dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Wednesday, February 29, 2012

hadiah comel untuk haris

8 comments


Haris dapat hadiah super comel daripada kak Niza..
kak Niza ni kawan blog yang dekat di hati. hehehe

dekat di hati sebab kitorang xpernah berjumpe pun tauu ;) tapi kak niza sangat baik terhadap haris dan ommaknyee sejak zaman ommaknye x kawen pun lagi, hew hew hew

chomeylnyewwwr. akak buat sendiri kewwr??

note : oh cik gajah kat sebelah jadik hiasan gambar je ;p



yang ni pun akak wat sendiri kewwr??

xsaba nak letak keychain ni kat beg haris



ini hati akak yang baik


hehe



ok terus berangan nanti masa nak sambut besday haris 1 tahun, nak letak mende2 comel ni kat satu sudut. ala2 meja guest book giteww.

motip omma nye kawen xde guest book, tapi anak setahun tetibe dah ada guest book? ;P


hee hee



TERIMA KASIH AUNTIE NIZA

ucapan dari Haris, sincan dan Himawari

we love u.


hik hik


Tuesday, February 28, 2012

Dilema omma dd yang takut2

9 comments

mule2 nak tanya, korang yang dah bersalin lepas bersalin makan set bersalin apa ey??

aku?
aku xmakan apa2, bole??

dan itu lah yang merisaukan aku sekarang. xpe ke aku xmakan apa2 langsung jamu/pil atau apa2 herba? xpe keeee??

kenapa aku xmakan apa2 set dari masa berpantang lagi?
sebab aku takut. macam2 yang aku takut.
bermula di saat haris kena kuning masa new born dulu, macam2 yang aku negatifkan, tu xberani nak makan ni xberani makan, takut nak makan pil tu takut nak makan jamu ni. takut haris kuning balik. sebab apa yg aku makan effect dia pada babyku sayang. sebab haris minum susu aku.

time tu aku cuma fokus jangan haris kene kuning lagi jangan haris kene kuning lagi, tu je. huk huk


bila haris dah membesar siket,umur 2 bulan 3 bulan sampai lah sekarang 4 bulan, lain pulak yang aku risau. aku paling takut apa2 pil yang aku makan akan menjejaskan production susu.

so, bila aku nak mula makan pil2 ni? ;p badan i dah xkuat dah ni macam dulu~~ need supplement~


kenapa aku nak makan? sebab aku dah rasa badan aku xkuat macam dulu. aku nak makan sesuatu yang bole freshkan diri aku hari2. ini tidakkk, hari2 pun aku mengantuk. buat keje kat ofis mengantuk, drive mengantuk, tengah pam pun bole tertidur 2 jam secara duduk ok. panas terus mesin spectra 3 aku tu, ho ho.

gile dasat aku punye mengantuk+letih sekarang. padahal haris bukan jenis kejut mama die bangun malam2. kalau bangun pun tuk menyusu aje. motip aku letih+ngantuk macam anak ramai?



aku nak makan, tapi aku takut pil yang aku makan akan kaco mana2 hormon dan susu berkurang. tu je. hari tu susu pernah merundum jatuh kejap masa awal2 masuk keje. tapi sekarang macam ok balik. dapat 5oz klu kite delay 3 jam x pam. kat ofis aku pam 3x, total dapatlaa 15oz untuk 3x pam di waktu bekerja. aku perasan kalau siang 5oz, kalau malam atau pagi kul 5pagi tu leh dapat byk, 7oz. itu sekarang laa, sok lusa x tau. tu yang takut nak cuba makan something luar dari kebiasaan. tp at the same time aku nak badan aku cergas balik, x mengantuk wuwuwuwu

sebagai contoh, aku berminat ngan jamu mak dara, elok untuk dalaman etc2. aku nak beli. tapi aku takut, pil tu kaco susu ku.huhu memanglaa ada byk testimonial, tapi entahh ....x kenall kan testi2 tu hehehe.

and for your information, kadang2 kat taska haris terpaksa minum susu formula 1 botol kalau bekalan yg aku bg x cukup. (aku memang ada standby susu formula dalam beg taska haris) sedih ok. tapi nak wat camana. susu ni dia ada upside down. sekarang ni Alhamdulillah ada, tapi aku jangan skip waktu la. kalau aku skip tu yg bole jadi kurang 1 botol etc etc. macam hari sabtu hari tu aku keluar gi klcc, pastu melawat kawan, ummu athiah denggi kat Ampang Putri specialsit hospital. dah x pam, tu yg xcukup bekalan. bekalan haris memang cukup2 je, wuwuuw. tu yang xberani nak makan apa2 yang meragukan aku yg bole sebabkan susu berkurang.



so soalan aku skarang, korang makan supplement apa untuk kecergasan luaran dan dalaman dan xnak kasi mengantuk lembik2? ada org makan jamu mak dara x? ada kaco production susu x ek ikut pengalaman? ;)


note : tapi aku makan pil vitamin untuk saraf dan kalsium, sebab lepas bersalin, tangan aku dah x kuat. dah xboleh nak pulas penutup botol pun.







Monday, February 27, 2012

Huggies memang selalu bocor ke?

18 comments


- lisa kata kening haris color coklat. yeke?? hehe hari tu lisa kate kening haris macam sincan. hak hak si-lisa-yang-alert-dengan-kening

- hari tu pergi motherhood expo, beli baju2 haris. ok, aku xsaba nak jalan2 skarang sebab nak pakaikan haris baju jalan yang baru.


- Huggies selalu bocor ke?? kitorang saje2 tukar dari Drypers pada Huggies. beli M84. dannn motip hari2 bocor?????

haris ni pun waktu yak2 dia sama pulak setiap hari. setiap kali balik kerja petang sampai rumah, xlama kemudian mesti yak. heheee motip waktu yak sama? seb baik color ta*i haris cantek keemasan. motip aku cam lisa suke mengkaji ta*i anak? hehe


mula2 boleh bersabar lagi, bile bocor kat seluar baju haris, kene sental malam2, ok xpe leh sabar lagi.

tapi semalam masa dinner ngan kuku, cam biasa letak haris kat riba sambil aku bersila sambil makan nasi menggunakan tangan. memang kalu tengah makan x tinggal haris main sorg2 kat tepi atau belakang, memang angkut die skali duk skali menatap lauk2 orang dewasa ni hehe. tetibe prettttttttt preettttttttttt...

ahuk.

terus xnak tangguh2 takut bocor melekat kene seluar, nak basuh tangan sekarang ni nak gi tukar pampers, konon la kan x nak tangguh2, sekaliii tengokkkk memang dah bocor dah punnnnn. siap pakej dengan tshirt dan seluar aku sekali kena.

terus rasa geram dan hilang sabar dengan Huggies. mendayu2 aku merengek kat kuku xmo pakai Huggies lagi, nak tukar sekarang juga, huhu. dulu pakai Drypers x dela bocor byk kali macam ni. setahun sekali je kot.

haris x sesuai dengan Huggies kot.


kuku pun "yela, nanti kite tukar ey"..

tukar ke mamy poko nak? ;P


hehe so sepatutnye malam yang berkualiti smlm dah kene curik siket dengan adegan aku memberus baju dan seluar aku. uu ganti balik masa berkualiti tu.


inilah dia budak yang yak setiap petang ;P



kuku cakap haris gelak masa yak atas riba aku, bole?



anakku

3 comments

kenapa macam x tau nak taip apa ni ek?

hehe anak~ mama nak taip apa ni~~


motip pakai topi dalam umah?

hehe xdelah. dari luar , baru sampai rumah terus letak haris atas katil



ok. aku xtau nak update apa sekarang

bye


Friday, February 24, 2012

bile wewe nak bersalin ey

1 comments

pagi2 tadi dapat mesej dari wewe.. nampak nama wewe tertera kat henpon terus rasa berdebar2 kot2 dia nak gtau dah ada kat labor room nak bersalin ke, atau dah selamat bersalin ke.. neves aku neves neves

rupe2nyee mesej tu nak ckp..

"pagi ni wewe bawak nasik lemak tau"

ok..

wewe memang sayangkan aku sebab tu suke bawak makanan kasi aku hew hew hew *mesti rina dan ata akan bercakap dalam hati "ellehhhh, aku pun dapat nasik lemak si wewe"

semalam pun wewe bg aku kek butter yang sedappp gilerrrrr. mmuahx syg wewe.. aku doakan ko agar proses bersalin ko dipermudahkan yee,, nway sakit tau contraction ;p tp xdelaa sampai peluh2 macam org ind** suke lakonkan watak bersalin dalam tv tu, xde xde..

hihihi

teringat masa aku bersalin hari tu.. masa tengah contraction sampailah ke saat bersalin xde nyee derr aku nak sms siapa2.. minta maaf sangat sebab mesej kengkawan pun x terreply.. seb baik kawan2 ada alternatif contact my kuku or my Ma.. aku masa tu tengok henpon pun rasa nak baling.. punyelah sakit kann, hehe..

lepas bersalin, hilang sume sakit. tapi rasa penat. yelahh dah seharian kesakitan kann. penat sampai x larat nak msj kawan2. kuku yg kene mesej kawan2 masa tu. ke aku yang drama queen je?? yelah, tengok org lain rilek jek lepas bersalin msj kawan2 sendiri, cam lisa, gitu. mungkin sebab sakit bersalin adalah sakit pertama yang aku betul2 rasa 'sakit' kot. tu yang over tu. hihihi

so wewe, di mataku kau seorang yang kuat, entah2 ko rilekk jekk bersantai2 masa bersalin nanti, kekeke.

ada sekali tu, wewe datang partitionku dan mengadu keluh kesahh dia mimpi ngeri semalam.. aku pun tanyala dia mimpi apa.

pastu dia kata die mimpi dia dah bersalin tapi keluar anak kucing.

crying


crying

tapi aku gelak lepas tu. ke ke ke

pastu wewe macam nak menanges. *dah menanges pun sebenanye

alaaa wewe, sori aku x berniat nak gelakkan mimpi ko. cume aku rasa kucing tu comel sangat dijadikan watak mimpi ngeri ko.

ahuk ahuk

cian wewe, mesti fikir banyak sangat dah nak bersalin ni. nway jgn fikir byk sangat tau. aku dulu elakkan fikir byk2, walaupun kadang2 terlintas gak fikiran2 buruk

hihihi

nanti ko dah bersalin, aku kuku dan haris gi melawat ko dan bb kat rumah hulu langat ye.. =)


Wednesday, February 22, 2012

guest artist

5 comments

semalam tengok Running Man episod 82..

andd yeyyyyyy terujanyeee tengokkk heroin cite My Girl jadi guest artist.. heeheee

nama dia Dae Hae


suke watak die yg kelakar dalam My Girl

xsuke watak die yg palsu dalam Miss Ripley *cite yg aku layan masa berpantang hari tu


muke die x mekap lain siket ar tang hidung. tapi xpe, die tetap comel dengan karakter dieeee, heeheeeeee


oh bilakah Eun Hye nak jadi guest artist Running Man ni?
Eun Hye ni heroine cite Coffee prince, lady castle, the vineyard man, dann banyak lagi ahh

suke die. kalau dia jadi guest artis harus melompat aku.


hihi


oh biasa2 je entry ni kan.

bye nak wat keje

sekian, dari - dd peminat artis2 perempuan-

hak2



dah jumpe anak tudung yang sesuai

4 comments


muke aku x sesuai pakai shawl, sebab tu aku xpakai sangat shawl dikala zaman shawl sedang berleluasa ni.. kalau kat cafe sini, bukan main lagi aku tgk student2 ukm skang dengan shawl masing2 ;p

problem aku, bila pakai shawl dengan anak tudung apa2 jenis pun mesti penyek semacam jekk muka akuu.. cam koko crunch pun ada.. so slalu pakai tudung express awning jekk..



tapi baru2 ni aku beli anak tudung on9 kat facebook Maysa.. bolelaa, xde hasil penyek dah kat muka, hihi..

inilah anak tudung tersebut. dia x jahit habes kat bawah tu, sebab tu muka x nampak penyet. paham x paham x apa yg aku cube terangkan ni?


pastu yg bes, kat belakang dia ada tempat untuk letak rambut yg terjuntai2, so xnampak laa rambut kalau kain shawl jenis see tru ;) *wink



hari ni aku pakai shawl peach ngan anak tudung peach, ngan baju polka dot peach. hidup warna peach!!!!


eh aku xkenal pun facebook Maysa ni tau. jumpe randomly je. so facebook Maysa, kite pinjam gambar tudung letak kat blog ni ey.


xde dilampirkan gambar aku ;P sekian.


note : dulu selalu bayangkan bila dah ada anak xsempat pakai shawl, xsempat melaram.. tapi sebenarnyee sempat je, kan haris kan kan kan.. anak mama baikkaann pagi pagiii, suke tengok je mama dan abi bersiap, xde nak nanges2 pun kan kann kann ;) mmuahxxxx
sayang haris sangat2. abi pun.
*tunggulaa kau bile anak kau merangkak n bole capai2 nanti, muahahaaha time tu tudung pn xsempat iron


update : pukul 9 pagi, anak tudung dan shawl macam dah nak penyek, hahahha, muke aku mmg x sesuai selama2nyaa ar rasanyaaa ;p



Monday, February 20, 2012

betapa ku merindui kamu

3 comments


hari ni banyak sangat kerja, jadi upload gambar ni laju2. nak taip panjang2 coret2 itu ini, tapi masa sangatlah mencemburui kite.

ahuk ahuk

layan gambar je la ehh

haris dan Abi yang xnampak muka @ ofis Abi

masa ni hari sabtu, kitorang ikut kuku gi ofis jap.
ofis kuku yang lif dia bau lif mahal

aku nye ofis xde lif pun, heehee



@ klinik presint 9, masa nak cucuk 3 bulan.
motip masa pregnant x suke pegi klinik gomen tapi bile ada anak suke bawak gi klinik gomen?? hehe

masa ni haris ceria sangat, masa nak inject pun muke sengih2 pandang mata kite (masa ni dah pegang peha dia dah untuk dicucuk), sekali bila jarum masuk dalam peha dia, terus "uwaaaaaaaaa"

sekali tu je la jerit. 1 harkat. hehe


note : kesukaan mama dia pada warna peach di aplikasikan pada baju2 haris, hew hew



hamboi hamboiii, manjanyeee ngan abiiii diaa~~~

haha seluar hijau. kat umah kampung banting, malam2 gelap, masa nak tukar seluar haris nak capai seluar putih, xperasan pun salah amik color hijau.

hee hee


eh apaa sume gambar dengan Abi ni *walaupun sipi2 je gambar Abi. mana gambar ngan mama ni

haa ok lah, gambar dengan jari mama pun xpe hee hee



and last but not least..

taraaa~


Grumpy.


Friday, February 17, 2012

haris suka tengok tangan

9 comments


dari awal2 kelahiran, haris memang suka angkat2 tangan.. Nek Ma kata macam polis trefik.

xlama kemudian, kitorang perasan dia suke tengok sebelah tangan dia..

tengok dengan bersungguh2 lak tu. jenis tenungg lamaaa..

apa laaa yang sayang fikirkan terhadap tangan tuu yee hee hee


monolog : adakah ini sebentuk tangan?



monolog : kenapa tangan aku bulat?



adakah ini tangan? atau sebatang aiskrim?

hee hee




kata2 mama : yelah yelah.. tengoklaa tangan tu, tengoklaahh




maafkan lah mama pakaikan baju seluar sarung tgn sume x matching.
kalau x matching ni kes haris yak2 la ni terkena seluar. terus capai apa2 yang bole ganti seluar, wpun xmatching, hehe

so omma dd, perluke terangkan sume ni?

;n



cube alihkan perhatian dengan cinggu.

ok, x jalan.
tengok tangan lagi bess




khusyuk gileer...



yeahhhh



kantoi!!! perhatian perhatian! anda ditangkap kerana cubaan menangkap gambar..
kantoi mama tengah amik gamba haris.
alamak, mana mama nak lari ni~
hee hee



sebenarnye, banyak kali dah kantoi dengan haris.

kuh kuh kuh hee hee



aku buat entry ni sebabbbb, sejak kelmarin aku perasan haris tak tengok tangan dia dahhh crying
alaaa rindu la pulak dengan aksi tengok tangan tu crying


tapi sebagai seorang ibu, aku kena faham yang haris akan melalui proses perkembangan otak dari masa ke semasa. takkanlahh nak di takuk yang sama je kan.

sekarang ni haris x minat tengok tangan dah. tapi suke masukkan tangan dalam mulut, pastu hisap2. sobsss

lepas tu, haris sekarang dah pandai pegang botol susu dah bila minum, cume x kuat lagi laa.

pastu skang haris boleh tidur dengan sendiri da, mama xyah dodoikan da. huhu kalau haris mengantuk, die pusingkan badan untuk meniarap pastu krohhhh kroohhhh *macam kat umah umu hari tu pun die tidur sendiri gak


rindu pulakk nak dodoikan haris sampai terlena.. wuuu

esok apa lagi perkembangan haris ya =)







Thursday, February 16, 2012

kesahnye hari ni

8 comments

masa lunch tadi, wewe nak makan nasi beriyani anje, dekat petronas seksyen 15 tu. tapi skali tutup daaa

lalu wewe pun bawak keta menuju ke arah W****. mau makan nasi beriyani kat mamak situ.

so motip baby wewe nak makan nasi beriyani? hehe note: wewe sedang mengandung 8 bulan


peristiwa x berapa bes di situ..
ada mamak A dan mamak B yang tgh ambilkan nasik dan lauk2 pelanggan..


lepas aku dah dapat pinggan nasi beriyani aku, tunggu wewe siap..

mamak A tengah isi pinggan wewe.. mamak B tengah potong ayam kot...

masa dia potong tu, potong kuat2..


pastu..


terasa percikan sesuatu kena muka aku..

uhuk..

aku pun sapu muka aku, then tengok ada cecair coklat T_T

kari kot.


wuwuwuwuwuw


wuwuwuwu

pastu tengok baju... dah ada bintik2 coklat..

wuwuwuwuwuwuwu

pastu terdengar suara2 kat belakang "abes baju kakak ni.. kene dpt makan free ni"


pastu wewe toleh kat aku

"dd! abes tudung ko!"


wuwuwuwuuw

ada jugak yang aku nanges kat kedai mamak tu kang..


pastu wewe marahh, terus sound mamak B yang macam muke bersalah-tp-xnak-tunjuk-rasa-bersalah

"u tengok apa yang u dah buat kat dia?? macam mana buat keje ni"
"tisu mana tisuu???!!!!!"

terus mamak B jalan ke kitorang dan bagi tisu..

wewe pun tulunglaaa lap2kan apa yg patut kat aku ni sambil bebel bebel bebel..

pastu wewe xpuas hati lg, then jumpe bos yg tgh jaga kaunter.

"tengok apa pekerja u buat kat kawan i?? macam mana pekerja u buat kerja??"


aku lak masa tu rasa nak balik je... tapi umah jauhhh, xberani nak balik ofis lewat T_T

malunye aku balik ofis dengan comot2 camni..


endingnyee, masa nak bayar tu, wewe sound bos dia sambil tunjuk2 kat aku "tengok macam mana dia sekarang.. pok pek pok pek"

last2 bos tu bagi aku makan free..

tapi.. wewe kene bayar ;P



tu lah kisahnye hari ni.

huhu wewe, i adore u~~ thanx sebab jadi hero, hehehe

kadang2 teringin nak jadi outspoken cam wewe... ezan ;) *wink



note : aku pakai sweater untuk tutup bintik2 kari tu. sobss


Wednesday, February 15, 2012

auntie seni datang melawat haris dan meneman mama bile papa kena kuar kejap

8 comments

12/02/2012, awal pagi


amboi amboii~~ lentoknyee diee ngan makcik seni~~



alololoo loloo~~~



sayang~~ senyumm


ok dah besar nanti sayang xpayah laa pakai sleeveless yee, x hensem laa nampak BCG, keh keh keh



motip anakanda kaku berposing padahal auntie seni dah berubah2 gaya dah laughing





kui kui senyum daaaa


hasni, jemputlaa datang lagi!! pastu tengok jalan2 cari makan ngan melodi kat umah aku macam hari tu ;p makasih tulung tengokkan2 haris!!! :D


note : sabtu ni nak pergi motherhood expo kat KLCC. yeyy bole beli baju2 hariss. thanx kak niza untuk info, hew hew



Tuesday, February 14, 2012

melawat bb maira

9 comments


"mama, kite nak kemana ni??"


"kite nak pergi jumpe bb maira, sayang.. kalau sayang berkenan, mama dan abi bole tolong risikkan"




yey yey jumpe bb maira!! \(^o^)/




hee hee

suke suke hati aku je hee hee



bb maira ni, nama penuh die A'isyah Humaira, anak kepada ummu athiah, kawan kite.
taraa~~

tengok pipi diaaaaa, comelnyeeee emmphh emphhhh

gigit nak? ;P


haris belang2 merah duduk kat pakcik belang2 hitam. hik2

kitorang pi melawat maira dengan ros n izuan.


tunang olok2 nak? ;P



berat haris dah 6.5 kg masa gi cucuk 3 bulan semalam.. fuhhh semangatt

Papa dia tu asyik kata peha haris ikut mama jek. muncung 1000 kang baru tahu :*



ok lahh, byee, nak wat kejeee hew hew



 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez