dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Monday, June 25, 2012

entry org puasa

3 comments

- aku setiap kali puasa mesti duk cari balik gambar aku makan nandos dulu. motip? dan setiap kali bulan puasa mesti akan ada sekali makan kat nandos. dua2 blog aku dulu ada entry nandos sebab setiap kali puasa pun ada makan nandos. hihi.


MasyaAllah.. mak terliur nakk.. sedapnye nandos!!

ada beberapa org kawan aku x suke nandos sebab diorang lagi suke Kenny Rogers. tapi aku tetap suke Nandos. xpelaa, dah biasa org cakap aku pelik, hehee.


- balik ni nak gi alamanda ngan kuku dan haris ;P nak ajak bukak puasa ;p

- pagi tadi sahur makan nasi lauk sardin je. tapi sedap! sardin orang ngantuk hihi. masak dengan ngantuk sebab 30 minit sebelum bangun tu aku adalah nyusukan haris. bangun nyusukan haris kul 5:15, pastu tido setengah jam jek pastu bangun masak kul 5:45. 
pastu kejut kuku sahur sekali walaupun kuku x puasa. dia cakap nak teman sahur, aku pun kejut laa ;p

baru nak makan tibe2 haris yg sedang lena tibe2 angkat kepala pastu terus merangkak ke depan. laughing
nak bangun sahur jugak ke haris hee hee


- kitorang selalu gelakkan haris sebab haris punye style sekarang bangun tido terus angkat kepala, xde gosok2 mata xde menggeliat2, terus merangkak jalan tah kemana2. macam ngigau pun ada tp mata bukak laughing dah laaa punggung die sangat comel waktu merangkak, kiut sangat bile tengok dr belakang. dd ;n motip punggung comel ;n









Thursday, June 21, 2012

tengok masterchef selebriti x?

4 comments

tengok masterchef selebriti x?
baru lepas borak2 ngn lisa pasal tu hee.

korang suke siapa?

aku suke dato' fazley dalam rancangan tu. sebab karakter dia bes.

erm pastu aku nak sokong tomok bole? hew hew walaupun die dah 5x masuk ujian penyingkiran tapi still kagum ngan die sebab daripada xbole masak langsung jadi bole laa jugak masak menara kambing camni haha

pastu dlm rancangan ni tomok cam budak baik jeee, pastu ramai suke tolong dia dari atas. hehe

nway ma x suke azwan ali. tapi aku okey jeee ;) kelaka laaa dia tu ;p suke2 ati jek tuduh raja azmi main bomoh masa raja azmi menang hari tu ;p pastuu kelakar sangat masa karl keluar, azwan ali nanges sampai tekup2 mukaaa, hahahaahaahaaaaa over sangat!


nway, aku tergoda ngan dessert jehan miskin.

puding manggo+oreo. nak try buat laa satu hari nanti!

Wednesday, June 20, 2012

7 bulan

4 comments

esok 21hb. umur haris akan menginjak menjadi 8 bulan. wahhhh macam x percaya jeee masa cepat masa berlalu.

jom tengok gambar2 haris sepanjang 7 bulan ni. banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh 7 bulan sebab gigi pertama haris dah tumbuhhhhh!! comelllllllllll kecikkk jekkk tapii susah lagi ar nak amik gambar gigi.. nanti klu dpt tangkap aku upload eh.

7 bulan jugaklaaa momen pertama kali nampak haris merangkak. merangkak betul2 aarr, bukan angkat2 punggung posing nak merangkak tapi x merangkak, tapi kali ni betul2 dah jalan ke depan hihihi.

7 bulan jugak laaa haris dah mula berdiri nak berpaut pada almari lah meja lah sofa lah, peha mak dia lah, badan abi dia lah. hihi haris haris~~


"nak buat apaa ekk dalam kereta"


"tengok je laa apa yang boleh dibuat main"


"tengok luar je lah"


"join mama camwhore hee hee"




inilah aktiviti feveret haris skang, merangkak laju2 dan cubaan berdiri dengan berpaut pada apa2 objek yg boleh dipaut



aktiviti feveret gak.memunggah barang hihi



mama pun xpaham macam mana bole jadi cenggini



terbukti haris sayang kat mama kan!!!! ngeeeee

syukur Ya Allah aku dapat melihat momen2 ini. betapa sayang nya aku pada haris tidak dapat terungkap dengan kata2. hari2 ku mendoakan agar haris diberi kesihatan yang baik. Amin.

note : kuku kata nak cukur rambut haris lagi kali keempat sebelum umur setahun. hee ikut nasihat mak, cukur banyak kali sebelum umur setahun. haris, nanti lepas setahun baru kite stylo2 kan rambut ye ;) cian haris asyik botak jee, hehe





Monday, June 18, 2012

Marmalade, Publika

2 comments

Salam korang,

ni cerita minggu lepas punye minggu lepas punye cerita hehe baru nak update sebab baru transfer gambar dr henset kuku.

kuku dah pegi pahang, tadi call die tengah nyanyi lagu cukup cukup sudaaa~~ haha sindrom orang baru lepas abes ngantuk. *dd, motip cite kuku nyanyi lagu cukup2 sudaa

seminggu laa x jumpe kuku, seminggu laa haris x jumpa abi dia. konfem tido lewat nii.. huk2 sebab aku perasan setiap kali kuku outstesen mesti haris tido lewat. bukan tido lewat sebab main PS3 okaaaayyyy.. tapi xtauu laaa... aku agak sebab haris cari2 abi dia tp xjumpe kot sebab tu die x leh tido kot.. aku rasa laa.. yelaaaa, xkan setiap kali kuku gi outstesen haris xleh tido?? dia gosok2 mata ngantuk tapi die xleh lelap.. dia bukak jugak mata.. aku rasa haris cari abi dia la... yelahh sebab selalu abi main2 dengan dia dulu setiap malam.. lepas tu selalu tido sebelah2 kannn, kadang2 kaki haris kat dada kuku, kui2 ganas anak teruna aku ni. kadang2 kat ketiak kuku. kadang2 haris tido melintang, dah macam huruf H pulak kitorang jadinye. paham x? kadang2 huruf iII.. paham x? huruf H klu haris kat tengah, dia conquer tempat smpi mama xleh nyelit.. kadang2 huruf iII, si kecik kat tepi skali sebelah dinding, dia tido leklok bagi mama kat tengah... kadang2 huruz Z.. hah korang paham laah sendiri huruf Z tu camne rupe tido kitorang hee hee

 eh ni bukan entry marmalade publika ke? nape jadi entry gaya tido lak ni, hew hew


ok sambung. hari tu geng Shackey Buddies zaman sekolah ku nak buat jumpe2 gather minum petang giteeww.. dekat Publika.. dalam Publika tu ada restoran nama Marmalade..

so aku, keri dan haris pun pergila.. oh ok laa Publika tu, kat Jln Duta, x ramai orang punn.. bes nak jln2 pastu tetibe brek jap berneti suruh kuku amik gamba, memang ok... xyah risau org ramai sekeliling :p hehe


pastu parking singgit je. hew2 ingatkan mahal cam KLCC.

so gambar2 kat bawah ni adalah gambar kat Marmalade Publika. enjoy uolsss~~~

oh gambar adalah kredit to henset kuku dan facebook zarith~



Marmalade. comel2

 





Haris dengan auntie shai & auntie shima
eh haris ngan auntie shai lg?? hehe ni sume yg datang awal

ok, mama dan auntie shai plak. aktiviti haris adalah tepuk2 meja









aku order Aglio Olio. sedap gak. kuku ada order macaroni cheese, kasi haris makan siket, die buat muke pelik hew hew


taraaa~~ kami semua~~




Red Velvet untuk sambut besday yang bulan 5 dan 6 ;)

ada tempat mainan kat situ. bawak haris main kat situ. yg pegang haris ni nama dia Zarith. dia ada anak umur 6 bulan yg comel gile nama Izz Audra Adelia. 



inilah Audra~~ hehe tukar pegang anak jap

haris duk ushar jeee mainan2 kat situ


hehe takut ke sayang~~~



yg depan skali adalah Puteri-anak iza. tapi iza tengah pegang haris hihi


gambar sebelum balik. Dari kiri dd, shima, shai-lawanye baju shai, mimie pegang puteri anak iza, iza, zarith+audra, sha dan shee+falisha ;)
besar dah kitorang sume, jadi mak2 dah :)




ok bye. nak buat kerjaaa sambil merindui haris love struck

Friday, June 15, 2012

entry xde gambar x bes

4 comments

Salam semua :)

- gambar2 bes semua ada dalam henset kuku. sebab tu laa blog ni x berupdate, hehe. oh kuku pula outstesen di labuan, sebab tu la... nex week kuku outstesen kat pahang pula, aku akn pastikan sebelum kuku pegi, aku transfer sume gambar dan video, hew hew hew.

- haris, ma jaga skarang sebab aku ulang alik gombak, kuku outstesen. cian ma, mana nak jahit baju lagi nak jaga cucu lagi. kof kof kof. bila balik keje, aku akan amik turn jaga haris laa, tapi nekma tu bukan boleee, selagi ada haris kat depan mata selagi tu laa nak gomol2 haris. hik2

haris pun manja dengan nekma. tapi kalau nampak mama dia, nanges laa klu mama dia x amik dia. hihi

- eh aku dah ada anak ek???? panggg sedaasss~~

- macam ni rupanya perasaan ada anak. paling bes, kalau anak "ekkk ekkk" waktu malam, kitorang berdua sabar je. xde pun nak marah2. takde pun nampak pasangan tekup2 telinga dengan bantal macam dalam tv, hehe. macam magic pulak kann. sifat penyabar akan muncul automatik bila ada anak. Subhanallah. 

cuba kalau ada bunyi2 hon yang ganggu kite tido. yg tu konfem marah ;p hik2

- haris sekarang dalam peringkat lasak tau. sabar aje lah. memang x bole nak larikan mata langsung. sebab haris merangkak laju2. pastu suke panjat2 dengan kudrat yang ada padahal bukannya boleh berjalan lagi. haris paling suke panjat sofa. pastu suke cakap dengan sofa. sekarang ok laa, xde jatuh2 sebab selalu perhati, tapi masa baru2 haris berubah kepada merangkak+boleh panjat kat rumah putrajaya banyak kali haris jatuh kebelakang. hew hew hew 

- paling kelakar kalau haris jatuh kebelakang tapi atas tilam. mesti haris senyum2 buat2 xberlaku apa2, pastu gigih bangun semula. padahal dia xtau dia dah kantoi, mama dia nampak. buat2 x berlaku apa2 konon ;p


- haris suke berebut breastpump dengan mama dia. motip?? suke tepuk2 mesin pam tu sambil sebut "ta ta taaa"

- dalam bulan ni kira 2 minggu x hantar haris ke taska. selalu macam tu. tapi taska x xde pakej kurangkan yuran walaupun separuh bulan. sob sob sob. 

- eh korang tau x, dalam sebulan mesti ada 2 atau 3 orang yg emel nak pinjam/sewa baju kawen/tudung nikah/baju tunang. huk2 setiap kali pun aku berat hati nak reply emel yg terpaksa mengecewakan pihak sana. aku memang x akan sewakan baju kawen dan tudung nikah aku tu dan juga baju tunang. huk2 sume tu sentimental value, memang rasa berat hati nak bagi org lain pakai.

sori sangattt2 alahai.


- aku rasa ramai yg gugel baju kawen tudung nikah laa sebab tu jumpe blog2 lama aku. blog My Secret Garden aku tu haa dah 364 followers. hari2 ada follower baru. motip?? padahal tuan tanah x wujud pun kat sana. tuan tanah kat sini haaa.

-oklah. nex time aku update entry bergambar yeee. nantikan gambar2 haris~ siu siu



Wednesday, June 13, 2012

jambatan....

1 comments

hari ni dapat 1 email pasal jambatan bunian kat PD.. well, aku ni memang mudah percaya, so terpercaya lah pulak kan..

eh korang nak baca ke?

klik laaa blog ini


pastu aku pun gigihla bercerita kat kak Z, S dan T masa tengah makan sagon kat tmpat kak Z. note : kitorang kalau lapar slalu pergi tmpt kak Z sebab slalu ada makanan.

lepas aku gigih cite, kene gelak pulak crying

T :"tu jambatan x siap laaaa. projek terbengkalai ke apa. kat kedah pun banyak macam ni. x pun sebenanye projek tu tuk masa depan, senang nak buat jalan baru" rolling on the floor
D :"tapi jambatan ni xde hujung, dia terus tembus semak" surprise
T : "memanglaaaa... ko x nampak betul2, tah2 ada kampung kecik ke kat situ. kalau jambatan bunian nape kite nampak pulak, patut ghaib la jambatan tu"

SH : "yelaa sebab kite yg buatkan jambatan tu tuk diorang sebab tu x ghaib"
D : "ha ahh.. kan manusia yg nak buatkan jambatan tu sebab nak elak org bunian melintas kat bawah"

pastu diorang gelak2 aku.. cisssss

aku pun dah hampir TAK percaya dah.. heheh


x lama kemudian, A datang.. dia slalu lalu PD sebab wife dia orang sana..

A cakap "aku slalu tanya Z (isteri) kenapa jambatan tu kecik/sempit sangat, tapi Z diam aje......"

ho ho hoo klu sempit, siapa yang nak lalu?
misteri2... so terpulanglaaa nak fikir yg mana ;p


aku x cakap apa2 eh ;p


note : motip petang2 aku buat entry mistik?


Monday, June 11, 2012

xyah bukak tau blog ni

3 comments

busy sangat.. x sempat nak update ape2.. lusa kott baru leh update

ho ho ho

haris da 7 bulan 3 minggu :)

Tuesday, June 5, 2012

oh aku teringat kat Bandung

11 comments

baca blog kak Ceeramoon tadi, dia gi bandung bersama suami dan kawan2.

terussssssssssss aku terkenang2 zaman gi bandung bersama kawan2. oh rindunyeee~~~ masa ni pulak laaaa playlist aku ni duk main lagu A Thousand Years - Christina Perri. oh~~~ sungguhh laaa~~~~

rindunyeeeee perasaan di bandung itu. kitorang jalan2, makan makan order air pelik2, soping sampai abes duit rupiah, uhhhh memang x de fikir masalah ape pun, santaiii jee kat sanaaa~~~ macam hidup di dunia ini sangatlaaa gembira, x yah gi keje sume2. heee heee


lepas tu, bile dah ada Haris ni, perasaan nak gi Bandung tu meluap2 balik. rasa nak sangat Haris tengok suasana baru di Bandung, walaupun Haris bayi lagi, hihi. aku suke tengok Haris tengok sekeliling, aku suka sangat. dia macam berfikir, aku rasa laaa kann. xtau laaa apa yang haris fikir.

pastu tingat iza cakap, beli baju2 baby kat Bandung besss.. xkan jumpe baju yang sama kat Malaysia  hee hee

hari tu cakap kat kuku "dulu kite ingat kalu ada anak kite akan malas nak berjalan, tapi rupe2nye takk.. makin rasa nak berjalan je bawak haris tengok itu tengok ini."

betullll, itu yg aku rasa. hari tu suggest kat kuku nak bawak haris gi Zoo Negara, tapi kena reject pulak hahaha laughing

aci x nak tengok balik gambar2 bandung dulu sambil merindui ahli2 ini. dan juga nak membayangkan kalau Haris ada sama macamana ;) eee besnyeeee. tapi nak gi bandung bile laa lagi ek.. xpe jom kumpul duit!!!! kot2 ada rezeki ke sana lagi! :D

Girls Generation @ Paris Van Java

Trailer Girls Generation ;p motip?

Girls Generation and ??? ;p

hoho perasaan lepak2 pun bess.. padahal kat Malaysia xde pun lepak2 waktu malam, hew2

shopping henbeg sampai lebam. tp aku xbeli banyak pun, nyesal2

shopping kasut. tingat aku ada beli sepatu emas, comellll, tp x pakai lg sbb tinggi sangat ;p apadaaa ;p

shopping telekung itu kemestian bila berada di Bandung

Girls Generation asyik amik gamba jeeee, bes sangattt.. kan bes kalau ada Haris skali ;)

sume bajet2 comel hew2

kat Rumah Mode. nex time datang sini nak ushar baju2 haris ar ;)

berehat betul kitorang hew2

Add caption

enjoy!!! Haris xde lagi masa ni hehehehe adehhh asyik haris je dalam bayanganku ini




izuan dan ros pun pre-wedding photoshoot kat sini!

yang ni memang rindu giler, makan kat punchlut. makan nasi pedas gileeee sambil tengok Bandung dari atasssssss puncakkkkk

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez