dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Monday, April 30, 2012

Haris dan kamera video

6 comments


aku dah ada 3 blog. ini yang ketiga. tapi ini pertama kali aku nak upload video. heehee sume haris punye pasal ;p

disebabkan aku ni duk selalu amik gambar dan video haris, last2 haris dah kenal kamera. setiap kali nak snap gamba/video die mesti haris senyum, hik2.


video kat bawah ni yang ezan upload masa kat umah lisa hari tu, besday imani.
setiap kali ezan tunjuk kamera nak cakap 1, 2, 3.. haris mesti pandang sambil senyum sambil buat bunyi.. bak kate ezan, haris nak sebut 1,2,3 gak tapi versi haris la kan hihihi.


video

ezan : "dia macam nak sebut 1 jugak.."
mama : "x boleh, kena sebut mama dulu baru boleh sebut 1"

hee hee



video kat bawah ni lak, mama dia yang amik. masa ni kitorang kuar jap gi alamanda. malam pulak tu, sbb tu haris pakai baju tido, kitorang angkut die sekali la kan. eh jarang ok kitorang kuar malam sebab x elok bawak bayi kecil malam2, tapi kalau dah terpaksa, macam barang2 aku dah habes nak kena beli, terpaksa laa, hihi.

 haris sampai terpusing2 tengok kamera, hehe.

video
siapa cakap suara aku macam itik, aku sentapsssss



hehe. suara iols memang macam tu, 'merdu' siket.


Thursday, April 26, 2012

Haris pergi besday party imani

6 comments
imani dah masuk umur setahun! :D lisa buat makan2 kat umah, kitorang pergi ar.

tapi x berkesempatan amik banyak gambar pulak. padahal kalau ikutkan hati nak amik gamba makanan, nak amik gamba belon, sume2 laa nak amik, hehe.

so tepek gamba yg ada je la eh.





inilah imani! comel kannn

hik2



Haris dan Abi




 ciare dan rayyan


 comel je tengok rayyan dah berjalan tau! :D




mak aihh berterabur gambar. x reti laa template blogger yg baru ni. alamak tulun



hihihi 

 
  last sekali gamba haris + mamanye, ezzan mak angkat haris, dan imani + mamanye


sempoi dan bersepah gile entry aku.rupe apa dah jadi blog ni.huk, cane nak kembali ke template blogger asal?








Monday, April 23, 2012

Haris' first solid food

7 comments

Assalammualaikum sumeeeeeeeeee

ho hoo hoooo

mama haris ni sebenarnya sangat x sabar nak update entry pasal ni, tapi pagi tadi ada kursus laaa pulakkkkk, tu yang baru dapat update masa lunch hour ni.


Uolsss, haris dah masuk 6 bulannnnnnn big hug
motip mamanyee sangattt lahhh eksaiteddddd big grin


haris masuk 6 bulan, mama dan abi pun terus bagi makan. motip ikut peraturan bayi 6 bulan baru bole makan?? ekekeke skemanye weolss ni kannn, hew hew hew


so!! makanan pertama haris adalahhhhhhhhh~~~~ jeng jeng jengggg

HONEYDEW + SUSU IBU
(rupe agak cair ek? x dapat nak agak laa tekstur yg betul, ahuk)




heee heeeee
lepas bagi honeydew nak bagi pisang pulak, pastu nak bg epal, pastu macam2 lah lagiiiii big grin
nanti korang2 share laa ehhh buah pe lagi yg best.

semalam lisa cakap sweet potato best.
ciare lak cakap rayyan suke makan carrot+epal+kismis


nanti nak try2 sume2 ah.
memang sangat eksaited. *eksaited masak tuk anak sekali lupe masak tuk suami isteri, hehe


ini laa muke haris bile mamamm

ehh orang suruh dia makan die ingat org agah2 dia pulakkk, tu yg die ketawa laughing lucu la haris ni
hee hee


mule2 masa bagi makan, haris macam pelik jek tengok. tapi die hisap2 laa sudu tu.

pastu kite ajar die hisap2 betul2, pastu lelama ok laa, haris sendiri yang nganga mulut setiap kali abes hisap. owhhhhhh sukee nyee momen pertama kali ini! ^_^


nom nom nom, lama2 pandai laaa hisap2, telan

heehee comot sangat anak mama! big grin


untuk pertama kali ni, aku rasa haris suke laa makan honeydew + susu ibu ni. yelaaa lagi pun masa dia dalam perut dulu, hari2 kot aku makan honeydew ni. ekekeke setiap hari bekerja laaa, slalu beli kat ofis.

nak buat 4 day rules. so 4 hari laa haris makan menu yang sama ni, hehe.


sukee ekkkk sayangggg


nanti mama bagi lagi eyyyyyy


alaa hari ni haris makan kat taska. dah buat bekalan dah. harap2 cikgu bagi haris makan dengan baik2 dan penuh kesabaran ^_^


haris, makan leklok ye. mama sayang sangat kat harisssss


oh ye, buat masa ni abi nye yang pegang haris masa nak bagi dia makan. nak beli bumbo seat macam Dr. halina laaa, kat mana ekk nak beliii


daaa~
sekian.
dari -mama yang eksaited gile anak masuk 6 bulan

hee hee





Wednesday, April 18, 2012

kong kong dan haris

5 comments

ma cite ayah dulu jenis bapa cina yang xdukung anak. kire jadi bapa yang cari duit jeee, tapi nak pegang2 baby xde ar. kasi cukup makan je kat anak2. hari tu andrew anak sulung ayah ada datang rumah, dan main2 laa dengan haris. pastu dia cakap "ayah tarak dukung saya dulu, dia manyak takut mau angkat" .. mak dia laa kot kan yang cite, hehe takkan laa andrew ada memori masa die baby lagi kan
hee hee hek hek. tapi ayah penyayang tauu, cume yee laaa penyayang versi tegas dan garang. tarak tunjuk punya, hehe.

masa haris newborn pun, ayah tengok2 macam tu, x berani nak angkat.

tapi ada lahh bulan lepas masa ayah ma tido umah kitorang, kitorang nak
gi somewhere, aku masa tu dukung haris dan pada masa yang sama pakai beg belakang, so masa nak bukak beg belakang tu, selamba badak je aku suh ayah pegang haris, ekekeke terus bagi tauu, xde tanya2 dulu. terkial2 ayah pegang haris. comel jeeee. cam batu gitewww
hee hee

tapi kalau ayah main dengan haris, aku ngn kuku selalu gelak bila tengok. kelakaaaaa... ayah sebut "andreeeeee, pondreeeeee"...
laughing xtaulaah bahasa apaa ayah sebut tu. kui2. tapi haris selalu ketawa tauuu ngan ayah, hik2.


sekarang kuku outstesen, so aku duk gombak. ma jaga haris. kire ma berdua lah dengan ayah kan kat umah.

yang menggelikan hati aku, hari tu ma cite. ma xtahann nak masuk toilet, so ma suruh ayah jagakan haris kejap. pastu bile ma dah abes bisnes kat toilet tu, ma skodeng laa ayah kejap camne rupe ayah jaga haris.

ma nampak haris dah berguling2 sampai keluar dari sempadan tilam. kalau dibiarkan memang haris boleh sampai dapur lah. pastu ayah nampak terus ayah bangun.

"haiyaaaa, pusing sana pulakk.. kasi susah sama saya ini botak" *ayah jalan pastu terus angkat haris pi letakk atas tilam balik.


pastu ayah gosok2 perut haris,
laughing

haris terkebil2 je laughing

heeeeeeeheeee sumpah comel.

ma cakap ayah dah mula nak dukung2 haris. pecah rekod ahhh, kui kui


note : haishhh terngiang2 lagu anak kampung versi jozan, hehehe.. tiada apa? tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan~ rumah ku pun tiada adapun bapa punya~

Tuesday, April 17, 2012

hadoi, tengok byk kali pun gelak

0 comments


ni lisa laa yang bagi link ni.

pecah perut aku gelak tgk zizan niiiiii.. tolongggg




abang harissssssssssssssssssssssssssss~~~


eh haris?? ekekeke



Thursday, April 12, 2012

haris batuk, bawak jumpe dr. nadir

4 comments

haris batuk batuk, dah lama sangat dahhh, 2 minggu nak ke 3 minggu dah. mmg lama ar. naik riso mama dan abi dia...


muke haris batuk


tapi madu, kitorang xnak bg, ubat klinik pun kitorang xberapa selesa nak bagi. camne?? uhuk uhuk uhuk


dan ramai yang tahu, dr. Nadir dari Klinik Wangsa sangatlah femes dikalangan ibu2 yang mempunyai bayi/anak yang batuk2. ada beberapa kawan yang sajes suh jumpe Dr. Nadir ni. even bile gugel pasal bayi batuk pun, nama Dr. Nadir ni selalu naik.


semalam Rabu cuti kan. kitorang bawak ar pepagi kul 8:30 bertolak dari Putrajaya menuju ke Klinik Wangsa, dekat je ngan JJ wangsa Maju.

xramai orang pun, ada 1 patient je sebelum kitorang. dengar baby tu kuat gile menanges dari dalam bilek. x leh bayangkan haris jap lg ni camane laa. xtau prosedur apa yang akan dibuat.


xlama kemudian, Dr. Nadir panggil nama Haris. comelnyee Doktor yang panggil nama, bukan nurse hihi

so kat dalam tu, Dr. Nadir tanya2, n terangkan itu ini pasal batuk bla bla bla. kitorang angguk2 je la, sebab banyak yang logik nye.

pastu Dr. cek dada haris, mmg banyak kahak kat dalam huhu.

pastu start nebulizer. mule2 haris sengih2 lagi bile abi agah2 dia. pastu nebulizer ni lama giler. aku rasa jeritan paling kuat yg haris penah lontarkan masa tu laa.. meraung2 x selesa. huhu cian haris. lama giler ah. pernah je neb kat Klinik Kerajaan, tp x selama ini lah.

pastuuu uweeekkkkkk terus haris muntah kuar banyak giler kahaaakkkkkkkkkkkkkk

cabut je gas neb tu haris terus diam nanges. terus peluk die kuat2. alahaii cian yee anak mama.

ingatkan kahak dah habes. tapi bile Dr. pegang dada haris, katanya banyak lagi. sob sob

then gune tiub untuk keluarkan melalui hidung, mulut... haris menanges lagi x selesa.. alahai sian anak mama~~~

oh sebelum Dr. sedut gune tiub tu, Dr. demo ajar camne nak tepuk belakang haris kasi kahak bergegar siket. pastu die ajar stim gune periuk nasi dan halakan haris pada stim tu, kasi kahak2 cair. kitorang angguk2 je tanda paham.


dan last sekaliii, Dr. bagi byk ubat untuk haris. sebab ada lagi kahak dalam dada haris. ubat ni x buat mengantuk ye uolss, iols dah tanye nurse dah. kire x macam ubat2 klinik laa yg ubat batuk buat mengantuk tu.

sekarang ni kitorang bg ubat2 ni kat haris, harap kahak2 haris berjayalah dikeluarkan. xtaulaa nape ubat2 Dr. Nadir ni aku berani pulak guna. sekarang bunyi batuk haris dah basah2 siket macam ada kahak cair2, bagus2, xdelaaa kering je bunyi batuk die, which is not good ar. harap2 haris sembuh cepat.. sayang haris sangat2



Tuesday, April 10, 2012

haris x suke duduk dalam stroller

11 comments

biasanya, masa masukkan haris dalam stroller, mule2 dia akan buat muka tercengang2.. muka statik jeee, terkebil2 tengok kite.. macam muke gayat pun ada.. tengah start enjin kot, hik2.


xlama kemudian, tangannye dah mula gerak2.. angkat baju siket..

sayangg malulaa. tutup pusat tu siket sayang hee hee



x lama kemudiann..

start dahh nak memusingkan badan




laaaa meniarap pulakkk




motip meniarap dalam stroller?


pastu abi pusingkan haris balik, pakaikan seat belt.

tapi haris gigih nak pusing jugak, last2 kite yang rasa sakit tengok die bergelut dalam tali pinggang.

takut die sakit arr.

last lastttt

kenalahhh mama dukunggg~~

abi lak gi naik tempat parking jap hantar stroller ke kereta.

saba je laaa hee hee


note : x minat tasha shilla ;p



Friday, April 6, 2012

fairy tales gitew

3 comments


rasa sunyi pulak pagi ni sebab x hantar haris ke taska, abi dia yang hantar sebab abi cuti, ada urusan.

haris~~~ rindu laaa... tulung mama, rindu sangattt. sob sob sob


nway, iols belikan haris storage box ni untuk simpan barang2 kecik dia cam mainan kecik2 ke, teether ke.

tapi cam salah tema pulak, ekeke. fairy tales gitew. sorilaa haris, tema cars design dah habes. xpe, haris sporting je kan, hik2.


korang, nak tau x, kuku kann macam misae mak sincan. kui kui kelaka sangat. sebab kuku selalu berminat ngan iklan2 murah Carefour ke Giant ke dalam suratkabar. macam perangai ma pun ada. kuku sanggup beli suratkabar semata2 nak tahu carefour ada murah x Dynamo. dia baru je call ni bgtau. kalau ada, dia nak pergi carefour rembat.
laughing

motip watak misae kali ni adalah lelaki?
misae versi lelaki = misai

x kelakanye
hee hee

oklahh, selamat maju jaya korang dalam bidang pekerjaan yang korang ceburi.

byee


Wednesday, April 4, 2012

anak mama

10 comments

eh yela yela anak mama dan papa ;p


marah pulak papa kang tulis anak mama, ekeke


mama suke bebenooo amik gambar haris dalam keta


tapi ramai kata haris ikut muke mama dia, hik2 anak mama la kejap ;p tapi lama2 nanti bile haris makin membesar menjadi teruna mesti ikut bulat2 muke abi dia pulak kannn. kof kof kof


- mata haris sepet tau. xtau ikut sapa. x kan ikut kong kong kot ;P

- hari ni mama ada perkembangan terbaru. perkembangan mama tau, bukan perkembangan haris ;P hari ni mama berjaya x tertidur, hik2. selalu kalau dalam masa sehari mesti tertidur. harap2 petang nanti x tertidur. padahal tadi ada talk, kagum aku x tertidur. yelahh, aku surfing kat henset sampai kong, mana tak nye ;P


- haris kalau lapar mesti "ekk ekkk".. abi dia cakap perangai sebijik cam mama dia, xleh lapar siket. mesti hilang pertimbangan. motip? motip suami dan kawan2 suke cakap aku hilang pertimbangan bile lapar?

tapi mama rasa, ok laa tu haris x nanges yg kuat2, cume "ek ek" xsenang duduk je sebab lapar. kire perangai penyabar tu masih ikut mama la kan kan kannn ;p

- aku pun xtau apa motip entry ni. tadi ada perenggan, tetibe skg letak point-point pulak.


- sonoknyeee petang ni ezan nak datanggg umahhh melawat harissssss.. yabedabeduuu

- haris lagi 2 minggu dah masuk 6 bulan, dah bole makan. wahhh apa solid food pertama haris yang mama nak buat eh?? plan plannyee nak buat puree honeydew + susu , atau kurma + susu. harap sangat haris suke, sebab mama suke honeydew ngan kurma.
motip??


- ee sayangnye kat haris ngan papa. setiap malam mengucapkan rasa syukur sebab ketiga2 ada dalam rumah, dengan selamatnye. syukur, bukan berada dalam hutan. aku kalau dalam umah selalu bersyukur bukan berada dalam hutan, xtau kenapa. mungkin sebab penah pergi camping aktiviti burung hantu, senior pegi tinggalkan aku sorang2 kat tepi sungai dalam hutan tengah2 malam kot, tu yang trauma tu.

- tau takk, antara mama dan papa, papa lagi pandai main ngan haris. kadang2 sampai terkekek2 haris gelak sebab papa buat lawak. tapi kadang2 suara mama dia terkekek lagi kuat dari haris...
laughing motip mama yang terhibur dengan aksi papa?? hahhaahaha padahal papa main ngan haris. hee hee pastu kene jeling ngan papa hee hee


Monday, April 2, 2012

pengalaman viva voce

6 comments



what is a viva voce?

A viva voce refers to an oral examination taken at the end of a Masteror Doctoral research degree programme. It is used to test the abilityof the student to present orally his/her knowledge of the subject-matter being examined in the thesis or dissertation examination.

klu dalam bahasa melayu nyee, viva tu ada laah presentation research master kite laa, dan ia selalu digambarkan dengan dahsyatnye dan menakutkan. awal2 amik master by research ni, aku dan kengkawan belum pape dah takut ngn viva. padahal baru 1st semester masa tu.

tapi akhirnyee masa itu tiba jua, pada jumaat lepas, 29 Mac 2012.

sebenarnye aku malas nak cite pengalaman viva aku sebab x manis pun.
nak menanges dan menyorok pun ada kalau ingat balik.
tapi korang perlu ingat yee, x semua org lalu macam aku lalui. macam along mony, dia punye ok je viva. along hebat, hehe.

tapi untuk orang yg xpandai bercakap macam aku ni, dan xpandai nak menjawab soalan, dan x pandai membela diri sendiri, it was a scary moment untuk aku.

serius aku x nak ingat balik, tp nape tah aku tulis gak entry ni. muke pun x ikhlas ni nak menaip, ekekeke.

disebabkan x berapa nak ikhlas, aku taip secara point2 aci x. malas nak cite by perenggan. x bess


- actually masa sampai2 tu aku nampak persepsi yang baik pada tempat viva tu. so bertenang siket. ok, honestly selama ni aku bayangkan viva tu aku berdiri kat depan sorang2, dan examiner duk kat tempat penonton, ala2 macam conference.

tapi yang realitinye tidak, dia adalah bilik kecil. aku dapat bilik Viva 3. dalam bilik tu ada meja macam meja miting, kitorang duk secara bulatan. dan aku boleh rujuk2 tesis kat depan aku. sangat santai kan.

dapat capture tempat duduk supervisor aku je.


- ada aku, Dr. M - my supervisor, Dr. T - my supervisor comittee,

pengerusi - Dr. S
internal examiner - Dr. N
external examiner - Prof. F
external exminer 2 - x hadir, tapi Dr.S pengerusi bacakan report bagi pihak


- pukul 10 start, tapi aku dan supervisors kene keluar dulu untuk examiners berbincang itu ini. aku dan supervisors masuk balik pukul 10:30. start bentang,
Q & A. dan akhirnya tamat pada pukul 1 tengahari. 2 jam setengah aku divivakan! sangat lama. sampai menyanyi2 perut aku. harap dorang x dengar. hehe


dah tamat tu, kene keluar kejap untuk examiners bincang keputusan aku.xlama kemudian, masuk balik, then dorang bagitau result. nantilah aku bgtau korang result aku.


- erm korang~~~ tetibe aku x jadi nak cite. ekekeke, klu sesapa nak tahu, call je lah aku eh. bagila aku masa jap untuk merawat luka di hati. hahahaha cume yang paling aku ingat, aku di aju soalan bertubi2 sampai aku terdiam. Prof F x abes tanye lg, Dr. S dah tanye soalan. tetibe Dr. N pun tanya soalan lagi. walaupun aku faham research aku, tapi bile keadaan aku dah tegang, aku xleh nak bertenang, dan x dapat menjawab dengan baik huhu. Dr. M dan Dr. T dah bgtau awal2, ape2 yang berlaku pun suruh aku tarik nafas dan jawab satu2 dengan tenang. tapi last2 aku xdpt nak apply tips tu pulak. suami dan rakan2 terdekat pun kenal aku x pandai handle2 mende camni hehe. tinggal aku x nanges je. Dr. M dan Dr. T pernah cite ada student nanges masa viva, ok la tu aku x nanges hehe.



- tapi banyak perkara yang aku belajar dari viva ni, amik yang positif laa. kalau tetibe aku gatal nak wat pHD kan, aku takkan memain masa wat tesis. walaupun salah format tulis nama references, aku telah dihentam teruk2 masa viva tu, so xkan berani buat lagi. salah tulis formula huruf j pastu j kecik jadik j besar pun aku xkan berani salah lagi. takut kene marah macam hari tu. dan even literature review, work org lain pun aku kene study betul2 walaupun tu bukan keje kite. sebab x sangka examiner tanye details gambarajah work org lain, huhu sungguh aku x sangka.


oklahh... finally, Alhamdulillah my thesis has been accepted. LULUS but with major correction. kene siapkan correction dalam masa 60 hari. tp disebabkan examiner nak cuti sabatikal, aku kene siapkan within 30 hari. xtau sempat ke x. Tawakal je.


note : examiner yang nampak sangat garang dan serius semasa viva, berubah menjadi ceria semasa menyampaikan keputusan "congratulation". xsangka cepatnye sisi muke berubah. huhu


note 2 : korang jangan comment congrat/tahniah eh, sebab honestly selagi x siapkan pembetulan, aku x di consider lulus lagi.

note 3 : banyak lagi yang aku tak cerita ni, yang memalukan dan menakutkan sume aku xcerita. hehehe

note 4 : perlu ingat ye, x semua pengalaman viva macam aku. orang lain punye ok je. cume aku kan xpandai sangat dan examiner aku agak tegas dan details orangnye. even supervisor aku pun cakap Prof F terlalu details.

note 5 : aku masa google pengalaman viva voce, sume blog pun cite yang bes2 dan bagi tips je. rasanya blog aku je yang sebaliknya hahahahaha. selamat mengenali dd dudu uols~~


ok bye. walaupun lulus, hati x lah gembira sangat setelah apa yang ku lalui macam2 dalam bilik tu. tapi ape2 pun, Alhamdulillah, finally.


balik rumah terus cium si kecik ni




 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez