belum ada rezeki naik tetap lagi. ramai yg suruh aku gi sebab jawatan tetap kan. tapi aku xtau nak gi ke x, bole?

dah elok2 selesa kat sini, berat hati nak pergi ke tempat lain. tahukah anda, sepanjang keje kat sini aku xpenah berpisah ngan haris ok?? kursus atau bengkel selalu dekat2 je. kalau masuk tempat keje baru sekali dapat macam kuku punye yang slalu kene outstesen sana sini camnee????  crying mak xsanggup berpisah ngan haris crying tapi kalau boleh bawak sekali, ok gak kan. heheheheheh

pastu rasa malasnye nak pindah tempat keje baru. sini kawan2 ok, environment ok, kakak2 kat sini ok, kalau xpaham keje ramai je yang boleh aku mintak tolong, bos pun ok x de pun nak tengking2 aku ke marah2 ke, ishh sume ok lah. pastu semenjak ada anak ni x penah lagi balik malam.

camne ni uolssssssssss... perlu ke aku amik jawatan tetap eh ;p kontrak je sampai bile2 x bole?  tongue yang penting hati mau happy selalu kan ;p 


sekian - dari wanita bekerjaya yang bukan seorang bermotivasi tinggi ;p 


note :  sebenarnye aku ada lagi satu dilema. xtaulaa nak panggil dilema ke apa. tapi hati aku rasa serba x kena jugak laa. nanti2 lah aku cerita.


 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez